Buat putri - putri kesayanganku....

Blog ini adalah khusus mengenai sharing saya dan customer2 saya yang menggunakan produk Shaklee, kisah penyusuan saya sebagai EP MOM selama 2 tahun setengah, semua memori hidupku,semua kegembiraanku, kedukaanku,obsess ku dalam menghayati erti penyusuan,kebanggaan ku mengenai anak2 ku tersayang (Syasya Dan Qistyna) dan buat semua insan-insan di luar sana yang ingin berkongsi pengalamanku...Semoga setitik dakwat mampu membuat sejuta manusia berfikir tentangnya...


Sahabat2 kesayangan ummi

Doa (Ya Allah...Kabulkan Doa Kami)..

Bismillahirahmanirrahim...Ya Rahman Ya Rahim Ya Allah..Kurniakan rahmat dan kasih sayangMu ke atas kami..Berikan faedah dan kebaikan ke atas semua sahabat yang mengunjungi blog ini, kuatkan ikatan persahabatan dan ukhuwah kami dalam keberkatan Mu, murahkan rezeki kami, permudahkan lah semua urusan kami, kabulkan lah semua permohonan kami, panjangkan usia kami agar kami dapat beribadat kepada Mu dan hidupkanlah dan matikan lah kami dalam cahaya keimanan dan keredhaan Mu...amin...ya rabbalalamin...

Montage Group Intifada

Selasa, 22 Mac 2011

Mengapa minum air itu penting????

Salam to all my dear blog reader...(eh cewah...tetiba lak speaking london ek...)Meh kita nengok tajuk entry ummi pada hari ini...perasan tak ummi selalu pesan...adik2 tersayang yang makan supplement shaklee...minum air bior banyak2...paling kurang 3 liter sehari...lagi banyak kita makan supplement...lagi banyak la air kena minum....tak percaya????haa...tgk la blog2 kwn2 gbs ummi...semuanya mesti cakap benda yang sama....mesti ada sebab tau nasihat itu diberikan...kenapa????


Pernah tak rasa ngantuk masa kat opis...baca buku last2 buku yg baca kita...kekadang ngadap komputer pun ntah hape hape ntah yang di taipnya...sebab apa???ngantuk....pastu mulalah bg alasan kan...malam td tido lewat...ngantuk aaa....(hmmm...betul ke???)...camni la..adik2 ku tersayang...meh akak nak share apa keburukannya jika air yg kita minum berkurangan....sama2 kita renungkan, fikir2 dan cuba amalkan k...



"MENGANTUKNYAAAA"...setiap kali lepas makan tengahari mesti mata ni nak mengantuk...kadang-kadang rasa macam kena gam je mata ni. kalau fikir - fikir balik mungkinkah sebab lambat tidur atau tak cukup tidur sedangkan malam tadi tidur nyenyak dan aman damai...


Hakikatnya, mengantuk selepas tidur bukan di sebabkan kurang tidur, sebaliknya ia menandakan kita dahaga dan badan tidak cukup air. Ramai tersilap menafsirkan keperluan badan terhadap air dengan rasa lapar.


Dahaga bukan petanda baik untuk memberitahu badan memerlukan air kerana sensitiviti terhadap dahaga semakin berkurangan apabila umur meningkat, terutamanya orang tua. Badan kita hanya boleh mengawal keseimbangan air hingga satu peringkat tertentu sahaja.


Paras garam akan meningkat apabila simpanan air dalam badan berkurangan. Otak akan mengesan perubahan keseimbangan ini dan memberi isyarat kepada buah pinggang untuk mengurangkan kehilangan air dan mencetuskan rasa dahaga.


Bagaimanapun, cetusan rasa dahaga ini sering berlaku lewat. Biasanya apabila kita berasa dahaga, badan sudahpun kehilangan kira - kira dua cawan cecair badan. Kehilangan ini boleh menimbulkan pelbagai implikasi.


Air adalah unsur yang terpenting dalam badan manusia. Badan lelaki membabitkan 65 peratus air dan 55 peratus bagi wanita. Air bertindak sebagai pelarut, penyejuk, pelincir dan agen pengangkut nutrien ke seluruh badan.


Kandungan air dalam setiap badan manusia adalah berbeza mengikut kandungan lemak masing - masing. Secara umumnya, peratusan jumlah air dalam badan orang yang tidak banyak lemak adalah lebih tinggi. Kira - kira 70 peratus berat otak, 75 peratus berat jantung, 90 peratus berat paru - paru dan 82 peratus kandungan darah membabitkan air.


Badan mengalami kehilangan air sepanjang masa iaitu hampir 80 peratus setiap hari, walaupun kita tidak aktif. Kehilangan ini berlaku melalui air kencing, najis, peluh dan pernafasan. Setiap kali kita menghembuskan nafas, kita kehilangan air dalam bentuk wap. Jika di kumpulkan, kita boleh dapat satu atau dua gelas air yang hilang melalui pernafasan. 


Ini sebabnya pakar kesihatan sering menyarankan kita minum sekurang-kurang 8 gelas sehari atau satu liter air sehari. Namun, jumlah ini berbeza antara setiap individu, aktiviti yang dilakukan dan cuaca tempat tinggal. Tentu sahaja jika melakukan senaman pada hari yang panas kita kehilangan lebih banyak air melalui peluh.


Minumlah air kosong setiap hari untuk mengekalkan kesihatan




Air yang keluar ini perlu di ganti segera, samada ketika atau selepas satu2 aktiviti yang mengeluarkan peluh itu berlaku untuk mengelakkan kekeringan atau dehidrasi. Kehilangan banyak air menyebabkan tekanan darah akan turun mendadak, bekalan oksigen  ke otak menurun dan jika terlalu serius ianya boleh membawa maut. (owh...sebab tu la ye orang pernah kata, kalau manusia ni tak cukup makan boleh tahan lagi tapi kalau tak cukup air dalam badan.....jwbnya innalillah...)


Jika terlalu banyak minum air boleh kah membawa keracunan air??Memang boleh, tetapi amat-amat kurang berlaku. Sebenarnya sukar bagi seorang yang sihat untuk mengalami keracunan air. Ia biasanya berlaku pada bayi. Malahan individu yang mengalami masalah berat badan berlebihan perlu minum lebih banyak air iaitu segelas air bagi setiap 11 kilogram melebihi berat badan unggul. (Haaa...ni perhatian untuk diri sendiri...huhuhu)..


Mereka yang bercita - cita untuk mengurangkan berat badan juga di galakkan minum banyak air. Kekurangan air merendahkan tahap metabolisme dan badan tidak boleh memecahkan dan menggunakan lemak dengan berkesan. Akibatnya, proses menurunkan berat badan akan menjadi lebih sukar.


Masalah retensi air atau ketidakbolehan badan mengeluarkan air dari pundi kencing menjadi lebih buruk jika kita tidak mendapat cukup air. Adakalanya masalah ini dapat di atasi dengan minum lebih banyak air untuk menggalakkan pembuangan air berlebihan.


Oleh kerana kebanyakan zat makanan larut dalam air, mungkin ada yang risau mungkin ianya di buang melalui air kencing. Masalah ini tidak akan berlaku kerana buah pinggang kita mempunyai sistem penapisan yang baik. Hanya bahan yang tidak berguna akan di buang sedangkan semua khasiat makanan di serap ketika dalam usus dan di masukkan ke dalam darah untuk di agihkan ke seluruh badan.


Sebenarnya ramai mengalami masalah kekurangan air tanpa di sedari. Malah ramai juga berkata tidak mahu terlalu kerap berulang alik ke tandas sebagai alasan untuk tidak minum banyak air. Tindakan ini sebenarnya meracun diri kerana tanpa air yang cukup, badan sukar mengeluarkan bahan toksik dan boleh berkumpul membentuk batu karang.


Tanpa air yang cukup juga nutrien dalam makanan tidak dapat di agihkan dengan baik dan menyebabkan lebih banyak lemak terkumpul dalam badan. Bentuk dan saiz otot turut berubah. Paling malang jika kekurangan air meningkatkan paras bahan toksik hingga boleh mengakibatkan kehilangan nyawa. 


Kesan kekurangan cecair dalam badan.
(Kajian menunjukkan kehilangan 2 peratus cecair dalam badan boleh menyebabkan) :-


1) Lemah Daya Ingatan (Ingatan Jangka Pendek)
2) Sukar membuat kiraan (walapun yang mudah)
3) Sukar memberi tumpuan terhadap perkara yang di lakukan terutama pada skrin komputer atau bahan - bahan pencetak.
4) Tekanan darah menurun
5) Jumlah oksigen yang sampai ke otak berkurang dan menyebabkan mengantuk
6) Lesu pada waktu siang
7) Sakit belakang
8) Dehidrasi
9) Sakit kepala
10)Memperlahankan kadar metabolisme
11) Meningkatkan risiko kanser usus, pundi kending dan payudara
12) Sendi dan otot mengalami kekeringan
13) Menyukarkan penyingkiran bahan toksik
14) Meningkatkan keinginan untuk makan
15) Darah menjadi pekat
16) Mudah keliru
17) Degupan jantung meningkat
18) Menjejaskan tindakbalas kimia dalam badan.


So, amacam...degil lagi nak minum air...haaa..nak kena rotan sorang2 nih...mulai hari ini, try amalkan minum air MASAK/KOSONG/TAKDE GULA sebanyak yang mungkin...camner nak pastikan cukup...isi siap2 dlm botol...kalau nak cantek lagi...lekat kat botol tu nama kita...hehehe...terlebih sudah...oleh itu, sayangi diri kita dan hargailah kejadian dan kewujudan kita di dunia ini kerana manusia itu telah di ciptakan dengan sebaik2 dan seindah2 kejadian...


Salam sayang dan ukhuwah,

2 ulasan:

  1. salam kak nadia.. nak minta izin share artikel ni di blog saya ya...

    BalasPadam
  2. baagus la blog akak ni, bagi banyak info menarik..keep it up kak..(n_n)*

    BalasPadam

Jom friend dgn kami di Facebook!!

Menyokong Penyusuan Susu Ibu

Menyokong Penyusuan Susu Ibu

Terima kasih kerana singgah....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails