Buat putri - putri kesayanganku....

Blog ini adalah khusus mengenai sharing saya dan customer2 saya yang menggunakan produk Shaklee, kisah penyusuan saya sebagai EP MOM selama 2 tahun setengah, semua memori hidupku,semua kegembiraanku, kedukaanku,obsess ku dalam menghayati erti penyusuan,kebanggaan ku mengenai anak2 ku tersayang (Syasya Dan Qistyna) dan buat semua insan-insan di luar sana yang ingin berkongsi pengalamanku...Semoga setitik dakwat mampu membuat sejuta manusia berfikir tentangnya...


Sahabat2 kesayangan ummi

Doa (Ya Allah...Kabulkan Doa Kami)..

Bismillahirahmanirrahim...Ya Rahman Ya Rahim Ya Allah..Kurniakan rahmat dan kasih sayangMu ke atas kami..Berikan faedah dan kebaikan ke atas semua sahabat yang mengunjungi blog ini, kuatkan ikatan persahabatan dan ukhuwah kami dalam keberkatan Mu, murahkan rezeki kami, permudahkan lah semua urusan kami, kabulkan lah semua permohonan kami, panjangkan usia kami agar kami dapat beribadat kepada Mu dan hidupkanlah dan matikan lah kami dalam cahaya keimanan dan keredhaan Mu...amin...ya rabbalalamin...

Montage Group Intifada

Sabtu, 31 Disember 2011

Berapa oz harus di letakkan di nursery????

Salam sayang semua...agak lama rasanya ummi tidak berkongsi dengan kalian pengalaman ummi sebagai EP MOM (Exclusive Pumping Mother)...so, insya allah rutin ini akan kembali menghiasi blog kesayangan ummi ni...


Baru2 ini ummi menerima beberapa email dari ibu2 baru yang menyusukan anak dan bekerja...Terlebih dahulu, ummi ucapkan welcome to the club dan tahniah kerana anda memilih untuk menyusukan anak...Ummi sangat2 tabik pada ibu2 terutamanya yang masih muda tetapi mempunyai keazaman yang tinggi untuk memberikan yang terbaik buat anak kesayangan kalian...syabas ummi ucapkan!!!

Susu Ibu Yang Di Perah (EBM) - Express Breast Milk
Berbalik kepada email2 yang ummi terima antara lain ramai ibu2 baru yang bertanyakan tentang bagaimana ummi memastikan jumlah susu badan yang harus di tinggalkan di nursery atau rumah pengasuh semasa kita bekerja...kerana kelazimannya semasa si ibu dalam tempoh cuti bersalin, kebanyakan dari mereka ini akan memberikan susu secara direct feeding dan bukan menggunakan botol..Oleh itu, ketidakpastian tentang jumlah keperluan susu ke atas anak sehari2 tidak pernah di sukat...


So, berdasarkan pengalaman ummi sendiri, inilah antara perkara2 yang ummi lakukan:-


1) Seminggu sebelum masuk kerja, ummi akan mula menghantar anak ummi ke nursery bagi memastikan anak ummi membiasakan diri dengan tempat tersebut dan pengasuhnya. Dalam tempoh ini, sekiranya berlaku sebarang masalah, pihak nursery atau pengasuh lebih mudah untuk merujuk kepada ummi kerana ummi berada hampir dan free.


2) Buat permulaan, ummi akan sediakan sebanyak 21 oz susu untuk sehari. Dalam setiap botol ummi akan masukkan sebanyak 3 oz  bersamaan 7 botol kecil susu. (ummi suka gunakan botol 2 oz pada mulanya).


3) Untuk memudahkan nursery @ pengasuh, sediakan warmer supaya suhu susu lebih menyamai suhu badan manusia.


4) Setiap botol susu tersebut, susun mengikut tarikh dan untuk memudahkan pengasuh, labelkan di atas tutup setiap botol dengan nombor...cth Botol (1) adalah tarikh yang paling lama.(Dekat nursery, bukan anak kita sahaja yang di jaga, so mudahkan pengasuh). Mengapa ummi melakukan begini???Kerana pernah berlaku insiden, ketika ummi mengambil kembali anak ummi, balance susu tinggal 1 botol. Bila ummi belek2 tarikhnya adalah tarikh yang paling lama. Bermakna, adakalanya apabila anak kita menangis, pengasuh akan segera memanaskan susu, Apabila keadaan kelam kabut atau perlu cepat, pengasuh takkan sempat nak belek tarikh2 tu)..so, lebih baik kita mudahkan kerja dia...


5) Letakkan semua susu perahan dalam satu cooler bag beserta ice pack yg mencukupi kerana tidak semua nursery terdapat peti ais dan takut2 berlaku peti ais rosak. Pesan dengan nursery@pengasuh, jangan sekali2 keluarkan susu perahan dari cooler bag dan ice pack kerana suhunya akan berubah dan mungkin mengakibatkan susu tersebut mudah basi.(keluarkan apabila hendak digunakan sahaja)-


6) Pesan dengan nursery@ pengasuh, sebelum memberikan anak dengan susu, make sure pengasuh menitikkan sedikit susu di belakang tapak tangan bagi mengelakkan kepanasan melampau atau susu masih sejuk (botol ke yang suam2).


7) Pesan dengan nursery, jangan amalkan pemberian susu setiap kali anak menangis kerana bukan semua bayi menangis kerana lapar susu. Make sure bukan kerana kembung (jarang berlaku pd ibu yg menggunakan susu ibu), mengantuk dsbnya.


So, daripada semua step2 di atas, dalam tempoh seminggu sebelum mula bekerja tersebut, kita boleh melihat, berapakah jumlah susu yang bayi kita perlukan. Malahan tempoh masa tersebut juga adalah penting kerana pengendalian susu ibu agak rumit dan kebanyakan nursery @ pengasuh jarang di dedahkan dengan keadaan berikut. Oleh itu, kita harus memudahkan pengasuh @ nursery bagi memastikan susu badan (EBM) yang kita tinggalkan buat si kecil di gunakan mengikut cara dan prosedur yang betul dan anak kita kekal mendapat khasiat daripada susu ibu semasa kita bekerja..


SELAMAT MENCUBA!!!Bagi mana2 ibu yang memerlukan bantuan dan pandangan peribadi ummi mengenai pengalaman ummi menyusukan anak atau ingin bertanyakan tentang sebarang vitamin, sila sms ummi di 0123975808 atau email ummi di nadeeyya_kk@yahoo.com.


Salam sayang dan ukhuwah,
Kak Nadia





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jom friend dgn kami di Facebook!!

Menyokong Penyusuan Susu Ibu

Menyokong Penyusuan Susu Ibu

Terima kasih kerana singgah....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails