Buat putri - putri kesayanganku....

Blog ini adalah khusus mengenai sharing saya dan customer2 saya yang menggunakan produk Shaklee, kisah penyusuan saya sebagai EP MOM selama 2 tahun setengah, semua memori hidupku,semua kegembiraanku, kedukaanku,obsess ku dalam menghayati erti penyusuan,kebanggaan ku mengenai anak2 ku tersayang (Syasya Dan Qistyna) dan buat semua insan-insan di luar sana yang ingin berkongsi pengalamanku...Semoga setitik dakwat mampu membuat sejuta manusia berfikir tentangnya...


Sahabat2 kesayangan ummi

Doa (Ya Allah...Kabulkan Doa Kami)..

Bismillahirahmanirrahim...Ya Rahman Ya Rahim Ya Allah..Kurniakan rahmat dan kasih sayangMu ke atas kami..Berikan faedah dan kebaikan ke atas semua sahabat yang mengunjungi blog ini, kuatkan ikatan persahabatan dan ukhuwah kami dalam keberkatan Mu, murahkan rezeki kami, permudahkan lah semua urusan kami, kabulkan lah semua permohonan kami, panjangkan usia kami agar kami dapat beribadat kepada Mu dan hidupkanlah dan matikan lah kami dalam cahaya keimanan dan keredhaan Mu...amin...ya rabbalalamin...

Montage Group Intifada

Khamis, 23 Februari 2012

Apa kata pakar perbidanan tentang supplement semasa menyusukan anak????

Salam sayang semua...Memang benar ummi antara ibu menyusukan anak yang mengamalkan supplement sepanjang perjalanan penyusuan ummi...Malah, sepanjang ummi menggunakan supplement2 ini, ummi dapati ummi lebih bertenaga dan cergas malahan dengan tugas2 sibuk ummi serta tanggungjawab ummi sebagai seorang hamba allah, pekerja, ibu, anak dan juga isteri sangat2 menuntut pengorbanan yang bukan sedikit....malahan ummi harus kuat, berdisiplin, praktikal dan sangat2 versetile dalam semua segi...dalam masa sehari, ummi boleh menjadi seorang juru audit, cikgu, doktor (tak bertauliah), kaunselor, juru kira2, pembantu rumah dan banyak perkara lain yang adakalanya tidak terfikir dek akal....so, sape kata jadi wanita mudah???

Kerana itu apabila ada yg cuba mempertikaikan mengapa ummi harus mengambil supplement semasa menyusukan anak, ummi agak hairan...(walau anda seorang doktor sekalipun)...hanya kerana kita tahu bercakap mengenai fakta sahaja, jangan sesekali menafikan pengalaman juga adalah penting...bagi ummi kedua2nya sama2 penting kerana fakta yang di sokong oleh pengalaman adalah sesuatu yang lebih JELAS DAN CLEAR!!!Malahan dalam Law sendiri walaupun Fakta itu satu yang sgt2 penting tetapi ianya juga perlukan kepada kesaksian dan pemerhatian tepat agar Fakta sedia ada tidak terpesong...(Kan ummi dah cakap bab Undang2 pulak-tak pasal2)...


Kerana itu, apabila ummi amalkan kalsium dalam diet harian, ada pula yang mengatakan bahawa "owhh..tak perlu la ambil kalsium sbb badan kita sangat unik dan tahu menghasilkan kalsium sendiri...whattt???Kalau di lihat kalsium atau susu adalah antara minuman kegemaran Rasulullah SWT...mungkin zaman dahulu tiada istilah2 berkaitan kalsium dsbnya...tetapi setiap 'sejarah' ada sbb tersendiri utk renungan dan petunjuk utk umat pada masa kini...Sedarkah kita bahawa sebahagian besar daripada kalsium dalam badan terkandung di tulang dan gigi. Sejumlah kecil didapati dalam aliran darah bagi membawa nutrien memasuki membran sel selain menghasilkan hormon dan enzim untuk mengawal atur proses pencernaan dan metabolisme. Kalsium juga diperlukan untuk penghantaran maklumat saraf, pembekuan darah, penyembuhan luka dan pengecutan otot.

Kalsium perlu sentiasa berada dalam aliran darah bagi membolehkan ia menjalankan tugasnya. Jika paras kalsium dalam darah tidak mencukupi, tubuh akan mengambil kalsium daripada tulang. Jika keadaan ini berterusan, kandungan kalsium dalam tulang akan berkurangan lalu meningkatkan risiko osteoporosis. Itukah yang kita inginkan???

Walaupun kalsium boleh didapati melalui diet, jumlah keperluan harian biasanya sukar dicapai. Pengambilan makanan tambahan kalsium biasanya disarankan bagi mengatasi masalah ini. Hanya dengan memastikan pengambilan kalsium yang mencukupi setiap hari, jumlah kalsium dalam darah dapat dikekalkan dan kehilangan kalsium daripada tulang dapat dielakkan.

Bagi golongan dewasa, keperluan harian adalah antara 1000 ke 1200 mg kalsium. Keperluan akan meningkat bagi golongan tertentu seperti wanita mengandung dan ibu yang menyusukan anak serta warga tua. Sumber makanan yang kaya dengan kalsium termasuklah susu, ikan salmon dan sayur-sayuran berdaun hijau seperti kailan dan brokoli. (Adakah pemakanan ini yang anda ambil setiap hari???)

Ummi quote tips pemakanan semasa menyusu badan yang di tulis oleh seorang Pakar Perbidanan iaitu Dr Raja Juhaidah...
-----------------------------------
Beri tumpuan kepada wholegrain dan bijirin, buah-buahan segar, sayuran dan makanan yang memberikan banyak protin, kalsium dan zat besi. Adalah sangat penting untuk minum air dengan secukupnya untuk memastikan anda sentiasa well hydrated semasa menyusu.

Minumlah 8-10 gelas sehari, ketika menyusu badan, oxytocin dirembeskan dan ini akan membuat anda merasa dahaga, tetapi ia tidak mengurangkan bekalan susu anda.

Semasa mengandung, cuba kurangkan pengambilan minuman berkafin atau alkohol. Kafina bleh berkumpul di dalam susu badan dan boleh menyebabkan bayi anda terganggu.

Anda boleh meneka ada sesuatu yang tidak kena pada pemakanan anda sekiranya ia menyebabkan bayi anda menangis, fussy atau tidak dapat tidur dengan nyenyak.

Makanlah vitamin dan zat besi secukupnya semasa hamil supaya anda tidak mengalami anemia semasa hamil dan semasa pantang.


Amalkan memakan tablet kalsium kerana ia merupakanbahan yang penting untuk membina tulang bayi. Ramai ibu yang menyusukan bayi kekurangan kalsium lebih-lebih lagi selepas penyusuan eksklusif.
----------------------------------
Dan saya quote lagi satu pendapat oleh Pakar Obstetrik dan Ginekologi Pusat Perubatan Sime Darby, Subang Jaya (PPSDSJ), Dr. Delilah Ahmad.

“Saya terkejut apabila ada doktor yang tidak mempraktikkan pemberian pil kalsium kepada ibu-ibu mengandung ketika membuat pemeriksaan bulanan. Kalsium dilihat sebagai satu zat yang amat penting di samping zat besi, folik, potasium dan lain-lain,”


Ibu hamil lazimnya memerlukan 1,200 hingga 1,300 miligram kalsium sehari iaitu tambahan 300 hingga 500 miligram zat yang diperlukan orang dewasa.

Sebenarnya, ibu-ibu khususnya yang menyusukan anak perlu terus mengekalkan pengambilan kalsium pada kadar yang sama. Kalsium diperlukan untuk mengiringi proses merehatkan otot rahim yang mengecut semula mahupun sewaktu kedatangan haid.

Delilah menasihati ibu-ibu yang merancang hamil, sedang hamil mahupun yang sudah melahirkan anak supaya mengekalkan mengambil kalsium sama ada berbentuk suplemen mahupun daripada sumber semula jadi.---------------------------------------
Contoh yang boleh kita ambil...

==>sepohon pokok...salah satu sumber pentingnya utk hidup adalah air...mungkin dalam masa beberapa hari jika air tidak di siram, pokok masih boleh kekal hidup, hidup dengan air dr hujan sahaja semata2...tetapi jika kita tidak rajin menyiramnya setiap hari, akan suburkah pokok tersebut???Adakah setiap hari hujan akan turun???Pokok ini saya ibaratkan seperti tubuh manusia...air hujan pula adalah makanan yang kita makan setiap hari (samakah jenis dan pola pemakanan kita setiap hari???)...dan air yg kita siram (yang kita tambah) adalah ibarat supplement yg kita makan (yang kita tambah dlm diet harian) ...so, anda pasti tahukan...pokok manakah yg lebih subur???

Itu baru satu yang ummi kupas,..agaknya kalau ummi kupas satu persatu jenis vitamin yg ummi makan sepanjang penyusuan ini, maybe tak cukup ruang nak tulis kot(silap2 boleh buat thesis, hehehe)


Kerana itu, jangan mudah2 menyalahkan 'penjual vitamin' jika anda tidak memerlukannya...nyatakan sahaja secara baik bahawa pola pemakanan anda sudah lengkap dan tidak memerlukan vitamin...tidak perlu salahkan vitamin atau 'penjual vitamin'...samalah juga jika anda seorang nelayan atau pekebun...oleh kerana anda boleh menangkap ikan sendiri atau menanam sayur2an atau tumbuhan di kebun anda, jangan salahkan penjual ikan atau penjual sayur2an hanya kerana anda tidak memerlukannya...Manusia ini tiada yang sempurna, saling melengkapi dan bergantung antara satu sama lain...

Malahan, seharusnya kita tidak mempersendakan apabila 'penjual supplement' kekal mempertahankan prinsip asas penyusuan SUPPLY BASE ON DEMAND, ...sepatutnya kita bersyukur kerana si penjual tidak membabi buta secara melulu menjual vitamin2 ini tanpa sebarang ilmu...mungkin ada segelintir penjual sahaja yang kurang faham ttg aspek tersebut...


Isu tentang makan vitamin boleh banyakkan susu itu satu isu yang agak lapuk kerana ia samalah juga dengan MAKAN UNTUK KENYANG sedangkan penjelasannya kita makan adalah untuk memenuhi keperluan hidup...Tetapi manusia lbh suka membuat judge sesuatu yg mudah...


Contohnya ==> Makan Untuk kenyang = Makan Vitamin Untuk Banyakkan Susu...


Hakikatnya,  Makan untuk memenuhi keperluan hidup = Makan vitamin untuk memenuhi ruang2 kosong yang tidak memenuhi pola pemakanan yang di cadangkan...


Bonusnya...Perut Kenyang = Badan kekal cergas, sihat dan mood baik so, susu lbh lancar di hasilkan...


Tetapi konsep asas perlu pegang iaitu==>Untuk kenyang harus suap secara perlahan2 dan kunyah hingga lumat = Untuk penghasilan susu yg lancar perlu kosongkan breast supaya lbh susu di hasilkan...


Bagi ummi ianya sama sahaja...cuma keperluan manusia tidak sama...ada yang perlu dan ada yang tidak...selagi mana konsep asasnya sama, bagi ummi insya allah tiada yang terkeliru atau di kelirukan...cuma apalah salahnya lebih berhemah apabila memperkatakan sesuatu agar tidak mengguris hati mana2 pihak...


Tepuk dada tanyalah keperluan anda...Dan maaf jika ummi katakan inilah supplement yang ummi amalkan sepanjang ummi menyusukan anak sehingga lengkap 2 tahun...


 
* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Untuk maklumat lanjut sila berhubung dengan ummi melalui

Email : nadeeyya_kk@yahoo.com
Call/sms : 012-3975808

Salam sayang dan ukhuwah,
Kak Nadia...





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jom friend dgn kami di Facebook!!

Menyokong Penyusuan Susu Ibu

Menyokong Penyusuan Susu Ibu

Terima kasih kerana singgah....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails