Buat putri - putri kesayanganku....

Blog ini adalah khusus mengenai sharing saya dan customer2 saya yang menggunakan produk Shaklee, kisah penyusuan saya sebagai EP MOM selama 2 tahun setengah, semua memori hidupku,semua kegembiraanku, kedukaanku,obsess ku dalam menghayati erti penyusuan,kebanggaan ku mengenai anak2 ku tersayang (Syasya Dan Qistyna) dan buat semua insan-insan di luar sana yang ingin berkongsi pengalamanku...Semoga setitik dakwat mampu membuat sejuta manusia berfikir tentangnya...


Sahabat2 kesayangan ummi

Doa (Ya Allah...Kabulkan Doa Kami)..

Bismillahirahmanirrahim...Ya Rahman Ya Rahim Ya Allah..Kurniakan rahmat dan kasih sayangMu ke atas kami..Berikan faedah dan kebaikan ke atas semua sahabat yang mengunjungi blog ini, kuatkan ikatan persahabatan dan ukhuwah kami dalam keberkatan Mu, murahkan rezeki kami, permudahkan lah semua urusan kami, kabulkan lah semua permohonan kami, panjangkan usia kami agar kami dapat beribadat kepada Mu dan hidupkanlah dan matikan lah kami dalam cahaya keimanan dan keredhaan Mu...amin...ya rabbalalamin...

Montage Group Intifada

Khamis, 1 Mac 2012

Mengapa 'JADUAL PUMPING' sangat penting buat saya???

Salam sayang semua...Jadual Pumping???Ummi percaya bg ibu2 yang menyusukan anak, jadual pam adalah salah satu elemen yang sering di tekankan...dahulu, semasa ummi baru belajar2 menyusukan anak, ummi tak nampak langsung tentang kepentingan Jadual Pam ni...bagi ummi, janji buat, kira ok la...rasa rimas pulak bila terikat dengan satu benda... So, pada ummi semasa itu, ianya TAK PENTING..Tetapi apabila telah melalui 2 pengalaman menyusukan anak, ummi baru realize bahawa sepatutnya setiap ibu yang menyusukan anak, sepatutnya mempunyai satu jadual pam yang khusus...


Cth Jadual Pam yang ummi sediakan buat customer2 kesayangan ummi...
Click To Enlarge-Jadual Pam

Ini adalah satu jadual pam yang paling simple untuk mengetahui samada kita benar2 ikut atau tidak waktunya malahan secara tak langsung kita bukan sahaja boleh mengetahui hasil stok susu yang di hasilkan malah tarikh expirednya juga...ianya boleh diolah mengikut kesesuaian si ibu kerana hanya kita yang tahu keperluan dan jadual pam yang terbaik buat diri kita...

Apa yang ummi perasan, tubuh badan kita ini di ciptakan oleh Allah SWT sangat2 unik...apabila satu2 perkara kita lakukan berulang2 kali, badan kita akan bertindak balas dengan otak supaya perbuatan yang di lakukan berulang2 kali itu menjadi satu RUTIN atau PERKARA BIASA,,,

Kerana itu, menurut ummi contoh paling terdekat adalah solat...apabila solat menjadi satu perbuatan LAZIM yang di lakukan setiap hari, jika ummi tidak boleh solat (period) sekalipun, apabila sahaja tiba waktu solat ummi kerap kali terbabas hendak mengerjakan solat seperti biasa...itu yang ummi maksudkan...

Oleh itu, base on pengalaman ummi sepanjang menyusukan anak...apabila jadual pam ini di buat dan di patuhi se konsisten yang mungkin, ummi dapat melihat kesannya...apabila sahaja waktu lazim mengepam itu tiba, tetapi ummi masih belum mengepam sekalipun, susu akan mula keluar membasahi baju yang di pakai...Ini adalah kesan daripada RUTIN atau LAZIM kita melakukannya setiap hari...

Ummi bagi contoh lagi...terdapat beberapa sahabat ummi yang mengamalkan pemberian susu badan hanya di buat pada malam hari kerana bekerja waktu pagi (kes malas nak pam kat tempat kerja)...bayangkan, susunya masih ada walaupun si ibu ini hanya menyusukan anak pada waktu balik kerja semata2 tanpa sebarang pengepaman di tmpt kerja...Ini bermakna badan si ibu ini sebenarnya telah TERBIASA untuk susu di keluarkan pada malam hari sahaja...dan kerana itu, baju si ibu  tidak basah langsung di siang hari dan hanya basah apabila si ibu pulang dr kerja...

Kaitannya yang ummi ingin katakan, ini bermaksud apabila kita membuat Jadual Pam tersendiri dan kita melatih diri menggunakan jadual tersebut secara konsisten, ummi percaya tepat pada waktu yang kita susun tersebut, susu akan mula mengalir deras...sesuai dengan tindak balas dari tubuh dan otak kita...Tetapi ini berbeza jika kita hanya mengepam mengikut mood atau BILA SEMPAT sahaja...ianya tidak akan memberikan satu signal pada otak dan badan kerana kecelaruan aktiviti pengepaman yang di lakukan...

Oleh itu, jika anda adalah ibu yang bekerjaya, dan harus mengepam di tempat kerja, pastikan anda mempunyai jadual pam tersendiri dan pastikan anda konsisten menggunakannya...kerana berdasarkan pengalaman ummi dan pengamatan ummi kepada perjalanan penyusuan sahabat2 ummi yang lain, jadual pam yang di ikut secara konsisten mampu memberikan impak penting dalam penghasilan susu sehari2...

Selamat mencuba dan HAPPY BREASTFEEDING!!!

Salam sayang dan ukhuwah,
Kak Nadia

1 ulasan:

  1. terima kasih utk jadula tu...mohon utk gunakan jadual puan tu utk proses relaktasi saya..

    BalasPadam

Jom friend dgn kami di Facebook!!

Menyokong Penyusuan Susu Ibu

Menyokong Penyusuan Susu Ibu

Terima kasih kerana singgah....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails