Buat putri - putri kesayanganku....

Blog ini adalah khusus mengenai sharing saya dan customer2 saya yang menggunakan produk Shaklee, kisah penyusuan saya sebagai EP MOM selama 2 tahun setengah, semua memori hidupku,semua kegembiraanku, kedukaanku,obsess ku dalam menghayati erti penyusuan,kebanggaan ku mengenai anak2 ku tersayang (Syasya Dan Qistyna) dan buat semua insan-insan di luar sana yang ingin berkongsi pengalamanku...Semoga setitik dakwat mampu membuat sejuta manusia berfikir tentangnya...


Sahabat2 kesayangan ummi

Doa (Ya Allah...Kabulkan Doa Kami)..

Bismillahirahmanirrahim...Ya Rahman Ya Rahim Ya Allah..Kurniakan rahmat dan kasih sayangMu ke atas kami..Berikan faedah dan kebaikan ke atas semua sahabat yang mengunjungi blog ini, kuatkan ikatan persahabatan dan ukhuwah kami dalam keberkatan Mu, murahkan rezeki kami, permudahkan lah semua urusan kami, kabulkan lah semua permohonan kami, panjangkan usia kami agar kami dapat beribadat kepada Mu dan hidupkanlah dan matikan lah kami dalam cahaya keimanan dan keredhaan Mu...amin...ya rabbalalamin...

Montage Group Intifada

Isnin, 31 Mei 2010

Expressing Pumping...

Salam...sekali lagi hari ini ummi nak share tentang aktiviti ummi dalam penyusuan...ummi memang sangat2 eager dalam menyusukan anak dengan susu sendiri...ok biarlah ummi share dari awal...

Ummi mendapat kesedaran tentang breastfeeding semasa kelahiran anak sulung ummi lagi iaitu Nursyasya Shahidah(Syasya)...tetapi sayangnya ummi kekurangan ilmu...tak tau ummi nak tuju ke mana dan nak tanya siapa...dan semasa kelahiran putri kedua ummi iaitu Nursyaheera Qistyna(Adik) ummi di takdirkan terjumpa laman susuibu.com...dari situ ummi menimba ilmu dan alhamdulillah adik masih menyusu sepenuhnya walaupun dah berusia 7 bulan...

Cuma masalah ummi tidak berjaya menyusukan secara direct...kecewa???memang tapi niat ummi ingin memastikan adik mendapat hanya yang terbaik dari ummi...so, bermulalah aktiviti mengepam ummi...

Setiap hari, ummi mengepam setiap 4 jam kerana susu fresh yg di pam hanya bertahan selama 4 jam sahaja dlm suhu Malaysia...dan alhamdulillah berkat niat yang kuat,doa yang tak putus2 dan galakan dari kawan2 serta moral support dari suami ummi sendiri membuatkan ummi jadi seorang pengepam tegar...dan setiap session pumping berjaya menghasilkan 8-10 oz susu...alhamdulillah...

Penat???memang penat sangat...kena bangun awal,kena bengkak susu bila ummi dalam court lama sangat(kes banyak sangat) dan takde sokongan dr org sekeliling...tapi ummi sentiasa positifkan minda...

Setiap hari di tempat kerja ummi akan pam pukul 10.00 pg(8 oz), 2.00 petang(8 oz)...so,the total is 16oz...so, ptg pkl 6.00 ummi akan pam lagi(8 oz) dan terus bg adik minum yg fresh...kadang2 habis kadang2 tak...so, pkl 10.00 mlm,biasanya adik dah tido...ummi akan pam lg(8 oz) dan asingkan untuk adik minum sekitar 4 oz dan simpan untuk stok 4 oz lg...adik bnyk tido dr minum waktu malam...pukul 2.00 pagi(cabaran plg besar sbb nak bangun masa semua org tido nyenyak), ummi pam lagi dpt 8 oz...sama seperti td ummi asingkan 4 oz untuk stok dan 4 oz kalau2 adik nak susu...so, besok paginya 6 pagi ummi akan pam 8 oz untuk standby bg abah(suami ummi) masa jaga adik dan syasya sebelum hantar ke nursery pada pukul 10.00 pagi...dan ummi akan bekalkan adik susu sebanyak 8oz(10pg)+8oz(2 ptg) +4oz(10 mlm) + 4oz(2 pg)...so totalnya 24oz sehari...sangat2 mencukupi kadang2 berlebih sbb adik dah start makan since 6 bulan hr tu...syukur...

Mengenai pump pula...setakat ni ummi dah guna 2 pureen baterry(dah ko dua2-battery tak tahan sebab guna di tahap melampau) dan sekarang ummi bergantung sepenuhnya pada spectra3...sangat best dan boleh buat double pumping...

Mcmana ummi boleh maintance susu ummi supaya kekal???so, ummi rasa nanti la ummi sambung dlm post akan datang...ummi akan cerita tentang produk SHAKLEE yang ummi makan ok...sampai jumpa lagi...

Salam Ukhuwah,
Ummi Syasya Dan Qistyna

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jom friend dgn kami di Facebook!!

Menyokong Penyusuan Susu Ibu

Menyokong Penyusuan Susu Ibu

Terima kasih kerana singgah....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails