Buat putri - putri kesayanganku....

Blog ini adalah khusus mengenai sharing saya dan customer2 saya yang menggunakan produk Shaklee, kisah penyusuan saya sebagai EP MOM selama 2 tahun setengah, semua memori hidupku,semua kegembiraanku, kedukaanku,obsess ku dalam menghayati erti penyusuan,kebanggaan ku mengenai anak2 ku tersayang (Syasya Dan Qistyna) dan buat semua insan-insan di luar sana yang ingin berkongsi pengalamanku...Semoga setitik dakwat mampu membuat sejuta manusia berfikir tentangnya...


Sahabat2 kesayangan ummi

Doa (Ya Allah...Kabulkan Doa Kami)..

Bismillahirahmanirrahim...Ya Rahman Ya Rahim Ya Allah..Kurniakan rahmat dan kasih sayangMu ke atas kami..Berikan faedah dan kebaikan ke atas semua sahabat yang mengunjungi blog ini, kuatkan ikatan persahabatan dan ukhuwah kami dalam keberkatan Mu, murahkan rezeki kami, permudahkan lah semua urusan kami, kabulkan lah semua permohonan kami, panjangkan usia kami agar kami dapat beribadat kepada Mu dan hidupkanlah dan matikan lah kami dalam cahaya keimanan dan keredhaan Mu...amin...ya rabbalalamin...

Montage Group Intifada

Jumaat, 30 September 2011

Sape kata tak leh susukan anak angkat???Ce citer...

Salam sayang again...dulu ummi tak pernah terfikir pun kalau kita ambil anak angkat kita akan boleh susukan anak angkat kita tu...alhamdulillah, sekarang ramai yang sedar bahawa anak angkat apabila besar, akan ada batas2 aurat yang tidak boleh kita nafikan...malangnya masih ramai yang enggan sedar faktor dari kasih sayang yang telah terbina sejak kecil...so, jalan keluarnya ialah cuba menyusukan anak angkat sebagai langkah agar anak tersebut tiada batas aurat dan tidak menjadi seperti orang luar apabila telah dewasa kelak...


Seperti mana yang kita maklum, bagi wanita yang melahirkan anak, sudah tentulah hormon prolaktin akan tercetus secara automatik bg penghasilan susu badan...tetapi bagaimana agaknya seorang wanita yang tidak hamil malah tidak melahirkan anak ingin menyusukan anak kerana hormon prolaktin hanya berfungsi rentetan dr kelahiran seorang bayi secara azali...Oleh itu, sebelum anda yang mempunyai hasrat yang sama, sila baca terlebih dahulu artikel yang saya copy paste dr harian metro ini...
-----------------------------------------------------------
DALAM dunia farmaseutikal, belum ada lagi ubat yang didaftarkan kegunaannya sebagai ‘untuk menghasilkan susu badan’.

Cuma secara kebetulan, sejenis ubat yang mengandu�ngi bahan metoclopramide yang kegunaannya untuk menahan muntah dan simptom berkaitan gangguan sistem pencernaan, didapati mempunyai beberapa kesan sampingan antaranya ‘keluar susu badan’ kerana metoclopramide boleh meningkatkan paras hormon prolaktin.


Seperti diketahui, hormon prolaktin bertindak menghasilkan susu badan. Maka, ada yang menggunakan ‘ubat’ ini untuk mendapatkan kesan sampingannya iaitu penghasilan susu badan. Ubat ini boleh didapati dalam bentuk cecair, pil dan suntikan.


Bagaimanapun, seseorang hendaklah berhati-hati kerana selain kesan sampingan ‘mengeluarkan susu badan’, bahan metoclopramide juga didapati mempunyai beberapa kesan sampingan lain jika diambil dalam dos berlebihan dan berpanjangan. Antaranya, ada yang membabitkan sistem saraf dan lazimnya bersifat kekal iaitu diskinesia tardif.


Diskinesia tardif menyebab�kan pergerakan anggota badan secara berulang-ulang dan tanpa dikawal. Ia juga boleh menyebabkan kesan terhadap sistem saraf lain seperti gangguan pertuturan, distonia otot dan seumpamanya.


Anda boleh berjumpa kembali doktor anda untuk mendapat�kan penerangan lanjut mengenai teknik menghasil�kan susu badan.


Ia membabitkan dua tindakan, hormon prolaktin untuk menghasilkannya dan kemudian hormon oksitosin untuk merembeskannya keluar dari payudara.


Untuk tindakan kedua itu, ia memerlukan rangsangan manual secara langsung terhadap puting atau areolar payudara anda.


Itu sebabnya, ‘ubat’ saja lazimnya tidak berkesan dalam program penghasilan susu badan bagi ibu yang ingin menyusukan bayi angkat. Ia lebih kepada kesungguhan dan usaha rangsangan manual itu.



source: Harian Metro


Malahan salah seorang artis tempatan iaitu Rebecca Nur Al Islam telah berjaya menyusukan anak angkatnya, Nor Adam Daniel selama lebih 3 bulan...hebatkan...jom baca kisah mengenainya:-
---------------------------------------------------------
Rebecca Nur Al Islam yang baru beberapa bulan mengambil anak angkat, kini membuat keputusan yang jarang dilakukan oleh seoarang ibu muda yang belum pernah berkahwin. Keputusan untuk membuat rawatan mengeluarkan susu badan demi anak angkatnya yang diberi nama Nor Adam Daniel, sanggup dilakukan demi kasih sayang kepada anak angkatnya yang telah dianggap seperti anak kandungnya sendiri.
 
Rebecca yang melakukan Rawatan mengeluarkan susu badan di hospital swasta dengan cara suntikan mengeluarkan susu tidak mengalami sebarang kompilasi atau masalah cuma merasa bengkak dibahagian buah dadanya sahaja. Tetapi selepas tiga bulan menyusukan Adam, masaalah pembengkakan itu semakin hilang. Sejak Rebecca Nur Al Islam menyusukan Adam, naluri keibuannya semakin membara sehingga menganggap Adam seperti anak kandungnya sendiri…

source:My Gosip.com


Sungguhpun begitu, sekiranya anda benar2 bertekad, sebenarnya ada jalan yang lebih selamat untuk mengeluarkan susu badan...Cuba anda baca kisah ini pula...
----------------------------------------------------
Selepas 6 tahun menunggu tetapi masih belum ada rezeki melahirkan anak, maka beliau dan suami bernekad nak ambil anak angkat. Hebatnya wanita ini, beliau mempunyai jiwa keibuan yang sangat kuat. Beliau berniat hendak menyusukan anak angkatnya.

Beliau meminta konsulatasi dari saya dan vitamin yang bagus untuk membanyakkan susu. Saya terangkan konsep asas penyusuan agar beliau tidak salah faham.
Saya terangkan seperti selalu yang kongsikan, vitamin tak banyakkan susu cuma ia bantu ibu sihat dan bertenaga dan mempercepatkan penghasilan susu dengan lebih baik apabila si ibu kerap memerah.

Dalam kita usaha, jangan lupa mengharap pada kasih Al Khaliq kerana DIA sebaik-baik pemberi. Saya mengingatkan beliau agar terus berdoa dan berzikir pada ALLAH.


Alhamdulillah selepas 3 minggu lebih, susunya dah mula menitik dan menampakkan hasil. Ini dinamakan induce lactation. Beliau amalkan vitamin lengkap untuk penyusuan.


Hebatnya jiwa wanita ini kan? Beliau berusaha nak menyusukan anak walau anak angkat.


Hakikatnya duit boleh kita cari....tapi kepuasan adalah yang paling hebat.


Maka, jika anda adalah seorang ibu yang pernah melahirkan dan mahu menyambung semula penyusuan atau nama lain proses relaktasi, saya mengalu-alukannya. 


Credit


So, anda ingin mencuba vitamin yang lebih selamat dan semulajadi???.ianya lengkap untuk proses penyusuan tetapi harus di ingat, pengambilan supplement haruslah seiring dengan amalan pengepaman dan direct feeding malahan pengambilan air yang mencukupi turut menjadi aspek penting dalam menjayakan penyusuan.


Jika berminat, sila sms ummi di 0123975808 atau email ummi di nadeeyya_kk@yahoo.com


Salam sayang dan ukhuwah,
Kak Nadia

PENYUSUAN SUSU IBU PART II (Foremilk & Hindmilk)

Salam sayang semua...seperti mana yang ummi janjikan, ummi sambung semula entry semalam..kali ini ummi akan terangkan lbh jelas perbezaan antara FOREMILK dan HINDMILK...so, cuba renung gambar di atas...sebelah kiri gambar ialah FOREMILK manakala sebelah kiri gambar ialah HINDMILK...


Apabila baby mula menyusu, dia akan mendapat susu awal (foremilk) yang agak cair mengandungi air yang banyak, kurang lemak dan tinggi karbohidrat berperanan untuk menghilangkan dahaga. 
 
Akhir penyusuan baby akan mendapat susu yang agak pekat (hindmilk) dan sangat mengenyangkan sbb mengandungi kurang air berbanding foremilk dan lemak yang tinggi. Hindmilk ada kalori yg tinggi dan penting untuk beri tenaga serta tumbesaran baby.Kalau ikut mitos (kata org2 tua), sebelah kanan mknan, sebelah kiri air.Ini Salah, sbb kedua2 breast kita adalah makanan dan air dan kedua2nya ade foremilk yg menghilangkan dahaga dan hindmilk yg mengenyangkan.


Foremilk dan hindmilk ni kene seimbang kandungannya. kalau hindmilk lebih dan foremilk kurang boleh menyebabkan dehydration.kalau foremilk lebih dan hindmilk kurang, baby tak kenyang dan pembesarannya pun boleh terbantut.kalau baby meragam dan x puas hati, dia mungkin x menerima susu yang kaya dan berkrim atau hindmilk di hujung penyusuan.Cara terbaik perbetulkan masalah ini ialah dengan memberikan susu dengan sebelah payudara sahaja setiap kali menyusu.Cara ini dapat mempastikan yang baby menerima semua peringkat susu ibu iaitu foremilk dan hindmilk.Sebelah lagi, ibu boleh pam buat stok kalau baby xmo nyusu/ baby sudah kenyang.

Foremilk berwarna kebiruan dan kelihatan seperti air biasa.Hindmilk kelihatan lebih pekat dan berkrim kerana kaya dengan khasiat lemak.Baby perlukan Hindmilk untuk membolehkan berat badannya meningkat.Cara ini baik untk bantu baby yang kurang berat badan menambah berat badannya. Baby yang kurang berat badan sejak lahir memerlukan penyusuan yang kerap sepanjang waktu siang dan malam.Jenis susu ibu :
1.Colostrum – Terhasil pada hari-hari pertama selepas melahirkan. Ia berwarna kekuningan dan diperkaya dengan antibodi dan juga protein. Ini menjadikan ia sangat ideal bagi bayi baru lahir. Ia pekat kekuningan, kaya protein, antibodi dan vitamin juga mineral.
2.Transitional- Cair, berwarna putih. Komposisinya hampir sama dengan susu matang.
3.Susu matang – Lebih cair hampir kebiruan (foremilk) pada awal penyusuan tetapi bertukar putih apabila kandungan lemaknya bertambah (hindmilk).
So, bagi mereka yang sedang mengandung dan bakal2 ibu serta ibu2 diluar sana, pastikan kalian tahu perkara2 seperti ini ye...dan keunikan susu ibu memang tidak boleh di pertikaikan oleh mana2 pihak pun kerana susu ibu :-
  1. sentiasa segar (fresh)
  2. tersedia dalam suhu yang optimum
  3. tersedia steril
  4. tiada pencemaran
  5. tersedia bila-bila masa
  6. tiada tarikh luput
  7. species-specific
  8. susu yang paling sempurna dan paling lengkap untuk bayi
  9. hanya diperolehi secara semulajadi apabila melahirkan anak
  10. mengandungi semua nutrien yang perlu untuk bayi
  11. mengandungi sel hidup / leukosit, hormon, enzim
  12. mengandungi antibodi
  13. mengurangkan risiko jangkitan semua jenis penyakit
  14. tidak pernah/amat jarang sekali memberi kesan alahan atau alergi
  15. mudah hadam
  16. komposisinya berbeza untuk bayi pramatang dan bayi cukup bulan
  17. komposisinya berbeza mengikut umur bayi
  18. komposisinya berbeza dalam tiap jam dan hari
  19. komposisinya berbeza dalam 1 penyusuan (awal dan akhir)
  20. mencetuskan rasa ketenangan kepada bayi dan ibu (sebab itu selalunya bayi akan tertidur selepas menyusu… dan ibu juga!)
Banyak lagi 1001 sebab dan keunikan susu ibu. Sebab itu US FDA pernah mengakui bahawa “…the exact chemical makeup of breast milk is still unknown.” Malah khasiat dan komposisi susu ibu tidak mampu ditiru oleh mana-mana susu lain di dunia! Selamat Menuyusukan anak anda...


Salam sayang dan ukhuwah,
Kak Nadia...

Khamis, 29 September 2011

Vitalea Shaklee antara multivitamin yang terbest!!!

Salam sayang semua...tgh2 malam ni tetiba je rasa nak tulis tentang antara killer product iaitu Vitalea...



Vitalea, iaitu product pertama by Dr. forest C. shaklee.High potency formula that provides 23 essential vitamins and minerals at clinically proven levels. No more, no less, for optimal health. Plus, the patented Bioactivated Absorption System™ exclusive to Shaklee ensures enhanced absorption of folic acid, a critical component of complete nutrition.....
What makes Vita-Lea the perfect Multi over leading brands? 349 Quality Tests are performed every time Vita-Lea is produced to guarantee purity and potency. Ideal for women of childbearing age and teenagers.Apakah kelebihan vitalea?

Ianya dikatakan killer product of Shaklee kerana ianya adalah multivitamin beserta iron sangat penting utk pembentukan darah dan sel. Jika dulu saya belajar, dikatakan 2 biji vitalea bersamaan dengan 40 jenis lauk. Bermaksud, untuk mendapatkan zat yang sama banyak dalam 2 tabs vitalea ianya sama lah dengan hidangan 40 jenis lauk pauk.Ada sesetengah doktor mengeluarkan kenyataan bahawa pengambilan multivtitamin shj sudah mencukupi bg mereka yang sihat. Namun pada saya jujurnya, keperluan b com dan vit C hari ini sangat penting seiring dengan pengambilan vitalea.Asasnya, semua masalah kesihatan memerlukan vitalea. Ini kerana di dalamnya yang mengandungi 12 vit dan 7 galian utama banyak membantu dalam kestabilan sistem tubuh badan manusia.


Vitalea banyak membantu mencantikkan kulit wajah, kuku yang licin, rambut yang kuat dari segi akarnya, membantu mencegah penyakit tiroid@ beguk(penyakit tiroid ini terjadi kebiasaannya kerana kekurangan iodin dan ini terdapat di dalam vitalea kita), supplement penting untuk diet atau slim yang mana walau kita kurang makan namun pengambilan vitalea ni banyak membantu memberi badan rasa bertenaga, tidak lesu dan menjadikan kulit yang sentiasa tegang.Ibu2 yang mengandung dan menyusukan anak sangat digalakkan mengamalkan pengambilan vitalea kerana kepentingan zat dan vitamin serta keperluan iron oleh si ibu dan ianya juga penting untuk tumbesaran anak.

Mengapa ada sesetengah ibu yang mengandung mahupun yang menyusukan anak mudah rasa pitam atau pening kepala?Hakikatnya ibu2 ini kekurangan zat besi @ iron dalam pengambilan diet harian mereka. Iron banyak terdapat dalam makanan laut seperti kerang, tiram namun terdapat banyak kekangan sekiranya kita hendak bergantung dengan sumber asli semata2. Apakah kekangan yang dimaksudkan? Harga kerang mahupun tiram lebih adalah mahal disesetengah tempat, sumbernya juga terhad...kelebihan bagi mereka yang tinggal berdekatan dengan perairan, bukan semua orang makan makanan laut..ianya menjadi terhad kepada mereka yang allergic kepada makanan laut. Kekangan ini membuatkan kita disaranankan menambah supplement dalam diet harian agar semua zat yang perlu diambil dapat disempurnakan.

Berikut adalah testimoni2 berkaitan Vitalea :

Testimoni 1




Testimoni 2



Testimoni 3


* Credit to Norita, Cery Dan Ina...
 
Anda berminat???Sila sms ummi di 012-3975808 atau email ummi di nadeeyya_kk@yahoo.com untuk mendapatkan harga istimewa...

Salam sayang dan ukhuwah,
Kak Nadia...

Rabu, 28 September 2011

PENYUSUAN SUSU IBU PART 1

Salam sayang semua...berikut ummi nak share tentang satu artikel yang sgt bagus mengenai susu ibu...


Susuibu cair?

Pendapat mengatakan susu perahan yang cair merupakan petanda susu semakin berkurangan adalah tidak benar sama sekali. Hakikatnya, susu ibu tidak sama dengan susu formula. Susu ibu memang kelihatan agak cair. Namun, tidak bermakna susu yang cair itu tidak baik. Sebenarnya, ia cukup sempurna!

Jika mengepam payu dara untuk tempoh yang lama berbanding biasa atau dilanjutkan dengan sesi penyusuan, susu yang diperah itu kelihatan lebih pekat. Sepanjang sesi penyusuan atau pengepaman berlangsung, susu akan sedikit demi sedikit berubah daripada foremilk (kelihatan cair) kepada hindmilk (lebih berlemak).



Foremilk (sblh kiri) dan hindmilk (sblh kanan)



# ummi akan sambung entry ini part 11 untuk terangkan secara jelas perbezaan foremilk dan hindmilk.


Salah satu keunikan susu ibu yang mungkin tidak diketahui ramai adalah ia berubah mengikut cuaca. Sekiranya hari panas, susu yang dihasilkan lebih cair daripada biasa supaya bayi mendapatkan lebih banyak air. Jika cuaca sejuk pula, susu menjadi lebih pekat dan berlemak berbanding biasa.

Malah, jika meninggalkan susu perahan di dalam bekas buat seketika, didapati dua lapisan terbentuk iaitu berlemak (hindmilk) dan cair (foremilk). Kandungan susu ibu adalah 88% air! Jadi, tidak hairanlah mengapa lapisan yang cair itu lebih banyak daripada yang pekat.


Ini merupakan sebab utama mengapa bayi kurang daripada enam bulan tidak perlu diberikan sebarang tambahan air. Dia hanya perlu minum susu ibu semata-mata!
Sebagai panduan untuk memastikan bayi membesar dengan normal, purata pertambahan berat badan bagi bayi yang menyusu secara esklusif dalam tempoh 0 hingga 4 bulan adalah 142g hingga 198g seminggu.


Secara amnya, bayi yang menyusu susu ibu akan menggandakan berat badannya ketika lahir setelah mencecah 3 atau 4 bulan. Apabila mencecah 1 tahun, berat badannya adalah 2.5 atau 3 kali berat ketika lahir.


Kajian (Kent 2006) ke atas ibu dan bayi(1-6 bulan) yang mengamalkan penyusuan susu ibu di Australia mendapati:

28% bayi menyusu dari sebelah payudara untuk setiap sesi penyusuan.

14% bayi menyusu dari kedua-dua belah payudara untuk setiap sesi penyusuan.
58% bayi menyusu sama ada dari sebelah payudara untuk setiap sesi penyusuan.
Kebanyakkan bayi bangun malam untuk menyusu sehingga 6 bulan.
Purata jumlah sesi penyusuan dalam sehari adalah 6-18 kali.
Jumlah susu yang diminum untuk setiap sesi penyusuan adalah dalam lingkungan 30-135 ml (1-4.6 oz)
Ibu yang menyusukan secara esklusif menghasilkan susu antara 500-1350 ml (17 oz – 44 oz sehari)
Pengambilan susu harian bayi yang menyusu susu ibu tidak berubah dan stablil dari 1 hingga 6 bulan(Kesemua fakta yang disenaraikan dianggap normal untuk bayi yang menyusu badan).
Ibu yang bekerja mungkin menghadapi masalah untuk mengepam dengan lebih efektif dan sukar mendapatkan milk ejection reflex.

Faktor kurang masa atau tempat yang tidak sesuai serta terbuka menyebabkan ibu sukar bertenang ketika mengepam.

Jika tidak berupaya mengumpul susu perahan yang mencukupi ketika bekerja, pam di waktu lain sebagai tambahan kepada sesi pengepaman yang dilakukan di waktu pejabat.
Jangan sesekali mengenepikan sesi penyusuan terus kepada bayi.
Kebanyakan ibu menyusukan mendapati lebih mudah untuk mengepam di waktu pagi ketika susu masih banyak.


Pam sama ada sejam sebelum menyusukan bayi atau sejam selepas menyusukan bayi untuk sesi penyusuannya yang pertama untuk hari itu.


Pilihan pengepaman lain yang boleh dicuba ialah pam terlebih dahulu kemudian terus susukan bayi atau pam sebelah payudara sambil menyusukan bayi menggunakan sebelam payu dara lagi (tandem nursing)


Memerah menggunakan tangan (marmet) selepas sesi penyusuan turut membantu mengosongkan payu dara dengan lebih baik.Dalam memastikan bekalan susu berkekalan, susukan bayi atau pam sekerap yang boleh. Apabila berada di rumah, susukan bayi dengan kerap di waktu malam. Semoga berjaya!


credit : sayamahusihat.com



Oh ya, bagi membantu semua ibu2 di luar sana yang menyusukan anak, ummi turut menyediakan set penyusuan ibu yang sesuai digunakan bagi memastikan badan si ibu sihat, cergas, aktif dan ceria bagi memastikan susu yang di hasilkan akan lebih lancar dan sempurna...



Gabungan kesemua supplement ini sgt bagus untuk ibu yang menyusukan anak malahan telah ramai yang mengakuinya!!!
Set ini sesuai diambil oleh ibu-ibu yang sangat inginkan perubahan dalam penghasilan susu mereka. Dan bagi mereka yang baru ingin mencuba, kami turut menyediakan set euphoria trial pack  pada harga serendah RM 80 berserta free postage dan free gift serta pamphlet dan "Tips eksklusif untuk memperbanyakkan susu"(hanya untuk pelanggan blog ini sahaja)...



Berminat???Sila sms ummi di 012-3975808 atau email ummi di nadeeyya_kk@yahoo.com...


Salam sayang dan ukhuwah,
Kak Nadia..

Selasa, 27 September 2011

Dah terkena/terdesak baru nak terngadah....

Salam sayang semua....pernah dengar perumpamaan di atas???Hmmm, tentulah biasa kan...bagi ummi, perumpamaan ini dah macam 'Asam Garam' atau "Trend" yang kerapkali berlaku dalam kehidupan kita...Manusia seringkali lupa atau mengabaikan sesuatu yang penting dalam kehidupan sehingga satu insiden buruk berlaku, barulah kita tersedar dan cuba mengatasinya...Sayangnya, apa yang berlaku, 'usaha terakhir di saat kecemasan' itu kebiasaannya akan berakhir dengan kebuntuan atau saat- saat yang menyedihkan...so, pastikan PISANG TAKKAN BERBUAH DUA KALI...

Apa yang ummi maksudkan dengan kata- kata ummi di atas????Pernah kah kita terfikir apa yang palig utama dalam kehidupan kita???Dah tentulah banyak jawapan akan diberikan...seperti kekayaan, rumah besar, kereta mewah, makanan yang berbagai pilihan dan macam2 lagi...TETAPI MALANGNYA PERKARA YANG PALING PENTING DALAM KEHIDUPAN KITA SERING KITA LUPAKAN!!!!

Cuba tanya pada diri anda "DIMANAKAH LETAKNYA KESIHATAN KITA????DI TANGGA PALING BAWAH???AKAN BERMAKNAKAH SEMUA RUMAH BESAR, KERETA MEWAH DSBNYA JIKA KITA SAKIT DAN TERLANTAR DI HOSPITAL????"BOLEHKAH KESIHATAN DI BELI DGN DUIT??? Anda sendiri tahu apa yang anda mahu...

Dahulu, ummi jahil tentang perbezaan ubat dan supplement...bagi ummi kedua2 perkara ini ADALAH SAMA...tapi sayangnya keadaan itu TELAH TERLAMBAT apabila ummi menyedari bahawa ubat dan supplement adalah dua perkara yang sangat2 berbeza...Malahan ummi sgt teruja apabila membaca ayat ini dr blog mamafaiz :-

Rafaliah Yusop
 

just nak share dgn kwn2 semua..ni kisah kwn sy yg kena minor strok recently..2 bln tak g keja sbb bdn terlalu lemah dan bila ckp kat fon dgn dia, mmg semput2 je suaranya. sy syorkan vivix, tp beliau mempunyai kekangan, so beliau amik fiberplan je. doc diagnose beliau as high blood pressure. tp beliau ade satu mslh lg iaitu sakit kt belakang kepala. bila mkn ubat darah tggi, ok, kepala tk sakit, bila tk mkn sakit balik. jadinya last wk beliau buat full medical checkup, doc kata ade blood clog kat kepala beliau. so, beliau bgtau doc yg beliau ade consume supplement fiber. nak tau doc kata ape?
"u better amik supplement dr ubat yg i bg ni. sbb ubat ni ada drugs, so lama-kelamaan byk drugs dlm bdn u n eventually will effect ur kidney pulak. i will stop this high blood pressure medicine, u just continue with ur fiber@whatever supplement yg u mkn. supplement for prevention better amik those.."
dan beliau sgt teruja bila doc ckp kat beliau camtu.. so, prevention is better than cure yea..:-)

Bayangkan, seorang doktor pun boleh bercakap seperti itu...Berbalik dengan kisah ummi, sebenarnya dahulu ummi pernah menjaga arwah mak...bagi ummi, tak kisahlah berapa banyak ubat2an yang doktor berikan, apa yang penting bagi ummi ialah arwah mak sembuh mcm sediakala...Alangkah bodohnya ummi masa tu...ummi tak tahu yang setiap kali dose ubat2an untuk arwah mak di naikkan, maka makin menderita lah arwah mak...sbb ubat2an hanya akan 'menghalang' dr penyakit itu datang dan ianya bukannya untuk merawat...dan perkara paling penting yang ummi tak tahu, bahawa ada antara ubat2an tersebut mengandungi steriod yang apabila ianya digunakan dalam tempoh yang lama, maka akibatnya BUAH PINGGANG AKAN GAGAL BERFUNGSI...Apa yang menyedihkan, arwah mak meninggal dalam keadaan buah pinggangnya hampir tidak berfungsi dan pelbagai penyakit yang di deritainya SEMAKIN TERUK!!!!Semasa itu, barulah ummi terfikir, kalau ubat2an untuk arwah mak setiap hari di tambah dan di naikkan dose, sepatutnya arwah mak semakin sembuh tetapi yang berlaku adalah sebaliknya...apapun, semuanya sudah di tentukan oleh Allah, dan ummi redha dengan ketentuanNya dan alangkah baikya kalau ummi sudah berkenalan dengan shaklee sejak dari dulu lagi!!!!


Kesimpulannya, ummi ingin petik sedikit kata2 dari blog Norita :-

Kebanyakan akan concern tentang makanan bila dah jatuh sakit. Waktu sakit, manusia menjadi terdesak. Apa sahaja yang orang kata bagus kita beli walhal masa sihat, semua tu disebut-sebut mahal.



Nilai duit tu berubah serta merta.

Adakah sehingga orang tegur wajah kita nampak tua, berkedut baru kita nak cari makanan awet muda?

Adakah sehingga orang tegur badan kita makin mengembang, baru berusaha nak kuruskan badan?

Hakikatnya manusia yang beruntung adalah manusia yang beringat kepada 5 perkara sebelum tiba lima perkara. Renung-renungkan.


Pilihan di tangan anda dan anda lah yang menentukan yang terbaik buat diri anda dan keluarga...Sekiranya anda ingin mencuba dan merasai sendiri kebaikan vitamin shaklee, boleh sms ummi di 012-3975808 atau email ummi di nadeeyya_kk@yahoo.com dan sekiranya anda mempunyai kekangan kewangan, silakan pilih senarai euphoria trial pack dari list di atas dan yang pastinya terdapat 10 keistimewaan menanti jika anda adalah pembeli dr blog ini...

Salam sayang dan ukhuwah,

Kak Nadia....

Ahad, 25 September 2011

Basic H adalah first aid saya...

Salam sayang semua...ummi mohon maaf sgt2 sbb minggu lepas ummi kena attend kursus Bahasa Inggeris, so, memang ummi tak sempat langsung nak berblog atau ber fb...kebetulan, selesai ummi balik court hari ini, terus ummi singgah ke sini untuk terus berkongsi dengan kalian satu lagi produk yang ummi rasakan 'sangat penting dan perlu ada' dalam setiap rumah...
Basic H



Mengapa ummi katakan Basic H ini umpama first aid bagi ummi..Inilah antara lain kegunaan2 basic H :-


BIL
KEGUNAAN
CARA
1.
Mencuci & membersih sayur-sayuran dan buah-buahan daripada racun & bahan kimia
Isikan air ke dalam besen dan masukkan 5 titik basic-h. Biarkan selama 5 – 10 minit
2.
Mencuci & membersih ikan, ayam & daging & makanan laut daripada bahan awet
Isikan air ke dalam besen dan masukkan 2-3 titik basic-h. Biarkan selama 5 – 10 minit
3.
Mencuci & membersih makanan basah spt. Mee kuning, kuehtiau dsbnya daripada bahan awet
Isikan air ke dalam besen dan masukkan 2-3 titik basic-h. Biarkan selama 5 – 10 minit
4.
Mencuci & membersih tempat dan peralatan memasak (terutama yang berminyak)
Isikan air ke dalam baldi dan masukkan satu sudu teh basic-h dan gunakan untuk mencuci peralatan memasak
5.
Mencuci & membersih bilik air, tandas, tangki, sinki, cermin tingkap, rak buku, almari dsbnya
Isikan air ke dalam baldi dan masukkan satu sudu teh basic-h kemudian mopkan atau lapkan tempat yang hendak dibersihkan kecuali bilik air dan tandas perlu diberus
6.
Mencuci badan, tangan dan kaki daripada daki kotoran, pijar lada, dakwat marker pen, minyak dsbnya
Basahkan tangan dengan air kemudian tuangkan 2-3 titik kemudian digosok-gosok serta bilas
7.
Mencuci & membersih lantai serta alat permainan
Isikan air ke dalam baldi dan masukkan satu sudu teh basic-h kemudian cuci alat mainan dan dibilas manakala cucian lantai tidak perlu dibilas selepas lantai dimop kerana ia mudah kering dan tidak melicinkan lantai
8.
Menanggalkan gula-gula getah pada baju dsbnya
Titikkan 5 titik di sebelah belakang baju yang terkena gula getah kemudian digosok-gosok hingga tertanggal
9.
Mengasah pisau
Titikkan 4-5 titik pada pisau dan asah pisau seperti biasa sehingga tajam
10.
Membersih dakwat pen pada tangan, baju dsbnya
Titikkan 4-5 titik di tempat terkena dakwat, digosok dan kemudian dibilas


Ketika kecemasan
BIL
KEGUNAAN
CARA
1.
Menghapuskan kutu di atas kepala
Basahkan rambut dan ambil 10 titik basic-h dan lumurkan ke atas kepala dan ratakan. Setelah selesai balutkan kepala dengan kain tuala bersih dan biarkan selama 10-15 minit barulah dibilas
2.
Terkena minyak, air panas atau melecur terkena benda panas
Sapukan terus basic-h ke atas tempat yang terkena tadi dan kulit tidak akan menggelembung atau melecur bahkan akan rasa sejuk.
3.
Menghindarkan & membunuh serangga seperti lipas, nyamuk, semut, lalat dsbnya
Tuangkan 4-5 titik basic-h ke dalam botol semburan bunga yang dicampur air kemudian goncang dan semburkan kepada serangga
4.
Demam panas (sebelum berjumpa doctor)
Tuangkan 4-5 titik basic-h ke dalam besen kecil yang mengandungi air. Kemudian sapukan atau lumurkan ke seluruh badan dan kepala.
5.
Sakit gigi
Masukkan 4-5 titik basic-h ke dalam cawan yang dicampur air kemudian kumur. Sekiranya sakit pada gigi berlubang titikkan 2-3 basic-h pada kapas dan letakkan pada tempat yang sakit.
6.
Gatal-gatal pada badan atau miang (masalah kulit)
Tuangkan 4-5 titik ke dalam gayung. Kemudian gosokkan ke seluruh tempat gatal dengan menggunakan span mandian dan dibilas.
7.
Ulser dan mulut berbau
Tuangkan 4-5 titik ke dalam gelas kemudian kumur (sekerap mungkin)
8.
Penyubur tanaman dan penggembur tanah
Air lebihan cucian basic-h boleh disiram pada pokok bunga dan tanaman lain untuk membantu kesegaran dan kesuburan.
9.
Menghilangkan karat dan daki pada barang kemas, jam tangan dsbnya
Tuangkan 4-5 titik basic-h ke dalam mangkuk kecil kemudian rendamkan dan biarkan selama 15-30 minit, karat dan daki akan tanggal serta kelihatan kilat seperti baru.
Jom baca beberapa testimoni yang saya ambil dr blog upline saya, Norita (Credit to N):-

Testimoni 1


Saya tertarik apabila membaca blog along dan ceritanya mengenai mari mencuci, basic H. So sebenarnya ada gelaran untuk basic H ni bagi yang dah lama mengenalinya, basic H di gelar 1001 uses liquid. Saya nak tambah sedikit, kegunaan lainnya ialah meringankan kesakitan especially kesan melecur, mencuci kudis or gatal-gatal pada badan, dan kesan yang paling menakjubkan adalah pada sayur yang layu.

Ini adalah sayur layu yang saya keluarkan dari peti ais petang tadi.Saya titiskan beberapa titis basic H ke dalam mangkuk dan dicampurkan dengan separuh mangkuk air paip serta dibiarkan selama 15-20 minit

Selepas itu, hasilnya sayur mula segar ......
Kelihatan kotoran hasil dari semburan pestisid ke atas sayur-sayuran
Kotoran ini yang tersembunyi dari mata kasar kita dan sukar untuk ditemui sekiranya sayur dicuci dengan air paip sahaja.

Testimoni 2


Lia adalah seorang ibu yang menyusukan anaknya....namun satu hari satu kemalangan telah berlaku di mana anaknya telah tertarik satu cawan yang mengandungi air panas. Apa lagi melecurlah bahagian depan dada anaknya akibat tersimbah air panas tadi.
Waktu ini anak Lia baru berumur 1 tahun 2 bulan....selepas kejadian malang tidak berbau itu, anaknya kelihatan sangat murung. Hanya mampu baring dengan riak muka yang menggambarkan dirinya menahan kesakitan terutama sebab ia melibatkan bahagian dada. Lia menjadi risau kerana anaknya yang sebelum ini ceria dan aktif menjadi sebaliknya sejak kejadian itu.
Lia meminta pandangan ibu apakah yang sesuai untuk diberi kepada anaknya agar cepat sembuh. Ibu hanya teringat kepada kebaikan basic H. Memandangkan bayinya ini masih menyusu maka hanya Lia sahaja yang perlu pastikan pengambilan vitamin yang konsisten demi membekalkan cukup vitamin dan zat untuk anaknya cepat sembuh.
Tanpa berlengah, Lia terus mendapatkan sebotol Basic H yang dibelinya di cawangan Wangsa Maju. Tanpa berlengah, Lia memandikan anaknya dengan air yang dicampurkan dengan beberapa titik Basic H. Subhanallah, keesokkan harinya, kesan melecur menjadi kering dan anaknya kembali aktif seperti sebelum kemalangan berlaku. Lia yang terlalu gembira telah menghantar mesej mengucapkan terima kasih kerana memperkenalkan Shaklee Basic H pada dia untuk merawat anaknya. Kini anaknya makin ceria dan aktif. Ibu dapat berjumpa dengan Lia masa bulan Disember tahun lepas di Shaklee Wangsa Maju.

* Gambar ihsan dr anakkuwiraku...

Sekilas fakta: Tahukah anda..kebanyakan bahan pencuci serbaguna mengandungi toksin yang boleh meresap ke dalam badan melalui kulit atau sistem pernafasan. Bahan pelarut sintetik boleh mengganggu keseimbangan hormon.Bahan pelarut organik seperti butyl cellosolve merupakan sejenis neurotoksin dan bahan yang merengsakan hidung.Morfolin merupakan bahan toksin yang boleh merosakkan hati dan ginjal.Ammonia yang terkandung dalam bahan pencuci kaca merupakan sejenis bahan racun yang merengsakan kulit,mata dan sistem pernafasan

.........tapi dengan BASIC H.. anda selamat Ia tidak bertoksik, tanpa gas beracun, tanpa bahan kimia berbahaya, tanpa bahan pewangi , pH seimbang , tanpa klorin, berkesan meningalkan kotoran berminyak, kepekatan berganda.

Berminat untuk mencuba...hubungi atau sms ummi di 012-3975808 atau email ummi di nadeeyya_kk@yahoo.com dan sebagai pelanggan blog ini, ummi akan berikan "Harga Istimewa" kepada kalian...

Salam sayang dan ukhuwah,
Kak Nadia....

Sabtu, 17 September 2011

Kebaikan susu ibu memang tidak boleh di sangkal...

Salam sayang semua..beberapa hari yang lalu seorang customer ummi, irma menghubungi ummi...alhamdulillah, beliau telah selamat melahirkan anak ketiganya, seorang anak lelaki tetapi anak lelakinya mengalami sedikit masalah dan terpaksa di tahan di wad...hampir menangis irma kerana melihat susu badan pulak macam mahu tak mahu keluar...so, ummi syorkan irma utk teruskan pengambilan SET B (Vitalea, B Compleks, Vit C dan Alfalfa) serta tambahan ESP dan ostematrix dengan harapan susu akan meriah seperti sebelum ini (Irma sblm ini memang pengamal SET B + ESP)...so, ini adalah sms yang ummi terima beberapa hari selepas itu....
SET B + ESP


" Salam kak nadia. irma here.lupa nak infm akak yg my milk r cmg just fine, ALHAMDULILLAH!By 3rd day after dlvr dah dpt titis2. Then increase, now bila pump dpt 3 oz each session, not much yet, but i know it'll be more to come.my baby still warded tpi at least i know he's having the best a mother can give. tq kak 4 ur supportive advices + encouraging word.only ALLAH can repay ur kindness, tq again:-D"

Syukur alhamdulillah...lega dan gembira ummi mendengarnya...mudah2an ALLAH akan memberikan kesembuhan buat di kecil Irma...Aminnn...

Berikut juga ummi kongsikan satu kisah ajaib (luar negara) mengenai kebaikan SUSU IBU dan PELUKAN SEORANG IBU (Kanggaro Care) dan sesungguhnya setiap apa yang ALLAH cipta itu pastilah ianya adalah YANG TERBAIK!!!

It was a final chance to say goodbye for grieving mother Kate Ogg after doctors gave up hope of saving her premature baby.
She tearfully told her lifeless son - born at 27 weeks weighing 2lb - how much she loved him and cuddled him tightly, not wanting to let him go.
Although little Jamie's twin sister Emily had been delivered successfully, doctors had given Mrs Ogg the news all mothers dread - that after 20 minutes of battling to get her son to breathe, they had declared him dead.
baby survival
Awful moment: Kate and David clasp each other and their son Jamie, circled, after being told he did not survive the birth. They were given the child to say their goodbyes but then, miraculously, two hours later he began to show signs of life


Jamie Ogg miracle baby
Signs of life: A smiling Kate holds Jamie after it becomes clear that her son is going to survive
Having given up on a miracle, Mrs Ogg unwrapped the baby from his blanket and held him against her skin. And then an extraordinary thing happened.
After two hours of being hugged, touched and spoken to by his mother, the little boy began showing signs of life.
At first, it was just a gasp for air that was dismissed by doctors as a reflex action.
But then the startled mother fed him a little breast milk on her finger and he started breathing normally.
'I thought, "Oh my God, what's going on",' said Mrs Ogg.
'A short time later he opened his eyes. It was a miracle. Then he held out his hand and grabbed my finger.
'He opened his eyes and moved his head from side to side. The doctor kept shaking his head saying, "I don't believe it, I don't believe it".'
Jamie Ogg miracle baby
Proud mum: Kate with son Jamie when they appeared on Australian TVl. The boy was born prematurely with twin sister Emily at 27 weeks


Jamie Ogg miracle baby
Sweet slumber: Five-month-old Jamie sleeps in his mother's arms as she gives an account of his remarkable survival
The Australian mother spoke publicly for the first time yesterday to highlight the importance of skin-on-skin care for sick babies, which is being used at an increasing number of British hospitals.
'He started gasping more and more regularly. I thought, "Oh my God, what's going on?" A short time later he opened his eyes. It was a miracle'
In most cases, babies are rushed off to intensive care if there is a serious problem during the birth.
But the 'kangaroo care' technique, named after the way kangaroos hold their young in a pouch next to their bodies, allows the mother to act as a human incubator to keep babies warm, stimulated and fed.
Pre-term and low birth-weight babies treated with the skin-to-skin method have also been shown to have lower infection rates, less severe illness, improved sleep patterns and are at reduced risk of hypothermia.
Mrs Ogg and her husband David told how doctors gave up on saving their son after a three-hour labour in a Sydney hospital in March.
Jamie Ogg miracle baby
All smiles: It was after Kate gave her son some of her breast milk on her finger that he began breathing regularly
'The doctor asked me had we chosen a name for our son,' said Mrs Ogg. 'I said, "Jamie", and he turned around with my son already wrapped up and said, "We've lost Jamie, he didn't make it, sorry".
'It was the worse feeling I've ever felt. I unwrapped Jamie from his blanket. He was very limp.
'I took my gown off and arranged him on my chest with his head over my arm and just held him. He wasn't moving at all and we just started talking to him.
'We told him what his name was and that he had a sister. We told him the things we wanted to do with him throughout his life.
'Jamie occasionally gasped for air, which doctors said was a reflex action. But then I felt him move as if he were startled, then he started gasping more and more regularly.
'I gave Jamie some breast milk on my finger, he took it and started regular breathing.'
Mrs Ogg held her son, now five months old and fully recovered, as she spoke on the Australian TV show Today Tonight.
Her husband added: 'Luckily I've got a very strong, very smart wife.
'She instinctively did what she did. If she hadn't done that, Jamie probably wouldn't be here.'


Source: Mail Daily


So, pastikan anda berusaha untuk memberikan yang terbaik buat si manja anda...dan bagi memastikan badan si ibu kekal bertenaga dan memastikan mood si ibu kekal happy, membantu menyeimbangkan pemakanan si ibu sempurna mengikut gizi seimbang agar susu yang di hasilkan lebih lancar, ummi menyediakan SET BREASTFEEDING dan trial pack utk di cuba...sila sms ummi di 012-3975808 atau email ummi di nadeeyya_kk@yahoo.com dan bagi pelanggan blog ini ada sesuatu yg sgt istimewa menanti anda!!!


Salam sayang dan ukhuwah,
Kak Nadia....

Jumaat, 16 September 2011

Resepi utk si manja di atas 6 bulan...

Salam sayang semua...masih belum terlambat kot untuk ummi ucapkan SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA...semuga negara kita sentiasa dalam peliharaan Allah dan terlepas dari segala bala bencana...Oh ya, entry ummi kali ini just nak share dgn kalian, menu2 semasa syasya dan qistyna berumur 6 bulan ke atas dan mula mengenal makanan...memanglah nampak macam leceh sbb nak kena masak tapi percaya tak menu2 ini boleh di sediakan hanya sekitar 20 minit sahaja....malahan ianya bukan sahaja murah tetapi sangat2 mudah...kan lebih baik kita berikan anak kesayangan kita mengenal makanan secara 'SEMULAJADI' dan bukanlah memperkenalkan bermacam jenis MAKANAN SEGERA di luar sana yang kita sendiri tidak pasti tentang isi kandungannya...so, let's sharing...


1) Puri Kentang


  Bahan - bahannya :
- Kentang
- Sedikit air


  Cara menyediakan :
- Gunakan sebiji kentang bersaiz sederhana dan buang kulit serta cuci dengan bersih.
- Untuk memudahkan, potong sebesar ibu jari, kemudian rebus kentang sehingga empuk.
- Kemudian, kisar kentang sehingga benar2 hancur.(Untuk memudahkan kisaran, tambahkan sedikit air)
- Hasilnya:-
Puri Kentang Yg Tlh Siap

(Panduan : Ubi Kentang mengandungi 2 kali ganda pottasium berbanding pisang)


2) Puri Keledek


Bahan - bahannya :-
- Keledek
- Sedikit air


Cara menyediakan :
- Gunakan sebiji keledek bersaiz sederhana dan buang kulit serta cuci dengan bersih.- Untuk memudahkan, potong sebesar ibu jari, kemudian rebus keledek sehingga empuk.
- Kemudian, kisar keledek sehingga benar2 hancur.(Untuk memudahkan kisaran, tambahkan sedikit air)
- Hasilnya:-
Puri keledek yang tlh siap

(Panduan : Salah satu kelebihan keledek ialah ianya dapat mencegah barah)


3) Puri Carrot


Bahan - bahannya :-
- Carrot - Sedikit air


Cara menyediakan :
- Gunakan sebatang carrot bersaiz sederhana dan buang kulit serta cuci dengan bersih. - Untuk memudahkan, potong sebesar ibu jari, kemudian rebus carrot sehingga empuk.
- Kemudian, kisar carrot sehingga benar2 hancur.(Untuk memudahkan kisaran, tambahkan sedikit air)
- Hasilnya:-
1
Puri carrot yang tlh siap

** Semua gambar di ambil dr Majalah Pa & Ma...

Dalam banyak2 puri ni, anak ummi paling suka dengan puri carrot dan puri keledek kerana rasanya yang agak manis2...dan boleh lah kita tukar2 menu ini dan puri ini boleh di makan sebanyak 2 kali...So, Selamat mencuba ye...

**Jangan tambahkan sebarang gula, garam atau serbuk perasa kerana rasa semulajadi yang ada pada sayur2an ini telah memberikan RASA SEMULAJADI pada puri ini sendiri...Dan kanak2 yang baru di perkenalkan dengan makanan tidak boleh absorbe gula, garam dan perasa semulajadi...so, selamat mencuba...

Jika anda ingin mencuba vitamin yang bersifat 'semulajadi' (Shaklee) atau anda ingin mendapatkan harga istimewa sebagai pelanggan blog ini, sila email ummi di nadeeyya_kk@yahoo.com atau sms ummi di 012-3975808...

Salam sayang dan ukhuwah,
Kak Nadia... 

Isnin, 12 September 2011

ISTIMEWA HANYA UNTUK PEMBELI DARI BLOG INI SAHAJA!!!

Salam sayang semua...Berita baik untuk semua pembeli dari blog exclusivelypumpingmother...Bagi setiap pembelian set breastfeeding dari blog ini, ummi akan dedahkan kepada kalian "RAHSIA" bagaimana ummi sebagai PUMPING MOTHER berjaya menyusukan anak selama 2 tahun sejak kelahiran anak ummi hingga kini...dan jika ummi hanya menggunakan PUMPING METHOD semata2 mampu melengkapkan penyusuan 2 tahun, kalian yg mampu direct feeding pasti lebih lagi...so, jangan tunggu lagi...SHARING IS CARING!!!!
 "Penghasilan yang mencukupi"


"Susu bertambah pekat"
"Anak yang comel dan montel"
"Anak yang solehah dan sihat dengan SUSU IBU!!!!"


ANDA BERMINAT UNTUK MENGETAHUI "RAHSIA" ITU???? DAN ANDA PEMBELI DARI BLOG INI SEPERTI YANG UMMI NYATAKAN DI ATAS????JIKA YA, SILA EMAIL UMMI DI nadeeyya_kk@yahoo.com SUPAYA UMMI DAPAT EMAILKAN SEMULA 'RAHSIA' UMMI TERSEBUT....Malahan sedikit masa lagi, ummi akan upload gambar 'hadiah istimewa' yang akan ummi berikan bagi pelanggan ummi yang tersayang....

Salam sayang dan ukhuwah,
Kak Nadia....

Sabtu, 10 September 2011

Rahsia meningkatkan penghasilan susu badan...

Salam sayang semua...pagi2 ahad ni, ummi rasa nak kongsi artikel yang ummi baca melalui majalah pa & ma...mudah2an ianya memberikan manfaat buat semua...

Rahsia Tingkatkan Penghasilan Susu
 
Rahsianya mudah sahaja. Sudah semestinya anda memerlukan payu dara dan paling penting bayi untuk disusukan. Seperti yang umum sedia maklum, payu dara perlu mendapat lebih banyak rangsangan daripada bayi bagi meningkatkan penghasilan susu. Selanjutnya, anda perlu melakukan beberapa perkara penting lain dalam usaha membuahkan hasil seperti yang diimpikan.
 
1. Kerapkan Menyusu
Susukan bayi sekurang-kurangnya setiap 3 jam pada siang hari. Jika bayi tidur lebih daripada 3 jam, kejutkan dia untuk menyusu. Pada waktu malam pula, kejutkan bayi untuk menyusu tambahan terutamanya jika dia tidur lebih daripada 4 - 5 jam.

2. Jangan tunggu payu dara penuh
Ada sesetengah wanita suka menjadikan payu dara penuh sebagai petunjuk bahawa bayinya perlu disusukan. Itu salah! Yakinlah bahawa payu dara sentiasa mengandungi susu dan apabila bayi disusukan, ia akan bekerja keras untuk menghasilkan lebih banyak susu. Kajian menunjukkan bahawa tahap lemak dalam susu adalah lebih tinggi apabila tempoh antara satu penyusuan dengan yang lain adalah singkat. Ini bererti, jika anda menyusukan bayi beberapa minit selepas selesai menyusukan bayi (ketika anda beranggapan payu dara “kosong”), dia akan memperoleh susu tinggi kandungan lemak yang dapat membantunya menambah berat badan.

3. Menyusu Lebih Lama
Jangan hadkan masa setiap kali menyusukan bayi di sebelah payu dara. Biarkan dia menyusu sebelah bahagian sehingga puas sebelum menawarkannya menyusu di bahagian payu dara yang lain. Ini akan memberinya peluang untuk mendapatkan susu berlemak tinggi (hindmilk). Jika anda terlalu cepat menawarkan payu dara sebelah lagi, dia hanya mendapat foremilk, di mana hanya perutnya sahaja penuh tetapi tidak memberi kalori mencukupi untuk tumbesarannya.

4. Penyusuan Dua kali
Selepas anda menyusukan bayi, sendawakan dia. Langkah ini menjurus ruang di dalam perutnya untuk memuatkan lebih banyak susu. Kemudian, susukan dia semula. Cara ini turut merangsang payu dara untuk menghasilkan lebih banyak susu.

5. Bogelkan Bayi
Sewaktu menyusu, bogelkan bayi (kecuali lampinnya). Sentuhan kulit ke kulit membantu bayi kekal sedar daripada lena. Untuk memaksimumkan sentuhan kulit, buka coli dan pakai baju yang mempunyai butang di bahagian depan. Bagi mengelakkan bayi kesejukan pula, selimutkan dia ketika menyusu.

6. Penyusuan Malam
Amalan menyusukan bayi di waktu malam sangat bagus kerana ia merangsang peningkatan susu. Ini kerana di waktu malam, anda berdua lebih relaks lalu membolehkan bayi menyusu lebih lama dan kerap. Penyusuan malam turut merangsang hormon prolaktin yang memainkan peranannya menghasilkan lebih banyak susu.

7. Penyusuan Baby Sling
Bayi memang suka jika berada dekat dengan anda. Secara tidak langsung, ia boleh merangsang dia untuk kerap menyusu. Jadi, gunakan baby sling di antara waktu penyusuan walaupun ketika itu dia sedang tidur. Pasti anda terkejut apabila mendapati dengan cara ini dia menyusu dengan lebih baik.

8. Fikir Bayi, Fikir Susu
Ketika menyusu, belailah bayi. Amalan ini dikenali sebagai grooming. Langkah ini tanpa disedari merangsang penghasilan susu. Antara lain, di antara waktu penyusuan dan sejurus sebelum sesi penyusuan bayangkan bayi sedang menyusu di payu dara anda. Cara ini, akan merangsang payu dara untuk mengeluarkan lebih banyak susu.

9. Urutan
Teknik urutan payu dara yang betul akan membantu susu mengalir dengan lancar. Apatah lagi sewaktu anda mengalami bengkak susu ataupun sakit puting. Untuk itu, anda perlu menuam payu dara dengan tuala yang telah direndam di dalam sir suam. Anda boleh pelajari teknik mengurut menerusi www.breastfeedingproblems.com

10. Minum Air
Pastikan anda minum banyak air sepanjang tempoh penyusuan mahupun pemerahan susu. Anda digalakkan minum 3.1 liter air iaitu kira-kira 13 cawan setiap hari.

Dan sebagai tambahan, sekiranya anda berhasrat untuk mencuba supplement kami, berikut adalah set2 yang paling sesuai untuk ibu2 yang menyusukan :

1) Vitalea @ Multivitamin
2) B Compleks
3) Vitamin C
4) Alfalfa
* Keempat2 set di atas ada di sediakan dalam bentuk euphoria trial pack...(SET B)

Dan bagi mereka yang berkemampuan, boleh cuba :
5) Energizing Soy Protein...
6) Performance Drink...(bagus sekiranya anda sukar minum air banyak)
7) Ostematrix (Penting sbb anda dan anak anda berkongsi kalsium dlm badan anda dan sgt penting bg mereka yang susu drop ketika period)...

MENGAPA UMMI KATAKAN SET BREASTFEEDING DI ATAS SGT ISTIMEWA...MEH BACA DI SINI....

Ingin mencuba???Sila sms ummi di 012-3975808 atau email ummi di nadeeyya_kk@yahoo.com dan sebagai pelanggan blog ummi, anda pasti akan mendapat harga yang istimewa...

Salam sayang dan ukhuwah,
Kak Nadia....


Jom friend dgn kami di Facebook!!

Menyokong Penyusuan Susu Ibu

Menyokong Penyusuan Susu Ibu

Terima kasih kerana singgah....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails