Buat putri - putri kesayanganku....

Blog ini adalah khusus mengenai sharing saya dan customer2 saya yang menggunakan produk Shaklee, kisah penyusuan saya sebagai EP MOM selama 2 tahun setengah, semua memori hidupku,semua kegembiraanku, kedukaanku,obsess ku dalam menghayati erti penyusuan,kebanggaan ku mengenai anak2 ku tersayang (Syasya Dan Qistyna) dan buat semua insan-insan di luar sana yang ingin berkongsi pengalamanku...Semoga setitik dakwat mampu membuat sejuta manusia berfikir tentangnya...


Sahabat2 kesayangan ummi

Doa (Ya Allah...Kabulkan Doa Kami)..

Bismillahirahmanirrahim...Ya Rahman Ya Rahim Ya Allah..Kurniakan rahmat dan kasih sayangMu ke atas kami..Berikan faedah dan kebaikan ke atas semua sahabat yang mengunjungi blog ini, kuatkan ikatan persahabatan dan ukhuwah kami dalam keberkatan Mu, murahkan rezeki kami, permudahkan lah semua urusan kami, kabulkan lah semua permohonan kami, panjangkan usia kami agar kami dapat beribadat kepada Mu dan hidupkanlah dan matikan lah kami dalam cahaya keimanan dan keredhaan Mu...amin...ya rabbalalamin...

Montage Group Intifada

Selasa, 3 Disember 2013

HOTTTT!!!!SET BERSALIN SHAKLEE KINI MEMPUNYAI PERMINTAAN TERTINGGI~~

Salam sayang semua...Ewah ewah...hari ni rajin pulak nak share...sbb baru sekejap seorang sahabat ummi membeli set bersalin shaklee  untuk persediaan bersalinnya tak lama lagi...so, apa kebaikannya set ni ek...jom baca....

Untuk pengetahuan kalian...Set Bersalin shaklee terdiri daripada 4 jenis vitamin utama iaitu :-


1) Vitalea @ Multivitamin -
2) Vitamin C
3) B Compleks
4) Zinc


Kenapa agaknya ke empat2 vitamin ini ada dalam set bersalin...amat2 lah berlainan dengan set2 bersalin yang lain...sejujurnya semasa ummi mengandungkan Qistyna, ummi belum bertemu dengan Shaklee (for sure kalau ummi dah kenal shaklee, memang ummi beli awal2 lagi)...


So, selepas melahirkan Qistyna...ummi beli satu set bersalin (jenama apa tak yah bgtau la ye) berbentuk jamu @ herba seperti kebanyakan set2 bersalin di pasaran hari ini...harganya sekitar RM 300++...mahal???memang ya sbb ummi terpengaruh dengan konon2nya ubat yg bagus mesti lah mahal...


Untuk pengetahuan semua, bagi kedua2 kelahiran anak ummi, ummi terpaksa melalui c zer...dan bagi czer kali yg kedua...bg ummi sakitnya lbh lagi...so, balik dr hospital (selepas 3 hari di hospital) ummi balik ke rumah untuk berpantang...kali ini ummi berpantang sendirian sbb mak mertua ummi ngasuh anak2 buah ummi (tak dpt nak jaga ummi)...tp takpe, rumahnya sekitar 15 minit je dr rumah ummi...apa yg menyedihkan, anak ummi kena tahan wad sbb kuning (jaundis)...so, balik ke rumah ummi dibekalkan dengan beberapa jenis ubat oleh doktor...antaranya yang masih ummi ingat, vitamin c (kata doktor vitamin c supaya luka2 cepar sembuh dan meningkatkan daya ketahanan badan ummi semasa berpantang)...ubat lain antaranya asid folik, ubat tahan sakit dan ubat kalau sembelit...


Bila ummi renung2 kembali...kenapa lah ummi tak diketemukan dengan shaklee lbh awal lagi...Jom tengok ek...


Dlam set bersalin shaklee ada :-

a) Vitalea @ multivitamin yang dilengkapi dengan iron formula(sangat2 bagus dan penting bagi wanita slps melahirkan)...alangkah bagusnya multivitamin ini sbb slps bersalin, sbb ummi tak berapa lalu makan dan kena sembelit teruk pulak, muka ummi jadi pucat sangat..lesuuu...tak bermaya...tambah2 takde sape yg jaga...syukur la suami ada dan bantu serba sedikit untuk masak makanan....

b) Vitamin C yang sangat bagus kerana ianya membantu dalam mempercepatkan penyembuhan luka dan memperbaiki tisu sel...dan serius ummi sgt suka dengan vitamin c shaklee sbb apabila ummi atau Qistyna demam atau selsema...ummi just ambil 2 biji vitamin c dengan di patahkan kepada 2 bahagian...memang serasi la...insya allah cepat je sembuh...


c) B Compleks yang di lengkapi dengan folic asid membantu dalam mengelakkan kemurungan, meroyan, anti stress dan menstabilkan hormon...tambah2 pula ianya dah lengkap dengan folic asid...memang masa Qistyna baby dahulu, kerap menangis(orang tua2 kata sawan tangis)...memang ummi stress giler...sudahlah kena berhati2 dengan luka operation, kena sembelit pulak, dengan qistyna asyik nangis jek...betul2 rasa nak pengsan...hampir2 ummi kena angin meroyan tapi syukur lah, saudara ummi yg pandai mengurut membantu...hmmm..alangkah bagusnya kalau ummi ambil b compleks semasa itu...


d) Zinc berfungsi untuk membantu mempercepatkan penyembuhan luka dalaman...dulu, masa ummi dalam pantang, hari2 hubby ummi masak ikan haruan nak bagi luka dlmn ummi cepat sembuh sampai nak termuntah ummi makan...bila ummi teliti2 rupanya ikan haruan ni mengandungi zinc sbb tu la dinasihatkan makan ikan haruan atau patinya...tapi, kalau tak pandai masak, aduhai...hanyirr...lagi la pati ikan haruan...ummi pangkah terus...pernah ummi cuba minum....muntah balik...dengan hanyir, loya semua bercampur...ishhh...kalau lah ummi jumpa set bersalin ni dahulu lagi..tak lah ummi muak dan loya tgk ikan haruan hari2 kan...


Oh ya..kalau kalian ada bajet lebih, bagus jika kalian dapat tambah ESP semasa berpantang...Tau kebaikan esp masa berpantang???

 Apapun...kalian yg baru ingin mencuba set bersalin shaklee yang sgt istimewa ini sgt lah bertuah...sbb set bersalin yg ummi beli dahulu akhirnya langsung terbiar dan tak berusik...mengapa???sbb semuanya lbh kepada herba...oleh kerana anak ummi kuning (jaundis), so, nurse awal2 dah bgtau jgn makan dulu jamu atau herba sbb akan menyebabkan anak bertambah kuning...last2 langsung tak berusik sbb bila ummi cuba makan anak ummi akan cirit birit atau kembung (maybe sbb panas kot)...lagi satu, dlm set tu pun ada barut...hmmm..ummi kan operate..tak leh nak pakai pun...memang sgt2 rugi la sbb membazir duit RM 300++ macam tu je...


So, apa yg ummi nampak, memilih set bersalin ni biarlah betul dan sesuai untuk diri kita dan anak kita...tidak panas, tidak menyebabkan anak kuning...menyembuhkan luka luar dan dalaman, membantu menstabilkan hormon dan memulihkan kekuatan badan semasa berpantang...Sungguhpun begitu, kalian juga di galakkan ambil dalam full set sbb lebih berbaloi2 dan boleh consume up to 4 month...org kata alah membeli menang memakai...so, jika berminat...just call atau sms/wassap ummi di 0123975808 atau email ummi di nadeeyya_kk@yahoo.com..


Salam sayang dan ukhuwah,







Nadiah Khamis (Kak Nadia)
Pengedar Sah Shaklee Sg Petani dan Pulau Pinang 
Shaklee Independent Distributor[ID No : 830027]
012-3975808 (sms / wassap/viber)

nadeeyya_kk@yahoo.com

1 ulasan:

  1. jom share info @ http://ernizz-ernizz.blogspot.com/

    BalasPadam

Jom friend dgn kami di Facebook!!

Menyokong Penyusuan Susu Ibu

Menyokong Penyusuan Susu Ibu

Terima kasih kerana singgah....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails