Salam sayang semua...semoga ceria di pagi jumaat yang ceria ini..ummi harap tajuk entry ummi kali ini tidak akan menimbulkan kontroversi kerana ianya hanya bersifat pandangan peribadi dan base kepada pengalaman ummi sebagai EP Mom...
Sebenarnya, entry ini di tulis berikutan ummi menerima email dr seorang ibu...tidak perlu ummi nyatakan nama atau dr siapa..cuma ummi agak tertarik dengan persoalan yang di timbulkan oleh ibu ini...berikut ummi quote antara ayat2 dr email tersebut yang ummi rasa harus di perjelaskan secara clear agar ianya tidak menjadi tohmahan kepada mereka yang terlibat...
----------------------------
"saya berpendapat bahawa walau bagaimana baik pun satu2 pam yang di hasilkan, ia tetap masih tidak akan menandingi hisapan bayi. Malahan saya rasa, jika menggunakan pam, payudara tidak akan benar2 kosong dan jika di picit masih ada susu atau cecair yang akan terhasil. So, saya beranggapan, tiada seorang Ep Mom pun yg mampu menandingi kelebihan ibu yang DF..Dan saya hampir tidak percaya ep mom seperti puan mampu menyusukan anak selama 2 tahun.
Adakah kerana pengamalan vitamin2 yang puan ceritakan itu menyebabkan susu puan tidak kering2 dan menyamai ibu yg DF dan apakah vitamin2 itu boleh di kira sebagai 'Milk Booster' yang banyak terdapat di pasaran sekarang. Apakah jaminan yang puan dapat berikan pada saya bahawa pengamalan vitamin2 shaklee ini akan mengekalkan kuantiti susu dan menambahkan kuantiti susu yang sedia ada???
Saya juga melihat salah seorang kwn saya yang jg sprt puan (ep mom) sangat2 tertekan kerana harus memerah susu secara konsisten dan akibat stress tersebut, kwn saya sering mengadu bahawa susunya semakin berkurangan. Jadi, saya tertanya2 apakah puan tidak menghadapi masalah yang sama seperti kwn saya ini???
Satu lagi soalan saya, kalau ada kwn saya yg ep mom tapi tak amalkan vitamin2 mcm puan, so, mmg tak leh bertahan la ye susu yang di hasilkan tu???Adakah itu yang puan maksudkan???Saya perlukan penjelasan lebih terperinci.
Apapun, saya tetap merasakan agak mustahil seorang ibu yg bekerjaya seperti puan di tambah dgn ep mom pula dapat maintaian kuantiti susu yang di hasilkan kerana ciptaan allah adalah yg paling baik iaitu hisapan bayi.Stimulate dr bayi tetap penting dan sepatutnya ep mom tidak patut cepat berputus asa dan terus mencuba utk DF bayi mereka. Juga saya tidak yakin bahawa vitamin2 yg puan amalkan tersebut boleh menjayakan penyusuan itu sendiri kerana semuanya tetap berbalik pada konsep supply and demand.
Maaf jika ayat saya agak kasar dan mengganggu puan. Saya cuma ikhlas menyatakan pendapat saya dan saya perlukan penjelasan secara jelas dr puan. Terima kasih.
-------------------------------------
Terlebih dahulu, ummi ucapkan tahniah dan terima kasih atas pandangan tersebut. By the way, ummi bukanlah sebagai mewakili EP MOM di seluruh dunia...Ummi bukan siapa2 dan hanyalah seorang ibu biasa yang memilih untuk memberikan yang terbaik buat anak melalui kaedah Expressing Pumping. Malah ummi berhasrat untuk membantu semua ibu2 yang mempunyai masalah yang sama seperti ummi agar mereka juga mampu merealisasikan penyusuan 2 tahun penuh seperti mana yang di syariatkan oleh Islam. Jawapan dan penjelasan ini base on pandangan peribadi ummi tanpa melibatkan mana2 pihak yang berkenaan.
Untuk memudahkan pembacaan, ummi quote sedikit demi sedikit dan ummi jelaskan persoalan tersebut directly supaya lebih clear untuk di fahami...
--------------------------------
"saya berpendapat bahawa walau bagaimana baik pun satu2 pam yang di hasilkan, ia tetap masih tidak akan menandingi hisapan bayi. Malahan saya rasa, jika menggunakan pam, payudara tidak akan benar2 kosong dan jika di picit masih ada susu atau cecair yang akan terhasil. So, saya beranggapan, tiada seorang Ep Mom pun yg mampu menandingi kelebihan ibu yang DF..Dan saya hampir tidak percaya ep mom seperti puan mampu menyusukan anak selama 2 tahun."
----------------------------------
Inilah sebenarnya persepsi yang kerap wujud dalam minda kebanyakan masyarakat kita hari ini. Malahan bagi ummi inilah antara cabaran terbesar yang harus di hadapi oleh seorang ep mom malahan cabaran ini kerap kali menimbulkan rasa ketidakyakinan dalam diri seorang ep mom untuk meneruskan penyusuan susu ibu. Persoalannya, adakah cara lain selain DF yang mampu di pilih oleh seorang ep mom melainkan akhirnya terpaksa merelakan anaknya untuk di bantu dengan FM.
Ummi tidak pernah sekalipun menafikan bahawa DF adalah cara paling baik untuk stimulate penghasilan susu badan. Malahan berulang2 kali ummi tegaskan bahawa jika anda ada pilihan dan mampu menyusukan anak secara direct, silakan kerana memang itulah yang terbaik. Ummi turut yakin jika semua ep mom ini mampu menyusukan anak secara DF, pasti DF akan menjadi pilihan. Pernahkah kita terfikir antara alasan2 yang memungkinkan seorang ep mom terpaksa memilih kaedah pumping semata2???Apakah pilihan yang ada jika si ibu mempunyai masalah2 penyusuan atau mempunyai anak cleft palate (sumbing), tounge-tie (lidah pendek) dan pelbagai komplikasi penyakit2 yang agak kritikal (cth anak dlm inkubator)?? Atau mengambil jalan mudah dengan memberikan FM kepada si anak sedangkan susu masih terhasil di payudara si ibu???
Jika di lihat hanya segelintir ep mom sahaja mampu bertahan lama dengan menggunakan kaedah ini. Ramai yang tunduk mengalah akibat persepsi masyarakat dan ahli keluarga sendiri yang tidak memberikan moral support pada golongan ini. Malahan terdapat ibu2 muda yang gagal menyusukan anak secara DF terus memilih FM sebagai jalan keluar yang paling mudah. Tekanan dan pandangan negatif yang di letakkan ke atas ep mom telah membantutkan semangat ramai ibu2 di luar sana yang tercari2 solution lain yang mungkin boleh di adaptasikan sebagai pemangkin kejayaan penyusuan susu ibu itu sendiri. Dalam situasi ini, tidak perlulah menuding jari kepada siapa kerana bagi ummi agenda penyusuan yang di sarankan dalam syariat islam itu harus di teruskan dan di terapkan ke dalam minda setiap ibu yang melahirkan anak.
----------------------
Quote :
Adakah kerana pengamalan vitamin2 yang puan ceritakan itu menyebabkan susu puan tidak kering2 dan menyamai ibu yg DF dan apakah vitamin2 itu boleh di kira sebagai 'Milk Booster' yang banyak terdapat di pasaran sekarang. Apakah jaminan yang puan dapat berikan pada saya bahawa pengamalan vitamin2 shaklee ini akan mengekalkan kuantiti susu dan menambahkan kuantiti susu yang sedia ada???
--------------------------------------
Firstly, ummi ingin nyatakan bahawa vitamin dan milk booster adalah 2 perkara yang berbeza. Umum mengetahui vitamin adalah pemakanan tambahan bagi melengkapkan diet seharian manakala milk booster pula adalah penggalak susu ibu. Zahirnya seakan2 sama tetapi harus di fahami kegunaan dan fungsinya yang berbeza.
Sebagai seorang ep mom, sudah tentulah kuantiti susu menjadi agenda terpenting dalam kamus penyusuan. Antara perkara yang paling di geruni oleh seorang ep mom apabila hasil perahan mula menunjukkan tanda2 pengurangan kerana seorang ep mom harus gigih menyediakan stok bekalan dan keperluan susu secara terus menerus. Maka, di sini lah kekuatan mental seorang ep mom itu di uji.
Harus juga di fahami bahawa pengamalan vitamin2 yang ummi ambil tiada kaitan secara langsung dengan fungsinya sebagai milk booster. Pernahkah kita terfikir apakah susu akan mengalir dengan baik sekiranya seorang ibu itu sering keletihan, kerap sakit, mudah stress atau mudah berputus asa dengan cabaran penyusuan???Di sinilah sebenarnya point penting atau agenda utama mengapa ummi mengamalkan vitamin sepanjang penyusuan. Malahan, pendapat ummi vitamin2 ini bukan sahaja penting kepada ibu yang menyusukan anak tetapi juga sesuai untuk semua golongan usia.
Kerana itu, tidak timbul langsung isu bahawa vitamin2 yang ummi amalkan ini adalah milk booster. Bagi ummi, kondisi badan si ibu haruslah sihat, bertenaga dan segar kerana seorang ep mom harus sentiasa berdisiplin dalam perahan susu dan minda dan fizikalnya harus kuat dan tabah. Malahan ep mom juga harus sentiasa tenang dan tidak emosi dengan tekanan2 kerjaya mahupun cabaran dari luar. Secara tidak langsung apabila badan si ibu kekal cergas, sihat dan bertenaga di tambah dengan pemikiran yang sentiasa positif, maka secara tidak langsung badan si ibu lebih bersedia dalam penghasilan susu. Bonusnya apabila semuanya sempurna, maka insya allah susu yang di hasilkan juga akan lebih lancar dan meningkat seiring dengan usaha si ibu itu sendiri. Semuanya akan tetap berbalik semula kepada konsep asas penyusuan iaitu supply base on demand.
Secara jelasnya, ummi tekankan sekali lagi bahawa vitamin bukanlah milk booster dan penggunaannya bergantung dengan keserasian badan seseorang. Sama sekali ianya tidak berkait langsung dengan peningkatan jumlah pengeluaran susu. Samalah juga dengan sebuah kereta yang mana sekiranya enjinnya di jaga dan di servis dengan sempurna, maka perjalanannya juga akan lebih lancar dan tiada masalah.Sungguhpun begitu, tidak kiralah samada si ibu itu ep mom atau df, pengambilan apa2 pemakanan tambahan atau milk booster tidak akan menambahkan penghasilan susu si ibu selagi mana si ibu tidak konsisten dalam mengosongkan payudaranya. Oleh itu, makanlah sesuatu itu dengan ilmu dan bukanlah kerana ikutan semata2...
-----------------------------------
Saya juga melihat salah seorang kwn saya yang jg sprt puan (ep mom) sangat2 tertekan kerana harus memerah susu secara konsisten dan akibat stress tersebut, kwn saya sering mengadu bahawa susunya semakin berkurangan. Jadi, saya tertanya2 apakah puan tidak menghadapi masalah yang sama seperti kwn saya ini???
--------------------------------
Kerana itu ummi telah tekankan dr awal lagi, untuk menjadi seorang ep mom tunjang utamanya adalah kekuatan minda dan barulah diiringi oleh kekuatan fizikal. Apabila kedua2 tunjang ini sempurna insya allah, apapun cabaran yang timbul pasti akan mampu di harungi. Ummi percaya semua ibu yg bf pasti menghadapi situasi ini tidak terkecuali ibu yg df, cuma bg ep mom kemerosotan susu boleh di lihat berdasarkan kuantiti jumlah perahan yang menyusut tetapi ibu yang df sama sekali tidak perasan akan perubahan ini. Ini kerana anak kekal menyusu secara langsung dan kuantiti yang di hasilkan tidak dapat di lihat secara nyata. Pada dasarnya, pasang surutnya kuantiti susu yang di hasilkan adalah lumrah dalam penyusuan. Inilah yang di namakan "Milk production cycle"...
Kerana itu, si ibu seharusnya tahu dan mencari titik keseimbangan atau aura positif dalam dirinya kerana apapun emosi yang di hasilkan tetap semuanya di kawal oleh otak manusia. Terpulanglah kepada kita untuk mencari jalan keluar yang terbaik kerana hanya kita yang mengenal apa yang terbaik untuk diri kita. Malahan, berdasarkan pengalaman ummi yang mengamalkan vitamin2 sepanjang penyusuan ini, ianya sedikit sebanyak turut membantu kepada pengawalan mood swing yang kerap kali datang dalam diri manusia biasa. Moralitinya tetap berbalik kepada si ibu itu sendiri kerana kitalah yang mampu memilih apa yang terbaik untuk diri kita sendiri...
-------------------------------------
Satu lagi soalan saya, kalau ada kwn saya yg ep mom tapi tak amalkan vitamin2 mcm puan, so, mmg tak leh bertahan la ye susu yang di hasilkan tu???Adakah itu yang puan maksudkan???Saya perlukan penjelasan lebih terperinci.
Apapun, saya tetap merasakan agak mustahil seorang ibu yg bekerjaya seperti puan di tambah dgn ep mom pula dapat maintaian kuantiti susu yang di hasilkan kerana ciptaan allah adalah yg paling baik iaitu hisapan bayi.Stimulate dr bayi tetap penting dan sepatutnya ep mom tidak patut cepat berputus asa dan terus mencuba utk DF bayi mereka. Juga saya tidak yakin bahawa vitamin2 yg puan amalkan tersebut boleh menjayakan penyusuan itu sendiri kerana semuanya tetap berbalik pada konsep supply and demand.
Maaf jika ayat saya agak kasar dan mengganggu puan. Saya cuma ikhlas menyatakan pendapat saya dan saya perlukan penjelasan secara jelas dr puan. Terima kasih.
------------------------------------
Ummi rasa soal pengambilan vitamin tersebut ummi telah ulas secara panjang lebar di atas. Tepuk dada tanyalah kehendak sendiri. Tiada satu fakta pun atau pengalaman ummi yang ummi share membahaskan mengenai kewajipan pengambilan vitamin2 ini. Selagi mana kita berupaya mengekalkan pola pemakanan seimbang, kesihatan dan mood yang baik di tambah dengan pengosongan payudara secara berkala, insya allah, kalian adalah antara yang mampu menyusukan anak sehingga 2 tahun penuh tersebut.
Dan yang terakhir sekali, ummi nasihatkan ukurlah baju di badan sendiri. Adalah tidak adil sama sekali untuk menyatakan bahawa seorang ep mom itu tidak akan mampu meneruskan penyusuannya selama 2 tahun penuh selagi mana usaha dan kecekalan kekal mengiringi si ibu. Persoalan ini sangat subjektif untuk di perkatakan kerana terdapat juga ibu yg df gagal meneruskan misi penyusuan selama 2 tahun. Ummi percaya semua ep mom di luar sana tidak sama sekali menidakkan ciptaan terbaik allah tetapi ianya adalah sesuatu yang membanggakan kerana sekurang-kurangnya dapat juga memberikan khasiat susu ibu itu daripada tiada langsung!
Apa yang ummi mohon hanya satu...Jika anda merupakan seorang ibu, tidak kiralah ep mom atau df, sama2lah kita berganding bahu dan bersatu semangat dalam menyokong kebaikan susu ibu kerana hanya kitalah yang benar2 faham dan tahu intipati yang terkandung dalam KEBAIKAN SUSU IBU..Wallahua'lam...Sesungguhnya yang baik itu dtgnya dari Allah dan yang buruk itu datangnya dr kelemahan diri ummi sendiri. Maaf jika entry ini menyinggung hati sesiapa...Peace No War!!!
Salam sayang dan ukhuwah,
Kak Nadia
Buat putri - putri kesayanganku....
Blog ini adalah khusus mengenai sharing saya dan customer2 saya yang menggunakan produk Shaklee, kisah penyusuan saya sebagai EP MOM selama 2 tahun setengah, semua memori hidupku,semua kegembiraanku, kedukaanku,obsess ku dalam menghayati erti penyusuan,kebanggaan ku mengenai anak2 ku tersayang (Syasya Dan Qistyna) dan buat semua insan-insan di luar sana yang ingin berkongsi pengalamanku...Semoga setitik dakwat mampu membuat sejuta manusia berfikir tentangnya...
Sahabat2 kesayangan ummi
Doa (Ya Allah...Kabulkan Doa Kami)..
Bismillahirahmanirrahim...Ya Rahman Ya Rahim Ya Allah..Kurniakan rahmat dan kasih sayangMu ke atas kami..Berikan faedah dan kebaikan ke atas semua sahabat yang mengunjungi blog ini, kuatkan ikatan persahabatan dan ukhuwah kami dalam keberkatan Mu, murahkan rezeki kami, permudahkan lah semua urusan kami, kabulkan lah semua permohonan kami, panjangkan usia kami agar kami dapat beribadat kepada Mu dan hidupkanlah dan matikan lah kami dalam cahaya keimanan dan keredhaan Mu...amin...ya rabbalalamin...
Montage Group Intifada
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
SALUTEEEE......!!!!
BalasPadamWalaupun dia minta maaf sebab dia rasa mcm kasar tetapi saya tidak boleh terima pndptnya yg mana seumpama merendahkan EP Moms...pelik manusia sebegini. Sepatutnya kita sesama insan perlu sokong antara satu sama lain dan bukan memberi satu pendapat atau pertanyaan yg bersifat negatif. Ingat...jgnlah takbur kita dpt menyusukan, mana tahu Allah tarik balik nikmat itu baru kita tahu apakah realiti sebenarnya. Teruskan kak Nadia perkongsian begini. Along nak share ye.
soalan yg tidak masuk akal...takkan nak bwk anak pada waktu keje or sentiasa ulang alik sebab nak DF...
Padamye betul tu dik:-)
Padambetul tuu.. sy setuju
PadamAlong Rina: Mekasih atas sokongan yang tak berbelah bagi...silakan kongsi...moga anda manfaatnya...:-)
BalasPadamSaya df mom, tak pernah terlintas utk berfikiran spt itu terhadap EP mom. Bahkan saya kagum dgn semangat EP mom, bukan mudah utk sekuat mereka, perlu korbankan lebih masa utk mengepam, kemudian beri pula pd baby, kdg2 perlu panaskan dlu ebm dan perlu jg mengepam pd waktu mlm setelah pulang dr kerja..tak dpt bayangkan klu anak sy tak nak df, mungkin sy antara org2 yg give up..kpd EP mom semua, teruskan niat murni kalian, sekurang2nya bayi kalian masih mendapat susu yg terbaik... :)
BalasPadamTerima kasih atas sokongan adik:-)
PadamSetuju dgn puan azrina..jgn memnandang rendah kemampuan ep mom..kami juga melakukan yg terbaik utk anak2 kami...lain padang lain belalang...lain wanita lain badannya...
BalasPadamEP mom bkn suka2 malas nak direct feed anak. Mcm puan ummi cakap la, baby reject df, anak ada masalah kesihatan dan lain2. Kalau diberi pilihan mmg nak baby df. Yang hantar emel tu, sbb tak kene kat dia, satu hari nanti kalau baby dia reject df, baru dia tau apa perasaan EP mom. saya sgt tersinggung dgn kenyataan dia.
BalasPadamsy ade pengalaman bby reject DF walaupon masih dlm pantang. yusuf bby ke-4 sy, anak2 sy yg lain alhamdulillah BF sehingga setahun lebih. tp kali ne allah nak uji hambanya. sy tiada pengalaman utk pam dan kurang bacaan mengenai EBM. yusuf akan meraung2 setiap kali di suakan puting B. klu yusuf hisap cik B pon, puting tak lekat kat lelangit nya. disebabkan risau bby tak cukup susu, sy pon bg FM. susu bdn yg melimpah sy pam jugak dan bg melalui botol. betapa susah nye nak mengikut jadual utk mengepam susu. sungguh sy tabik kpd EP mom. tp alhamdulillah skrg yusuf dah 2 bulan. die pon dah pandai hisap cik B semula. mungkin sbb die tak lupa rasa susu tu dan sy paksa jugak yusuf hisap B. insaallah sy nak yusuf BF selama yg mungkin.
BalasPadamSaya anak nak masuk 3 ni pon baru belajar nak betul2 BF,anak2 sebelum ni memang FM semuanya...masuk je alam pekerjaan semula...memang babai ler nak DF ni but after gi seminar penyususan ibu terasa...alangkah ruginya 2orang anak saya xdapat banyak nutrisi dr EBM it's self. Now sedang berusaha utk terus menyusukan my baby with DF. Salut pada EP mom, uols it's better then me yg bagi FM gara2 tak dapat galakkan dr suami + MALAS nak pump.
BalasPadamDoakan saya sukses utk buktikan pada my husband, i can do it =)