Buat putri - putri kesayanganku....

Blog ini adalah khusus mengenai sharing saya dan customer2 saya yang menggunakan produk Shaklee, kisah penyusuan saya sebagai EP MOM selama 2 tahun setengah, semua memori hidupku,semua kegembiraanku, kedukaanku,obsess ku dalam menghayati erti penyusuan,kebanggaan ku mengenai anak2 ku tersayang (Syasya Dan Qistyna) dan buat semua insan-insan di luar sana yang ingin berkongsi pengalamanku...Semoga setitik dakwat mampu membuat sejuta manusia berfikir tentangnya...


Sahabat2 kesayangan ummi

Doa (Ya Allah...Kabulkan Doa Kami)..

Bismillahirahmanirrahim...Ya Rahman Ya Rahim Ya Allah..Kurniakan rahmat dan kasih sayangMu ke atas kami..Berikan faedah dan kebaikan ke atas semua sahabat yang mengunjungi blog ini, kuatkan ikatan persahabatan dan ukhuwah kami dalam keberkatan Mu, murahkan rezeki kami, permudahkan lah semua urusan kami, kabulkan lah semua permohonan kami, panjangkan usia kami agar kami dapat beribadat kepada Mu dan hidupkanlah dan matikan lah kami dalam cahaya keimanan dan keredhaan Mu...amin...ya rabbalalamin...

Montage Group Intifada

Khamis, 16 September 2010

Sampai bila???

Salam...syukur alhamdulillah akhirnya ummi dapat menulis semula di blog kesayangan ummi ni...kerana bg ummi segala apa yg ummi tulis, kongsikan dan luahkan sedikit sebanyak dpt mereleasekan tension ummi dan insya allah sekiranya terdapat coretan2 ummi yang dpt membantu kalian sedikit sebanyak yang memerlukan....maaf sekali lg kerana sudah agak lama blog ini ummi biarkan 'berhabuk' berikutan ummi terlupa membawa laptop ummi ke kg...maklum dengan 2 anak kecil yg baju mereka sahaja sudah memenuhi bonet kereta ummi, hehehe...(termasuk baju ummi dan abah sekali)...dan di tambah dengan excited nak berjumpa adik beradik yg jauh di mata dan ayahanda yang jauh di melaka, membuatkan ummi seakan tak sabar nak terbang ke melaka...


Oh ya...terima kasih atas segala email yg telah di layangkan kepada ummi...maaf kerana ummi lambat membalas...terima kasih juga atas layangan kad hari raya menerusi email (ummi tak pandai la nak buat kad) dan mudah2an syawal ini dapat mempereratkan lagi hubungan kita...dan tidak lupa...TERIMA KASIH TIDAK TERHINGGA BUAT ADIK UMMI NUN JAUH DI KELANTAN, NANA...atas kiriman tudung raya buat ummi dan anak2...sungguh ummi sangat2 terharu apabila ada insan yg hanya ummi kenali di alam maya tetapi begitu bermurah hati menghadiahkan sesuatu 'sebagai tanda ukhuwah dan persahabatan' antara kita...ummi doakan semoga nana dikurniakan kemurahan rezeki, hasil yg berterusan baik dr pengamalan supplement shaklee (nana pengguna ESP dan trial pack set b- ummi ada tuliskan testimonial nana dahulu)...dan kebahagiaan dlm kehidupan...aminnn...terima kasih,dik kerana menceriakan syawal ini buat ummi dan anak2...


Berbalik pada entry yg ummi ingin tuliskan pada hari ini...actually ummi baru sahaja menerima satu email dr sahabat lama ummi wish happy aidilfitri buat ummi, langsung ummi contact sahabat ummi...lama tak dengar berita...dan seperti biasa ummi selitkan sedikit kebaikan shaklee dan pengamalan ummi dan keluarga atas produk ini...so, inilah soalan yg sahabat ummi tanyakan pada ummi..."SAMPAI BILA KO NAK MAKAN SUPPLEMENT NI???HANYA SEHINGGA HABIS ANAK BREASTFEEDING JE KE???"...ahaaa...soalan cepu mas kan...so, ummi tanyakan semula pada sahabat ummi ini " KALAU KITA SOLAT, ADAKAH APA YG KITA MINTA ITU BERTERUSAN ATAU SEKALI ITU SAHAJA???DAN APAKAH ANTARA DOA YG SERING KITA MOHON???". Terdiam sejenak sahabat ummi dan jawapannya " Of Course la berterusan sbb kita solat kan 5 waktu sehari dan tentulah kita mohon sentiasa sbb doakan 'usaha dan ikhitiar' kita dalam memohon pada allah dan tentulah dlm doa kita mohon keampunan, jalan yg lurus, kesihatan yg berpanjangan dan macam2 lagi..."...haaaa..kann...sbb tu juga lah jawapan ummi secara tak langsung dr soalan sahabat ummi tu...


Sampai Bila????So, insya allah jawapan ummi sehingga akhir hayat dan selagi ummi dan abah dikurniakan rezeki yang mencukupi untuk membeli secara berterusan semua supplement2 yg kami sekeluarga amalkan selama ini...So, sahabat ummi bertanya lagi pada ummi...Mengapa begitu penting sekali supplement bg diri ummi dan keluarga???


Jawapan ummi ialah :-
1) Berdoa sahaja tanpa berusaha ibarat " Sepohon pokok yang lebat daunnya tetapi tidak berbuah"

2) Adanya isitilah atau pepatah yg berbunyi " Mencegah itu lebih baik drpd mengubati".

3) Pengalaman ummi menjaga arwah mak ummi yg terpaksa consume ubat hospital untuk 'MENAHAN PENYAKITNYA SUPAYA TIDAK MEREBAK DENGAN CEPAT' dan bukannya untuk mengubati...

4) Cuba bersifat 'TIDAK ANGKUH DAN EGOIS'


Ok...biarlah ummi terangkan satu persatu jawapan2 ummi di atas ye...

1) BERDOA SAHAJA TANPA BERUSAHA IBARAT ' SEPOHON POKOK YANG LEBAT DAUNNYA TETAPI TIDAK BERBUAH'...


Berdoa???Ummi percaya dan yakin setiap dr kita selepas solat pasti akan berdoa ke hadrat ilahi antaranya memohon di kurniakan kesihatan yg baik...ok...ummi ambil contoh ye...mana lebih baik antara peminta sedekah dengan orang yg bekerja untuk mendapatkan sesuap nasi...lihat ye...peminta sedekah (bukan ummi pandang rendah ye dan except mereka yg benar2 tidak mampu bekerja sprt cacat dsbnya) yang sihat tubuh badannya dan mampu bekerja tetapi oleh kerana malas, hanya meminta2 ihsan dan belas kasihan dr orang ramai....ummi tidak nafikan mereka juga akan memperolehi wang hasil sedekah org ramai...lihat pula org yg bekerja seperti kita...setiap bulan sudah pasti kita akan di bayar gaji dan elaun2 tambahan dan adakalanya bonus oleh majikan kita...dan ini adalah hasil 'USAHA KITA SEHARI2'kan????


Begitulah juga dengan allah...jika kita hanya berdoa semata2 tanpa berusaha samalah kita seperti peminta sedekah tadi...allah maybe mengabulkan permohonan kita tetapi itu pun atas 'IHSAN DAN BELAS KASIHAN' serta sifat allah Yang Maha Pengasih Dan Penyayang...sedangkan jika kita berusaha (doa + ambil pemakanan tambahan seperti supplement)...insya allah samalah kita dengan orang yg bekerja...maksudnya allah telah mengurniakan kita kesihatan dan KITA MENGHARGAINYA dengan menjaganya sebaik2nya (melainkan tuhan memang tlh takdirkan sebaliknya)...dan bagaimanakah kita menghargai setiap ANUGERAH DAN PEMBERIAN TUHAN ITU???Hmmm...ummi rasa kalian lbh tau jawapannya....

2) ADANYA ISTILAH ATAU PEPATAH YANG BEBUNYI " MENCEGAH ITU LEBIH BAIK DARIPADA MENGUBATI".


Ummi rasa istilah ini sudah sering kita dengar...dengar sahaja tanpa ada sebarang kesan pun pada kita kan...sbb apa???kerana lumrah manusia hanya TERSEDAR DAN TAKE ACTION apabila keadaan sudah menjadi gawat atau parah...Ummi teringat baru2 ini ummi terserempak dengan satu perempuan cina yg telah tua semasa ummi membeli shaklee di cawangan shaklee...sempat juga ummi bersembang dengan 'nenek' ini...hampir terbeliak mata ummi melihat banyaknya supplement yg diambil dan dibelinya...umur nenek ini kalau tak salah ummi lingkungan 80 an tetapi ummi perhatikan masih kuat...ummi tegur nenek ini "Auntie..banyaknya beli supplement"...nenek tu jawap "Iya lah, ini untuk satu famili punya"..."kenapa banyak sgt auntie???"..."Ini supplement manyak baguss...famili auntie sukaaa...buat apa ada duit banyak tp sakitt, duduk hospital lama2, susahkan anak dengan cucu...betul ka miss???"...mak aihhh...jawapan....terangguk2 kepala ummi...Tengokkk...ummi memang perasan chinese jarang berkira ttg wang asalkan kesihatan mereka terjamin tetapi bagaimana orang melayu kita...kebanyakan kita lebih suka memilih "MENGUBATI ITU LEBIH BAIK DARIPADA MENCEGAH"...betul tak???dan hasilnya...di wad2 hospital lbh 70-80 peratus adalah terdiri drpd bangsa kita MELAYU...kenapa???kerana kita sering mengambil mudah dan menunggu sehingga 'SAKIT ATAU PARAH' barulah kita ingin bertindak dan kebiasaannya usaha terakhir itu berakhir dengan kesedihan....nauzubillah...so, mana yg kalian pilih???MENCEGAH ATAU MENGUBATI???Pilihan di tangan kalian...
 
3) Pengalaman ummi menjaga arwah mak ummi yg terpaksa consume ubat hospital untuk 'MENAHAN PENYAKITNYA SUPAYA TIDAK MEREBAK DENGAN CEPAT' dan bukannya untuk mengubati...
 
Hmmm...ummi kalau bercerita tentang arwah mak ummi, memang ummi sedih dan menyesal yang amat...5-6 tahun hidup mak ummi dalam wad...keluar masuk...dan alhamdulillah ummi sempat turut menjaga mak ummi di wad...dulu hidup ummi pg bertolak dr hospital slps mandikan atau lapkan badan mak ummi ke tempat kerja...make sure lampin yg mak ummi pakai tlh di tukar dan ptg lps balik kerja ummi menemani mak ummi di wad...bercerita, memberikan semangat dan cuba menghilangkan kebosanannya..
 
Penyakit mak ummi banyak...asalnya bermula dengan hanya kencing manis...dan kemudian mak ummi telah menjalani satu operation untuk memasukkan besi di tulang kaki kerana mak ummi menghidapi sakit osteoporosis, kemudian sekali lg operation bagi membuang batu dlm hempedu, yang terakhir buah pinggang gagal berfungsi dan mak ummi meninggal sbb stroke...kenapa???Mak ummi langsung tidak pernah amalkan sebarang supplement (maybe kami yg salah sbb tak sedar kepentingan supplement)...mak ummi tak suka minum susu dan memang alergik bila di ajak ke doktor...tetapi apabila sudah teruk dan parah, setiap hari mak ummi terpaksa telan berbiji2 UBAT PENAHAN SAKIT dan akhirnya ubat2 tersebut telah menyebabkan buah pinggang mak ummi gagal berfungsi...sedihnya ummi masa tu hanya tuhan sahaja yg tahu...duitt???toksah cakap la...berpuluh ribu di habiskan semata2 untuk membaikkan segala penyakit tersebut tetapi...tuhan lbh sayangkannya...
 
Dan ummi sempat bersembang dengan doktor yg merawat mak ummi tu...selalu soalan yg keluar dr mulut ummi "Doc, boleh baik ke sakit mak saya???"...Dan doktor kata "Kita Cuba...Saya akan tinggi dos ubat mak cik...tetapi ubat ni KESAN DIA KUAT SIKIT TAPI CEPAT LA TINDAK BALASNYA...Alangkah bodohnya ummi ketika itu...bagi ummi yang penting adalah mak ummi cepat sembuh tetapi rupanya dengan pertambahan dos ubat2an side effectnya adalah buah pingggang...masya allah..kalaulah ummi tahu...ummi tak dpt bayangkan bagaimana la agaknya ubat2an yang setiap hari ummi suapkan ke mulut mak ummi BERTINDAK GANAS dalam badan mak ummi tanpa ummi sedari...maafkan anakmu ini mak...memang benar lah...beza supplement dengan ubat...SUPPLEMENT bertindak lembut dengan badan untuk merangsang sistem imunisasi kita bertindak balas bg melawan penyakit tetapi UBAT bertindak secara agresif dalam badan bagi menghasilkan kesan serta merta dan adakalanya turut menghasilkan side effect bg jangka masa panjang...kerana itu, kini ummi maintain belikan ayah ummi (usia ayah ummi 70 an) SET A (Kesihatan Optimum) kerana ummi enggan mengulangi kembali sejarah silam arwah mak ummi...al fatihah untuk arwah mak....so, pilihan di tangan anda???Tanyakan sendiri pada diri...Anda inginkan bagaimana untuk memastikan kesihatan anda dan famili maintain???Tunggu Sehingga Parah atau?????Tepuk dada tanya diri sendiri....
 
4) Cuba bersifat 'TIDAK ANGKUH DAN EGOIS'  
Angkuh???Egois???Adakah kita tergolong dalam golongan ini???Dahulu ummi antara yg termasuk golongan ini...Mengapa???Alangkah Angkuh dan Egoisnya ummi dahulu apabila ada sahabat2 ummi yg bercerita ttg supplement..."Buat apa sibuk2 nak makan supplement...Mahal....Lagipun aku tak sakit...Aku kan keje goverment...masuk spital free of charge...kelas satu lagi...tambahan pula aku ada insurans...rasa nak mewah sikit claim je insurans...boleh duduk hospital yg kelas sikit....Angkuhnya kan....itulah mentaliti manusia zaman sekarang...kerja teruk2 sebab nak beli rumah besar, kereta besar, belanja mewah...tapi kesihatan???no 2...bergunakah rumah besar, kereta besar, kehidupan mewah itu sekiranya kita terlantar di hospital???Dan kerana asalnya kedekut untuk membeli supplement yg di katakan mahal itu, terpaksa pula mengeluarkan duit yg banyak apabila sakit telah parah yang pastinya jumlahnya LEBIH MAHAL drpd jika di bandingkan membeli supplement tersebut setiap bulan...alangkah ruginya kita jika memilih untuk terus bersikap sedemikian hanya kerana SIFAT ANGKUH DAN EGOIS kita itu...
 
Dan buat diri ummi, kerana itu ummi cuba tolak ketepi sifat tersebut dan mengenepikan sedikit wang setiap bulan untuk famili dan diri ummi sendiri untuk consume supplement setiap bulan...kerana famili ummi adalah antara insan2 kesayangan ummi yg paling berharga di muka bumi ini...dan selagi mampu berusaha di samping doa, ummi enggan untuk sejarah atau pengalaman pahit arwah mak ummi berulang kembali dalam famili ummi...
 
So, bagaimana dengan kalian???Soalan2 ini harus kalian sendiri yang menjawabnya kerana bagi diri ummi, ummi telah memilih yang terbaik buat ummi dan keluarga kesayangan ummi...pilihan di tangan kalian....tepuk dada tanyakan kehendak sendiri...
 
Salam sayang dan ukhuwah,
Kak Nadia...
7 Syawal..

2 ulasan:

Jom friend dgn kami di Facebook!!

Menyokong Penyusuan Susu Ibu

Menyokong Penyusuan Susu Ibu

Terima kasih kerana singgah....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails