Buat putri - putri kesayanganku....

Blog ini adalah khusus mengenai sharing saya dan customer2 saya yang menggunakan produk Shaklee, kisah penyusuan saya sebagai EP MOM selama 2 tahun setengah, semua memori hidupku,semua kegembiraanku, kedukaanku,obsess ku dalam menghayati erti penyusuan,kebanggaan ku mengenai anak2 ku tersayang (Syasya Dan Qistyna) dan buat semua insan-insan di luar sana yang ingin berkongsi pengalamanku...Semoga setitik dakwat mampu membuat sejuta manusia berfikir tentangnya...


Sahabat2 kesayangan ummi

Doa (Ya Allah...Kabulkan Doa Kami)..

Bismillahirahmanirrahim...Ya Rahman Ya Rahim Ya Allah..Kurniakan rahmat dan kasih sayangMu ke atas kami..Berikan faedah dan kebaikan ke atas semua sahabat yang mengunjungi blog ini, kuatkan ikatan persahabatan dan ukhuwah kami dalam keberkatan Mu, murahkan rezeki kami, permudahkan lah semua urusan kami, kabulkan lah semua permohonan kami, panjangkan usia kami agar kami dapat beribadat kepada Mu dan hidupkanlah dan matikan lah kami dalam cahaya keimanan dan keredhaan Mu...amin...ya rabbalalamin...

Montage Group Intifada

Sabtu, 9 April 2011

Alhamdulillah...berat qayyum naik jugaaa....

Salam...hari ni ummi nak share satu pengalaman dr salah seorang customer ummi yang lebih mesra ummi panggil dengan panggilan nomi...anak nomi mengalami masalah berat badan yang semakin menurun semasa berusia 1 bulan lebih sehingga hanya seberat 2.2 kg...sedangkan semasa lahir berat qayyum mencecah 3 kg...so, meh kita kongsi pengalaman nomi dalam menangani masalah qayyum...kalian boleh juga baca di sini....
-------------------------------------------------------------------------------
KISAH PENYUSUAN SAYA
Qayyum merupakan anak kedua saya yang lahir pada 19 Jan 2011 seberat 3kg. Semasa saya lahirkan Muiz 2tahun lepas, saya tak berjaya menyusukan Muiz walaupun sekali kerana masa kat hospital lagi nurse dah bagi susu botol pada dia. Pada masa tu ilmu penyusuan saya sangat cetek. Oleh itu, untuk anak kedua, saya berazam untuk memberi susu badan sepenuhnya kepada Qayyum. Alhamdulillah Qayyum nak susu badan walaupun masa kat hospital dia dah diberi susu formula. Saya rasa sangat gembira masa tu kerana impian saya untuk menyusukan anak saya tercapai.
Seperti ibu2 yang lain, saya memberikan susu secara direct feeding kepada Qayyum.masa umur Qayyum 2minggu, saya perasan yang badan Qayyum tak berapa naik. Bila saya timbang di rumah, berat dia hanya 2.9kg. tapi saya sangka mungkin timbang tu salah, takkan la berat anak saya turun pulak kan, sebab Qayyum ok je. Takdepun mengamuk tak cukup susu. Cuma saya perasan yang Qayyum ni kuat tido, saya rasa tu normal la untuk setiap baby.
Bila saya pegi cek up baby di klinik swasta, berat Qayyum masa tu 2.9kg termasuk berat pampers dan baju serta kain bedung. Kebetulan pada masa tu dah seminggu Qayyum tak berak. Sepatutnya berat Qayyum lagi berat kerana sisa najis dia masih banyak dalam badan. Saya dah mula risau juga pada masa tu. Doc cuma cakap tengok berat dia masa 2bln nanti camne dan suruh saya teruskan susu badan. Hati saya masih risau lagi masa tu. Saya cuba bertanya kepada kakak ipar yang merupakan seorang Doc di klinik swasta, dia pun beri pendapat yang sama. Lega ckit hati saya masa tu. Tapi bila saya teringat tentang hal tu saya mula risau balik. Sebab masa anak saya yang sulung, dia lahir 3.3kg.lepas sebulan berat dia dah 4.6kg. jadi saya rujuk kembali kepada kakak ipar saya tu, dia suruh saya pegi dapatkn rawatan pakar pula. Dalam masa yang sama, saya ada bertanya kepada kawan2, diorang pun suruh saya bersabar dan tengok cammane keadaan masa Qayyum 2bulan nanti.
Pada hari isnin, saya decide untuk pergi ke klinik desa sebab kalau ada apa2 kes senang nak refer ke pakar. Masa timbang di sana, berat anak saya cuma 2.2kg. nurse pun dah mula marah. Saya pula bertambah risau. Risau jika anak saya tidak normal, atau mengalami penyakit2 lain. Nurse suruh saya datang lagi 2minggu (appointment dengan nurse ) dan next two weeks (appointment dengan Doc) untuk melihat perkembangan Qayyum. Sekiranya berat Qayyum masih tak naik, Doc akan amik sampel darah untuk diuji. Saya refer masalah saya ni kepada Kak Nadia, yang byk support saya untuk bf baby. Dia banyak menenangkan hati saya. Kak Nadia juga memperkenalkan saya dengan Kak Aishah yang merupakan konsultant laktasi di HSA JB. Untuk pengetahuan semua, sejak dalam pantang, saya ada mengambil supliment Shaklee untuk memastikan susu badan saya berkualiti untuk anak saya. Dan sejak anak saya mengalami masalah berat badan, saya mula mengambil ESP dari Shaklee yang dipercayai boleh membantu supaya baby lebih cepat kenyang.
Macam2 yang saya fikirkan masa Qayyum tak sihat tu. Adakah susu badan saya tidak berkualiti untuk anak saya? Itulah perasaan yang mengganggu saya kerana ini merupakan pengalaman pertama saya menyusukan anak. Saya mula terfikir untuk memberikan susu formula kepada Qayyum. Lebih mudah begitu kan. Kerana mengikut pengalaman saya masa Muiz masih baby, memang mudah menjaganya sebab saya memberi susu formula kepadanya. Saya hampir give up untuk memberi susu badan lagi. Tetapi kawan2 banyak meyakinkan saya yang susu ibu merupakan susu terbaik untuk anak. Saya teruskan juga memberi Qayyum susu badan, cuma sekarang saya pam dulu baru bagi dia, sebab mudah saya nak estimate berapa banyak susu yang dia minum. Sebab masa Muiz berumur sebulan dulu, dia mula minum 3oz setiap 2jam. Sepatutnya Qayyum juga begitu. Untuk memuaskan hati semua pihak (terutamanya family), saya campurkan juga susu formula untuk Qayyum sebab mak cakap mungkin saya kurang minum susu, atau apa yang saya makan kurang berkhasiat. Kebetulan masa tu susu yang sy pam tak dapat banyak. Cuma dapat 40ml sekali pam. Saya bagi macam2 susu kepada anak saya, Enfalac A+, Snow, Isomil,Dutch Lady dan Lactogen. QAyyum minum semua susu tu, saya bagi 3oz, dia boleh habiskan. Tetapi bila Qayyum minum susu tu dia akan cirit birit. Kesian pula saya tengok bila bontot dia mula melecet. Jadi, saya stop dulu bagi dia susu formula. Cuma bagi susu badan. Kali ni setiap kali saya bagi direct feeding, lagi sebelah breast saya akan pam dan bagi kepada dia susu yang saya pam tu.
Namun, saya perhatikan, berat dia macam tak naik sangat. Saya masih risau tentang kesihatan Qayyum. Setiap kali lepas mandikan Qayyum saya akan berasa sedih melihat badan dia yang tidak berisi tu. Selalu saya cakap pada dia, “Qayyum, cepat besar..ummi risau”. Tiap hari saya berdoa supaya Allah berikan kesihatan yang baik kepada Qayyum dan dijauhkan dari sebarang penyakit. Selepas 2minggu, saya bawa Qayyum cek up kat klinik desa lagi. Kali ni berat dia dah 2.9kg. Alhamdulillah naik 700gram. Memang rasa lega cikit masa tu.
Walaubagaimanapun, Qayyum masih alah dengan susu formula. Suami cadangkan supaya bagi nestum cair2 pada Qayyum. Tetapi kali ni Qayyum macam kembung pula. Saya cuba bagi semula susu Isomil sebab saya tau Qayyum ni alah dengan susu lembu. Alhamdulillah Qayyum dah sesuai dengan susu tu. Jadi setiap 2jam saya akan bagi susu 3oz.Kalau susu saya cukup saya akan bagi susu yang saya pam. Kalau tak, saya bagi dengan susu Isomil. Masa tu saya dah kurangkan bagi susu secara direct, sebab saya dapati Qayyum bila saya bagi direct, dia akan cepat tertidur. Sedap sebab dipeluk kot. Mungkin tu yang menyebabkan berat badan dia tak naik, sebab dia kuat tidur dan dia malas menghisap kalau saya beri direct feeding. Dalam pada masa yang sama, saya berusaha untuk tambah susu badan. Saya buat power pumping dan saya mula makan Alfafa (produk Shaklee) 4biji sehari. Sejak itu, setiap kali saya pam, saya akan dapat 3oz setiap 3jam. masih lagi tidak mencukupi untuk Qayyum, cuma saya dah mampu kurangkan susu formula untuk Qayyum.
Untuk cek up klinik desa sebulan kemudian (masa tu Qayyum 2bln), berat Qayyum dah 3.8kg. Alhamdulillah naik 900gram dalam 2minggu. Saya rasa lega dan yakin insyaAllah Qayyum takde masalah kesihatan lain. Sekarang Qayyum sudah berusia 2bulan 2minggu 5hari, berat Qayyum sudah 4.8kg. Alhamdulillah.. Ye, saya gagal memberi Qayyum susu badan sepenuhnya, tetapi saya masih berusaha untuk mengurangkan penggantungan dia kepada susu formula. Sekarang Qayyum cuma minum susu formula 1-3kali sehari. Suatu pengalaman yang jarang2 terjadi kepada ibu2 diluar sana. Tetapi itulah yang saya alami. Terima kasih kepada kawan2 yang banyak membantu saya...


Qayyum masa baru lahir- 3kg


Qayyum masa 10 hari



Qayyum - 1bulan 4hari



QAyyum- 2bln 15hari

------------------------------------------------------------------------------
So, moral of the story...jgn give up...malahan hasil usaha gigih beliau...dan hasil kepercayaan dan keyakinan nomi untuk memastikan badannya kekal sihat, bertenaga dan menyeimbangkan lagi pola pemakanannya demi memastikan segala kebaikan susu ibu dapat di alirkan kepada qayyum dengan lancar kini nomi mengamalkan vitamin2 berikut dalam diet sehariannya...
a) Vitalea @ multivitamin
b) B Compleks
c) Vitamin C
d) Alfalfa
e) ESP
dan berikut antara msg nomi pada ummi hari ini..."skrg sy pam dh blh dpt 4oz skali pam.dh meningkat ckit la"...alhamdulillah...gembira ummi...mudah2an allah mempermudahkan perjalanan penyuusuan adik ummi ini dan sentiasa memberikan kekuatan kepadanya untuk terus menyusukan qayyum walaupun nomi akan bertambah bz kerana menyambung pelajaran di peringkat PHD(wah!!!)-superb mom...


Salam sayang dan ukhuwah,
Kak Nadia... 

1 ulasan:

  1. sama apa yg tgh sy hadapi skrg.. bayi saya baru usia 6minggu.. baru seminggu sy bg fm bila doktor pakar syorkan.. boleh tau punca x?

    BalasPadam

Jom friend dgn kami di Facebook!!

Menyokong Penyusuan Susu Ibu

Menyokong Penyusuan Susu Ibu

Terima kasih kerana singgah....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails