Buat putri - putri kesayanganku....

Blog ini adalah khusus mengenai sharing saya dan customer2 saya yang menggunakan produk Shaklee, kisah penyusuan saya sebagai EP MOM selama 2 tahun setengah, semua memori hidupku,semua kegembiraanku, kedukaanku,obsess ku dalam menghayati erti penyusuan,kebanggaan ku mengenai anak2 ku tersayang (Syasya Dan Qistyna) dan buat semua insan-insan di luar sana yang ingin berkongsi pengalamanku...Semoga setitik dakwat mampu membuat sejuta manusia berfikir tentangnya...


Sahabat2 kesayangan ummi

Doa (Ya Allah...Kabulkan Doa Kami)..

Bismillahirahmanirrahim...Ya Rahman Ya Rahim Ya Allah..Kurniakan rahmat dan kasih sayangMu ke atas kami..Berikan faedah dan kebaikan ke atas semua sahabat yang mengunjungi blog ini, kuatkan ikatan persahabatan dan ukhuwah kami dalam keberkatan Mu, murahkan rezeki kami, permudahkan lah semua urusan kami, kabulkan lah semua permohonan kami, panjangkan usia kami agar kami dapat beribadat kepada Mu dan hidupkanlah dan matikan lah kami dalam cahaya keimanan dan keredhaan Mu...amin...ya rabbalalamin...

Montage Group Intifada

Jumaat, 30 September 2011

PENYUSUAN SUSU IBU PART II (Foremilk & Hindmilk)

Salam sayang semua...seperti mana yang ummi janjikan, ummi sambung semula entry semalam..kali ini ummi akan terangkan lbh jelas perbezaan antara FOREMILK dan HINDMILK...so, cuba renung gambar di atas...sebelah kiri gambar ialah FOREMILK manakala sebelah kiri gambar ialah HINDMILK...


Apabila baby mula menyusu, dia akan mendapat susu awal (foremilk) yang agak cair mengandungi air yang banyak, kurang lemak dan tinggi karbohidrat berperanan untuk menghilangkan dahaga. 
 
Akhir penyusuan baby akan mendapat susu yang agak pekat (hindmilk) dan sangat mengenyangkan sbb mengandungi kurang air berbanding foremilk dan lemak yang tinggi. Hindmilk ada kalori yg tinggi dan penting untuk beri tenaga serta tumbesaran baby.Kalau ikut mitos (kata org2 tua), sebelah kanan mknan, sebelah kiri air.Ini Salah, sbb kedua2 breast kita adalah makanan dan air dan kedua2nya ade foremilk yg menghilangkan dahaga dan hindmilk yg mengenyangkan.


Foremilk dan hindmilk ni kene seimbang kandungannya. kalau hindmilk lebih dan foremilk kurang boleh menyebabkan dehydration.kalau foremilk lebih dan hindmilk kurang, baby tak kenyang dan pembesarannya pun boleh terbantut.kalau baby meragam dan x puas hati, dia mungkin x menerima susu yang kaya dan berkrim atau hindmilk di hujung penyusuan.Cara terbaik perbetulkan masalah ini ialah dengan memberikan susu dengan sebelah payudara sahaja setiap kali menyusu.Cara ini dapat mempastikan yang baby menerima semua peringkat susu ibu iaitu foremilk dan hindmilk.Sebelah lagi, ibu boleh pam buat stok kalau baby xmo nyusu/ baby sudah kenyang.

Foremilk berwarna kebiruan dan kelihatan seperti air biasa.Hindmilk kelihatan lebih pekat dan berkrim kerana kaya dengan khasiat lemak.Baby perlukan Hindmilk untuk membolehkan berat badannya meningkat.Cara ini baik untk bantu baby yang kurang berat badan menambah berat badannya. Baby yang kurang berat badan sejak lahir memerlukan penyusuan yang kerap sepanjang waktu siang dan malam.Jenis susu ibu :
1.Colostrum – Terhasil pada hari-hari pertama selepas melahirkan. Ia berwarna kekuningan dan diperkaya dengan antibodi dan juga protein. Ini menjadikan ia sangat ideal bagi bayi baru lahir. Ia pekat kekuningan, kaya protein, antibodi dan vitamin juga mineral.
2.Transitional- Cair, berwarna putih. Komposisinya hampir sama dengan susu matang.
3.Susu matang – Lebih cair hampir kebiruan (foremilk) pada awal penyusuan tetapi bertukar putih apabila kandungan lemaknya bertambah (hindmilk).
So, bagi mereka yang sedang mengandung dan bakal2 ibu serta ibu2 diluar sana, pastikan kalian tahu perkara2 seperti ini ye...dan keunikan susu ibu memang tidak boleh di pertikaikan oleh mana2 pihak pun kerana susu ibu :-
  1. sentiasa segar (fresh)
  2. tersedia dalam suhu yang optimum
  3. tersedia steril
  4. tiada pencemaran
  5. tersedia bila-bila masa
  6. tiada tarikh luput
  7. species-specific
  8. susu yang paling sempurna dan paling lengkap untuk bayi
  9. hanya diperolehi secara semulajadi apabila melahirkan anak
  10. mengandungi semua nutrien yang perlu untuk bayi
  11. mengandungi sel hidup / leukosit, hormon, enzim
  12. mengandungi antibodi
  13. mengurangkan risiko jangkitan semua jenis penyakit
  14. tidak pernah/amat jarang sekali memberi kesan alahan atau alergi
  15. mudah hadam
  16. komposisinya berbeza untuk bayi pramatang dan bayi cukup bulan
  17. komposisinya berbeza mengikut umur bayi
  18. komposisinya berbeza dalam tiap jam dan hari
  19. komposisinya berbeza dalam 1 penyusuan (awal dan akhir)
  20. mencetuskan rasa ketenangan kepada bayi dan ibu (sebab itu selalunya bayi akan tertidur selepas menyusu… dan ibu juga!)
Banyak lagi 1001 sebab dan keunikan susu ibu. Sebab itu US FDA pernah mengakui bahawa “…the exact chemical makeup of breast milk is still unknown.” Malah khasiat dan komposisi susu ibu tidak mampu ditiru oleh mana-mana susu lain di dunia! Selamat Menuyusukan anak anda...


Salam sayang dan ukhuwah,
Kak Nadia...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jom friend dgn kami di Facebook!!

Menyokong Penyusuan Susu Ibu

Menyokong Penyusuan Susu Ibu

Terima kasih kerana singgah....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails