Salam sayang semua...entry ini ummi buat sebagai menjawab pertanyaan beberapa ibu2 yang menghantar email kepada ummi bertanyakan perkara yang sama...Susu semakin berkurangan???Inilah kondisi di mana kebanyakan ibu2 mengharapkan perkara ini tidak terjadi malahan ianya umpama igauan ngeri setiap ibu yang menyusukan anak...
Keadaan ini sangat2 memeningkan ramai ibu2 apatah lagi apabila di lihat pola penyusuan di anak tetap sama...malahan sangat lama...semasa ini yang kerap kali di fikirkan adalah OWHHH SUSU SAYA TAK CUKUP LAGI UNTUK MENAMPUNG KEHENDAK ANAK SAYA!!!Persoalannya benarkah begitu???
Purata keadaan ini mula berlaku sebaik sahaja si anak mula di perkenalkan dengan solid food atau makanan tambahan seperti bubur nasi dll...kerana itu, kebanyakan bayi mula menunjukkan kurang menyusu tak kiralah direct feeding atau sebaliknya...
Malahan, base on pengalaman, apabila si bayi mula beralih bulan dan semakin meningkat usia, pattern atau tempoh masa tidur si anak turut berubah..kebiasaannya anak yang semakin membesar akan lebih lama tidur di waktu malam malahan ada yang terjaga hanya pada waktu siang...Secara tidak langsung kehendak penyusuan terutama di malam hari mula berkurangan...
Malangnya, ramai ibu2 yang mula menghela nafas lega kerana konon2nya si anak mula 'kurang demand', turut mengurangkan aktiviti 'mengosongkan payudara'...mungkin si ibu 'terlupa' bahawa konsep asas penyusuan iaitu pengosongan payudara secara kerap membantu menghasilkan susu yang banyak sepatutnya di teruskan seperti biasa...kerana apabila si ibu mula mengurangkan aktiviti ini, kesannya susu akan beransur kurang...
Terdapat juga beberapa ibu yang beranggapan, semakin jauh tempoh masa pengosongan payudara, maka semakin banyak susu akan di hasilkan...benarkah begitu???Mungkin pada masa itu, memang benar susu yang di perah keluar di lihat lebih byk dari biasa tetapi tanpa sedar, dalam masa yang sama otak mula tolerate dengan hormon2 oksitosin dan prolaktin untuk arahan pengurangan susu berlaku...Mengapa???Kerana susu yang terkumpul dalam tempoh yang lama itu, seolah2 memberikan isyarat bahawa ianya tidak di perlukan dalam kuantiti yang banyak...malahan 'gesaan lebih banyak susu yang patut di hasilkan' juga mula bertindak perlahan sesuai dengan 'perlahan atau kurangnya' aktiviti pengosongan payudara yang di lakukan oleh si ibu tadi...
Terdapat juga situasi di mana bayi kelihatan seolah2 menyusu dari payudara si ibu tetapi sebenarnya tidak sepenuhnya...Pernahkah kalian terfikir bahawa situasi sebegini juga boleh berlaku dan lazimnya bayi di lihat menyusu dengan kadar yang lama tetapi susu yang di perolehi sangat sedikit...Ini ibarat seperti aktiviti mengosongkan sebuah kolam yang besar dengan menggunakan straw!!!Alangkah!!!!Aktiviti ini di sebut juga sebagai nibbling...
Bagaimanakah kalian dapat memastikan bahawa bayi kalian tergolong atau tidak dalam golongan NIBBLING ini???Cuba perhatikan bentuk gaya bayi anda menyusu...Bagi bayi yang menyusu dengan betul, ini boleh di lihat dengan apabila bayi menghisap, dagunya akan berhenti seketika, di mana ketika inilah susu akan di sedut keluar ke mulut...Lebih lama ianya berhenti, maka lebih banyaklah susu yang di perolehinya...So, secara jelasnya, bayi yang menyusu dengan kaedah yang betul akan lebih mudah kenyang hanya dlm tempoh masa yang singkat sekitar 15-20 minit berbanding dengan bayi yang nibbling yang menyusu berjam2 lamanya tetapi masih tidak cukup2 susu...So, ibu2, sila perhatian corak gaya bayi2 anda menyusu ye...
Satu lagi situasi di mana ianya terutamanya kerap berlaku bagi bayi yang sudah terbiasa menggunakan botol susu yang beraliran laju...apabila si bayi di berikan susu secara direct feeding yang mana alirannya lebih perlahan dari aliran dr puting botol susu, si bayi akan mudah melepaskan puting...mungkin si bayi mula merasa malas atau menyangka susu telah pun habis!!!So, pastikan si ibu membantu keadaan ini dengan turut mengurut secara perlahan2 di kawasan kelenjar susu (atas sedikit dr aerola) bagi memastikan pengaliran susu akan lebih deras...Inilah yang di panggil atau di sebut juga sebagai Breast Compression...
Oleh itu, bagi ibu2 yang mendapati pola atau corak penyusuan si anak mula berlainan dan tidak sekerap dahulu terutamanya pada malam hari (si anak tidur lebih lama), pastikan kalian merangsang terus pengeluaran susu dengan mengepam payudara antara senggang waktu tersebut...yang penting kekalkan momentum atau waktu penyusuan itu seperti dahulu kerana apabila badan sudah di latih mengikut jadual pengeluaran susu yang sama dan berkala, maka sudah pasti pada waktu yang sama juga, susu akan mula keluar walaupun semasa itu bayi anda tidak memerlukannya...
Situasi2 ini kebiasaannya berlaku kepada bayi yang cepat mengantuk/tertidur semasa menyusu, bayi yang mudah
terganggu dengan persekitaran ketika menyusu,bayi yang tidak kerap
menyusu, bayi yang dalam keadaan tidak sihat e.g: demam, selsema dan
sebagainya. Jika kita juga turut terikut2 dengan keadaan ini dan mengurangkan aktiviti mengosongkan payudara, maka susu akan mula berkurangan...
Dan setelah semua perkara2 di atas di ambil kira,perhatikan juga pola pemakanan kalian dan diet seharian...adakah memenuhi pola pemakanan yang di cadangkan atau 'ikut sempat sahaja'???Walaupun tidak di nafikan susu yang terhasil kekal berkhasiat tetapi bayangkan ibarat ini...
Enjin kereta apabila di servis akan menggunakan minyak2 tertentu...ada yang high quality malahan ada juga yang kualitinya biasa2 sahaja...kedua2 jenis ini tetap bagus dan boleh menggerakkan enjin dengan baik tetapi bezanya bagi kereta yang menggunakan minyak enjin yang baik, maka tempoh hayat enjin akan lbh lama berbanding yang menggunakan minyak enjin yang biasa...
So, jangan cepat melatah apabila anda mendapati susu anda mula berkurangan...cuba check satu2 persatu keadaan2 di atas...atau tanyalah diri anda sendiri mungkinkah anda telah mengurangkan aktiviti pengosongan payudara atau mungkin anda mengambil remeh soal pemakanan anda???Jawapannya ada pada diri anda...
Source: Kelly Mom
Salam sayang dan ukhuwah,
Kak Nadia
Buat putri - putri kesayanganku....
Blog ini adalah khusus mengenai sharing saya dan customer2 saya yang menggunakan produk Shaklee, kisah penyusuan saya sebagai EP MOM selama 2 tahun setengah, semua memori hidupku,semua kegembiraanku, kedukaanku,obsess ku dalam menghayati erti penyusuan,kebanggaan ku mengenai anak2 ku tersayang (Syasya Dan Qistyna) dan buat semua insan-insan di luar sana yang ingin berkongsi pengalamanku...Semoga setitik dakwat mampu membuat sejuta manusia berfikir tentangnya...
Sahabat2 kesayangan ummi
Doa (Ya Allah...Kabulkan Doa Kami)..
Bismillahirahmanirrahim...Ya Rahman Ya Rahim Ya Allah..Kurniakan rahmat dan kasih sayangMu ke atas kami..Berikan faedah dan kebaikan ke atas semua sahabat yang mengunjungi blog ini, kuatkan ikatan persahabatan dan ukhuwah kami dalam keberkatan Mu, murahkan rezeki kami, permudahkan lah semua urusan kami, kabulkan lah semua permohonan kami, panjangkan usia kami agar kami dapat beribadat kepada Mu dan hidupkanlah dan matikan lah kami dalam cahaya keimanan dan keredhaan Mu...amin...ya rabbalalamin...
Montage Group Intifada
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan