Buat putri - putri kesayanganku....

Blog ini adalah khusus mengenai sharing saya dan customer2 saya yang menggunakan produk Shaklee, kisah penyusuan saya sebagai EP MOM selama 2 tahun setengah, semua memori hidupku,semua kegembiraanku, kedukaanku,obsess ku dalam menghayati erti penyusuan,kebanggaan ku mengenai anak2 ku tersayang (Syasya Dan Qistyna) dan buat semua insan-insan di luar sana yang ingin berkongsi pengalamanku...Semoga setitik dakwat mampu membuat sejuta manusia berfikir tentangnya...


Sahabat2 kesayangan ummi

Doa (Ya Allah...Kabulkan Doa Kami)..

Bismillahirahmanirrahim...Ya Rahman Ya Rahim Ya Allah..Kurniakan rahmat dan kasih sayangMu ke atas kami..Berikan faedah dan kebaikan ke atas semua sahabat yang mengunjungi blog ini, kuatkan ikatan persahabatan dan ukhuwah kami dalam keberkatan Mu, murahkan rezeki kami, permudahkan lah semua urusan kami, kabulkan lah semua permohonan kami, panjangkan usia kami agar kami dapat beribadat kepada Mu dan hidupkanlah dan matikan lah kami dalam cahaya keimanan dan keredhaan Mu...amin...ya rabbalalamin...

Montage Group Intifada

Khamis, 24 Jun 2010

Untuk orang mengandung takde ke???

Salam...hari ni kebetulan ummi ada sedikit masa memandang banyak kerja2 ummi yang telah selesai ummi bereskan...syukur alhamdulillah...ummi dapat berkongsi lagi dengan kalian...

Entry kali ini ummi tuliskan kerana baru sahaja ummi menerima panggilan telefon dari salah seorang sahabat ummi yang juga silent reader blog ummi (malu la tu nak jadi follower)...sahabat ummi ni sedang mengandung anak sulung setelah beberapa kali gugur (sebab gugur dia tak pasti sbb doktor tak terangkan secara jelas)...so, sahabat ummi ini sangat2 sayangkan kandungannya pada kali ini dan berharap sangat anak yang di kandungnya dapat di lahirkan dengan sempurna dan selamat...so, pertanyaan sahabat ummi ini "Aku baca blog hang ni semuanya tentang org menyusukan jeee...takde ke untuk vitamin org mengandung???" Tersenyum ummi mendengar soalannya tu...betul jugakkan...asyik citer ttg susu ibu je...orang ngandung mcmana pulak...

So, bagi ibu mengandung..terutamanya ibu yang mempunyai masalah sebelum ini seperti cyst, gugur berulang kali dsbnya...ummi syorkan beberapa vitamin yg sesuai di ambil semasa hamil antaranya :-

1.Protien (Energizing Soy Protien)

Ianya sangat penting untuk membina dan memperbaharui sel2 tisu, hormon dan enzim di dalam tubuh. Sangat diperlukan oleh wanita yang mengandung dan menyusukan anak. Penting untuk pembentukan kuku, rambut dan kulit. Protien yang berkualiti sangat membantu pertumbuhan yang baik. Ianya juga dikatakan kunci untuk melawan penyakit.

2. B Complex

Terdiri daripada lapan vit B beserta Folic Acid dan Biotin. Perlu bagi urat saraf dan sangat penting bagi ibu hamil.

3. Vitamin C

Melindungi sel , penting dalam pembinaan kolagen dalam membina dan menguatkan sel2 tisu dalam badan dan juga sangat penting untuk gusi dan gigi yang sihat. Ianya juga membantu dalam penghadaman zat besi di samping Vitamin C meningkatkan taraf sistem pertahanan tubuh.

4. Multivitamin ( Vitalea)

Mengandungi 12 vitamin dan 7 galian. Tidak mengandungi pewarna dan ianya adalah produk pertama yang ditemui oleh founder Shaklee.

5. Omega 3 ( Omega Guard) - di syorkan pada trimester kedua

Ianya sangat penting dalam membantu pembentukan otak bayi dari petingkat awal pembentukan. Mengandungi DHA yang sangat penting untuk otak.

6. Kalsium ( Ostematrix)

Kalsium sangat penting untuk pembinaan sel dan pembentukan tulang bayi. Tidak mengandungi lemak berbanding bagi ibu yang hanya bergantung dengan produk tenusu. Kalsium penting untuk darah membeku dengan sempurna. Membaiki ransangan urat saraf, mengelakkan kekejangan otot terutama bagi ibu mengandung serta kalsium juga penting untuk menstabilkan denyutan jantung dan tekanan darah tinggi.


So, jika ummi di tanya mengapa kita masih perlukan vitamin shaklee walaupun boleh dapat vitamin free dr hosp kerajaan...jwpn ummi itu semua terpulang pada diri masing2...samalah juga pilihan samada nak bersalin di swasta atau kerajaan...so, tiada salahnya jika ingin mengambil vitamin secara percuma dr klinik kerajaan...cuma jika kita mampu apa salahnya kita berikan hak kita itu kepada yang benar2 kurang berkemampuan...

Buat akhirnya,ummi catatkan kata2 yang kerap ayah ummi katakan pada ummi "kerja teruk2,gaji besar tapi bila nak beli ubat(ayah ummi suka sebut vitamin tu ubat)..berkira...nak,kesihatan boleh di beli ke dengan wang ringgit???Beli kereta besar, beg tangan mahal mampu tapi untuk kesihatan tiba2 tak mampu..."...selalunya ummi hanya mampu tersengih bila ayah ummi dah keluar kata2 mcm ni...dan syukur la ummi telah di ketemukan dengan vitamin yang benar2 sesuai dengan diri ummi...dan insya allah ummi akan terus mengamalkannya demi untuk KESIHATAN YANG TAK BOLEH DI BELI KEMBALI...

Salam sayang dan ukhuwah,
Kak Nadia...

3 ulasan:

  1. kak nadia...skrg ni imah doktor hanya nasihatkan amik dupashton dan folic asid sahaja..
    agak2 kalo imah amik yg no 1 tu ok x???

    BalasPadam
  2. Imah,insya allah boleh...kerana energizing protein soya sangat bagus bukan shj untuk org yg menyusukan anak tetapi juga untuk wanita yang hamill...nanti esok kak nadia tulis lagi fakta mengenai esp untuk imah lbh faham ye dik...walaupun harganya agak mahal tetapi ianya boleh consume sehingga 2 atau 2 setengah bulan...harga ahli rm 121.00 (tidak termasuk kos pos RM 10.00)...

    BalasPadam
  3. Berikut adalah fakta2 ttg esp atau protein:-
    High quality protien contains the nine essential amino acids in balanced amounts. Low quality protien does not contain these nine essential amino acids in proper amounts. If one essentials acid is missing, the protien is incomplete and it cannot be utilized effectively (by itself) in the body.

    A complete low fat protien supplement can provide you with all the nine amino acids in proper balance.At the same time as you reduce the cholesterol and saturated fat in your diet, you can ensure an optimal intake of high quality protien.

    Selain itu tertulis dalam buku tersebut, ahli sains mendapati kekurangan protien yang berpanjangan boleh menjurus kepada beberapa penyakit seperti anemia, kidney disease, liver disease, high cholesterol, low blood preassure, low blood sugar, nerve instability, peptic ulcers, poor wound healing, lack of resistance to infection, poor circulation, poor vision, irritability,fatigue, weakness and water retention. A child who consumes too little protien over a prolonged period of time can even suffer mental retardation.

    Sebab itu disyorkan ibu-ibu yang mengandung mahupun menyusukan anak mengambil ESP jika mempunyai kemampuan sebagai makanan tambahan harian kita agar tubuh kita tidak membesar seiring dengan pembesaran anak . Ini kerana ramai teman akak yang menyusukan anak mereka akan kelihatan sedikit berisi berbanding sebelum melahirkan anak atas alasan mereka perlu makan lebih banyak agar lebih banyak susu diperolehi.

    Protien Shaklee adalah non GMO soy : soya Shaklee adalah soya yang dicuci dengan air, bukan dicuci dengan alkohol dan punya banyak khasiatnya.

    BalasPadam

Jom friend dgn kami di Facebook!!

Menyokong Penyusuan Susu Ibu

Menyokong Penyusuan Susu Ibu

Terima kasih kerana singgah....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails