Jika di tanya kepada ummi, bagaimanakah cara Power Pumping ini di lakukan??Menurut pembacaan ummi di laman2 web penyusuan dan pengalaman ummi sendiri melakukan power pumping ini, kebiasaannya satu waktu di pilih iaitu sekitar 60 minit atau satu jam...aktiviti pengepaman akan di mulakan selama 10 minit, kemudian berhenti selama 10 minit...seterusnya pam semula selama 10 minit dan berhenti sekali lg selama 10 minit...begitu la aktiviti ini di lakukan berulang2 kali sehingga 60 minit berakhir...
Contoh paling mudah untuk memudahkan pemahaman ialah begini:
Power Pumping di mulakan pada jam 12 malam...
1) Pam pertama = Dari jam 12.00 hingga 12.10 minit
2) Berhenti pam = Dari jam 12.10 minit hingga 12.20 minit
3) Pam semula = Dari jam 12.20 minit hingga 12.30
4) Berhenti pam = Dari jam 12.30 minit hingga 12.40 minit
5) Pam semula = Dari jam 12.40 minit hingga 12.50 minit
6) Berhenti Pam - Dari jam 12.50 minit hingga 1 pagi
Kalau ikut dah cukup dah sejam tapi ummi lebih suka kalau tambah satu lagi sessi pengepaman antara jam 1 pagi hingga 1.10 pagi...enough....so dapat 4 kali pengepaman dah tu...dan kebiasaannya hasilnya boleh juga mencecah 5-6 oz keseluruhannya...tetapi harus ummi ingatkan...bahawa setiap orang berlainan jumlahnya...so, bagi ummi, kerana power pumping ini dibuat untuk merangsang penghasilan susu, jika jumlahnya hanya titik2 susu atau angin sahaja yang keluar tanpa sebarang hasil, tidak mengapa...yang penting adalah kemahuan kita dan niat kita untuk berusaha mempertingkatkan penghasilan susu itu...
Dan, setiap jumlah perahan antara satu waktu dengan satu waktu yang lain itu, boleh di campurkan antara satu sama lain, cuma make sure setiap hasil perahan itu di sejukkan terlebih dahulu di peti ais bawah...apabila suhunya telah sama (sekitar 1 atau 1 jam setengah anggaran), barulah semua hasil perahan power pumping tersebut boleh di satukan dalam satu bekas...
Satu lagi, oleh kerana kekerapan masa pengepaman ini sepanjang power pumping ini di jalankan, maka untuk memudahkan, antara senggang waktu tersebut, corong pam (breast shield) bolehlah di masukkan ke dalam peti ais tanpa perlu di basuh (jangan masukkan dengan mesinnya sekali sudah lah)...
Bilakah waktu yang sesuai di buat Power Pumping???

So, kalian harus manage jadual pengepaman sebaik2nya...nasihat ummi, kalian masukkan sekali salah satu dalam jadual seharian pengepaman itu, satu waktu untuk kalian buat power pumping...insya allah, hasilnya sangat berbaloi2 dan ummi percaya dan yakin, base on pengalaman ummi, dengan memasukkan power pumping dalam jadual pengepaman kalian setiap hari, hasil susu perahan kalian secara perlahan2 akan meningkat...Selamat Mencuba dan Happy Breastfeeding!!!
Salam sayang dan ukhuwah,
Kak Nadia...
Kunjungan dari Indonesia. Berharap kunjungan balik ke www.info-yazid.com
BalasPadamSalam Ummi,
BalasPadamsaya baru mula mencuba kaedah power pumping yang ummi ajarkan ini. untuk pengetahuan, saya bertekad utk menyusu anak angkat saya yg kini berumur 48 hari. dah mula makan pil motidone selama sebulan lebih. dan sekarang susu baru je mula keluar. tapi disbbkan baby tak duduk sekali dgn saya buat masa ni, susah nak bagi dia direct feed utk simulate breast milk. yg boleh sy buat adalah menggunakan pump utk simulate susu. tapi baru jer mula. saya berharap niat saya nak menyusukan baby saya dimakbulkan. InsyaAllah.
kalau ummi ada apa2 nasihat yang nak diberikan, saya sedia mendengar. InsyaAllah.
-zura-