Buat putri - putri kesayanganku....

Blog ini adalah khusus mengenai sharing saya dan customer2 saya yang menggunakan produk Shaklee, kisah penyusuan saya sebagai EP MOM selama 2 tahun setengah, semua memori hidupku,semua kegembiraanku, kedukaanku,obsess ku dalam menghayati erti penyusuan,kebanggaan ku mengenai anak2 ku tersayang (Syasya Dan Qistyna) dan buat semua insan-insan di luar sana yang ingin berkongsi pengalamanku...Semoga setitik dakwat mampu membuat sejuta manusia berfikir tentangnya...


Sahabat2 kesayangan ummi

Doa (Ya Allah...Kabulkan Doa Kami)..

Bismillahirahmanirrahim...Ya Rahman Ya Rahim Ya Allah..Kurniakan rahmat dan kasih sayangMu ke atas kami..Berikan faedah dan kebaikan ke atas semua sahabat yang mengunjungi blog ini, kuatkan ikatan persahabatan dan ukhuwah kami dalam keberkatan Mu, murahkan rezeki kami, permudahkan lah semua urusan kami, kabulkan lah semua permohonan kami, panjangkan usia kami agar kami dapat beribadat kepada Mu dan hidupkanlah dan matikan lah kami dalam cahaya keimanan dan keredhaan Mu...amin...ya rabbalalamin...

Montage Group Intifada

Sabtu, 2 Julai 2011

Ramadhan semakin hampir...so artikel ini khas buat anda yang mengamalkan supplement...

Salam sayang semua...terlebih dahulu, ummi mohon kemaafan yang amat2 kerana beberapa hari ini ummi agak bz berikutan ummi terpaksa turun ke kl berikutan konvensyen Peguam Syarie dan Persidangan Pegawai2 Syariah Satu Malaysia...so, memang ummi tak bawa laptop so, mmg tak dpt online langsung...jadual pun adak ketat dan sehingga malam...


Berbalik pada topik asal, pejam celik pejam celik rupanya bulan ramadhan semakin menghampiri...malahan dalam bulan ini sahaja pasti ramai yang membuat persiapan awal dengan berpuasa ganti sebelum ramadhan menjengah...so, bagi mereka yang mengamalkan supplement terutamanya ibu2 hamil dan ibu2 yang menyusukan anak, pasti lah sedikit kegusaran timbul untuk menghadapi ramadhan...Malahan, jika tidak kena caranya ada yang pasti akan merasa kehausan melampau, pening kepala malahan keletihan melampau...Antara sebab biasa yang berkaitan adalah, badan kurang air, kekurangan gula dalam darah, tidak cukup rehat atau tido, stress dan banyak lagi.


Manakala, bagi ibu yang menyusukan anak, persoalan mengenai adakah jumlah penghasilan susu akan berkurangan dan terjejas???Dan bagi mereka yang mengambil supplement yang mana salah satu yang ummi sering tekankan adalah pengambilan air sekurang2nya 3 liter (pengambilan air bergantung kepada berat badan seseorang)selain mengepam secara konsisten dan memohon kepada allah...camner nak minum banyak sedangkan berpuasa...macamana nak minum air banyak dalam bulan puasa nanti...habis lah kalau susu merudum...hmmm...persoalan2 inilah yang kerap menghantui benak semua ibu2 di luar sana...

Cara yang paling mudah ialah...


1. Sediakan air di dalam 2 botol sukatan 1.5l.

2. Letakkan botol tersebut di tempat yang mudah dilihat agar sentiasa menjadi peringatan.

3. Pastikan selepas bayi menyusu atau selepas ke tandas, minum air 1-2 gelas agar menggantikan air yang keluar tadi.

4. Pastikan air yang disediakan di dalam 2 botol tadi akan habis sehingga sebelum masuknya waktu Imsak. 



InsyaAllah untuk minum 3l air tidak akan menjadi satu masalah kepada si ibu atau sesiapa jua pengamal tegar vitamin sepanjang bulan puasa ini. Pengambilan Performance Drink adalah sebagai satu langkah demi memastikan badan tidak dehydrate atau jika kita tidak dapat melengkapkan keperluan 3 liter air tadi.



Ok2...itu mengenai pengambilan air yang mencukupi...bagaimana pula nak ambil vitamin2 ni masa berpuasa????



Ini sekadar cadangan, bagi ibu2 yang boleh co-op dengan jadual pemakanan ini, sangat2 di alu2kan....

Waktu sahur:


Selepas makan nasi atau apa jua juadah bersahur serta kurma , tambahkan minuman Performance dan ESP( Gabungan terbaik ) dan makan 3 biji Alfalfa .

Sebelum tidur:


Amalkan minum segelas ESP  dan vitamin lain iaitu Vitalea@multivitamin, B complex dan Vitamin C.(jika anda pengamal ostematrix, ambil sblm tidur seperti biasa)

Inilah jadual paling mudah untuk diamalkan. Hanya bancuhkan 1 sudu besar ESP dan 1 sudu besar Performance ke dalam 250 ml air. Boleh buat lebih pekat mengikut citarasa si ibu.


Vitamin ini membantu badan si ibu sentiasa bertenaga dan tidak kehausan sepanjang berpuasa. Terdapat pendapat yang mencadangkan pengambilan 100plus sepanjang berbuka namun minuman ini berkabornat dan boleh menggangu sistem perut di mana boleh menyebabkan si ibu dan anak menyusu mengalami keragaman perut jika diambil dalam kuantiti yang banyak.



So, apa dia Performance Drink????



1. Ia adalah minuman ahli sukan yang mengandungi imbangan elektrolit yang sempurna untuk membantu mencegah dehydration, seperti fungsi minuman isotonik.


2. Ia membekalkan 3 jenis karbohidrat bagi tenaga dan stamina.


3. Ia bukan milk booster, atau minuman penambah susu, sebaliknya membantu tubuh kita menjaga kestabilan bendalir agar tidak kekeringan.


3. Ia mengandungi formula karbohidrat unik Shaklee iaitu opticarb yang membekalkan tenaga serta merta. Opticarb ialah rangkaian karbohidrat yang memberikan kita tenaga berterusan tanpa menganggu kestabilan gula dalam darah.


4. Fungsinya tak sama dengan milk booster atau makanan penambah susu lain kerana ia bukan untuk menambah susu sebaliknya menjaga sistem tubuh badan kita dalam sehari berpuasa dan menyusu/mengepam.


5. Ia bukan saja untuk ibu menyusu/mengandung semasa berpuasa, tapi sesuai untuk semua, terutama yang kerja di tengah panas. Budak2 demam pun elok amik ni sebab biasa la budak2 bila dah demam tak selera makan minum. Ia boleh tolong mencegah dehydration tu.




Hmmm...bagi ummi pula, berikut adalah jadual pemakanan ummi di bulan ramadhan :-


Bersahur
1. Meal Shake/ESP – membekalkan tenaga kepada tubuh. Disamping itu ia memberi kekenyangan
2. Performance Drink– mengekalkan air dalam badan dan membantu mencegah pendehidratan(prevent dehydration)
3. Vita-Lea – menentukan anda mendapat vitamin dan zat galian yang lengkap
4. Vitamin C – bertindak sebagai “pagar” penyakit
5. B-Complex – menukarkan makanan kepada tenaga, membantu proses metabolisma badan.
* Perkara 3, 4 & 5, boleh pilih samada semada sahur atau selepas berbuka...


Berbuka
1. Performance Drink – mengantikan air yang telah hilang,memberi tenaga karbohidrat yang badan perlukan dan juga daya ketahanan serta keseimbangan unik elektrolit (balance of electrolytes) untuk mencegah pendehiratan(dehydration)
2. Fiber Plan Daily Mix – membuat anda rasa kenyang. Tak perlu padatkan perut anda. Jika ini berlaku anda akan menjadi seperti ular. Akan terjejas ibadat-ibadat lain yang penting.
3. Energizing Protein – membaeri anda tenaga yang anda perlukan sambil merasa kenyang.
4. Vita-Lea – memberikan anda vitamin lengkap yang badan perlu.
5. B-Complex – berfungsi seperti “spark-plug” membakar makanan kepada tenaga.
6. Vitamin C – melindungi anda daripada serangan penyakit.
7. Lecithin – membantu pecah lemak dan  proses penyerapan vitamin.


Selepas Terawih
1. Performance Drink – seperti peneranganyadi atas.
2. GLA – membantu system hormone badan berfungsi dengan
baik.
3. Lecithin – pemecah lemak.



Banyak ke yang ummi amalkan???Bagi ummi biar lah beringat sebelum kena...dan usaha dahulu sebelum menyerah...berjaga2 semasa sihat sebelum sakit....



Salam sayang dan ukhuwah,
Kak Nadia....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jom friend dgn kami di Facebook!!

Menyokong Penyusuan Susu Ibu

Menyokong Penyusuan Susu Ibu

Terima kasih kerana singgah....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails