Salammm...entry ini ummi tuliskan kerana ummi menerima email yang banyak bertanyakan bagaimana ummi mendapat 12 oz dalam satu sessi perahan (merujuk kepada entry Nnorita dalam blognya dahulu tentang kisah ummi mendapat hasil perahan sebanyak itu)....ada juga sahabat2 ummi minta ummi kongsikan tentang cara ummi mengepam susu selain dari ummi mengamalkan pengambilan vitamin shaklee dan esp serta performance drink...
Ok, let's sharing...ummi akan ceritakan antara cara2 yang ummi amalkan dalam sessi pengepaman ummi sehari2...
1) TENANG...(perkara wajib sebelum ummi memulakan sessi mengepam)
Condition tenang atau relax adalah perkara paling penting bg diri ummi untuk sessi mengepam...kalau ummi dalam keadaan kelam kabut, resah gelisah dan tergesa2 untuk menghabiskan sessi mengepam, confirm susu akan drop atau tak keluar langsung...So, nasihat ummi setelah pasang semua compartment utk mengepam, duduk dgn tenang, tarik nafas panjang2 dan mulakan dengan lafaz bismillah...(tips : jika ada perkara yg boleh membuatkan anda tenang boleh di praktikkan..contoh: letakkan gambar baby berhampiran, atau anda tenang bila mendengar lagu2 yg lembut atau mungkin berzikir menenangkan anda, ummi syorkan anda berzikir YA MATIN sebanyak yg boleh...Jika anda tidak tenang, susu memang akan seolah2 segan nak keluar dgn baik...
Bonus : Amalan Supplement yang sesuai - B Complex.
2) BAWA GAMBAR ANAK DAN RAKAMKAN SUARA ANAK (KETAWA ATAU MENANGIS)
Nampak mcm lawakkan tetapi try la...insya allah berkesan...ini adalah salah satu kemestian yang ada bg diri ummi untuk menjayakan hasil pengepaman...biasanya ummi akan letakkan sekeping gambar anak ummi yg paling ummi suka tengok dalam beg duit ummi dan ummi rakamkan suara anak ummi yang sedang ketawa riang menggunakan hp ummi...so, bila ummi nak start pammm..memang alhamdulillah laju je susu memancut sbb ummi terbayangkan anak ummi ada dekat dgn ummi di tambah dengan ketawa comelnya itu...
3) BAWA SMELL ANAK KE OPIS
Hehehe...tak paham ke??...Psttt...mcm malu nak cerita tapi ini realiti...anak ummi pakai powder jenis tollyjoy yang botol hijau tu...memang best sgt bau diaaa...harummm...so, bau ini dah sebati dengan badan anak ummi...bila cium je bau bedak tollyjoy ni terus boleh imagine wajah mulus anak ummi tuuu...so, ummi memang beli dan sediakan satu botol bedak tollyjoy hijau ni kat opis...so, before ummi mengepam, ummi akan sapukan bedak ini di tangan ummi dan ummi akan dapat feel anak ummi berada dekat dgn ummi...bau tu samakannn...memang mempengaruhi penghasilan susu...tak caya...cuba lahhh...
4) STIMULATE NIPPLE
Kalau kat rumah, stimulate atau ransangan itu dtg dr hisapan anak atau pump(bg yg expressing)..so, untuk mempercepatkan dan menghasilkan susu yg lebih banyak...menggentel nipple anda sehingga anda rasa let down (payudara jd tegang)...ia akan mengambil masa beberapa minit tapi hasilnya...wowww...memancut2 susu akan keluar...insya allah...mengapa ini berlaku??Kerana rangsangan kepada nipple akan merembeskan hormon oxytocin yg mana hormon ini berfungsi untuk menghantar signal kepada otak utk menghasilkan susu.
Try la...u will like it!!
5) MENGEPAM DI TEMPAT YG SELESA
Macam ummi alhamdulillah sbb ummi ada bilik sendiri...so, just lock pintu dan beritahu pembantu ummi dah cukup...(sbb pembantu ummi ada kunci pendua, buatnya dia masuk..ampunnn...nyaya)..so, sangat comfortable...cuma kalau di court ummi akan mengepam di surau @ sesekali dlm kereta (selagi tempat tu sesuai)...dan untuk buat ummi lbh selesa...ummi akan pakai nursing cover supaya apa yg tak sepatutnya di lihat tidak dilihat secara tidak sengaja oleh org lain...hehehe...
6) MENGEPAM IKUT JADUAL
Bagi ummi membuat jadual mengepam adalah perkara terpenting dalam journey penyusuan ummi...mengapa ummi katakan begitu??Kerana jika kite pump mengikut jadual, kite menghantar signal kpd badan dan otak utk produce susu pd masa yg ditetapkan.Dan bile badan dan otak menerima signal tersebut, badan dan otak akan produce susu pd kadar yg banyak pd waktu yg kite selalu pump tu...So, nampak tak kesannya???So, jgn selalu ngelat2 jadual mengepam yee...dan kalau terskip waktu mengepam..ada cara atasinya (rujuk pd entry ummi "Bagaimana jika terskip waktu mengepam "....
7) KOSONGKAN PAYUDARA ANDA
Ummi akan praktikkan untuk pastikan breast betul2 kosong slps mengepam...caranya tekan atau urutkan payudara anda secara lembutt..kekadang balance2 susu masih ada...so, cara ini akan memastikan ianya benar2 kosong...
8) CUBA MEMASTIKAN KESIHATAN DAN CONDITION BADAN DLM KEADAAN STABIL DAN BAIK
Macamana kereta kita boleh berfungsi dan memberikan keadaan yang baik serta selesa dlm pemanduan kita sekiranya enjinnya dalam keadaan baik, begitulah juga dalam penyusuan...seboleh2nya ummi akan pastikan keadaan ummi yg sibuk dengan kerja sehari2 dan menguruskan rumahtangga serta 2 puteri kesayangan ummi tidak akan memberi efek buruk kepada kesihatan dan tenaga serta mood ummi sehari2...caranya amalkan pemakanan yang sihat, memastikan mood sentiasa tenang dan gembira dan badan kekal bertenaga walaupun dalam keadaan sibuk sekalipun...
Bonus : Amalan supplement yang sesuai dan tepat - set B(Vitalea, Vit C, B Complex dan Alfalfa) + ESP + Performance drink
9) BERDOA SELEPAS SEMUA USAHA DI BUAT
Ini adalah perkara yang paling penting selepas semua usaha di lakukan...serious..mohon la kepada Nya kerana hanya Dia yang boleh memakbulkan semua permohonan hambaNya....
So,inilah antara cara2 sampingan yang ummi lakukan selain daripada pengamalan ummi dengan set b + esp + performance drink...di samping vitamin2 ini membantu menghasilkan susu yang meriah dan bermutu, ia juga membantu ummi kekal sihat dan bertenaga dan ianya sgt penting dalam misi penyusuan 2 tahun ummi...ummi harap sedikit sebanyak tips ini dapat di praktikkan dan membantu kalian mendapat susu yang banyak di samping kalian mengamalkan supplement shaklee...ummi doakan kalian juga berhasilll...
Salam sayang dan ukhuwah,
Kak Nadia...
Buat putri - putri kesayanganku....
Blog ini adalah khusus mengenai sharing saya dan customer2 saya yang menggunakan produk Shaklee, kisah penyusuan saya sebagai EP MOM selama 2 tahun setengah, semua memori hidupku,semua kegembiraanku, kedukaanku,obsess ku dalam menghayati erti penyusuan,kebanggaan ku mengenai anak2 ku tersayang (Syasya Dan Qistyna) dan buat semua insan-insan di luar sana yang ingin berkongsi pengalamanku...Semoga setitik dakwat mampu membuat sejuta manusia berfikir tentangnya...
Sahabat2 kesayangan ummi
Doa (Ya Allah...Kabulkan Doa Kami)..
Bismillahirahmanirrahim...Ya Rahman Ya Rahim Ya Allah..Kurniakan rahmat dan kasih sayangMu ke atas kami..Berikan faedah dan kebaikan ke atas semua sahabat yang mengunjungi blog ini, kuatkan ikatan persahabatan dan ukhuwah kami dalam keberkatan Mu, murahkan rezeki kami, permudahkan lah semua urusan kami, kabulkan lah semua permohonan kami, panjangkan usia kami agar kami dapat beribadat kepada Mu dan hidupkanlah dan matikan lah kami dalam cahaya keimanan dan keredhaan Mu...amin...ya rabbalalamin...
Montage Group Intifada
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan