Buat putri - putri kesayanganku....

Blog ini adalah khusus mengenai sharing saya dan customer2 saya yang menggunakan produk Shaklee, kisah penyusuan saya sebagai EP MOM selama 2 tahun setengah, semua memori hidupku,semua kegembiraanku, kedukaanku,obsess ku dalam menghayati erti penyusuan,kebanggaan ku mengenai anak2 ku tersayang (Syasya Dan Qistyna) dan buat semua insan-insan di luar sana yang ingin berkongsi pengalamanku...Semoga setitik dakwat mampu membuat sejuta manusia berfikir tentangnya...


Sahabat2 kesayangan ummi

Doa (Ya Allah...Kabulkan Doa Kami)..

Bismillahirahmanirrahim...Ya Rahman Ya Rahim Ya Allah..Kurniakan rahmat dan kasih sayangMu ke atas kami..Berikan faedah dan kebaikan ke atas semua sahabat yang mengunjungi blog ini, kuatkan ikatan persahabatan dan ukhuwah kami dalam keberkatan Mu, murahkan rezeki kami, permudahkan lah semua urusan kami, kabulkan lah semua permohonan kami, panjangkan usia kami agar kami dapat beribadat kepada Mu dan hidupkanlah dan matikan lah kami dalam cahaya keimanan dan keredhaan Mu...amin...ya rabbalalamin...

Montage Group Intifada

Sabtu, 24 Julai 2010

Macamana nak buat ????

Salam...entry kali ini ummi tuliskan kerana ummi baru sahaja menerima satu email dari seorang adik yang ummi panggil dengan nama siti...so, inilah e mail tersebut...

assalamualaikum..
kak nadia.. sy memerlukan khidmat nasihat akak..
saya merupakan seorg ibu kpd bayi lelaki yg berusia 6 bln..
masalahnya sy hnya berjaya menyusukan bayi saya selama 3 bln shj.
sekarang nie sy hnya memberi susu formula kpd bayi sy..
hal ini berpunca kpd masalah puting yg merekah n sakit..


sy berhenti menyusukan slama semggu.. slps itu bayi sy txnk bf..hanya mau minum susu dr botol.. mgkn fobia ngan puting sy.. awalnya sy pam... tp semakin lama susu sy makin berkurangan dan sy jd give up dan terus bg susu formula smpi skrang..

tetapi hati sy merintih sedih kerana sy mmg nk sgt menyusukan bayi sy sehngga 2 thn.. sy menyesal n nk cuba balik menyusukan.. tp bila pam hnya dpt sedikit sj..txsmpi stgh aun..

apakah yg perlu sy lakukan untuk tmbh susu.. n berkesan kah jika sy mengambil set b + esp..?

bantulah sy kak..
sy memerlukan nasihat n pandangan dr akak..
sy amat bangga dgn akak.. walaupon sibuk bekerja akak masih mampu menyusukan anak akak secara ekslusif..

So, ini pula jawapan ummi  atau balasan email tersebut...
 
w'salammm...terlebih dahulu boleh akak panggil dengan nama siti je...tahniah akak ucapkan kerana walaupun siti menghadapi beberapa masalah dalam penyusuan sekurang2nya, akak bangga sebab siti masih cuba mencari jalan keluar untuk meneruskan penyusuan susu ibu untuk anak siti (kalau anak siti tau mcmana susahnya ibunya cuba bertahan demi memberi YANG TERBAIK BUATNYA...pasti dia akan menghargai sgt2 usahamu ini, dik...

So, berbalik kepada masalah siti..syukur, siti masih boleh menghasilkan susu walaupun kuantitinya sgt sikit...actually, ramai sahabat2 kak nadia yang menghadapi masalah yang sama dengan siti, tetapi kini berjaya beralih semula kepada fully breastfeeding...

Mengenai set b + ESP...adakah penggunaanya akan membantu menaikkan semula kuantiti susu??Jawapan akak YA dan TIDAK...Akak akan kupas satu demi satu mengapa JAWAPAN PERTAMA AKAK 'YA'...(dan disesuaikan secara tidak langsung bgmana untuk mengatasi masalah siti dan langkah2 yang perlu siti ambil jika siti berhasrat untuk meneruskan penyusuan susu ibu)...

1) Amalkan SET B + ESP secara konsisten dengan syarat:-

- Mulakan setiap kali pengambilan supplement dengan bismillah dan baca surah al kauthar (Niatkan dalam hati semoga allah membanyakkan susu kita sepertimana banyaknya air sungai kauthar...-banyak fadilat surah ni) sambil urut2 breast kita untuk lancarkan semula pengaliran susu..

- Pastikan minum air yang banyak tidak kurang 3 liter sehari...

- Yakin allah akan memakbulkan doa kita dengan cara pengambilan supplement ini...(Doa tanpa usaha adalah sesuatu yg sia2 kan)...

2) Atur jadual pengepaman

- Tujuan adanya jadual pengepaman adalah untuk memastikan otak memberikan signal untuk produce susu yang lebih banyak pada masa2 jadual pengepaman...

- Pastikan kita ikut jadual mengepam secara KONSISTEN dan sekiranya terskip waktu boleh maintainkan semula dengan cara power pumping...

3) Power Pumping

- Lakukan power pumping sekerap yang boleh...caranya pump kedua2 payudara lebih kurang 10 minit, stop selang 10 minit pump lagi...stop sebentar...10 minit...pump semula (tak kira berapa pun penghasilannya)...Tujuan power pumping di buat kerana susu di hasilkan base pd permintaan...maksudnya semakin kerap payudara di kosongkan semakin kerap dan BANYAK susu akan di hasilkan kerana istilah SUPPLY BASE ON DEMAND...Otak menghantar isyarat agar susu di hasilkan dengan lbh banyak lg kerana banyak kali permintaan...Paham ke???

4) Stimulate Payudara

Ini juga penting kerana ia membantu susu di hasilkan dengan kadar segera dan banyak...antara cara2 untuk stimulate payudara :

1. tuam payudara dengan towel suam

2. gentle stroke pada payudara (urut perlahan-lahan payudara)

3. sikat payudara

4. urut pangkal payudara (dekat bawah ketiak)

5. gentel puting

Kebiasaannya hasil stimulate ini, kita akan merasa let down reflex dimana kita akan merasa payudara sedikit menegang dan rasa tickling pada bahagian payudara.

5) Jika boleh direct feeding, cuba untuk susukan secara direct...

Actually, stimulasi atau ransangan terbaik dlm penyusuan adalah melalui direct feeding...so, maybe agak sukar nak start balik tapi boleh cuba cara2 ini :-

a) Susukan ketika bayi sedang mamai,ketika terjaga dari tudur. Jangan susukan ketika bayi lapar kerana bayi akan kecewa kerana susu tidak keluar dengan banyak.

b) banyakkan skin-to-skin contact. Jangan biarkan bayi menganggap payudara adalah sesuatu yang mengecewakan.

c) Berikan susu perahan dengan menggunakan cawan, sudu, syringe

d) perah susu sebelum menyusu, ini supaya apabila bayi menghisap, susu terus dikeluarkan (tanpa perlu stimulasi dari hisapan awal)

So, itulah jawapan akak mengapa akak katakan Boleh Atau Ya jika menggunakan SET B + ESP boleh membantu menggalakkan semula penghasilan susu dan kombinasi set b dengan esp membantu susu menjadi sgt pekat dan berkualiti seterusnya anak akan mudah kenyang...Dan bagi jwpn akak "Tidak" jika kita hanya mengambil set b + esp semata2 tanpa mengamalkan seperti yang akak katakan di atas..

Salam sayang dan ukhuwah,

Kak Nadia...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jom friend dgn kami di Facebook!!

Menyokong Penyusuan Susu Ibu

Menyokong Penyusuan Susu Ibu

Terima kasih kerana singgah....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails