Buat putri - putri kesayanganku....

Blog ini adalah khusus mengenai sharing saya dan customer2 saya yang menggunakan produk Shaklee, kisah penyusuan saya sebagai EP MOM selama 2 tahun setengah, semua memori hidupku,semua kegembiraanku, kedukaanku,obsess ku dalam menghayati erti penyusuan,kebanggaan ku mengenai anak2 ku tersayang (Syasya Dan Qistyna) dan buat semua insan-insan di luar sana yang ingin berkongsi pengalamanku...Semoga setitik dakwat mampu membuat sejuta manusia berfikir tentangnya...


Sahabat2 kesayangan ummi

Doa (Ya Allah...Kabulkan Doa Kami)..

Bismillahirahmanirrahim...Ya Rahman Ya Rahim Ya Allah..Kurniakan rahmat dan kasih sayangMu ke atas kami..Berikan faedah dan kebaikan ke atas semua sahabat yang mengunjungi blog ini, kuatkan ikatan persahabatan dan ukhuwah kami dalam keberkatan Mu, murahkan rezeki kami, permudahkan lah semua urusan kami, kabulkan lah semua permohonan kami, panjangkan usia kami agar kami dapat beribadat kepada Mu dan hidupkanlah dan matikan lah kami dalam cahaya keimanan dan keredhaan Mu...amin...ya rabbalalamin...

Montage Group Intifada

Khamis, 2 September 2010

Lagi Testimoni yg menggembirakan...

Salam...23 Ramadhan...hari ini, ummi menerima satu email dr adik ummi yang mesra ummi panggil dengan panggilan nani...actually nani menggunakan set b + esp + performance drink dr semasa dlm pantang lagi dan nani baru sahaja memulakan semula kerjayanya...mempunyai baby boy yang kuat menyusu pada awal sedikit menggusarkan hatinya bimbang sekiranya susunya tidak mencukupi buat anak tersayang...so mari kita ikuti kisah nani yang telah mengamalkan set penuh breastfeeding, ESP dan Performance Drink ini...mudah2an akan menjadi penguat semangat bg semua adik2 diluar sana yg masih menyusukan anak...
-----------------------------------------------------------------------------
Salam

Apa khabar Kak nadia? Selamat berpuasa dan menyambut aidilfitri yang bakal tiba. Dah lama tak beri perkhabaran mengenai bf bg ibu2 yg mengamalkan shaklee.

Alhamdulillah dah hampir 2 bulan nani mengamalkan set B + ESP. Dah masuk tin ke 2 dah ambil ESP. Set B pulak nani dah lama beli yang botol. Stok EBM pun makin bertambah. Tapi utk satu sesi pam tak dapat banyak sangat. Biasanya boleh dapat:

4am - 4 @ 5 oz (double pumping)

6.30am - 4 oz (double pumping)

9.00 am - 4 oz (double pumping)

11.00am - 3 oz (double pumping)

1.00 pm - 2 oz (double pumping)

4.30pm - 4 oz (double pumping)

9.00 pm - 2 oz (tendum pumping)

Purata sehari dapatlah antara 24 oz. Kalau cuti boleh dapat 8 oz je.. tupun dlm 2 @ 3 kali pumping. Ini kira ada pertambahanlah..kalau dulu sebelum guna supliment memang susu sikit sangat. Kenapa nani kalau tendum pumping susu dapat sikit je? Padahal nani guna pam jenis medela swing.

Naqiuddin akan menyusu semasa di nursery dalam 16 - 20 oz sehari. Kalau dah balik memang asyik melekat jelah kerja dia. Kalau cuti dari pg sampai malam. Jaga je nyusu. Masalahnya dia nie kurang tidur siang , so tangki breast nie asyik kosong jelah. Tapi kalau malam kul 12 baru tido dan dia akan menyusu 4/5 jam lepas tu. Tu yg boleh dapat 4/5 oz kalau buat double pumping.

Sekarang nie taklah risau sangat sebab kat ofis tak banyak keje lagi. Lepas raya nanti akan bertambah2 keje dan kelas. Risau pulak takut tak sempat nak pam. Sekarang nie dalam stok EBM beku nani adalah dalam 303 oz hasil kumpul dari bercuti hingga sekarang. Siap beli deep freezer sebab fridge kat rumah satu pintu je.

Apa pendapat kak Nadia, memanglah nani syukur sangat dapat kumpul EBM sebanyak tu..tapi kalau boleh nak juga sekali pumping dapat 8-9 oz macam kak nadia. Tak lah letih nak pam sebab satu sesi pam tu ambil masa sampai 30 - 45 minit.

Dalam bulan ramadhan ni, alhamdulillah rasa tak macam hari tak berpuasa, bertenaga. Performance drink banyak membantu.

Oklah setakat ini dulu. Terima Kasih atas bantuan dan nasihat dari kak Nadia.

Norhanani - Politeknik Seberang Perai
Syukur alhamdulillah...nani sayang..banyaknya susu...cuma tak perasan sbb kekerapan nani mengepam...total perahan susu sehari 24 oz tu sangat lah banyak ye,dik...tak ramai yg dpt pam banyak mcm tu...so, inilah jwpn ummi kepada email nani di atas...
------------------------------------------------------------------------------
w'salam nani..hehehe...kak nadia pun lama kan tak contact nani...hr tu je sebelum puasa ada jumpa kak ti kejap sbb ada kwn dia nak trial pack tu...wahh..tahniah nani...banyak tu stok..kak nadia rasa dulu kak nadia pun tak banyak mcm tu...

Ok...mengenai jumlah pengepaman nani tu...kak nadia rasa memang banyak sgt susu nani ni...actually, nani kena ingat kak nadia kan full pumping takde direct feeding...so, memang badan kak nadia dah serasi dengan pumping that's why penghasilan susu jd banyak mcm tu...dan kak nadia tak pump kerap sgt mcm nani...kak nadia pam 4 jam sekali...so kalau hitung tolak, sebenarnya susu nani lbh banyak dr kak nadia...just imagine ye...2 ke 3 jam nani boleh dpt 4-5 oz...so, maknanya dlm 4 jam tu kalau nani pam memang lebih kurang sama dgn jumlah kak nadia pump sekali...betul tak???hehehe...

Dan, kak nadia rasa bangga sgt sbb susu nani lebih dr keperluan naqiyuddin...sbb nani kata sehari boleh dpt dlm sekitar 24 oz kan...so, naqiuddin cuma needs around 20 oz sehari...memang berlebih kan...tu sbb stok pun banyak...bagusnya stok banyak ni untuk persediaan kalau2 susu drop atas sbab2 yg maybe kita tak sangka...atau kalau pergi kursus dan masa kita tak dpt pam ikut aturan jadual pam kita...

Ok...yang mengenai tandem pumping tu..memang kebiasaannya kurang sedikit berbanding kalau kita pump sahaja sbb satunya penumpuan kita semasa tu lebih tertumpu kpd penysuan anak...dan harus diingat selalu stimulate dr baby much2 better dr pam..that's why pengeluaran susu tu dah banyak di ambil oleh anak...(kak nadia memang jelous betul org yang boleh direct feed ni)...hehehe...

Lps ni...kalau nani bz dan maybe ada antara jadual pengepaman nani yg terganggu, nani boleh ikut saranan kak nadia dlm blog kak nadia bawah tajuk "Mcmana kalau saya terskip jadual mengepam"...pastikan buat power pumping untuk mantainkan semula susu...dan ada antara kwn kak nadia yg bz pernah buat mengepam sambil buat kerja dan masa tgh meeting...maklum sekarangkan zaman teknologi dah canggih...boleh guna free syle lagi..rasa kak nadia kalau tak silap medela ada jual yg untuk free style ni...(aksesori dia)...dan kwn kak nadia ni memang langsung tak terganggu dengan kerja yg bz tu...atau maybe nani banyak kelas kan...jadual rasanya nani yg tentukan kan...so, maybe boleh susun ikut kesesuaian nani...atau mcm kak nadia beritahu td, kalau terskip pun takpe...tp kena ganti dengan power pumping untuk maintain kan semula susu tu...

Ok...kak nadia harap mudah2an penjelasan ni memudahkan nani...dan kalau nani tak clear maybe nani boleh sms kak nadia...nanti kak nadia akan call back..anyway, tahniah, nani...dan kak nadia bangga sbb nani mempunyai keazaman yg kuat untuk memberikan yang terbaik untuk anak nani...dan, kak nadia rasa kali ni nani bertuah krn di kurniakan rezeki naqiuddin susu nani yg banyak (banyak susu ko, dik...jelous akak...hehehe)...so, teruskan k...anything,just call atau sms kak nadia...insya allah kalau kak nadia tak dlm court, kak nadia akan bantu setakat yang kak nadia mampu...dan kalau kak nadia tak angkat sbb kak nadia dlm court, just leave it a message..kak nadia akan call nani later...ok, adik sayanggg...take care, dearr...
-------------------------------------------------------------------------------

So, bestkan...ummi harap mudah2an semua ibu2 di luar sana turut dpt hasil yg sama dengan nani...semoga segala usaha kita dlm menyusukan anak ini akan mendapat keberkatan dan di kurniakan anak yg soleh dan solehah...Aminnn..


Salam sayang dan ukhuwah,
Kak Nadia...
23 Ramadhan..

1 ulasan:

  1. Salam k.nadia, boleh bg email nani ni pd saya? nak tanya mcmana dia buat double pumping pakai medela swing..

    BalasPadam

Jom friend dgn kami di Facebook!!

Menyokong Penyusuan Susu Ibu

Menyokong Penyusuan Susu Ibu

Terima kasih kerana singgah....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails