Buat putri - putri kesayanganku....

Blog ini adalah khusus mengenai sharing saya dan customer2 saya yang menggunakan produk Shaklee, kisah penyusuan saya sebagai EP MOM selama 2 tahun setengah, semua memori hidupku,semua kegembiraanku, kedukaanku,obsess ku dalam menghayati erti penyusuan,kebanggaan ku mengenai anak2 ku tersayang (Syasya Dan Qistyna) dan buat semua insan-insan di luar sana yang ingin berkongsi pengalamanku...Semoga setitik dakwat mampu membuat sejuta manusia berfikir tentangnya...


Sahabat2 kesayangan ummi

Doa (Ya Allah...Kabulkan Doa Kami)..

Bismillahirahmanirrahim...Ya Rahman Ya Rahim Ya Allah..Kurniakan rahmat dan kasih sayangMu ke atas kami..Berikan faedah dan kebaikan ke atas semua sahabat yang mengunjungi blog ini, kuatkan ikatan persahabatan dan ukhuwah kami dalam keberkatan Mu, murahkan rezeki kami, permudahkan lah semua urusan kami, kabulkan lah semua permohonan kami, panjangkan usia kami agar kami dapat beribadat kepada Mu dan hidupkanlah dan matikan lah kami dalam cahaya keimanan dan keredhaan Mu...amin...ya rabbalalamin...

Montage Group Intifada

Jumaat, 30 September 2011

Sape kata tak leh susukan anak angkat???Ce citer...

Salam sayang again...dulu ummi tak pernah terfikir pun kalau kita ambil anak angkat kita akan boleh susukan anak angkat kita tu...alhamdulillah, sekarang ramai yang sedar bahawa anak angkat apabila besar, akan ada batas2 aurat yang tidak boleh kita nafikan...malangnya masih ramai yang enggan sedar faktor dari kasih sayang yang telah terbina sejak kecil...so, jalan keluarnya ialah cuba menyusukan anak angkat sebagai langkah agar anak tersebut tiada batas aurat dan tidak menjadi seperti orang luar apabila telah dewasa kelak...


Seperti mana yang kita maklum, bagi wanita yang melahirkan anak, sudah tentulah hormon prolaktin akan tercetus secara automatik bg penghasilan susu badan...tetapi bagaimana agaknya seorang wanita yang tidak hamil malah tidak melahirkan anak ingin menyusukan anak kerana hormon prolaktin hanya berfungsi rentetan dr kelahiran seorang bayi secara azali...Oleh itu, sebelum anda yang mempunyai hasrat yang sama, sila baca terlebih dahulu artikel yang saya copy paste dr harian metro ini...
-----------------------------------------------------------
DALAM dunia farmaseutikal, belum ada lagi ubat yang didaftarkan kegunaannya sebagai ‘untuk menghasilkan susu badan’.

Cuma secara kebetulan, sejenis ubat yang mengandu�ngi bahan metoclopramide yang kegunaannya untuk menahan muntah dan simptom berkaitan gangguan sistem pencernaan, didapati mempunyai beberapa kesan sampingan antaranya ‘keluar susu badan’ kerana metoclopramide boleh meningkatkan paras hormon prolaktin.


Seperti diketahui, hormon prolaktin bertindak menghasilkan susu badan. Maka, ada yang menggunakan ‘ubat’ ini untuk mendapatkan kesan sampingannya iaitu penghasilan susu badan. Ubat ini boleh didapati dalam bentuk cecair, pil dan suntikan.


Bagaimanapun, seseorang hendaklah berhati-hati kerana selain kesan sampingan ‘mengeluarkan susu badan’, bahan metoclopramide juga didapati mempunyai beberapa kesan sampingan lain jika diambil dalam dos berlebihan dan berpanjangan. Antaranya, ada yang membabitkan sistem saraf dan lazimnya bersifat kekal iaitu diskinesia tardif.


Diskinesia tardif menyebab�kan pergerakan anggota badan secara berulang-ulang dan tanpa dikawal. Ia juga boleh menyebabkan kesan terhadap sistem saraf lain seperti gangguan pertuturan, distonia otot dan seumpamanya.


Anda boleh berjumpa kembali doktor anda untuk mendapat�kan penerangan lanjut mengenai teknik menghasil�kan susu badan.


Ia membabitkan dua tindakan, hormon prolaktin untuk menghasilkannya dan kemudian hormon oksitosin untuk merembeskannya keluar dari payudara.


Untuk tindakan kedua itu, ia memerlukan rangsangan manual secara langsung terhadap puting atau areolar payudara anda.


Itu sebabnya, ‘ubat’ saja lazimnya tidak berkesan dalam program penghasilan susu badan bagi ibu yang ingin menyusukan bayi angkat. Ia lebih kepada kesungguhan dan usaha rangsangan manual itu.



source: Harian Metro


Malahan salah seorang artis tempatan iaitu Rebecca Nur Al Islam telah berjaya menyusukan anak angkatnya, Nor Adam Daniel selama lebih 3 bulan...hebatkan...jom baca kisah mengenainya:-
---------------------------------------------------------
Rebecca Nur Al Islam yang baru beberapa bulan mengambil anak angkat, kini membuat keputusan yang jarang dilakukan oleh seoarang ibu muda yang belum pernah berkahwin. Keputusan untuk membuat rawatan mengeluarkan susu badan demi anak angkatnya yang diberi nama Nor Adam Daniel, sanggup dilakukan demi kasih sayang kepada anak angkatnya yang telah dianggap seperti anak kandungnya sendiri.
 
Rebecca yang melakukan Rawatan mengeluarkan susu badan di hospital swasta dengan cara suntikan mengeluarkan susu tidak mengalami sebarang kompilasi atau masalah cuma merasa bengkak dibahagian buah dadanya sahaja. Tetapi selepas tiga bulan menyusukan Adam, masaalah pembengkakan itu semakin hilang. Sejak Rebecca Nur Al Islam menyusukan Adam, naluri keibuannya semakin membara sehingga menganggap Adam seperti anak kandungnya sendiri…

source:My Gosip.com


Sungguhpun begitu, sekiranya anda benar2 bertekad, sebenarnya ada jalan yang lebih selamat untuk mengeluarkan susu badan...Cuba anda baca kisah ini pula...
----------------------------------------------------
Selepas 6 tahun menunggu tetapi masih belum ada rezeki melahirkan anak, maka beliau dan suami bernekad nak ambil anak angkat. Hebatnya wanita ini, beliau mempunyai jiwa keibuan yang sangat kuat. Beliau berniat hendak menyusukan anak angkatnya.

Beliau meminta konsulatasi dari saya dan vitamin yang bagus untuk membanyakkan susu. Saya terangkan konsep asas penyusuan agar beliau tidak salah faham.
Saya terangkan seperti selalu yang kongsikan, vitamin tak banyakkan susu cuma ia bantu ibu sihat dan bertenaga dan mempercepatkan penghasilan susu dengan lebih baik apabila si ibu kerap memerah.

Dalam kita usaha, jangan lupa mengharap pada kasih Al Khaliq kerana DIA sebaik-baik pemberi. Saya mengingatkan beliau agar terus berdoa dan berzikir pada ALLAH.


Alhamdulillah selepas 3 minggu lebih, susunya dah mula menitik dan menampakkan hasil. Ini dinamakan induce lactation. Beliau amalkan vitamin lengkap untuk penyusuan.


Hebatnya jiwa wanita ini kan? Beliau berusaha nak menyusukan anak walau anak angkat.


Hakikatnya duit boleh kita cari....tapi kepuasan adalah yang paling hebat.


Maka, jika anda adalah seorang ibu yang pernah melahirkan dan mahu menyambung semula penyusuan atau nama lain proses relaktasi, saya mengalu-alukannya. 


Credit


So, anda ingin mencuba vitamin yang lebih selamat dan semulajadi???.ianya lengkap untuk proses penyusuan tetapi harus di ingat, pengambilan supplement haruslah seiring dengan amalan pengepaman dan direct feeding malahan pengambilan air yang mencukupi turut menjadi aspek penting dalam menjayakan penyusuan.


Jika berminat, sila sms ummi di 0123975808 atau email ummi di nadeeyya_kk@yahoo.com


Salam sayang dan ukhuwah,
Kak Nadia

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jom friend dgn kami di Facebook!!

Menyokong Penyusuan Susu Ibu

Menyokong Penyusuan Susu Ibu

Terima kasih kerana singgah....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails