Buat putri - putri kesayanganku....

Blog ini adalah khusus mengenai sharing saya dan customer2 saya yang menggunakan produk Shaklee, kisah penyusuan saya sebagai EP MOM selama 2 tahun setengah, semua memori hidupku,semua kegembiraanku, kedukaanku,obsess ku dalam menghayati erti penyusuan,kebanggaan ku mengenai anak2 ku tersayang (Syasya Dan Qistyna) dan buat semua insan-insan di luar sana yang ingin berkongsi pengalamanku...Semoga setitik dakwat mampu membuat sejuta manusia berfikir tentangnya...


Sahabat2 kesayangan ummi

Doa (Ya Allah...Kabulkan Doa Kami)..

Bismillahirahmanirrahim...Ya Rahman Ya Rahim Ya Allah..Kurniakan rahmat dan kasih sayangMu ke atas kami..Berikan faedah dan kebaikan ke atas semua sahabat yang mengunjungi blog ini, kuatkan ikatan persahabatan dan ukhuwah kami dalam keberkatan Mu, murahkan rezeki kami, permudahkan lah semua urusan kami, kabulkan lah semua permohonan kami, panjangkan usia kami agar kami dapat beribadat kepada Mu dan hidupkanlah dan matikan lah kami dalam cahaya keimanan dan keredhaan Mu...amin...ya rabbalalamin...

Montage Group Intifada

Ahad, 19 September 2010

Cabaran as breastfeeding mother dan cara mengatasinya...

Salam...hari ini ummi berkesempatan menulis 2 entry sekaligus...so, berikutan ummi banyak menerima email dan sms yg bertanyakan ttg masalah2 yg ummi hadapi dan cara ummi menanganinya...so, let's sharing ye...

Masalah 1

Perkara paling utama yang paling mendatangkan masalah kepada ummi adalah UMMI GAGAL MENYUSUKAN ANAK UMMI SECARA DIRECT FEEDING...ini berikutan ummi menghadapi masalah inverted nipple (puting tenggelam)...

Cara Penyelesaian

Ummi ambil cara ringkas tetapi sangatlah memerlukan ketabahan, kesabaran dan keazaman yang kuat iaitu ummi menjadi FULL PUMPING MOTHER iaitu memberikan susu ibu sepenuhnya hanya melalui kaedah pengepaman tanpa direct feeding...dan untuk menjadi seperti ummi kalian harus ada :-
1) Kesabaran yang tinggi - kerana perlu mengepam setiap 3 atau 4 jam.
2) Azam yang kuat - kerana tanpa azam yang kuat anda pasti cepat give up dan takkan berjaya.
3) Kreatif - kerana ada masanya anda akan menghadapi situasi di mana tiada tempat yg sesuai untuk mengepam (pastikan anda menebalkan muka untuk bertanya atau survey sehingga menjumpai tmpt yg sesuai atau pastikan anda ada car inverter(kalau guna spectra) supaya jika dah takde tmpt mengepam sgt kereta boleh menjadi tmpt mengepam juga)
4) Tenang dan tidak mudah panik- kerana stimulate hanya melalui mesin pengepam so, tenang adalah perkara terpenting supaya berjaya kekalkan kuantiti yg mencukupi buat anak.
Dan banyak lagi...(itu yg penting2 je)

Atau, jika kalian ingin mencuba ( yang ada masalah inverted nipple) :-
a) Sblum bersalin(masa mengandung lagi) cuba latih nipple menggunakan sringe(betul ke eja ni)..ala, yg benda mcm nak cucuk jarum atau bagi anak makan ubat tu...cari yg saiz besar dan potong sedikit di hadapannya...kmdn cuba masukkan nipple di lubang di bahagian dpn tu dan tarik2 sringe tu(ala2 mcm pam jugak la)..dan ada sahabat2 ummi yg berjaya dengan kaedah ini...
b) Maybe kalian boleh cuba gunakan puting tiruan yg di letakkan pada nipple (tapi setengah je yg berjaya kerana kaedah ini bg ummi kurang paktikal)...

Masalah 2

Keluarga/Bos Tmpt Kerja yang tidak menyokong penyusuan susu ibu...Dan kursus yang tidak boleh membawa anak...

Cara Penyelesaian

a) Keluarga - Memang pada mulanya suami ummi sendiri macam meragui kemampuan ummi untuk menyusukan anak ummi lebih2 lagi ummi hanya menyusukan secara pumping..So, ummi KUATKAN AZAM dan BERKWN ATAU BERSAHABAT DENGAN MEREKA YG MENYUSUKAN ANAK ATAU MEREKA YG MENYOKONG BREASTFEEDING...insya allah, semangat kita akan kekal kuat dengan mereka ini...

b) Bos Tempat kerja - Kerana itu ummi perlu pastikan sessi pengepaman ummi di ofis tidak mengambil masa yang lama...that's why ummi memilih untuk menggunakan kaedah double pumping dan ummi biasanya hanya mengambil sekitar 10-15 minit persession dan tidak mengganggu waktu bekerja...

c) Kursus yang tidak boleh membawa anak bersama - So, ummi akan pastikan stok susu ummi cukup untuk bekalan anak ummi sepanjang ummi tiada bersama(kursus biasanya 3-4 hari, paling lama 5 hari) dan untuk memastikan stimulate kekal ada supaya susu tidak drop, ummi atur jadual pumping ummi seperti berikut : 6.30 pagi, 10.30 pagi (selalunya masa ni break), 2.00 petang (sebelum masuk course semula), 6.00 petang (biasanya masa ni rehat sekejap), 10.30 malam (biasanya masa ni course dah habis), 2.30 pagi...dan alhamdulillah, setakat ni ok...

Masalah 3

Nipple luka, melecet dan berdarah serta bengkak susu (masa awal2 dlm pantang)

Cara mengatasi

Nipple luka, melecet dan berdarah masalah biasa bila ummi guna pam yg tak sesuai dulu...stimulate terlalu kuat dan akhirnya melecet dan berdarah..kalau ingat2 balik sakitnya...(dan ummi percaya ramai yg direct feeding juga alami keadaan yg sama)...so, ummi gunakan krim bepanthen atau cocoa butter yg ummi beli di farmasi...ada juga kaedah lain iaitu menyapukan air susu di tempat tersebut sehingga kering (tp ummi tak berkesan kaedah ni)...dan jika anda pengamal supplement ambillah zinc dan vitamin c (insyaallah cepat baik)...

Bengkak susu - seperti mana ummi pernah tulis dlm tajuk petua...ummi gunakan batang daun betik yang di potong kecil2 dan di buat kalung...awasss..jgn gunakan kobis sbb jika digunakan secara berpanjangan akan menyebabkan susu dropp...

Masalah 4

Susu drop expecially masa period!

Cara mengatasi

Ummi akan pastikan :-
a) Buat Power Pumping 3 Hari berturut2 - 10 minit berselang selama satu jam..
b) Kalau period ummi makan ostematrix @ kalsium magnesium 4 biji sehari (hari biasa 2 biji - nota: ibu hamil dan menyusukan anak perlukan kalsium tambahan kerana kalsium akan di salurkan kepada anak yg di dalam perut dan juga anak yang menyusu dengan kita)
c) Take Energizing Soy Protein (ESP) kerap.
d) Minum air masak sebanyak2nya ( kadang2 5 liter pun boleh)...hambikk...hhehehe...
e) Ambil B Compleks 2 biji (sbb kalau susu drop tension)

Masalah 5

Tohmahan atau kata2 pembunuh semangat dari orang sekeliling...

Cara mengatasi

Aha...ini sebenarnya cabaran dan penyumbang terbesar yang menyebabkan ramai ibu2 yang GAGAL menyusukan anak sehingga 2 tahun penuh...so, caranya :-
a) Apa2 yang orang kata jgn terus terima, kaji dan pastikan dahulu kebenarannya sbb banyak yg mitos dari yg benar...Contoh..ibu yg mengepam sahaja tanpa direct feeding akan cepat kering susu...Sekarang ummi sedang buktikan dan alhamdulillah susu ummi masih kekal mencukupi buat anak tersayang..malahan ada yang telah pun membuktikan bahawa kata2 ini salah dan berjaya menyusukan anak melalui kaedah ini lebih 2 tahun.
b) Bila ada kata2 yg melemahkan semangat, pls dapatkan semula semangat dr sahabat2 yg turut menyusukan anak atau mereka yang menyokong breastfeeding...
c) Dan sekiranya orang yang paling dekat dengan kalian yg melemahkan semangat kalian, just lemparkan senyuman dan kuatkan keazaman di dalam hati bahawa ini cabaran yang kita mesti hadapi...
d) Kata2 susu tak cukup- adanya supplement yang boleh membantu seperti ESP terutamanya dan teruskan dengan berdoa dan memohon kepada allah.
e) Paling akhir kalau ada org yang melemahkan semangat kita just katakan bahawa 'saya sedang cuba memberikan yang terbaik buat anak saya dan allah telah mengurniakan sesuatu yang terbaik buat anak saya YANG TIDAK BOLEH DI BELI DI MANA2 PUN'...

So, ummi rasa cukup la dulu yang ummi list kan ini..kalau ada lagi yang ummi nak tambah, ummi akan tuliskan kemudian...mudah2an akan mendapat manfaat dan kebaikan...

Salam sayang dan ukhuwah,
Kak Nadia...
10 Syawal..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jom friend dgn kami di Facebook!!

Menyokong Penyusuan Susu Ibu

Menyokong Penyusuan Susu Ibu

Terima kasih kerana singgah....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails