Haaaa...inilah vitamin yang ummi maksudkan...VITAMIN E ni sebenarnya sangat penting kepada Lelaki mahupun Wanita...
Sekilas Fakta: Vitamin E ialah salah satu antioksidan yang penting dalam pencegahan kanser dan penyakit kardiovaskular. Berdasarkan kajian,vitamin E telah menunjukkan kesan pencegahan kepada lebih kurang 80 jenis penyakit. Ianya larut lemak yang disimpan di dalam organ tubuh seperti hati, jantung, kelenjar pituitari, testis, uterus, darah dan otot.
Namun, yang menariknya vitamin E ini ialah, 60-70% darinya akan disingkirkan dari tubuh setiap hari (tidak semua disimpan dalam badan) dan ia tidak menjadi toksik seperti vitamin A.Vitamin E dikira dalam unit IU (international units) yakni 1 IU bersamaan 1mg. Vitamin E terdiri dari 8 komponen dalam 2 kelas utama : tocopherols dan tocotrinols yang terdiri dari komponen2, alpha, beta, gamma dan delta. Vitamin E yang lengkap sepatutnya mengandungi kesemua 8 komponen tersebut. Alpha tocopherols adalah komponen yang paling aktif, malah IU dikira berdasarla alpha-tocopherols.
Satu kajian yang dijalankan oleh National Cancer Institute pada tahun 1998 mendapati bahawa pengambilan vitamin E dalam jangka masa panjang dapat mengurangkan risiko kanser prostat di kalangan penghisap rokok.(Haaa...sape isap rokok...meh try!!!)
Khasiat Vitamin E :
1) Menjadikan anda tampak lebih muda dengan membantutkan penuaan sel yang disebabkan oleh radikal bebas.
2) Memperbaiki peredaran darah,utk memperbaiki tisu, dan sangat berguna dalam rawatan "premenstrual syndrome" dan penyakit fibrocystic payudara
3) Melindungi paru2 dari pencemaran udara.
4) Ia memelihara pembekuan darah yang normal dan penyembuhan, mengurangkan parut, mengurangkan tekanan darah, membantu dalam pencegahan penyakit katarak, meningkatkan prestasi atlit, dan mengendurkan otot kaki dari kekejangan.
5) Mengekalkan kesihatan saraf dan otot dan di masa yang sama menguatkan dinding kapilari.
6) Vitamin E menggalakkan kulit dan rambut menjadi sihat, dan membantu mencegah anemia dan "retrolental fibroplasia", sejenis gejala mata yang boleh menjangkiti bayi pramatang.
7) Mengurangkan risiko Alzheimer (nyanyuk).
8) Mengurangkan risiko keguguran bagi wanita hamil.
9) Merendahkan kadar kolesterol.
10) Membantu mencegah kanser.
11) Vitamin E boleh meningkatkan pengeluaran air mani pada sesetengah lelaki.
So, kenapa Vitamin E ni ummi katakan Vitamin "Cinta"???
Vitamin E juga dikenali sebagai ‘vitamin cinta’ kerana ia boleh membantu dalam perhubungan suami isteri. Malah wanita hamil, menyusukan anak, mengambil sebarang pil hormon dan melalui fasa menopous memerlukan vitamin E.
Sumber makanan Vitamin E:
minyak sayuran, sayuran berdaun hijau gelap, kacang, biji-bijian , dan semua bijirin. Beras perang, makanan daripada jagung, telur, rumpai laut, hati yang dikeringkan, susu, oat, daging organ , kacang soya, ubi kentang, selada air, dan gandum
Kekurangan vitamin E boleh menyebabkan: Mudah radang,penuaan kulit sebelum masa,rambut gugur dan anemia.
Source : Blog Chery
Malahan, baru2 ini, anak ummi, Syasya terhantuk di bucu kerusi dan bibirnya pecah...banyak sgt darah yang keluar dan ummi PANIKK...nasib baik otak cepat mengingatkan keistimewaan Vitamin E dan ummi cepat2 sapukan ke bibir yang terkoyak sedikit tu...selang beberapa jam, darah berhenti dan luka tersebut nampak mula kering...dan ummi tanya pada Syasya..."Kakak, bibir kakak sakit lagi tak"..."Dah baik dah ummi, kan ummi dah sapu ubat.." Ish ish ish...ubat katanya...Dan yang paling penting, luka tu tak menyebabkan syasya takut nak makan (iyelah kan takut pedih)...Sayangnya ummi terlupa nak ambil gambar...so, tak leh nak tunjukkan...
Kebetulan tgh merayau2 blog kwn2 satu group Euphoria, ternampak pulak testimoni Si Laila ni ttg anaknya yang hampir serupa dgn kisah syasya...Dan ianya bergambar...so, ini ummi copy dari Blog Laila...
...................semasa check out nak ke Kaki gunung, si kecil aktif Iman Iqbal terjatuh tersembam dilantai - bibirnya luka terkoyak sedikit. Kesian, masa tu darah keluar agak byk... Alhamdulillah tak panik, lepas lap, saya amik 1 capsul Vitamin E - pecahkan dan letakkan ditempat luka. kalau sebelum ni saya dengar cerita kawan2 je, letak ditempat luka anak2 - terhantuk kepala bucu, ter hantuk mata, ketuat kering, dll. Alhamdulillah memang nampak kesan Vitamin E.
_____________________________________________________
Bibir luka - lepas lap darah
selepas 24 jam
Selepas 2 hari.
Bibir luka - lepas lap darah
selepas 24 jam
Selepas 2 hari.
Vitamin E membantu mempercepat proses baik luka - lepas ni insyaAllah ibu akan pastikan antara barang yang MESTi ada dalam handbeg ketika berjalan dengan anak2.
Bestkan Vitamin E ni...sape2 berminat boleh sms ummi di 0123975808 atau email ummi di nadeeyya_kk@yahoo.com atau add ummi di face book (Nadia Khamis)...
Salam sayang dan ukhuwah,
Kak Nadia
ID No Shaklee 830027
Tiada ulasan:
Catat Ulasan