Salam sayang semua...actually, hari ni ramai yang panggil Monday blues kan...hehehe...ummi seperti biasa la...hari apa pun tetap sama...life must be going smoothly...mood, perasaan....itu semua kita yang kawalkan...harap2 semua kwn2 akan tetap bermood CERIA ok!
So, base on tajuk di atas, walaupun nampak mcm tajuk ni sesuai utk ibu2 sahaja kan, tetapi jika anda seorang anak dara (insya allah satu hr anda akan jd mum kan), ini juga info penting utk pengetahuan anda di masa hadapan...malahan jika anda lelaki, baik sudah berkahwin atau belum (sudah pasti satu hr insya allah anda akan jd father kan)...ini juga satu ilmu baru buat anda dan sangat berguna kerana andalah teman sejati isteri anda kelak dan sokongan anda sgt2 bererti...So, ummi harap apa yang ummi tulis ini akan menjadi satu "sharing" pada semua orang walau siapa pun anda...SHARING IS CARING kannnn...
Seperti yang kalian tahu (bg yg mengikuti blog ummi ni sepenuhnya...e cewahhh)...pasti kalian tahu ummi adalah pengepam tegar (exclusive pumping mum) sepenuh masa sehingga kini dan anak kedua ummi, Qistyna minum susu ibu sepenuhnya...(sekarang Qistyna dah 2 tahun, alhamdulillah-2 years old my bf mission complete-syukur)...
PERNAHKAH UMMI MENGHADAPI MASALAH SUSU MERUDUM @ DROP@ BERKURANGAN?????
Secara umumnya, ummi yakin semua orang yg menyusukan anak PASTI AKAN MELALUI verse ini...malahan ummi juga melaluinya...secara purata, sekali pengepaman ummi insya allah akan menghasilkan sebanyak lebih kurang 8-9 oz persession....tetapi tolong jangan samakan jumlah sbb penghasilan susu ibu adalah bergantung kepada "rezeki" dan juga setiap rezeki itu telah allah tetapkan contohnya Orang Kaya makanannya ala2 di hotel, tetapi bagi kita yang sederhana ni di gerai2 pun dah cukup...so, jangan sekali2 melihat rezeki yang telah di berikan tersebut kerana PERCAYALAH, SETIAP TITIS SUSU YANG DI HASILKAN TERSEBUT INSYA ALLAH ITULAH JUMLAH YANG MENCUKUPI BUAT ANAK ANDA!!!!
BILA SUSU AKAN MERUDUM @ DROP @ BERKURANGAN???
Secara umumnya, berikut adalah keadaan biasa yang akan ummi hadapi (maybe lain org lain sbbnya dan maybe juga ada yg sama dengan ummi) :-
1) Kedatangan Period/Menstrual
2) Beban Kerja Terlalu banyak (Mood Stress)
3) Anak berjauhan (Kena pergi kursus/di tempat kerja)
4) Makanan tidak memenuhi gizi pemakanan seimbang (diet yg tidak sempurna)
5) Berpuasa
6) Badan letih, demam dan dalam any type of sick (ext selsema, batuk dll)
7) Anak mula makan (6 bulan ke atas)
8) Skip atau tidak mengikut jadual pump yang betul
9) Tidak yakin mampu menghasilkan susu badan(terpengaruh dgn kata2 org sekeliling)
10) Give up dan pasrah bahawa susu tidak cukup
So, setakat ini, susu ummi akan mula nampak berkurangan apabila ada antara 10 sebab di atas ummi alami...
APAKAH CARA MENGATASINYA????
Ok, biarlah ummi ulas satu persatu base on masalah2 di atas ye...
Masalah pertama
Benarkah kedatangan period mengganggu penghasilan susu???Dari mana fakta ini di perolehi dan adakah ianya 'benar2 fakta atau sekadar satu mitos"???Terlalu banyak kenyataan di keluarkan tentang perkara ini sehingga ianya menjadi seperti "fakta benar".
Apabila ibu2 yang belum di datangi
menstrual membaca penyataan tersebut maka secara langsung ianya akan
tersimpan di dalam minda bawah sedar si ibu tadi.
Apabila si ibu itu telah didatangi menstrual maka apa yang tersimpan di dalam minda bawah sedar tadi akan terus tersimpan di dalam minda sedar si ibu.
Si ibu akan mempunyai satu pemikiran yang secara automatik akan memberi kesan kepada seluruh tubuh. Secara langsung ini akan mengganggu penghasilan susuibu tadi. Akal ialah tempat kawalan ke semua pergerakan serta tubuh manusia. Apabila seseorang itu berpegang kepada minda yang negatif maka ianya secara automatik akan mengganggu penghasilan susuibu. Namun jika si ibu itu sentiasa positif insyaAllah penghasilan susu tidak terjejas.
Apabila si ibu itu telah didatangi menstrual maka apa yang tersimpan di dalam minda bawah sedar tadi akan terus tersimpan di dalam minda sedar si ibu.
Si ibu akan mempunyai satu pemikiran yang secara automatik akan memberi kesan kepada seluruh tubuh. Secara langsung ini akan mengganggu penghasilan susuibu tadi. Akal ialah tempat kawalan ke semua pergerakan serta tubuh manusia. Apabila seseorang itu berpegang kepada minda yang negatif maka ianya secara automatik akan mengganggu penghasilan susuibu. Namun jika si ibu itu sentiasa positif insyaAllah penghasilan susu tidak terjejas.
Malahan, ada customer ummi yang terperanjat apabila mengetahui ttg 'Fakta baru" ini?Oleh kerana beliau tidak mengetahui ttg perkara ini, beliau merasakan tiada sebarang perubahan ke atas penghasilan susunya sama sekali...see???betapa pentingnya pengaruh minda kita...
Tetapi, mungkin juga anda adalah antara golongan yang mengalami sindrom PMS, sering kejang semasa period, mood ke laut, badan kurang bertenaga, ummi sarankan anda cuba masukkan 'ostematrix @ kalsium magnesium' dalam diet seharian anda...Dengan pengambilan kalsium yang cukup, tekanan darah berada tahap yang
normal. Kelancaran saraf dan pengecutan otot memerlukan kalsium yang
mencukupi. Dengan kalsium yang cukup, kita tak mudah senggugut, kejang,
retensi air, mudah meradang dan murung.
Tak percaya???Cubalah sendiri...anda akan rasa perbezaannya...
**Ummi memilih Ostematrix dari Shaklee kerana kelebihan Ostematrix Shaklee ialah kerana ia mengandungi gabungan
kalsium karbonat, kalsium sitrat dan kalsium sitrat malet disamping
magnesium dan vitamin D yang mana ia tidak menyebabkan kita sembelit dan
lebih selamat dari risiko batu karang.
Masalah kedua
Stresss????Satu perkara yang sangat2 patut di hindarkan...bagi ummi, jika kalian mempunyai kerja yg sgt2 stress, mencabar dan menjadikan kalian mudah tension, pemarah dan perkara2 yg sewaktunya, sila dapatkan B Complex dengan kadar segera...Kebiasaannya,mereka yang amalkan B complex akan mendapati diri mereka lebih ceria, bertenaga, kulit berseri dan cantik serta tidak pucat.
Mereka yang ada masalah kuat berpeluh, tangan mudah basah sebab peluh,
mudah berdebar, mudah marah, mudah melenting, sensitif, kuat merajuk,
muka kusam ....maka anda kurang B complex.
Dan jika anda berada di rumah, mandi, solat, zikir dan membaca alquran adalah satu terapi yg sangat baik utk di amalkan...atau jika boleh, ambil sahaja cuti dan berehat bersama keluarga atau bawa keluarga enjoy di tmpt2 yg menarik kerana ingat, anda perlukan sedikit masa utk diri dan keluarga kerana anda bukan robot!!!
Masalah ketiga
Masalah terbesar apabila surat berkursus tiba...kelam kabut...mcmana nak buatkan...jangan risau...pastikan segala gadjet penyusuan sprt breast pump (atau bertuah jika anda tau kaedah marmet - perahan tangan), cooler bag, ice pack dan bottle atau bekas atau plastik khas utk isi susu-banyak jual di kedai2 baby)...so, atur susu2 perahan mengikut masa dan tarikh dr yg paling lama ke tarikh paling baru utk di berikan kepada pengasuh anda...so, di tmpt kursus, susun waktu yg sesuai seperti setiap jam 6 pg, 10pg, 2 ptg, 6 ptg, 10 mlm dan 2 pg utk anda memerah susu dan pastikan kalian kreatif ye...maksud ummi, jika duduk hotel, boleh request tumpang peti ais hotel atau kalau ada peti ais dlm bilik lg bagus...malahan ummi pergi btn dulu pun boleh lagi pam susu dan simpan di freezer kantin...jangan malu bertanya ye...tetapi, kalau tidak ada pun, pastikan anda pam seperti biasa dan terpaksa lah anda buang (oh sayangnya)...no choice...kalau mampu, boleh la pam lbh kerap dr cth di atas...
Masalah ke empat dan kelima
Ummi satukan masalah ini...mcm nak samakan...sebenarnya, semasa berpuasa atau anda tidak cukup makan makanan yg berkhasiat adalah 2 condition yg hampir sama...apabila zat2 makanan tidak seimbang, badan akan mudah letih, penat dan lama kelamaan kita akan mula stress...malahan kekurangan air juga akan memburukkan lg keadaan...
Bagi ummi, alhamdulillah, ummi telah menemui jalan penyelesaiannya...ummi akan memastikan badan ummi tidak dehydrate dengan mengamalkan Performance Drink dan semasa bersahur, amalan makan kurma dan minum Energizing Soy Protein tidak akan ummi lupakan dan alhamdulillah, bukan sahaja badan merasa kuat, malahan syukur ianya seolah2 tenaga tambahan menjelang waktu berbuka kelak...setakat ini, jika berpuasa, susu yang terhasil alhamdulillah maintain..
Masalah ke enam
Demam???Selsema???Batuk???Hmmm...secara normal ummi syorkan anda meningkatkan pengambilan vitamin c dalam diet harian anda kerana secara umum, vitamin c berperanan sebagai auto immune badan anda...tetapi jika ianya berpanjangan, anda boleh cuba nutriferon yang mana ianya lbh sesuai jika imun badan anda kurang dan kerap sakit dan cuba elakkan ubat2an seperti panadol, active fast dll (jika mampu) kerana drug yg terdapat di dalam setiap ubat2an tersebut akan turut di salurkan melalui air susu terus kepada anak anda....
Masalah ketujuh & Kelapan
Bestnya anak dah mula makan....akibatnya anak akan mula kurang minum susu dan anda juga mula mengabaikan jadual pengepaman anda...akibatnya??? Secara perlahan2 apabila anda mengurangkan jumlah pengepaman, susu anda akan mula berkurangan...mengapa???Kerana susu di hasilkan base on kepada permintaan...semakin kerap anda mengepam (permintaan tinggi), semakin banyak lah susu akan di hasilkan...so, apabila anda menyedari anda telah tertinggal waktu pengepaman, pastikan anda menggantikan dengan kaedah power pumping (pam 10 minit berhenti 10 minit-lakukan berulang kali)...jangan bimbang walau yg terhasil hanyalah angin (hehehe) kerana ingatttt!!!Semakin kerap kita kosongkan breast, semakin banyak la susu akan terhasil...
Masalah kesembilan dan sepuluh
Tak yakin boleh hasilkan susu???Give up???dah macam2 cuba tak berjaya??? Ingat selalu ye...SETIAP IBU BUKAN SAHAJA MELAHIRKAN ANAK TETAPI JUGA BERSAMA KURNIAAN SUSU TERBAIK...dan jangan sekali2 melihat kuantiti antara satu sama lain kerana rezeki yang diberikan tidak sama...tetapi usaha dengan menambahkan jumlah pam, buat power pumping, amalkan zikir YA MATIN semasa menyusukan dan mengepam serta make sure anda mengambil makanan yg berkhasiat...ANDA ADALAH APA YANG ANDA INGINKAN...Dan semua itu bergantung pada pemikiran kita dan kemahuan kita...
Sedikit renungan :
"Para ibu hendaklah menyusukan
anak-anaknya selama dua tahun penuh, iaitu bagi yang ingin
menyempurnakan penyusuan..." (al Baqarah: 233)
"Dan
Kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada dua orang ibu-
bapanya; ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah-
tambah, dan menyusukannya dalam dua tahun. Bersyukurlah kepadaKu dan
kepada dua orang ibu bapamu, hanya kepadaKulah kembalimu." (Luqman: 14)
Dan kelebihannya yang tidak boleh di beli dimana2 pun :-
Susu ibu ialah cecair yang dihasilkan secara semulajadi dan psikologi
untuk bayi manusia. Saintis terus menemui kelebihan-kelebihan terbaru
yang ada pada susu ibu. Berbanding susu formula, susu ibu kerap bertukar
berdasarkan keperluan bayi. Susu formula tetap sama tanpa mengira
keperluan dan usia bayi.
Susu ibu berubah berdasarkan usia bayi : Susu ibu untuk bayi pra-matang mengandungi kandungan protein yang tinggi. Susu ibu bagi bayi usia lapan bulan pula mempunyai kalori yang tinggi berbanding bayi berusia sebulan. Susu ibu berubah berdasarkan cuaca. Dalam cuaca panas, susu ibu mengandungi lebih banyak cecair. Dalam cuaca sejuk, ia mengandungi lebih banyak lemak. Susu ibu berubah dari segi rasa bergantung kepada jenis pemakanan ibu. Ini memberi peluang kepada bayi untuk mencuba pelbagai jenis rasa di sepanjang tempoh penyusuannya.
Susu ibu berubah berdasarkan usia bayi : Susu ibu untuk bayi pra-matang mengandungi kandungan protein yang tinggi. Susu ibu bagi bayi usia lapan bulan pula mempunyai kalori yang tinggi berbanding bayi berusia sebulan. Susu ibu berubah berdasarkan cuaca. Dalam cuaca panas, susu ibu mengandungi lebih banyak cecair. Dalam cuaca sejuk, ia mengandungi lebih banyak lemak. Susu ibu berubah dari segi rasa bergantung kepada jenis pemakanan ibu. Ini memberi peluang kepada bayi untuk mencuba pelbagai jenis rasa di sepanjang tempoh penyusuannya.
So, harapan ummi ianya sedikit sebanyak membantu kalian terutamanya yg baru mula menyusukan anak...jika anda ingin berkongsi atau bertanyakan sebarang masalah samada berkaitan penyusuan atau supplement yang ummi amalkan sila sms ummi di 012-3975808 atau email ummi di nadeeyya_kk@yahoo.com...
Salam sayang dan ukhuwah,
Kak Nadia...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan