Salam...hari ini ingin ummi berkongsi pengalaman sahabat ummi yang mengamalkan set b sebagai supplement tambahan dalam menyusukan anak kecilnya...Sahabat ummi ini mesra dengan panggilan Azma...sahabat ummi ini baru sahaja mengamalkan set b ini sekitar seminggu...
Kesan pengambilan alfalfa sebanyak 2 biji sehari bersama vitamin lain sebenarnya tidak menaikkan jumlah susu beliau...tetapi yang menggembirakan hatinya adalah kerana susu sahabat ummi ini berubah menjadi pekat ( seperti lemak berkrim) dan berwarna seakan kekuning2an...dan akibatnya anaknya menjadi cepat kenyang dan kurang meragam...
Berikut msg yang ummi terima daripada sahabat ummi petang td.."susu pun jd pekat dah dr dulu...alhamdulilah, bila pekat, bg anak minum sebelah kanan, susu sebelah kiri lambat sikit nak kluar meleleh bila bg susu cara tido"...
Untuk makluman, mengapa ummi turut berkongsi kegembiraan dengan sahabat ummi ini...kerana sahabat ummi bukanlah seorang pengepam tegar seperti ibu2 yang lain...dan beliau hanya mengepam di opis apabila ada luang masa atau sebelum balik...so, dengan kondisi ini pun, sahabat ummi ini boleh mendapat manfaat seakan2 setara dengan ummi(ummi pengepam tegar-fully pumping)...walaupun hanya dari segi kualiti susu yg di hasilkan..ummi percaya sekiranya sahabat ummi menambahkan jumlah pengepaman beliau pasti kuantiti susu yg terhasil juga akan bertambah...
Cuma ummi tekankan di sini, bukan jumlah kuantiti yg penting tetapi ummi lebih suka dan happy sekiranya KUALITI SUSU ITU DI PEROLEHI...jika kuantiti banyak tetapi lebih kepada cair dan kurang mengenyangkan anak, kerana itu kita akan terasa stress dan bebannya untuk berusaha menambahkan stok susu...akan tetapi jika allah mengurniakan pula tambahan kuantiti susu + kualiti susu yang baik...syukur alhamdulillah ummi panjatkan...semoga setiap sahabat dan juga adik2 ummi di kurniakan faedah dan kebaikan daripada pengambilan vitamin shaklee ini dalam penyusuan kalian...
Buat akhirnya ummi ingin titipkan kata2 perangsang..."sesungguhnya setiap wang yang di keluarkan oleh ibu2 yang ingin berusaha demi memberikan sesuatu yang terbaik untuk anaknya,insya allah pahala dan rezeki yang sangat berlipat kali ganda akan di kurniakan oleh Allah cuma bentuk rezeki itu tidak akan kita sedari secara langsung..." Ummi turut doakan semoga setiap anak kalian yang kalian besarkan dengan hasil susah payah kalian menyusukan mereka, akan di bayar oleh allah dengan bayaran yang indah di akhirat kelak dan semoga anak2 kalian akan menjadi anak yang soleh dan solehah kelak..amin ya rabbal alamin...
Salam sayang dan ukhuwah,
Kak Nadia...
Buat putri - putri kesayanganku....
Blog ini adalah khusus mengenai sharing saya dan customer2 saya yang menggunakan produk Shaklee, kisah penyusuan saya sebagai EP MOM selama 2 tahun setengah, semua memori hidupku,semua kegembiraanku, kedukaanku,obsess ku dalam menghayati erti penyusuan,kebanggaan ku mengenai anak2 ku tersayang (Syasya Dan Qistyna) dan buat semua insan-insan di luar sana yang ingin berkongsi pengalamanku...Semoga setitik dakwat mampu membuat sejuta manusia berfikir tentangnya...
Sahabat2 kesayangan ummi
Doa (Ya Allah...Kabulkan Doa Kami)..
Bismillahirahmanirrahim...Ya Rahman Ya Rahim Ya Allah..Kurniakan rahmat dan kasih sayangMu ke atas kami..Berikan faedah dan kebaikan ke atas semua sahabat yang mengunjungi blog ini, kuatkan ikatan persahabatan dan ukhuwah kami dalam keberkatan Mu, murahkan rezeki kami, permudahkan lah semua urusan kami, kabulkan lah semua permohonan kami, panjangkan usia kami agar kami dapat beribadat kepada Mu dan hidupkanlah dan matikan lah kami dalam cahaya keimanan dan keredhaan Mu...amin...ya rabbalalamin...
Montage Group Intifada
Khamis, 8 Julai 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan