Buat putri - putri kesayanganku....

Blog ini adalah khusus mengenai sharing saya dan customer2 saya yang menggunakan produk Shaklee, kisah penyusuan saya sebagai EP MOM selama 2 tahun setengah, semua memori hidupku,semua kegembiraanku, kedukaanku,obsess ku dalam menghayati erti penyusuan,kebanggaan ku mengenai anak2 ku tersayang (Syasya Dan Qistyna) dan buat semua insan-insan di luar sana yang ingin berkongsi pengalamanku...Semoga setitik dakwat mampu membuat sejuta manusia berfikir tentangnya...


Sahabat2 kesayangan ummi

Doa (Ya Allah...Kabulkan Doa Kami)..

Bismillahirahmanirrahim...Ya Rahman Ya Rahim Ya Allah..Kurniakan rahmat dan kasih sayangMu ke atas kami..Berikan faedah dan kebaikan ke atas semua sahabat yang mengunjungi blog ini, kuatkan ikatan persahabatan dan ukhuwah kami dalam keberkatan Mu, murahkan rezeki kami, permudahkan lah semua urusan kami, kabulkan lah semua permohonan kami, panjangkan usia kami agar kami dapat beribadat kepada Mu dan hidupkanlah dan matikan lah kami dalam cahaya keimanan dan keredhaan Mu...amin...ya rabbalalamin...

Montage Group Intifada

Sabtu, 3 Julai 2010

Macamana nak buat????

Salam...syukur terus ummi panjatkan ke hadrat ilahi kerana terus memberikan ummi kesihatan dan kesejahteraan untuk ummi terus menaip dalam blog kesayangan ummi ni...hehehe..ada sedikit perubahan ummi buat...penuh warna warni kan...saja...sebab ummi sukakan ketenangan(that's why ummi suka warna biru) dan keceriaan...so, harap2 tak menyakitkan mata kalian...

So, berbalik kepada entry yang ingin ummi tulis pada hari ini adalah base pd pelbagai masalah2 dalam penyusuan yang telah diutarakan pada ummi dan juga hasil kajian ummi sendiri..

Antara masalah2 yang dihadapi sepanjang penyusuan dan bagaimana cara mengatasinya...(ini ummi cerita base pd pengalaman,pembacaan dan laman2 penyusuan yang ummi ikuti...

Masalah pertama :-
Susu saya sikit,mcmana saya nak susukan bayi saya...

Cara atasi :-
Sebenarnya bg ummi yg penting soal minda kita sendiri...kadang2 kita kerap merasakan atau kata2 org sekeliling bahawa kuantiti susu yang kita hasilkan masih tidak mencukupi untuk keperluan anak kita...sbnrnya jumlah penghasilan susu bergantung kepada kehendak anak...so, it's mean jumlah yang kita hasilkan itu adalah base kpd keperluan anak kita...masalahnya mentaliti masyarakat kita apabila anak menangis mesti sbb nak susu...jika kita lihat banyak sbb lain kenapa seorang bayi menangis..mungkin perut kembung,mengantuk dsbnya...dan sekiranya mmg masih sedikit kalian boleh amalkan set b shaklee untuk boost supply susu dan setelah semua usaha di lakukan, jgn sesekali kita lupa untuk mohon kepada yang Maha Esa...Insya allah...

Masalah kedua :-
Saya menghadapi masalah inverted nipple (nipple tenggelam)...baby saya tak nak menyusu dari saya...

Cara atasi :-
Masalah inilah antara masalah yg ummi hadapi yg membawa kepada ummi menjadi seorang pengepam tegar...tetapi banyak solution boleh di ambil sblom itu...antaranya penggunaan nipple shield...tetapi tidak semua org sesuai menggunakan cuma itu hanya satu cara yg terdapat segelintir ibu yang sesuai menggunakannya..selain dari itu, pelajari posisi lekapan yang betul dgn klinik kesihatan terdekat dan ada ibu yg akhirnya berjaya juga menyusukan anak walaupun menghadapi masalah inverted nipple...dan cara yg terakhir (sekiranya anda benar2 sanggup bersusah payah dan bersemangat kental)...susukan anak anda secara mengepam sahaja...walaupun direct feed adalah latch yang terbaik tetapi dengan mengepam secara konsisten, insya allah susu kekal terhasil kerana apa yg penting adalah stimulation...

Masalah ketiga :-
Saya tidak mempunyai pam yang mahal...bolehkah saya berjaya menyusukan hanya menggunakan brand yang biasa...

Cara atasi :-
Perlu ummi tekankan di sini, jenama atau brand pam tidak langsung mepengaruhi kuantiti susu yang di hasilkan...cukup la dengan pam itu memberikan keselesaan kepada si ibu, mengepam secara konsisten (takde ngelat2), dan memohon kepada yg Maha Esa, insya allah susu dapat di hasilkan selari dengan kuantiti yang di kehendaki oleh anak kita...

Masalah keempat :-
Baby saya keliru puting...mcmana saya nak bg dia mahu direct feed dengan saya semula???

Cara atasi :-
Sekiranya ini berlaku, cuba kaedah skin to skin contact...ramai ibu yg mencuba kaedah ini telah berjaya menyusukan semula secara direct feed...caranya bogelkan anak anda (tinggal pampers)..dan si ibu juga harus sentiasa berada dekat dengan anak dan teruskan dengan usaha anda dengan menyusukannya sekerap yg blh..mmg ia amat mencabar dan maybe setelah 2-3 hari barulah menampakkan hasil...satu lg cara adalah dengan cuba menyusukan semasa bayi hampir tidur(antara sedar dan tidak)..kebiasaannya, dlm keadaan mamai, baby akan menerima nipple tanpa masalah...

Masalah kelima :-
Baby saya kecil dan berat naik sedikit2 sahaja berbanding baby yang menyusu menggunakan susu formula...

Cara atasi :-
Base pada pengalaman ummi, memang sebelum ini anak ummi berat naik sedikit2 shj (nurse klinik bisinggg)..tension jugak...so, ummi ambil set b dan esp...alhamdulillah syukur hasilnya pertambahan berat anak ummi naik memberangsangkan...ummi notice perubahan ini base pd selepas ummi ambil esp...so, susu yang di hasilkan lbh berkualiti, pekat dan mengenyangkan walaupun anak minum dalam kuantiti yang sedikit...

Sebenarnya, banyak lagi masalah2 yang timbul dalam penyusuan ni...ini hanyalah secebis yang ummi petik2 dr email2 yg ummi terima...so, sekiranya masih lagi terdapat sebarang masalah atau ingin share sesuatu mengenai penyusuan...silakan...email ummi di nadeeyya_kk@yahoo.com..insya allah ummi cuba jawab semampu ummi...

Apapun, bukanlah ummi memandang sebelah mata pd ibu2 yang terpaksa memberikan susu formula kpd anak2...masing2 ada sebab dan agenda yg tersendiri..siapa yg tak nak bg anak sesuatu yg terbaikkan...cuma ummi agak terkilan dengan segelintir ibu2 yang di kurniakan susu yg melimpah ruah, tiada masalah untuk direct feed tetapi memberikan alasan MALAS untuk menyusukan anak..ummi salute pada ibu2 yg mempunyai keazaman yg kuat untuk meneruskan penyusuan selama yg boleh contohnya adik ummi sekaligus geng shaklee ummi, along azrinna yang tabah untuk meneruskan penyusuan anak kesayangan beliau..semangat itu yang paling penting perlu ada dlm diri seorang ibu..dan bukanlah menjadi HARAM pula sekiranya kita telah berusaha sedaya upaya untuk memberikan susu ibu tetapi masih gagal...dan di campur pula dengan susu formula...apa yg penting selagi susu ibu masih ada walaupun kuantitinya sedikit teruskan selagi terdaya...

Sesungguhnya, ummi percaya setiap masalah ada jalan penyelesaiannya...dan ummi sudi mendengar setiap permasalahan anda dan cuba membantu mencari jalan keluar semampu ummi...ummi doakan semua ibu2 di luar sana yg sedang dan ingin menyusukan anak, semoga Allah memberikan pahala yang berlipat kali ganda ke atas kalian dan Allah terus memberikan hasil susuan yang banyak seiring dengan keperluan anak kaliannn..aminnn...

Salam sayang dan ukhuwah,
Kak Nadia...

2 ulasan:

  1. salam, kak nadiah. salam kenal. ulasan akak sangat detail dan menarik buat tatapan saya. jadi saya ikut. mmm..sungai petani kat mana ye. saya pun org sungai petani jugak.

    BalasPadam
  2. W'salam...fizanur...alhamdulillah sekiranya mendatangkan kebaikan buat fiza...owhhh...org sg petani jugakkk...best niii...kak nadia selalu ada 2 tmpt(hehehe) kekadang kat sg layar kadang2 kat tmn sejati...fiza duk mana???

    BalasPadam

Jom friend dgn kami di Facebook!!

Menyokong Penyusuan Susu Ibu

Menyokong Penyusuan Susu Ibu

Terima kasih kerana singgah....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails