Buat putri - putri kesayanganku....

Blog ini adalah khusus mengenai sharing saya dan customer2 saya yang menggunakan produk Shaklee, kisah penyusuan saya sebagai EP MOM selama 2 tahun setengah, semua memori hidupku,semua kegembiraanku, kedukaanku,obsess ku dalam menghayati erti penyusuan,kebanggaan ku mengenai anak2 ku tersayang (Syasya Dan Qistyna) dan buat semua insan-insan di luar sana yang ingin berkongsi pengalamanku...Semoga setitik dakwat mampu membuat sejuta manusia berfikir tentangnya...


Sahabat2 kesayangan ummi

Doa (Ya Allah...Kabulkan Doa Kami)..

Bismillahirahmanirrahim...Ya Rahman Ya Rahim Ya Allah..Kurniakan rahmat dan kasih sayangMu ke atas kami..Berikan faedah dan kebaikan ke atas semua sahabat yang mengunjungi blog ini, kuatkan ikatan persahabatan dan ukhuwah kami dalam keberkatan Mu, murahkan rezeki kami, permudahkan lah semua urusan kami, kabulkan lah semua permohonan kami, panjangkan usia kami agar kami dapat beribadat kepada Mu dan hidupkanlah dan matikan lah kami dalam cahaya keimanan dan keredhaan Mu...amin...ya rabbalalamin...

Montage Group Intifada

Khamis, 8 Mac 2012

Lepas bersalin susu tak keluar???

Salam sayang semua...beberapa hari ini, ummi menerima beberapa call, sms dan email yang bertanyakan perkara yang sama..." Kak Nadia, saya baru sahaja lepas bersalin...masalah saya ialah susu saya tak keluar...boleh akak bantu saya mcmana nak bg susu saya jadi banyak???"...Malahan, persoalan ini juga kerap kali beberapa sahabat ummi ajukan...Benarkah selepas sahaja bersalin, susu yang keluar terlalu sedikit atau tidak keluar langsung???

So, persoalan yang cuba ummi timbulkan di sini...benarkah susu kita yang tidak cukup atau "anggapan kita semata2???"


Ummi masih ingat lagi detik2 indah ummi semasa melahirkan anak sulung ummi, Syasya...semasa itu, ummi tiada pengalaman malahan tiada ilmu langsung tentang breastfeeding...apabila nurse meletakkan anak ummi di sebelah (Rooming)...ummi terpinga2...sudahnya apabila anak ummi menangis, ummi dalam keadaan terkial2 mencari posisi yang betul, cuba menyusukan anak ummi...semasa itu, ummi perasan tiada langsung air susu yang terhasil apatah lagi meleleh2 seperti yang di gambarkan!!!Di tambah pula dengan masalah inverted nipple, memang ummi rasa mcm nak nangis...apa yang ummi buat, hanya suakan jua breast dengan harapan susu akan keluar...tetapi malangnya, anak ummi terus2an menangis dan semasa itu yang tergambar di fikiran ummi cuma satu...Ummi tak ada susu!!!!Ya Allah, semasa itu, tekanan lebih mendalam apabila anak menangis, sudahnya dengan ummi2 sekali menangis...semasa itu, ummi cuba juga pelbagai cara untuk mengatasi masalah inverted nipple sehingga akhirnya ummi pasrah...ummi ambil keputusan menggunakan pam susu yang di sediakan oleh pihak hospital semasa itu (kalau tak salah ummi spectra 7)...Maka bermulalah aktiviti mengepam dengan harapan rangsangan ini membantu penghasilan susu di keluarkan...


Sehari suntuk ummi mengepam tanpa jemu...hingga adakalanya nurse memberikan juga susu hospital apabila tiada langsung susu yang di hasilkan...kecewa???memang ada terselit di hati tetapi apa yang mampu ummi buat...ummi sudah berusaha tetapi masih tidak berjaya...


Menjelang tengah malam, setelah seharian mencuba terus mengepam namun tiada juga susu yang terhasil, ummi mula berputus asa...di tambah dengan keupayaan ummi yang terbatas kerana operation, ummi sgt2 tertekan...mujurlah mak mertua dan mak tiri ummi datang memberikan kata2 sokongan dan membantu melegakan hati ummi yang mula rasa pasrah...


Sesungguhnya Allah itu Maha Berkuasa...Tidak sekali2 Dia akan menzalimi hambanya...sebaik sahaja ummi selesai membersihkan diri dan menukar baju bersih pada pagi hari itu (hari ke 3 ummi bersalin)...rakan sebelah katil ummi menegur..."Kak, Susu ke yang basah kat baju akak tu"...Ya Allah...hampir menangis ummi apabila melihat baju ummi mula basah dengan air susu yang mula keluar..tanpa lengah, ummi pam payudara dan hasilnya...1 oz!!!Ummi sangat gembira...tambah2 bila ummi suapkan anak ummi sehingga tertidur...ummi rasa satu kepuasan yang tak terhingga...


So, moral of the story, pastikan kalian susukan anak2 dengan kerap (jangan pam mcm ummi (kalau boleh) sbb stimulate dr baby is much2 better)...kerana penghisapan dari bayi akan mempercepatkan penghasilan air susu. Kebiasaannya pada hari pertama dan hari kedua selepas kelahiran, susu yang di hasilkan sangat sedikit malahan ada sesetengah yang tiada langsung!!!Kerana itu, rangsangan dari hisapan bayi sangat penting bagi memastikan penghasilan susu lebih cepat di hasilkan.Harus di ingat, antara satu ibu dengan satu ibu yang lain tidak akan sama keadaannya...Mungkin ada yang sudah terhasil susu pada hari kedua, atau ketiga tetapi ada juga yang hanya menghasilkan susu hanya pada hari keempat atau kelima...malahan mungkin lebih lama lagi...


Bagi ibu2 baru, mungkin keadaan ini boleh menimbulkan reaksi negatif di tambah dengan kata2 orang sekeliling bahawa susu tiada!!!Apatah lagi proses penyusuan itu masih lagi satu yang baru dan tidak mustahil kalian masih kekok melakukannya...Malahan ada sesetengah ibu yang masih ragu2 dengan  keupayaan mereka menyusukan anak dan merasa terkejut apabila bayi menghisap dengan kuat sehingga menimbulkan ketidak selesaan kepada si ibu...Jangan mengalah dengan keadaan ini kerana 'Practise make perfect"!!!Jangan sekali2 terus berputus asa dan teruskan pemberian susu dengan mengekalkan penghisapan bayi secara berulang2 kali sehingga susu di rangsang keluar seperti mana yang di harapkan...Ingat ye...Hisapan bayi adalah penting di awal2 kelahiran!!!


So, mungkin inilah antara yang sering berlegar dan bermain di fikiran ibu2 muda di luar sana :-
a) Sering terfikir bahawa susu saya tak cukup
b) Tidak mempraktikkan hisapan bayi sebagai stimulate pertama
c) Tidak tahu bahawa yang keluar di awal2 kelahiran hanyanya kolestrum dan bukannya susu yang memancut2
d) Terpengaruh dengan pujukan orang sekeliling bahawa susu kita sikit atau tak cukup
e) Sangat2 stress apabila susu tidak keluar


Oleh itu, positifkan diri kalian...fikirkan yang terbaik buat anak anda...owh ya...sebagai menenangkan hati kalian, meh ummi share berapa jumlah susu yang di perlukan oleh bayi yang baru di lahirkan...Jangan terkejuttt...


Nampak tu???sikitkan...so, tak perlu2 susah2 hati bila tgk susu sikit...Allah cipta sesuatu tu untuk menyenangkan kita bukannya untuk menyusahkan kita...cuba tengok...selalu kita dengar kan ramai ibu2 di luar sana mengeluh...susu saya tak cukup la...anak saya asyik nak minum susu jee...bergayut lama sgt...tp hakikatnya baru ummi sedar mengapa anak ummi habis je 3 @ 4 oz (semasa berumur 1 tahun) dia akan tolak botol susu (pandai..anak ummi) tambah2 dia dah makan bubur nasi...sbb perutnya dah penuh rupanya...dan bayangkan kalau kita beri susu melebihi jumlah di atas....meleleh beb....patutnya keluar balik...(that's why banyak bayi yg kerap muak susu agaknya)


Kelaziman pemikiran kita...bila anak menangis, pasti lah kita akan cakap...oh nak susu ni....lalu kita akan sumbatkan mulutnya dengan susu tanpa kita menyedari bahawa ianya 'menyeksa' perut anak kita...Ada sebab2 lain mengapa anak kita menangis antaranya:
a) sakit perut
b) Hidung tersumbat
c) Nak tidur-ngantuk
d) demam
e) nak manja dengan ibu- nak suruh peluk la
dan banyak sebab2 lain (dah ada buku pun tentang sebab2 anak menangis ni, cuba cari kat kedai buku)...apakah kita tidak peka dengan keadaan anak kita dan mengambil jalan mudah dengan menyumbatkan susu (hingga melimpah!!!) untuk bg anak senyap...masya allah...sgt la silap kannn...so, pastikan benar2 apakah sbb anak menangis dan bukan lah terus sumbat susu ke mulut untuk senyapkan baby...


So, ibu2 muda di luar sana....jangan susah2 hati ye...amalkan sahaja pemakanan seimbang...malahan vitamin2 yang di bekalkan oleh pihak hospital tu, amalkan terus demi memastikan kesihatan kita di tahap optimum...bagi ummi, badan si ibu harus sentiasa cergas dan segar kerana ianya ibarat enjin yang menjadi tonggak penting dalam menjayakan penyusuan ibu itu sendiri...setahu ummi dahulu semasa ummi keluar hospital, ummi dibekalkan dengan multivitamin, ascorbic asid (vitamin c), b compleks dan asid folik...malahan ummi di nasihatkan agar meningkatkan pengambilan protein dan zat besi agar susu yang ummi hasilkan lebih variety (ini nasihat dr doctor bukan pakar supplement ye)...so, alhamdulillah, ummi berjaya menyusukan anak selama 2 tahun penuh dan pengalaman tersebut menjadi pengalaman paling manis sepanjang ummi bergelar seorang ibu...Semoga memberikan semangat dan nafas baru bagi semua ibu2 di luar sana ye..HAPPY BREASTFEEDING DAN TERUSKAN NIAT MURNI KALIAN UNTUK TERUS MENYUSUKAN ANAK SELAMA YANG MUNGKIN...


Dan jika kalian perlukan sokongan dan bantuan serta ingin berkongsi pengalaman penyusuan dengan ummi, sms ummi di 012-3975808 atau email ummi di nadeeyya_kk@yahoo.com...


Salam sayang dan ukhuwah,
Kak Nadia

3 ulasan:

  1. kes awak serupa macam saya..but saya cuma ada susu selepas berurut.walaupun dari awal pregnant saya niat x nak bg anak setitik susu formula pun,tp akhirnya terpaksa juga..x sanggup tengok anak menangis lapar.but once dah ada, saya terus BFkan anak dan nak teruskan selama yg boleh

    BalasPadam
  2. bby xblh myusu cz pnafasan kncang.jd pd hri ke 3 bru doc bnrkn myusu.tp msalahny bby mcm tcari2 puting sy.sy rse bnda ni blku sbb nurse mmg ade bg die puting slma 3hr die x myusu.
    stelah x bjaya pd 2kali pcubaan 1jam,sy cuba pump breast n tuam susu.. ambil mase 30min.. knon nk bg puting timbul cz nurse kte sy pny.puting lmbut. tnpa izin sy,rupany nurse dh bg ank susu formula..alangkh kcewany sy.
    since bby dh knyg,bby tido dn xmau myusu.
    dlm pd tu,nurse knon nk tnjuk power,die ajr teknik kuakn susu.die picit bagai nk pecah breast sy. tjerit2 sy dbuatny.1jam..
    trus sy mggigil n demam.
    breast jd keras n sakit.
    sy gagahkn juga n cuba sysukn ank.tp masa x mizinkn sbb sy dischrge ward tghri n tpksa tgglkn bby cz bbu plu dirawat krn mslh jntung n kuning.
    blk ptg sy dmam n x larat cz bisa di dada n mggigil 1bdan sbb breast kne picit dgn nurse.
    mlm sy berurut dgn bidan.trase lega.lps 3jam sy gagahkn diru tuam brest sy dn cuba pump. tp msh x bjaya.
    pukul 4pgi.pn.bgn tuam breast n pump.. msih hampa..
    esk hr ke 4,bby kt hosp. sy kt umh. buntu memikirkn pkara.ni.
    sy xtau bgaimana.
    sy akn gagahkn dri ke hospital wlaupn bdan msh lemah n sakit2. sy akn cuba susukn bby wlaupn xde utk stimulate.
    akk tlg la sy. sy xtau ape lg nk buat.

    BalasPadam
  3. Salam
    Saya melahirkan baby pramatang iaitu 24minggu dan masih ada di NICU.Masalah sy susu badan makin berkurangan dan kini hari yg ke 24hari,susu yg diperah secara manual keluar hanya satu camca sedang je sdgkan baby perlu susu ibu.Sy dah guna pum susu tetapi langsung tak kuar,dah cuba makan lobak putih,kucai dan set penyusuan Shaklee..tak de perubahan...ada amalkan zikir Yaa Mantin juga...sy dah bbuntu

    BalasPadam

Jom friend dgn kami di Facebook!!

Menyokong Penyusuan Susu Ibu

Menyokong Penyusuan Susu Ibu

Terima kasih kerana singgah....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails