Buat putri - putri kesayanganku....

Blog ini adalah khusus mengenai sharing saya dan customer2 saya yang menggunakan produk Shaklee, kisah penyusuan saya sebagai EP MOM selama 2 tahun setengah, semua memori hidupku,semua kegembiraanku, kedukaanku,obsess ku dalam menghayati erti penyusuan,kebanggaan ku mengenai anak2 ku tersayang (Syasya Dan Qistyna) dan buat semua insan-insan di luar sana yang ingin berkongsi pengalamanku...Semoga setitik dakwat mampu membuat sejuta manusia berfikir tentangnya...


Sahabat2 kesayangan ummi

Doa (Ya Allah...Kabulkan Doa Kami)..

Bismillahirahmanirrahim...Ya Rahman Ya Rahim Ya Allah..Kurniakan rahmat dan kasih sayangMu ke atas kami..Berikan faedah dan kebaikan ke atas semua sahabat yang mengunjungi blog ini, kuatkan ikatan persahabatan dan ukhuwah kami dalam keberkatan Mu, murahkan rezeki kami, permudahkan lah semua urusan kami, kabulkan lah semua permohonan kami, panjangkan usia kami agar kami dapat beribadat kepada Mu dan hidupkanlah dan matikan lah kami dalam cahaya keimanan dan keredhaan Mu...amin...ya rabbalalamin...

Montage Group Intifada

Rabu, 28 September 2011

PENYUSUAN SUSU IBU PART 1

Salam sayang semua...berikut ummi nak share tentang satu artikel yang sgt bagus mengenai susu ibu...


Susuibu cair?

Pendapat mengatakan susu perahan yang cair merupakan petanda susu semakin berkurangan adalah tidak benar sama sekali. Hakikatnya, susu ibu tidak sama dengan susu formula. Susu ibu memang kelihatan agak cair. Namun, tidak bermakna susu yang cair itu tidak baik. Sebenarnya, ia cukup sempurna!

Jika mengepam payu dara untuk tempoh yang lama berbanding biasa atau dilanjutkan dengan sesi penyusuan, susu yang diperah itu kelihatan lebih pekat. Sepanjang sesi penyusuan atau pengepaman berlangsung, susu akan sedikit demi sedikit berubah daripada foremilk (kelihatan cair) kepada hindmilk (lebih berlemak).



Foremilk (sblh kiri) dan hindmilk (sblh kanan)



# ummi akan sambung entry ini part 11 untuk terangkan secara jelas perbezaan foremilk dan hindmilk.


Salah satu keunikan susu ibu yang mungkin tidak diketahui ramai adalah ia berubah mengikut cuaca. Sekiranya hari panas, susu yang dihasilkan lebih cair daripada biasa supaya bayi mendapatkan lebih banyak air. Jika cuaca sejuk pula, susu menjadi lebih pekat dan berlemak berbanding biasa.

Malah, jika meninggalkan susu perahan di dalam bekas buat seketika, didapati dua lapisan terbentuk iaitu berlemak (hindmilk) dan cair (foremilk). Kandungan susu ibu adalah 88% air! Jadi, tidak hairanlah mengapa lapisan yang cair itu lebih banyak daripada yang pekat.


Ini merupakan sebab utama mengapa bayi kurang daripada enam bulan tidak perlu diberikan sebarang tambahan air. Dia hanya perlu minum susu ibu semata-mata!
Sebagai panduan untuk memastikan bayi membesar dengan normal, purata pertambahan berat badan bagi bayi yang menyusu secara esklusif dalam tempoh 0 hingga 4 bulan adalah 142g hingga 198g seminggu.


Secara amnya, bayi yang menyusu susu ibu akan menggandakan berat badannya ketika lahir setelah mencecah 3 atau 4 bulan. Apabila mencecah 1 tahun, berat badannya adalah 2.5 atau 3 kali berat ketika lahir.


Kajian (Kent 2006) ke atas ibu dan bayi(1-6 bulan) yang mengamalkan penyusuan susu ibu di Australia mendapati:

28% bayi menyusu dari sebelah payudara untuk setiap sesi penyusuan.

14% bayi menyusu dari kedua-dua belah payudara untuk setiap sesi penyusuan.
58% bayi menyusu sama ada dari sebelah payudara untuk setiap sesi penyusuan.
Kebanyakkan bayi bangun malam untuk menyusu sehingga 6 bulan.
Purata jumlah sesi penyusuan dalam sehari adalah 6-18 kali.
Jumlah susu yang diminum untuk setiap sesi penyusuan adalah dalam lingkungan 30-135 ml (1-4.6 oz)
Ibu yang menyusukan secara esklusif menghasilkan susu antara 500-1350 ml (17 oz – 44 oz sehari)
Pengambilan susu harian bayi yang menyusu susu ibu tidak berubah dan stablil dari 1 hingga 6 bulan(Kesemua fakta yang disenaraikan dianggap normal untuk bayi yang menyusu badan).
Ibu yang bekerja mungkin menghadapi masalah untuk mengepam dengan lebih efektif dan sukar mendapatkan milk ejection reflex.

Faktor kurang masa atau tempat yang tidak sesuai serta terbuka menyebabkan ibu sukar bertenang ketika mengepam.

Jika tidak berupaya mengumpul susu perahan yang mencukupi ketika bekerja, pam di waktu lain sebagai tambahan kepada sesi pengepaman yang dilakukan di waktu pejabat.
Jangan sesekali mengenepikan sesi penyusuan terus kepada bayi.
Kebanyakan ibu menyusukan mendapati lebih mudah untuk mengepam di waktu pagi ketika susu masih banyak.


Pam sama ada sejam sebelum menyusukan bayi atau sejam selepas menyusukan bayi untuk sesi penyusuannya yang pertama untuk hari itu.


Pilihan pengepaman lain yang boleh dicuba ialah pam terlebih dahulu kemudian terus susukan bayi atau pam sebelah payudara sambil menyusukan bayi menggunakan sebelam payu dara lagi (tandem nursing)


Memerah menggunakan tangan (marmet) selepas sesi penyusuan turut membantu mengosongkan payu dara dengan lebih baik.Dalam memastikan bekalan susu berkekalan, susukan bayi atau pam sekerap yang boleh. Apabila berada di rumah, susukan bayi dengan kerap di waktu malam. Semoga berjaya!


credit : sayamahusihat.com



Oh ya, bagi membantu semua ibu2 di luar sana yang menyusukan anak, ummi turut menyediakan set penyusuan ibu yang sesuai digunakan bagi memastikan badan si ibu sihat, cergas, aktif dan ceria bagi memastikan susu yang di hasilkan akan lebih lancar dan sempurna...



Gabungan kesemua supplement ini sgt bagus untuk ibu yang menyusukan anak malahan telah ramai yang mengakuinya!!!
Set ini sesuai diambil oleh ibu-ibu yang sangat inginkan perubahan dalam penghasilan susu mereka. Dan bagi mereka yang baru ingin mencuba, kami turut menyediakan set euphoria trial pack  pada harga serendah RM 80 berserta free postage dan free gift serta pamphlet dan "Tips eksklusif untuk memperbanyakkan susu"(hanya untuk pelanggan blog ini sahaja)...



Berminat???Sila sms ummi di 012-3975808 atau email ummi di nadeeyya_kk@yahoo.com...


Salam sayang dan ukhuwah,
Kak Nadia..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jom friend dgn kami di Facebook!!

Menyokong Penyusuan Susu Ibu

Menyokong Penyusuan Susu Ibu

Terima kasih kerana singgah....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails