Buat putri - putri kesayanganku....

Blog ini adalah khusus mengenai sharing saya dan customer2 saya yang menggunakan produk Shaklee, kisah penyusuan saya sebagai EP MOM selama 2 tahun setengah, semua memori hidupku,semua kegembiraanku, kedukaanku,obsess ku dalam menghayati erti penyusuan,kebanggaan ku mengenai anak2 ku tersayang (Syasya Dan Qistyna) dan buat semua insan-insan di luar sana yang ingin berkongsi pengalamanku...Semoga setitik dakwat mampu membuat sejuta manusia berfikir tentangnya...


Sahabat2 kesayangan ummi

Doa (Ya Allah...Kabulkan Doa Kami)..

Bismillahirahmanirrahim...Ya Rahman Ya Rahim Ya Allah..Kurniakan rahmat dan kasih sayangMu ke atas kami..Berikan faedah dan kebaikan ke atas semua sahabat yang mengunjungi blog ini, kuatkan ikatan persahabatan dan ukhuwah kami dalam keberkatan Mu, murahkan rezeki kami, permudahkan lah semua urusan kami, kabulkan lah semua permohonan kami, panjangkan usia kami agar kami dapat beribadat kepada Mu dan hidupkanlah dan matikan lah kami dalam cahaya keimanan dan keredhaan Mu...amin...ya rabbalalamin...

Montage Group Intifada

Sabtu, 21 Julai 2012

SET 3 M?????

Salam Ramadhan buat semua pembaca blog ummi...Mudah2an ramadhan kali ini lebih baik dari ramadhan2 yang lepas..mari kita sama2 tingkatkan amalan dan pendekatan rohani kita pada bulan ini dengan Yang Maha Esa...


Hmmm...alhamdulillah..permulaan ramadhan kali ini bermula dengan baik...kebetulan pula 1 Ramadhan jatuh pada hari cuti hujung minggu...so, dapatlah ummi mula training Syasya untuk belajar berpuasa pada hari ini memandangkan usianya yang telah mencecah 5 tahun...cuma apa yang melucukan hati ummi, ummi dah pesan pada Syasya, hari ni tak boleh makan dan minum sehingga maghrib tapi anak ummi ingatkan tak boleh makan nasi dan air sahaja tetapi coklat boleh...astaghfirullah...nak marah pun tak boleh...maklum sahaja ini pengalaman kali pertamanya berpuasa...itu pun dia tergoda dengan coklat yang adiknya makan tu masa jam 1.00 tghari...so, alhamdulillah...walaupun setengah hari pada hari ini...bagi ummi itu satu permulaan yang baik buat Syasya...


Oh ya...sebenarnya entry kali ini ummi nukilkan berikutan terdapat beberapa email yang bertanyakan tentang keadaan yang sama...Semuanya tentang SET 3 M ini yang sangat popular kebelakangan ini...ada yang kata mahal malahan tak kurang yang mengatakan bahawa set ini terlalu banyak untuk di consume seorang...

Ok, biarlah ummi jawab atau bercerita berdasarkan pengalaman ummi sendiri...Dari dahulu, sejak menyusukan Qistyna semasa tahun 2010 lagi, ummi telah mula menggunakan set ini...semasa itu tujuan ummi bukan untuk memperbanyakkan susu tetapi kerana ummi terlalu letih, stress dan mudah sakit berikutan tmpt kerja ummi yang jauh, perlu berulang alik lbh sejam sehari, kerjaya ummi yang bergelumang dengan court kes yang sangat2 memeningkan kepala malahan akibat ummi memandang ringan pada keperluan pemakanan seimbang, ummi mudah jatuh sakit...Kerana itu ummi mula mengamalkan set ini UNTUK MEMPERBAIKI TARAF KESIHATAN DAN KECERGASAN UMMI SEBAGAI SEORANG HAMBA ALLAH, PEKERJA, ISTERI, ANAK DAN JUGA IBU..Bukan mudah rupanya nak jadi SUPERWOMEN ni!!!


Alhamdulillah selang beberapa bulan mengamalkan set ini secara konsisten, ummi mendapati badan ummi semakin cergas, sihat malahan ummi jarang rasa tertekan walaupun pertambahan jumlah kes di court yang ummi kelolakan semakin bertambah setiap hari...lebih menggembirakan hati ummi apabila ummi masih larat untuk melayan kerenah anak2 dan suami walaupun seharian ummi bergelumang dengan kerja2 yang bukan sedikit malahan perjalanan yang agak jauh untuk berulang alik dr rumah ke tmpt kerja...ummi masih mampu memasak, membasuh baju, menyapu rumah malahan menemankan anak2 bermain dan masih boleh pusing satu supermarket bersama family  membeli barang2 keperluan rumah...Dan yang paling ummi bersyukur, ummi masih mampu untuk bangun di tgh2 malam berkhalwat dengan Yang Maha Esa dan melayan abah kesayangan ummi di telefon walaupun kami berjauhan...Syukur sangat2!!!

Syasya Dan Qistyna
Kerana itu, set ini ummi turut kongsikan dengan suami ummi supaya suami ummi juga turut merasa kebaikannya...Malahan ada produk dlm set 3 M ini yang ummi turut kongsikan dengan anak2 ummi Syasya Dan Qistyna iaitu ESP yang ummi masukkan ke dalam susu atau minuman kegemaran mereka berselang seli dengan pengambilan Meal Shake, Vit C Chewable dan Omega...Alhamdulillah, ummi sangat seronok melihat anak2 ummi sihat dan cergas dan Syasya semakin maju dlam pembelajarannya..Malahan sehingga cikgunya menukarkan Syasya ke kelas yang lbh tinggi (utk pelajar 6 tahun) atas kepintarannya yang sangat menggalakkan!!!

Kenapa ummi mengambil supplement???Kerana ummi berpegang dengan kata2 MENCEGAH ITU LEBIH BAIK DARI MENGUBATI...Pengalaman ummi menjaga arwah mak di hospital selama bebulan2 benar2 menginsafkan ummi bahawa kesihatan ini sgt bernilai harganya...apabila supplement yang mampu memperbaiki taraf hidup kepada lbh baik tidak di amalkan, maka pergantungan sepenuhnya pada ubat2an sangat2 menyeksa kita...sangat memilukan hati melihat saban hari melihat arwah mak ummi di paksa menelan berpuluh2 jenis pil, di suntik dengan pelbagai cairan ubatan sehingga ketika menukarkan pampers arwah mak, bau urinnya berbau ubat2an yang sangat kuat...malahan di akhir hayatnya, doktor mengesahkan buah pinggangnya gagal berfungsi dan andainya arwah mak masih hidup, pastilah dia sangat merana kerana perlu melakukan dylisis setiap hari!!!


Di bulan Ramadhan ini juga kami sekeluarga terus amalkan set ini agar kesihatan, kecergasan dan tubuh berupaya menghadapi bulan ramadhan ini dengan lbh baik lg...So, tepulang pada kalian yang mana satu pilihan terbaik buat anda...Kita sahaja yang tahu mana yang terbaik buat keluarga kita...Apalah sangat di bandingkan jumlah wang yang di laburkan untuk kesihatan jika perbandingan itu di buat kerana bagi ummi, selagi mana ianya dapat di kongsi oleh semua keluarga ummi, itulah nikmat terbaik yang ummi ada...Cukuplah ummi melalui pengalaman pahit semasa menjaga arwah mak kerana andai ummi tahu sejak dahulu kebaikan semua supplement2 ini, mungkin ummi akan cuba memberikan khasiat dan kebaikan supplement2 ini walaupun ummi tahu, tiada siapa yang mampu mengatasi qada dan qadar allah...tetapi BERUSAHA KE ARAH YANG LEBIH BAIK itu sangat di tuntut dalam islam dan bukan hanya menadah tangan berdoa semata2...:-)


Buat akhirnya Salam Ramadhan buat semua!!!Ummi doakan semoga amalan kita semua akan di terima oleh Allah SWT...Dan buat semua customer yang ummi sayangi, jika kalian ingin tahu tentang cara2 pengamalan vitamin2 di bulan ramadhan ini, email atau sms ummi ye:-)




* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Jika anda mahu mencuba vitamin Shaklee boleh email saya di nadeeyya_kk@yahoo.com atau sms di 012-3975808. Konsultasi dan panduan pemakanan dan kesihatan akan diberikan percuma.

Salam sayang dan
ukhuwah,
Kak Nadia

Sabtu, 14 Julai 2012

Tips penyusuan di Bulan Ramadhan...Are U Ready???

Salam sayang semua....Alhamdulillah..Syukur pada Allah SWT..Diam tak diam tinggal lagi beberapa hari sahaja kita akan berada di bulan Ramadhan..Bulan yang sangat di berkati dan semua iblis dan syaitan akan di rantai...Yang perlu kita hadapi hanyalah hawa nafsu kita sahaja...


Hmmm...sebenarnya hari ni ummi nak share dgn kalian secebis pengalaman ummi semasa menyusukan anak di Bulan Ramadhan...Ummi ambil kesempatan untuk coretkan di sini kerana terlalu banyak email2 dan telefon yang x dapat ummi jawab kesemuanya bertanyakan tentang perkara ini..(maaf ye, jika ada yang ummi tak dpt explain panjang2 sbb tuntutan kerja)...Ummi faham kegusaran yang bermain2 di hati kalian kerana ummi juga pernah melaluinya..tetapi pengalaman serta pengetahuan bila di combine bersama akan menjadikan ianya lbh sempurnakan...Practise make perfect...


Sejujurnya, ummi akui bukan mudah nak memastikan susu yang di hasilkan kekal mencukupi buat anak kita..Maklum sahajalah ummi harus sentiasa menyediakan susu yg cukup dalam keadaan yg berbeza dgn ibu2 yang mampu menyusukan anak secara direct feeding..alangkah bertuahnya kalian..tetapi, percayalah DI MANA ADA KEMAHUAN, DI SITU ADA JALAN!!!YANG PENTING TERUSKAN BERUSAHA DAN SELEBIHNYA JANGAN LUPA MOHON PADA YANG MAHA ESA..


Entry ini juga sebenarnya ummi tulis kepada mereka yang bertanyakan pada ummi tips2 untuk memperbanyakkan susu..so, kiranya entry ni ummi tuliskan dua dalam satu la ye:-) Dan maaf jika entry kali ini agak panjang berjela...


Mari selusuri kisah ummi dalam penyusuan...


PRA PENYUSUAN
Ya, memang benar, ummi  berjaya menyusukan Qistyna  selama 2 tahun lebih (baru sahaja wean off) dan ummi gagal menyusukan anak sulung ummi Syasya..kasihan syasya yg hanya dpt ummi susukan selama 6 bulan sahaja..semuanya kerana ummi tidak mengambil berat tentang pengetahuan ttg susu ibu dan membiarkan ianya berlarutan sehingga susu mula berhenti seawal syasya berusia 6 bulan!!


Sejak itu, semasa mengandungkan Qistyna, ummi mula mengumpulkan segala fakta2, pengalaman malahan mendekati siapa sahaja yg pakar atau mahir dalam ilmu breastfeeding..Malah ummi selami ayat2 al quran dan ceramah2 agama yg berkait rapat dengan penyusuan...Di situ, ummi PASANG NIAT, YA ALLAH, AKU MENYUSUKAN ANAKKU KERANA SURUHAN MU..MAKA, KAU CUKUPKANLAH SUSUKU SEHINGGA 2 TAHUN PENUH PENYUSUAN SEPERTI MANA YANG KAU SYARIATKAN PADA KU...


Oleh itu, cuba kita tanya semula pada diri kita...APA NIAT SEBENAR KITA MENYUSUKAN ANAK???KERANA TREND, ATAU IKUT2AN, MENUNJUK2 ATAU 'KERANA ALLAH TAALA'???Mungkin perkara ini nampak remeh tetapi sebenarnya inilah point penting sebelum penyusuan berlaku dan percayalah...hanya Allah sahaja yang BERHAK MENENTUKAN SAMADA SUSU YG KITA HASILKAN SEDIKIT ATAU BANYAK..TETAPI ALLAH JUGA SUKA PADA HAMBANYA YG BERUSAHA DAN BUKAN HANYA TAHU MEMINTA2...So, jom sama2 kita betulkan niat asal kita untuk menyusukan anak masing2...


SEPANJANG PENYUSUAN
Memang ummi akui, syukur alhamdulillah Allah mengurniakan rezeki susu yang melimpah ruah untuk anak ummi...tetapi, adakah dengan susu yanh melimpah2 ini allah suruh ummi bermegah2???Tidakkan..kerana itu, dlm entry2 ummi jarang sekali ummi paparkan gambar2 penghasilan susu ummi kerana apa yang paling ummi bimbang, ummi akan jadi riak dan niat asal ummi menyusukan anak akan terpesong tanpa ummi sedari...(mengawal hati itu sgt susah kan)


Ummi sebenarnya sangat2 berharap supaya ibu2 di luar sana..jangan sesekali membandingkan susu kalian dengan susu orang lain..percayalah ini semua rezeki dari allah...setiap orang tidak akan sama...pasti berbeza antara satu sama lain...Cthnya, ada orang yang miskin dan ada orang yang kaya...begitu juga dalam penyusuan..ada ibu yang susunya banyak dan ada juga yang kurang...


Sungguhpun begitu, jangan pula kita hanya pasrah dan berhenti berusaha...samalah juga dengan si miskin yang ummi sebutkan tadi...jika si miskin ini terus membiarkan dirinya di belenggu kemiskinan dan tidak mengambil langkah yang lbh positif utk memajukan diri, maka kekallah ia miskin selama2nya...begitu juga dengan ibu yang mendapati susunya kurang mencukupi buat anaknya,cubalah pelbagai usaha2 lain untuk memperbanyakkan susunya...


Sejujurnya, pada awal2 kelahiran, susu perahan ummi sekitar 3-5 oz sahaja sehinggalah anak ummi berusia sekitar 5 bulan(alhmdulillah mencukupi buat anak ummi)...tetapi, ianya hanya cukup2 untuk keperluannya sahaja...malahan berikutan kerjaya ummi yang agak sibuk seharian, makan secara x tetap masa, stress yang kerap, sedikit sebanyak ianya memberi kesan kepada penghasilan susu ummi...malahan tmpt kerja yg jauh dr tmpt tinggal sangat2 meletihkan ummi...di sinilah bermulanya era penggunaan pemakanan tambahan dalam melengkapkan lagi pola pemakanan ummi seharian sehinggalah sekarang...


Ok, cukup lah mukaddimah yang panjang meleret tu kan...so, jom ummi share dgn kalian antara tips2 atau usaha ummi untuk memperbanyakkan susu ummi dari 5 oz ke 9 oz per sessi:-


1) Setiap perbuatan mesti di mulai dengan niatkan...so, first thing ummi lakukan ialah memasang niat untuk menyusukan anak kerana allah taala dan mohon allah mencukupkan jumlah susu untuk anak ummi..
2) Sediakan jadual pam (ummi buat average 3-4 hours sekali) dan pastikan konsisten.
3) Minum air masak 3.5-4 liter sehari.
4) Semasa susukan anak, make sure environtment selesa dan zon positif (jika di opis, ummi pasangkan alunan zikir2) dan jika di tempat lain, berzikirlah supaya otak(pusat kawalan seluruh badan) sentiasa berada di zon positif.
5) Bayangkan susu yang di hasilkan banyak dan mencukupi buat anak kerana ummi percaya penghantaran maklumat2 positif ke minda boleh merangsang otak untuk bertindak balas dengan hormon prolaktin dan oksitosin bagi penghasilan susu.
6) Jika mampu, buat power pumping setiap tgh malam untuk menggalakkan hormon penyusuan.
7) Di rumah, kerap sentuh dan belai anak kerana ummi percaya gelombang minda antara ibu dan anak sgt rapat..kerana itu, walau ummi di tmpt kerja, setiap kali waktu anak ummi biasa menyusu, ummi akan merasakan payudara mula berdenyut mengeluarkan susu.
8) Sentiasa yakin dan percaya bahawa susu yang di hasilkan mencukupi buat anak dengan pertolongan  allah..
9) Memastikan badan kekal sihat, cergas dan mood baik dengan mengamalkan set 3 M **(ini terpulang pada tubuh badan masing2 dan bukan kemestian)


So, itu antara tips2 yang ummi gunakan dalam memperbanyakkan susu dan maintain penghasilan susu..dan ini pula apa yang ummi amalkan semasa berpuasa di bulan ramadhan dan syukur tiada perubahan kuantiti dalam hasil perahan susu sepanjang berpuasa malahan badan kekal aktif dan segar...Ini antara tips2 nya :-


1) Pastikan bersahur dan berbuka pada waktunya...(Tidak boleh tidak)
2) Semasa bersahur dan berbuka, ummi pastikan protein dan garam galian seimbang kerana antara komposisi terbesar dlm susu ibu adalah protein dan garam galian penting bg memastikan badan bertenaga sepanjang hari...(kerana itu ummi amalkan tripple gems dan kurma sebagai bahan wajib dlm bersahur dan berbuka)
3) Memastikan dalam sehari air masak sekurang2nya 3.5-4 liter di habiskan (semasa sahur minum sekurang2nya 1-1.5 liter dan waktu berbuka adalah selebihnya)
4) Pastikan mengepam tetap mengikut jadual pam yang di tetapkan (no excuse di bulan ramadhan)
5) Melebihkan serat, makanan yang kaya dengan protein, karbohidrat dan makan lebih buah2an...
6) Sentiasa bertenang dan yakin bahawa allah akan membantu mempermudahkan urusan penyusuan di bulan ramadhan ini...
7) Banyakkan berzikir, membaca al quran dan bersedekah kerana ini adalah terapi rohani yang paling baik untuk mempositifkan minda..


So, inilah yang ummi amalkan sepanjang berpuasa dan syukur alhamdulillah susu perahan kekal maintain mcm biasa malahan ummi tidak rasa tertekan dan letih yang melampau sepanjang berpuasa...Apa yang paling penting, sentiasa ingat bahawa Menyusukan anak adalah kehendak dan suruhan allah, maka sentiasa mendekatkan diri padanya kerana setiap sesuatu datangnya dari keizinanNya juga...


Dan elakkan diri dari bermegah2 dengan penghasilan susu yang banyak kerana kita tidak tahu bahawa bila2 sahaja nikmat tersebut boleh di cabut dr kita pada bila2 masa sahaja..Pastikan payudara di kosongkan secara konsisten dan yakinlah bahawa setiap yang allah berikan pada kita itu, pasti ianya adalah yang terbaik buat kita DAN TERUSKAN BERUSAHA DAN JANGAN MUDAH MENGALAH DALAM MEMBERIKAN SUSU YANG TERBAIK BUAT ANAK ANDA KERANA SUSU IBU ADALAH SUSU YANG TAKKAN DAPAT DI BELI DI MANA2 SEKALIPUN..Hargai anak anda dan berikan hak penyusuan ini kepada anak2 anda...Happy Breastfeeding!!! Dan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al Mubarak!!!


Salam sayang dan ukhuwah,
Kak Nadia

Jumaat, 6 Julai 2012

Kisah menarik cubaan berpuasa..Bagaimana anda menghadapi Ramadhan ini???

Salam sayang semua...selamat bercuti bagi mereka yang tak bekerja..wahh..sekarang cuaca sangat panas..kalau hujan, sejuk sampai ke tulang...maybe dh dekat nak bulan ramadhan kan...apapun semua tu Allah SWT dah atur dengan sebaik mungkin untuk keseimbangan alam semesta...

Oh ya, bercerita tentang puasa, ummi baru teringat kisah yang best ni..actually, ummi telah lama tak berjumpa dengan sahabat ummi ni...kebetulan 2 minggu lepas ummi terserempak sahabat ummi ni..biarlah ummi sebut nama panggilannya sahaja di sini (atas pemintaan dia la ni..malu sgt la tuuu)..sahabat ummi ini lebih mesra ummi panggil sebagai AYU...

Bercerita tentang Ayu, seperti biasa topik perbualan kami banyak berkisar tentang perkembangan anak masing2...maklumlah...anak Ayu pada tahun ni dh masuk darjah satu...tua 2 tahun je dari anak ummi, Syasya...so, perkembangan mereka tak jauh berbeza kan...

Cerita punya cerita, sempat Ayu beritahu, Dia nak Anaknya (Along) nak berpuasa..Of course la Ayu nk start puasa ganti sbb Ramadhan dh dekatt..kebetulan Along yang memang rapat dengan Ayu pun sibuk nak puasa sama..Ayu kata pada ummi, Bagus jugak, ada kawan...tapi larat ke anak aku nak puasa sbb tak pernah praktikkan sebelum ni..

Ummi syorkan pada Ayu untuk cuba set Tripple Gems sbb Ummi dan suami memang amalkan sepanjang bulan Ramadhan yang lepas...cuma x cuba lagi la kat Syasya...(maybe insya allah tahun ni try kat syasya pulak sbb dh masuk 5 tahun)...kisah ummi dan suami ummi menggunakan Tripple Gems ni ada ummi coretkan di sini...==> KLIK (Kisah satu) & KLIK (Kisah dua)...

Berbalik pada kisah Ayu..tanpa teragak2 Ayu bersetuju..katanya ..."Melatih anak berpuasa memerlukan kesabaran yang bukan sedikit, tetapi jika ada extra gift yang boleh membantunya,mungkin memudahkan tugas kita kan???" (Ayu...aku suka ayat ko ni,hehehe)...

Malam esoknya, tak sabar2 Ayu menghubungi ummi...sangat2 gembira suaranya...

"Thanks, Nadia...Thanks a lot...Alhamdulillah!!!Along memang releks sepanjang hari ni...tak mengeluh pun letih atau nak makan atau minum...siap boleh main dgn adiknya waktu petang..Bila aku tanya...Along tak penat ke sbb hari ni puasa??? Along kata.."Tak la ibu, sbb kan ibu dh bg Along minum air sedap tu..."...Maklum la Nadia...waktu sahur pun mmg kau tau la nak kejutkan si Along ni makan sahur mmg liat ya rabbi..jenuh aku paksa dia makan...ada la setengah pinggan jek dia makan...yg lebihnya dia minum "Tripple Gems" tu sampai habis...seronoknya aku...wehh..aku ngan husband leh makan tak Tripple Gems ni???"

"Tentulah boleh Yu...mmg aku dgn husband amalkan Tripple Gems ni la sepanjang puasa tahun lps..suami aku lagi la penat sbb meniaga kat bazar ramadhan...so, mmg alhamdulillah la dia rasa cergas sikit"..

Wahhh...seronoknya ummi...memang confirm tahun ni nak cuba latih Syasya puasa lak...waktu sahur try bg dia minum Tripple Gems ni...nanti ummi share dgn korang ye bulan Ramadhan ni...Insya allah...Dan Tripple Gems ini antara yang ummi consume sepanjang ramadhan semasa menyusukan Qistyna dulu!!!

* Testimoni ini adalah pengalaman saya sendiri/sahabat saya dan hasil dari setiap consumer mungkin berbeza. Namun ini tidak bermakna vitamin ini boleh mengubat atau menyembuhkan penyakit. Sila konsult dengan pengedar anda untuk lebih lanjut. 

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Jika anda mahu mencuba vitamin Shaklee boleh email saya di nadeeyya_kk@yahoo.com atau sms di 012-3975808. Konsultasi dan panduan pemakanan dan kesihatan akan diberikan percuma.

Salam sayang dan ukhuwah,
Kak Nadia

Ahad, 1 Julai 2012

PROLACTIN RECEPTOR THEORY dalam penyusuan..Anda tahu teori ini???

Salam sayang semua...agak lama rasanya ummi tidak berkongsi ilmu penyusuan dengan kalian...hehehe...so, sbb ada beberapa soalan yang ummi terima di email agak serupa, ummi gabungkan terus persoalan itu untuk ummi jawabkan di sini...


Kebetulan antara soalan2 yang di utarakan kepada ummi ada yang boleh ummi gabungkan dalam satu jawapan...antara soalan2 yang di utarakan adalah :-

a) Mengapa saya mesti menyusukan anak saya sebaik sahaja kelahiran bayi saya sedangkan susu saya masih tiada atau terlalu sedikit?
b) Mengapa susu sebelah kanan saya lebih banyak daripada susu saya yang di sebelah kiri?
c) Adakah saya masih boleh menyusukan anak saya kerana saya baru sedar susu ibu itu sangat baik utk bayi sedangkan anak saya telah berusia 2 bulan?
d) Mengapa susu saya tidak banyak seperti orang lain sedangkan saya juga mengepam di pejabat sepertimana orang lain?


Sebenarnya agak lama juga ummi berfikir, bertanya pada yang lebih arif, surf blog dan artikel dalam dan luar negara mengenai laktasi barulah ummi berjumpa jawapan bagi semua persoalan yang di timbulkan...rupanya setiap satu persoalan yang di timbulkan mempunyai perkaitan antara satu sama lain dan pokok persoalan utamanya adalah hampir serupa...


Jika di lihat, mengapa konsep rooming atau bayi di letakkan berdekatan dengan si ibu sebaik sahaja kelahiran untuk di susukan buat kali pertama ada praktikal dan jawapannya yang paling tepat. Di sinilah ummi terjumpa satu artikel yang cukup menarik mengenai satu teori yang di sebut sebagai 'Prolactin Receptor Theory'.


The prolactin receptor theory suggests that frequent milk removal in the early weeks will increase the number of receptor sites. More receptor sites means that more prolactin can pass into the lactocytes and thus milk production capability would be increased. (sumber : kelly mom.com)


Maksudnya PROLACTIN RECEPTOR THEORY menekankan mengenai kekerapan penyusuan di awal2 kelahiran akan menambahkan  ruang-ruang reseptor . Lebih ruang reseptor yang terhasil, lebih banyak prolaktin boleh dialirkan ke lactocytes seterusnya akan meningkatkan kadar pengeluaran susu.

Oleh itu, teori ini secara tidak langsung telah menjawab persoalan pertama yang di timbulkan. Teori ini sepatutnya di ketahui oleh semua ibu yang berhasrat untuk menyusukan anak kerana penyusuan seawal kelahiran adalah sangat penting bagi merangsang atau penentuan kepada pengeluaran susu yang lebih lancar pada bulan2 berikutnya.So, ibu2, make sure anda MULA MENYUSUKAN BAYI ANDA SEAWAL KELAHIRANNYA...


Dari teori ini juga, ummi terfikir ianya juga berkait rapat dengan persoalan yang kedua. Sedar atau tidak, kebanyakan dari kita gemar atau lebih selesa memberikan atau menawarkan pada sebelah breast yang kita lebih selesa. Walaupun ada ibu2 yang menyatakan bahawa mereka memberikan kedua2 belah payudara tetapi ummi percaya, kita sudah terbiasa untuk memulakan penyusuan dari sebelah yang kita rasa selesa. Dan kita juga cenderung memilih breast yang kita lbh selesa utk di susukan lebih lama dari yang sebelah lg. Oleh itu, base on teori di atas, jelaslah sebelah payudara yg kurang di tawarkan itu, mempunyai ruang reseptor yang lebih terhad berikutan kurangnya rangsangan hisapan, maka kerana itulah kerapkali susu yang di hasilkan di breast yg 'selesa' itu lbh banyak berbanding yang sebelah lagi...


Base on teori ini juga, kita harus fahami sekali lagi bahawa apabila kita kurang atau tidak kerap menawarkan breast di awal2 kelahiran, atas mungkin pelbagai alasan dan faktor sprt susu tiada, atau bayi pra matang, bayi yang mengalami situasi-situasi khas seperti sumbing, tongue-tie dan sebagainya, ruang reseptor akan menjadi kurang. Malahan dengan pemberian susu formula di awal kelahiran juga, apabila ingin memulakan penyusuan semula setelah 1-2 bulan usia bayi, kadar pengeluaran susu itu agak tidak banyak dan agak lambat untuk melihat kenaikan pengeluaran susu (ketika dalam usaha pemerahan), mungkin ianya berbalik semula kepada teori reseptor prolaktin. 

Dan proses memulakan semula sessi perahan haruslah secara bersungguh2 dan semangat yang bukan sedikit kerana pattern penyusuan dlm tempoh awal kelahiran harus di praktikkan semula bagi mencetuskan hormon prolaktin dan oksitosin bg penghasilan susu yang banyak. So, bagi persoalan ke tiga, pendapat ummi YA, BOLEH JIKA ANDA MAHU...CUMA ANDA HARUS BERDISIPLIN, KUAT SEMANGAT DAN MEMPUNYAI KEINGINAN YG TINGGI UNTUK MEMULAKAN PENYUSUAN INI...BUKAN MUDAH SEBENARNYA TETAPI IANYA JUGA BUKAN MUSTAHIL!!!


Bagi soalan yang terakhir tersebut, teori ini tetap harus di rujuk kembali...adakah anda menyusukan anak seawal kelahiran pada kadar yg kerap???Jadi, jangan tekejut jika ada setengah ibu yang penghasilan susunya lebih banyak kerana cuba tanya pada si ibu bgmana beliau menggunakan teori ini seawal kelahiran anaknya...


Jika di tanya pada ummi yang dari awal kelahiran lagi memang menggunakan kaedah pemerahan susu semata2 (EP MOM), teori ini ummi gunakan dengan merangsang penghasilan susu walau menggunakan kaedah PUMPING SEMATA2 semaksima yang mungkin...maklumlah teknik PUMPING tidak 100% menyerupai hisapan bayi tetapi apabila pemerahan secara kerap dan berkala di buat, iaitu sekitar 10-12x sehari di lakukan, alhamdulillah, ianya berkesan. Hasilnya syukur kerana ummi mampu menyusukan anak selama 2 tahun hanya dengan kaedah pengepaman semata2. 


Sedikit semangat buat EP MOM di luar sana seperti ummi, please susun jadual pam anda..pastikan anda konsisten dengan jadual tersebut...rentak dan iramanya harus sekata..andai ianya di langgar, pastikan kalian ganti semula dengan kedah power pumping untuk menyeimbangkan semula rentak pengepaman anda ...DAN pd pendapat ummi, penggunaan supplement seperti SET 3 M yang ummi gunakan sepanjang penyusuan turut menyumbang dalam memastikan badan ummi kekal cergas dan sihat, mood ummi kekal stabil malahan alhamdulillah kesihatan ummi di tahap terbaik...Ini kerana ummi sentiasa sedar, hanya apabila badan si ibu dalam keadaan terbaik inilah, maka ummi mampu KONSISTEN DLM PENGEPAMAN dan HASIL PERAHAN UMMI BAGI SATU SESSI BOLEH MENCECAH KE 10-12 oz PER SESSI...Alhamdulillah!!!

* Testimoni ini adalah pengalaman saya sendiri dan hasil dari setiap consumer mungkin berbeza. Namun ini tidak bermakna vitamin ini boleh mengubat atau menyembuhkan penyakit. Sila konsult dengan pengedar anda untuk lebih lanjut.

 * These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Jika anda mahu mencuba vitamin Shaklee boleh email saya di nadeeyya_kk@yahoo.com atau sms di 012-3975808. Konsultasi dan panduan pemakanan dan kesihatan akan diberikan percuma.

Salam sayang dan ukhuwah,
Kak Nadia

Jom friend dgn kami di Facebook!!

Menyokong Penyusuan Susu Ibu

Menyokong Penyusuan Susu Ibu

Terima kasih kerana singgah....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails