Buat putri - putri kesayanganku....

Blog ini adalah khusus mengenai sharing saya dan customer2 saya yang menggunakan produk Shaklee, kisah penyusuan saya sebagai EP MOM selama 2 tahun setengah, semua memori hidupku,semua kegembiraanku, kedukaanku,obsess ku dalam menghayati erti penyusuan,kebanggaan ku mengenai anak2 ku tersayang (Syasya Dan Qistyna) dan buat semua insan-insan di luar sana yang ingin berkongsi pengalamanku...Semoga setitik dakwat mampu membuat sejuta manusia berfikir tentangnya...


Sahabat2 kesayangan ummi

Doa (Ya Allah...Kabulkan Doa Kami)..

Bismillahirahmanirrahim...Ya Rahman Ya Rahim Ya Allah..Kurniakan rahmat dan kasih sayangMu ke atas kami..Berikan faedah dan kebaikan ke atas semua sahabat yang mengunjungi blog ini, kuatkan ikatan persahabatan dan ukhuwah kami dalam keberkatan Mu, murahkan rezeki kami, permudahkan lah semua urusan kami, kabulkan lah semua permohonan kami, panjangkan usia kami agar kami dapat beribadat kepada Mu dan hidupkanlah dan matikan lah kami dalam cahaya keimanan dan keredhaan Mu...amin...ya rabbalalamin...

Montage Group Intifada

Khamis, 24 Jun 2010

Saya ter'skip' jadual mengepam saya dan susu saya semakin drop..Apa saya harus lakukan???

Salam...bersua lagi kita di alam maya...seperti yang ummi janjikan entry ini ummi tulis berikutan seorang sahabat ummi menelefon ummi bercerita mengenai jadual pengepaman beliau yang semakin tidak konsisten akibat menghadiri kursus dan yang lebih menyedihkannya...susukan mula menampakkan pengurangan..


Manakan tidak jika sebelum ini satu sessi sahabat ummi ini mampu mendapat sekitar 4-5 oz tetapi pagi tadi nak dapat 2 oz pun seksa...Bagai nak menangis dia menghadapi saat2 ini dan kelamkabut telefon ummi mohon petua...


Seperti sahabat ummi ini,sebenarnya ummi juga kerap ter'skip' waktu mengepam expecially bila ummi dalam court...confirm di sebalik kot yang ummi pakai,baju kurung ummi sudah lencun di bsahi susu...huhuhu...(setakat ni ummi tak berani lagi nak minta hakim stopkan bicara sbb ummi nak pam susu...hehehe)...


Dalam situasi ini bagaimana ummi menghadapinya dan bagaimana ummi memastikan susu ummi tidak mengalami masalah seperti sahabat ummi itu...perkara pertama yang ummi buat bila keluar court ummi akan cari surau dulu bersama spectra kesayangan ummi tu...dan make sure susu di perah sehingga ke titisan terakhir (biasanya akan dpt sekitar 12-13 oz sbb lama delay)...kmdn bila sampai opis semula,(mengambil masa around setengah jam) ummi akan start buat power pumping...every half n hour ummi akan pam selama tiga atau empat kali...sehingga ummi puas hati dan teruskan jadual mengepam ikut shedule biasa...


Mungkin ada yang tertanya2 apakah Power Pumping? Untuk memudahkan kefahaman...mcm ni la ummi bg contoh ye...kalau kita jarang menaip so, tahap kecepatan kita menaip adalah di tahap minima shj tetapi jika setiap hr kita tambah aktiviti menaip kita bukan shj kita akan lebih cekap malah kerja kita akan bertambah cepat selesai kerana 'keserasian' dan "telah menjadi kelaziman'...betul tak??mcm tu juga dgn pengeluaran susu ni...semakin di ransang pengeluarannya makin banyak la penghasilannya...so, bila breast kita kerap kosong...otak akan bg isyarat untuk menggantikan atau menghasilkan susu yg baru...clear tak???so, untuk buat power pumping...ummi biasanya akan buat mcm ni..selesai mengepam...setengah jam kmdn pam lg(tak kira berapa hasilnya)...stop kejap...setengah jam lagi pam lagi...dan buat beberapa kali lg..dan insya allah penghasilan susu akan bertambah sbb otak kita akan menghantar isyarat bhw keperluan lebih kepada penghasilan susu tersebut... faham ke penjelasan ummi ni?hehehe...boleh la cuba...setakat ni alhamdulillah mmg berkesan pd diri ummi..


So, kesimpulan yang ummi dapat buat...bagi adik2 yang mempunyai jadual kerja yang sangat thigh atau tiba2 ada meeting @ kena kerja luar yang menyebabkan terpaksa 'skip' waktu mengepam...nasihat ummi 'JGN SESEKALI PAKSA DIRI UNTUK PAM DLM KEADAAN TERGESA2...kalau diri ummi..mmg confirm tak keluar susu...apa yang perlu dibuat secara ringkas :-
a) Tenangkan diri
b) Bila selesai tugasan,terus pam HINGGA BREAST BENAR2 KOSONG
c) Buat Power Pumping slps setengah jam beberapa kali(INI PENTING UNTUK OTAK MENGHANTAR SEMULA ISYARAT KEPERLUAN KEPADA PENGHASILAN SUSU YANG LEBIH BANYAK)...
d) Teruskan sessi mengepam ikut jadual yang biasa
e) Berdoalah kepada Yang Maha Esa..


Jadi, ummi rasa itulah sedikit sebanyak pendapat ummi...apa yang ummi kongsi ini lebih kepada pengalaman ummi sendiri...dan mudah2an dapat sedikit sebanyak membantu kalian...


Salam sayang dan ukhuwah,
Kak Nadia....

5 ulasan:

  1. salam ummi..
    nak tny skit psl power pumping tu..keje sy di office pn ssh nk curi time utk pam..biasanye sy dpt pam 2 kali je di ofis..boleh ke sy wt power pumping tu sblh malam, ms kat umah?sebelah direct bfeed, sblh lg pam..ok tak kalo mcm tu?? sy mmg nak increase milk supply sy..skrg ni susu cukup2 utk baby..stok pon tak byk..tlg bg pendapat ummi ye..thanks

    BalasPadam
  2. W'salam olin..actuallt untuk pengetahuan olin, ummi juga turut mengepam di opis sbnyk dua kali shj...iaitu pd jam 10 pg dan 2 petang..dan setiap hari ummi bawa balik sekitar 16-18 oz sahaja...dan untuk mencukupkan bekalan susu fresh esok hr, ummi simpankan susu perahan waktu malam (mlm anak ummi banyak tido, so, dr 8 oz susu perahan ummi bahagi 2- 4 oz untuk stok dan 4 oz untuk anak ummi minum), so, totalnya 24 oz ummi dpt buat stok fresh sehari dan anak ummi cuma minum 20 oz je kat nursery...so, jgn runsing jika cuma mampu mengepam 2 kali shj di opis, yang penting olin kekalkan k...dan mengenai power pumping, boleh juga buat waktu malam...kalau nak lagi cepat,buat every 10 minit setiap selang satu sessi...dan boleh juga buat sebelah direct dan sebelah pam(tandem pumping)...yang penting, stimulate samada dr baby atau pump yang paling penting untuk kekalkan dan naikkan jumlah kuntiti susu di samping pengambilan supplement yg sesuai to enrich susu kita...selamat berjaya ye,dik...kalau masih tak clear, call atau sms di 0123975808...

    BalasPadam
  3. umi keje dlm court ke?kalo bleh tau sbg pe ek?dpp ke?

    BalasPadam
  4. Ye..ummi bekerja bawa kes di court...sebagai apa???heehe...biarlah rahsia boleehhh???

    BalasPadam

Jom friend dgn kami di Facebook!!

Menyokong Penyusuan Susu Ibu

Menyokong Penyusuan Susu Ibu

Terima kasih kerana singgah....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails