Buat putri - putri kesayanganku....

Blog ini adalah khusus mengenai sharing saya dan customer2 saya yang menggunakan produk Shaklee, kisah penyusuan saya sebagai EP MOM selama 2 tahun setengah, semua memori hidupku,semua kegembiraanku, kedukaanku,obsess ku dalam menghayati erti penyusuan,kebanggaan ku mengenai anak2 ku tersayang (Syasya Dan Qistyna) dan buat semua insan-insan di luar sana yang ingin berkongsi pengalamanku...Semoga setitik dakwat mampu membuat sejuta manusia berfikir tentangnya...


Sahabat2 kesayangan ummi

Doa (Ya Allah...Kabulkan Doa Kami)..

Bismillahirahmanirrahim...Ya Rahman Ya Rahim Ya Allah..Kurniakan rahmat dan kasih sayangMu ke atas kami..Berikan faedah dan kebaikan ke atas semua sahabat yang mengunjungi blog ini, kuatkan ikatan persahabatan dan ukhuwah kami dalam keberkatan Mu, murahkan rezeki kami, permudahkan lah semua urusan kami, kabulkan lah semua permohonan kami, panjangkan usia kami agar kami dapat beribadat kepada Mu dan hidupkanlah dan matikan lah kami dalam cahaya keimanan dan keredhaan Mu...amin...ya rabbalalamin...

Montage Group Intifada

Rabu, 12 Oktober 2011

Hati2 memilih Vitamin E!!!!

Salam sayang semua...maaf la sbb dah 2 hari ummi kena demam, selsema, batuk dan badan rasa sgt2 sakit...ntah la...bila dah lama tak sakit ni, ummi cuba muhasabah diri...maybe ada amalan ummi yang masih belum mencukupi sehingga ummi di 'tegur' oleh Allah...syukur alhamdulillah, setelah 2 hari, hari ni, ummi rasa badan ok sedikit...maklum la...ummi up kan pengambilan vitamin c kepada 2 biji dan patahkan 2...syukur ya allah (kalau tak ok jugak, memang ummi nak makan nutriferon la pulak)...


Berbalik kepada entry hr ni...vitamin e adalah salah satu vitamin favourite ummi...malahan ummi turut kongsikan dengan suami ummi...salah satu tujuannya adalah bagi mengelakkan dari kanser prostat (owhh, lelaki harus hati2 ye dgn kanser ini, sgt2 merbahaya)...tetapi baru2 ni ada pulak yang bertanya, benarkan vitamin E boleh meningkatkan gejala kanser prostat berlaku???(Dah terbalik pulak)...Hmmm...kerana itu, ummi suka menasihatkan kalian AGAR SENTIASA BERHATI2 DGN PENGAMBILAN VITAMIN...Jangan sekali2 membeli vitamin base on harga (murah of couse) semata2 kerana setiap vitamin itu harus di pilih dengan knowledge juga...


Jom baca pendapat upline ummi dalam perkara ini...

Vitamin E meningkatkan risiko kanser Prostat ???????

" Saya memang amalkan makan vitamin E sejak dulu lagi, sebab saya tahu kebaikannya. Vitamin E Shaklee mahal la dan pada saya semua vitamin E sama sahaja"  ...ini adalah antara jawapan ringkas salah seorang customer saya baru-baru ini apabila saya mencadangkan mencuba pengambilan Vitamin E Shaklee.


Bila baca tajuk atas entry tersebut pasti pengamal Vitamin E terutama para suami akan jadi gundah gulana memikirkan risiko yang bakal dihadapi. Memang ada kebenaran pada kata-kata itu dan saya tidak menafikannya. Ini kerana ada bermacam jenis vitamin E dalam pasaran.


Melalui bahan bacaan saya dari penulisan Dr Bruce Miller, kita perlu tahu apakah ciri-ciri vitamin  E yang selamat diambil bukan dalam jangka masa pendek tetapi juga dalam jangka panjang.


Saya cuba scan buku yang telah dialih bahasa dalam Bahasa Melayu demi memudahkan pembacaan kalian.





dan PALING PENTING PERLU TAHU KEPENTINGAN LABEL PADA BOTOL


* Sila klik pada gambar untuk besarkan imej.


Vitamin E Shaklee terdiri daripada Vitamin E d-alpha tocopherol concentrate and d-alpha tocopheryl acetate selain lengkap dengan Selenium [as selenium yeast].


Vitamin E sahaja tidak sempurna tanpa selenium. Pengambilan vitamin E perlulah lengkap dengan selenium untuk mendapat kesan pengambilan yang optimum manakala tanpa selenium ia boleh bertindak sebagai toksik dalam jangka panjang kerana ia tidak dapat melaksanakan fungsinya dengan baik.
Sekiranya anda pengamal vitamin E selain jenama Shaklee, pastikan juga anda membeli vitamin selenium supaya vitamin E anda dapat berfungsi dengan lebih baik.
Sama seperti Vitamin A, kita tidak boleh mengambil Vitamin A berlebihan kerana ia boleh mengakibatkan toksik kepada badan melainkan kita mengambil vitamin Pro- Vitamin  A seperti Beta Carotene yang mana ia hanya akan ditukar kepada vitamin A bila diperlukan saja.


Makanlah vitamin E bersumber semulajadi dan ini boleh dilihat pada label botol vitamin anda sama ada ia 'd' atau 'l'.
Bagi yang bertulis pada label dengan 'd' ini bermakna ia adalah sumber asli. Manakala 'l' adalah sumber tiruan atau sumber kimia. Mengapa perlu memilih sumber asli? Supaya lebih mudah diserap oleh badan berbanding sumber tiruan atau sumber kimia kerana jika tidak dapat diserap oleh badan , ini akan menyebabkan toksik kemudan hari dan penyebab kepada wujudnya abnormal sel dalam badan.


Mungkin anda merasakan vitamin E Shaklee mahal berbanding vitamin E di luar sana [ dalam pasaran] tetapi kita perlu tahu nilai yang kita bayar. Vitamin E Shaklee adalah bersumberkan asli dan lengkap dengan selenium.


Adakah kerana hendak jimat hari ini anda menanggung risiko yang besar kemudian hari?  


Renung -renungkan...... 


Jangan lupa cuba belek vitamin E yang ada di rumah anda! 



So, berhati2 ye apabila membeli apa2 vitamin...pastikan anda tahu kandungannya dan kepentingan setiap satunya...Jika ingin mencuba boleh sms ummi di 012-3975808 atau email ummi di nadeeyya_kk@yahoo.com...




Salam sayang dan ukhuwah,
Kak Nadia...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jom friend dgn kami di Facebook!!

Menyokong Penyusuan Susu Ibu

Menyokong Penyusuan Susu Ibu

Terima kasih kerana singgah....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails