Buat putri - putri kesayanganku....

Blog ini adalah khusus mengenai sharing saya dan customer2 saya yang menggunakan produk Shaklee, kisah penyusuan saya sebagai EP MOM selama 2 tahun setengah, semua memori hidupku,semua kegembiraanku, kedukaanku,obsess ku dalam menghayati erti penyusuan,kebanggaan ku mengenai anak2 ku tersayang (Syasya Dan Qistyna) dan buat semua insan-insan di luar sana yang ingin berkongsi pengalamanku...Semoga setitik dakwat mampu membuat sejuta manusia berfikir tentangnya...


Sahabat2 kesayangan ummi

Doa (Ya Allah...Kabulkan Doa Kami)..

Bismillahirahmanirrahim...Ya Rahman Ya Rahim Ya Allah..Kurniakan rahmat dan kasih sayangMu ke atas kami..Berikan faedah dan kebaikan ke atas semua sahabat yang mengunjungi blog ini, kuatkan ikatan persahabatan dan ukhuwah kami dalam keberkatan Mu, murahkan rezeki kami, permudahkan lah semua urusan kami, kabulkan lah semua permohonan kami, panjangkan usia kami agar kami dapat beribadat kepada Mu dan hidupkanlah dan matikan lah kami dalam cahaya keimanan dan keredhaan Mu...amin...ya rabbalalamin...

Montage Group Intifada

Sabtu, 31 Disember 2011

Review 2011 dan Welcome 2012!!!

Salam sayang semua...alhamdulillah, Tahun Baru 2012 menjengah ..Syukur ke hadrat ilahi kerana ummi sekeluarga terus di kurniakan kesihatan dan di panjang usia untuk terus beribadah dan penambahbaikan diri ke arah yang lebih baik...


Sebaik sahaja tepat jam 12 tengah malam, di tengah2 hiruk pikuk orang ramai dan bunga api yang berdentam dentum di sana sini...kebetulan, buat pertama kalinya kerana ingin melihat kebenaran yang terpampang di dada2 akhbar dan televisyen ttg kemeriahan sambutan tahun baru, ummi dan keluarga turut bersantai di dalam kereta menyaksikan gelagat dan aksi orang ramai menyambut tahun baru...di situ, buat kesekian kalinya,kami sama2 menadah tangan dan berdoa ke hadrat ilahi agar di kurniakan iman yang tetap, islam yang bukan sekadar nama, keluarga yang mawaddah, anak2 yang soleh dan solehah dan rezeki yang melimpah ruah agar kami mampu mengeluarkan sebahagian darinya kejalan ilahi...Doa kami di aminkan oleh puteri2 kami yang mungkin masih belum begitu mengerti ttg apa yang tersirat di sebaliknya...


Puas menerawang melihat2 kemeriahan yg di katakan hebat sambutan Tahun Baru dari dalam kereta...hampir menitik air mata ummi melihat gelagat anak2 muda yang berpeleseran tanpa mengira jantina, merempit seolah2 mereka lah Raja Jalan dan si ibu yang turut mengheret anak2 kecil di tengah2 malam semata2 utk menyaksikan kemeriahan sambutan tahun baru walhal anak kecil itu masih belum mengerti apa2...dan si suami atau bapa yang sekali sekala menoleh lebih 2 kali apabila di persembahkan dengan tayangan liuk lentuk anak2 dara yang memakai pakaian yg tak serupa pakaian...hati ummi rasa hiba melihat hampir 95% daripada mereka merupakan ORANG ISLAM!!!Lantas terfikir ummi, bagaimanakah agaknya nasib keadaan semasa anak2 dara ummi besar nanti...jika semua ini terus berleluasa, apakah nilai2 sejati seorang islam itu masih boleh di pertahankan...dan yang lebih mengerikan, apakah kehilangan dara akan menjadi satu tredmark di kalangan muda mudi kelak akibat sambutan yang di katakan sangat hebat ini tanpa mengambil kira halal dan haram percampuran lelaki dan wanita yang bukan mahram???...Nauzubillahiminzalik!!!


Dalam kesayuan melihat situasi sebenar tersebut (selalu ummi baca je dlm paper atau tgk tv), sedarlah ummi, dan benar lah ayat al quran yang menyatakan bahawa "Anak2 di lahirkan dalam keadaan putih bersih tetapi ibu bapalah yang mencorakkannya..."Lalu, apakah corak yang ingin di lakar agar kemodenan dan kepesatan zaman tidak mengubah hala tuju anak2 ummi dalam kekal menjadi wanita solehah???


Asyik melayan perasaan dan muhasabah diri, ummi tidak sedar rupanya air mata yang tidak putus2 mengalir dari pipi di seka oleh buah hati sulung ummi, Syasya...malahan si adik yang baru berusia 2 tahun juga turut memeluk erat ummi seakan2 faham apa yg di tangiskan...

Dalam bergenang air mata, syasya bertanya " Ummi...sape yang buat ummi???Kenapa ummi ghiyau(menangis)???


Lantas ummi tunjuk gelagat beberapa muda mudi lelaki dan perempuan yang berhampiran dengan kereta kami..."Kakak, ummi sedih melihat kakak2 dan abang2 ni...sepatutnya depa ada kat rumah bersama2 ummi dan abah depa tapii  entah lahhhh.." (ummi tahu anak ummi masih blm faham di usia 5 tahun)


" Ummi, agaknya kakak dgn abang2 ni ketegaq...tak mu dgq cakap ummi dgn abah...cikgu kakak cakap, allah marah anak yang tak dengar cakap ummi dgn abah...nanti masuk neraka...Ummi, kakak janji, kakak dengar cakap ummi ye...kakak tak nak ummi nangis sbb nanti kakak pun sedih jugak"...


Alangkah!!!..alangkah sejuk rasa hati ummi mendengar seorang anak berusia 5 tahun yang masih belum mengerti ranjau kehidupan berkata sedemikian...mudah2an allah terus melembutkan hati mu sayang utk terus mengekalkan nilai2 wanita solehah dalam dirimu...


Ummi tatap dalam2 mata anak2 ummi..."Kakak, kenapa kakak sayang ummi???


" Kakak sayang ummi sebab ummi sayang kakak laaa...ummi jaga kakak baik2...kakak saaaaayannggg ummi dgn abah"hmmm..mudah2an satu hari nanti anak2 ummi turut sayang dan cintakan allah seperti mana allah sayangkan mereka..."


"Ya Allah!!!Berikan kesihatan yang berpanjangan buat diriku, suamiku dan anak2 ku...Janganlah kau uji aku dan keluarga ku dengan musibah yang tak mampu kami harungi...Aminnnn...


Sedikit tentang kesihatan...antara kasih sayang ummi yang tidak berbelah bahagi buat anak2 ummi, maka ummi tidak akan sekali2 lokek untuk menyediakan makanan kesihatan kalian setiap bulan demi mempertingkatkan taraf kesihatan anak2 ummi...(takkan berdoa sahaja tanpa usaha kan!!!)...


Utk perkembangan & kecerdasan otak anak2


Selaku multivitamin - sumber ketahanan badan
Buah hati kesayangan ummi
Bagi ummi, memelihara kesihatan adalah lbh baik dari merawat penyakit...mengapa harus tunggu hingga terdesak barulah terngadah...prevention is better than cure...Dan kerana ummi sangat sayangkan anak2 ummi, ummi ingin pastikan kalian kekal sihat dan membesar dengan sempurna...Sesungguhnya, ummi hanya berusaha dan selebihnya Allah Taala sahaja yang menentukan.

Nantilah ummi kongsikan pula supplement2 yg ummi sendiri amalkan dan suami ummi amalkan...Anyway, SELAMAT TAHUN BARU DAN SEMOGA TAHUN 2012 INI ADALAH TAHUN YANG LEBIH BAIK DR SEBELUMNYA...


Salam sayang dan ukhuwah,
Kak Nadia
012-3975808
nadeeyya_kk@yahoo.com

Berapa oz harus di letakkan di nursery????

Salam sayang semua...agak lama rasanya ummi tidak berkongsi dengan kalian pengalaman ummi sebagai EP MOM (Exclusive Pumping Mother)...so, insya allah rutin ini akan kembali menghiasi blog kesayangan ummi ni...


Baru2 ini ummi menerima beberapa email dari ibu2 baru yang menyusukan anak dan bekerja...Terlebih dahulu, ummi ucapkan welcome to the club dan tahniah kerana anda memilih untuk menyusukan anak...Ummi sangat2 tabik pada ibu2 terutamanya yang masih muda tetapi mempunyai keazaman yang tinggi untuk memberikan yang terbaik buat anak kesayangan kalian...syabas ummi ucapkan!!!

Susu Ibu Yang Di Perah (EBM) - Express Breast Milk
Berbalik kepada email2 yang ummi terima antara lain ramai ibu2 baru yang bertanyakan tentang bagaimana ummi memastikan jumlah susu badan yang harus di tinggalkan di nursery atau rumah pengasuh semasa kita bekerja...kerana kelazimannya semasa si ibu dalam tempoh cuti bersalin, kebanyakan dari mereka ini akan memberikan susu secara direct feeding dan bukan menggunakan botol..Oleh itu, ketidakpastian tentang jumlah keperluan susu ke atas anak sehari2 tidak pernah di sukat...


So, berdasarkan pengalaman ummi sendiri, inilah antara perkara2 yang ummi lakukan:-


1) Seminggu sebelum masuk kerja, ummi akan mula menghantar anak ummi ke nursery bagi memastikan anak ummi membiasakan diri dengan tempat tersebut dan pengasuhnya. Dalam tempoh ini, sekiranya berlaku sebarang masalah, pihak nursery atau pengasuh lebih mudah untuk merujuk kepada ummi kerana ummi berada hampir dan free.


2) Buat permulaan, ummi akan sediakan sebanyak 21 oz susu untuk sehari. Dalam setiap botol ummi akan masukkan sebanyak 3 oz  bersamaan 7 botol kecil susu. (ummi suka gunakan botol 2 oz pada mulanya).


3) Untuk memudahkan nursery @ pengasuh, sediakan warmer supaya suhu susu lebih menyamai suhu badan manusia.


4) Setiap botol susu tersebut, susun mengikut tarikh dan untuk memudahkan pengasuh, labelkan di atas tutup setiap botol dengan nombor...cth Botol (1) adalah tarikh yang paling lama.(Dekat nursery, bukan anak kita sahaja yang di jaga, so mudahkan pengasuh). Mengapa ummi melakukan begini???Kerana pernah berlaku insiden, ketika ummi mengambil kembali anak ummi, balance susu tinggal 1 botol. Bila ummi belek2 tarikhnya adalah tarikh yang paling lama. Bermakna, adakalanya apabila anak kita menangis, pengasuh akan segera memanaskan susu, Apabila keadaan kelam kabut atau perlu cepat, pengasuh takkan sempat nak belek tarikh2 tu)..so, lebih baik kita mudahkan kerja dia...


5) Letakkan semua susu perahan dalam satu cooler bag beserta ice pack yg mencukupi kerana tidak semua nursery terdapat peti ais dan takut2 berlaku peti ais rosak. Pesan dengan nursery@pengasuh, jangan sekali2 keluarkan susu perahan dari cooler bag dan ice pack kerana suhunya akan berubah dan mungkin mengakibatkan susu tersebut mudah basi.(keluarkan apabila hendak digunakan sahaja)-


6) Pesan dengan nursery@ pengasuh, sebelum memberikan anak dengan susu, make sure pengasuh menitikkan sedikit susu di belakang tapak tangan bagi mengelakkan kepanasan melampau atau susu masih sejuk (botol ke yang suam2).


7) Pesan dengan nursery, jangan amalkan pemberian susu setiap kali anak menangis kerana bukan semua bayi menangis kerana lapar susu. Make sure bukan kerana kembung (jarang berlaku pd ibu yg menggunakan susu ibu), mengantuk dsbnya.


So, daripada semua step2 di atas, dalam tempoh seminggu sebelum mula bekerja tersebut, kita boleh melihat, berapakah jumlah susu yang bayi kita perlukan. Malahan tempoh masa tersebut juga adalah penting kerana pengendalian susu ibu agak rumit dan kebanyakan nursery @ pengasuh jarang di dedahkan dengan keadaan berikut. Oleh itu, kita harus memudahkan pengasuh @ nursery bagi memastikan susu badan (EBM) yang kita tinggalkan buat si kecil di gunakan mengikut cara dan prosedur yang betul dan anak kita kekal mendapat khasiat daripada susu ibu semasa kita bekerja..


SELAMAT MENCUBA!!!Bagi mana2 ibu yang memerlukan bantuan dan pandangan peribadi ummi mengenai pengalaman ummi menyusukan anak atau ingin bertanyakan tentang sebarang vitamin, sila sms ummi di 0123975808 atau email ummi di nadeeyya_kk@yahoo.com.


Salam sayang dan ukhuwah,
Kak Nadia





Isnin, 26 Disember 2011

Sape kata anak tak rapat kalau anda seorang EP MOM???

Salam sayang semua...semalam, seorang sahabat ummi bersembang dgn ummi dalam fb...lama tak dengar khabar katanya...biasalah, kalau bercerita, mesti bab anak menjadi antara topik utama...so, inilah antara perbualan ummi dengan sahabat ummi tu...


Kawan : Nadia, aku dengar ko susukan anak ko sampai 2 tahun betul ke???
Ummi : Hmmm...alhamdulillah, yang kecil ni la sampai 2 tahun, yang sulung setakat 6 bulan je...
Kawan : Tu la, ko bagi anak ko minum susu guna botol, nape tak direct feeding???
Ummi : Nak buat camna takde rezeki...tapi guna kaedah pumping pun syukur alhamdulillah berjaya juga...
Kawan : Oh ye ke...tapi kan aku pernah dengar orang cakap, anak ni kalau direct feeding, dia lagi rapat dgn maknya, pastu lebih mendengar cakap berbanding yang tak direct feeding...
Ummi : Haik...mana lak ko dapat fakta mengarut ni???
Kawan : Tak la...aku dengar org cakap la...betul ke???Satu lagi mcmana ko boleh maintain bg susu sampai 2 tahun???Kan ko pam je...org tua2 kata kalau guna pam ni susu cepat kering...mcmana ko buat???Ko ada makan apa2 ke bg susu maintain???
Ummi : (Senyum je dalam hati)...


Hmmm...pasti kalau kalian tgk tajuk di atas tertanya2 kan...apa dia EP MOM???(Kalau yg dah tau, ok la tu, hehehe)...EP MOM ni adalah Ibu yang menyusukan anak hanya melalui kaedah pumping method...Atau ringkasnya Exclusive Pumping Mother...(mcm tajuk blog ni sesuai dgn title ummi sebagai EP MOM)...


Sejujurnya statement yang sahabat ummi berikan tu dah lama ummi dengar...cuma malas ummi nak ulas...memang ummi tak nafikan, betapa bertuahnya ibu yang dapat menyusukan anak secara langsung, sambil merenung mata anak dan memeluk erat di kecil dalam dakapan...tetapi, harus ummi ingatkan, EP MOM juga tidak terkecuali...malahan susu yang di berikan juga datangnya dari aliran susu badan si ibu...malahan, pemberian itu juga adalah berasaskan kasih sayang dan semasa memberikan susu tersebut, ummi juga memeluk erat anak ummi...yang membezakan cuma anak ummi minum melalui botol tetapi susu di dalam botol tersebut tetap adalah SUSU IBU!!!TIADA BEZANYA!!


Malahan ummi tidak langsung merasakan kekurangan kasih sayang dan anak2 ummi memang rapat dan manja dengan ummi...malahan, di dalam kereta, jika ummi duduk di seat depan, anak kecil ummi merengek2 nak duduk depan...ummi ingatkan sbb anak2 memang suka duduk depan...senang nak nampak keliling...so, pernah sekali ummi saja duduk belakang...so, ummi letak anak kecil ummi di sebelah abahnya...tetap juga dia ke belakang mencari ummi...bila ummi tanya, nape adik tak nak duk depan??? "Ayang ummi, nak duk ngan ummi..." (anak ummi pelat lg, so ayatnya memang agak terhad)...sambil cakap sambil bertalu2 cium kedua2 pipi ummi...


Malahan, kalau kakaknya cuba nak peluk atau sayang ummi depan adik, berebut2 dia panjat kerusi nak sayang juga...so, takde istilah ye kalau EP MOM anak tak rapat atau sayang kita...fakta yang tak leh di terima...hehehe...


Rahsia ummi sebagai EP MOM berjaya menyusukan anak selama 2 tahun???Biarlah rahsia...hehehe...hmmm, tak la...kebetulan ummi sedang dalam penulisan satu buku yang ummi nak share dgn kalian tentang pengalaman indah bagaimana ummi melalui 2 tahun penuh yang terlalu banyak cabaran dan dugaan tambahan pula sebagai EP MOM...tolong doakan ummi semoga penulisan ini berhasil ye...


Apapun, nasihat ummi, jangan sekali2 berputus asa apabila anda tidak berjaya menyusukan anak secara direct feeding kerana insya allah, berkat ketabahan dan azam yang kuat dan cekal, kalian juga pasti mampu mengharungi pengalaman indah dalam menyusukan anak...Teruskan misi penyusuan anda dan ummi doakan anda juga akan berjaya melalui fasa2 indah tersebut...


Antara susu badan yg di pam

anak2 ummi


kakak dan adik
kakak (kiri) si tenit yg minum susu ibu sahaja (kanan)

Salam sayang dan ukhuwah,
Kak Nadia
nadeeyya_kk@yahoo.com
012-3975808
add to fb (Nadia Khamis)

Selasa, 20 Disember 2011

Jalan Penyelesaian Bagi Masalah Sendi...

Salam sayang semua...dalam lebih kurang seminggu yang lepas, ummi telah berjumpa dengan upline kesayangan ummi, N..kebetulan beliau datang bercuti sekeluarga ke Penang, so ummi tak lepaskan peluang untuk berjumpa dan mengambil ilmu2 kejayaannya...(Thanks N for ur sharing)...sempat juga semasa itu, ummi utarakan masalah yang di hadapi oleh kakak sulung ummi yang menghadapi masalah arthritis (masalah radang sendi)...paling N tekankan ialah 'kewajipan mengambil omega utk masalah sendi ni' selain dr pengamalan ostematrix (kalsium magnesium)...


Kebetulan, malam tu, ummi tergelunsur (eh,betul ke ayat ummi ni) semasa mandikan anak...tulang yg berhampiran lutut berbunyi kuat...akibatnya rasa sgt2 sakit...masa tu ummi ingat lutut ummi patah dah (dah la ummi ni 'cute' orangnya)...tapi, kalau patah mestilah langsung tak leh jalan...so, bangun pagi tu, memang sakit sesangat la sampai nak solat pun susah nak bersila...


Teringat pesanan N hari tu, so, lepas ambil breakfast ummi tambahkan pengambilan vitamin...jika sebelum ni ummi hanya ambil vitalea dan b compleks tapi pagi tersebut ummi tambah pengambilan Omega sebanyak 3 biji...dan semestinya intake water (air kosong) juga ummi upkan dr 3 liter kepada lebih dr itu...malahan ummi bawa bersama bancuhan Performance Drink untuk recover intake water ummi...


Selang seminggu ummi tambahkan pengambilan Omega sebanyak 3 biji setiap hari, ummi tersedar bahawa sakit di bahagian joint lutut ummi berkurangan...kalau sebelum ni ummi akan terhincut2 berjalan dan adakala bila aircond dalam kereta agak kuat, bahagian tersebut akan mula rasa berdenyut2...tetapi, rasa tersebut mula berkurangan (serius ni), walaupun masih belum sembuh sepenuhnya...ummi percaya, jika setiap suatu usaha yang kita ambil utk penambahbaikan diri kita diiringi dengan doa yg berterusan dr allah, insyaallah allah pasti mendengar doa hambanya...


Berdasarkan pengalaman ini, ummi semakin yakin bahawa sesiapa yang ada masalah sendi atau radang sendi (arthritis), maka inilah jalan keluar yang boleh di cuba..ummi percaya ramai ibu2, kakak2 atau saudara mara kita di luar sana turut menghadapi masalah yang sama, tetapi bergantung dengan ubat tahan sakit semata2 tetapi maybe ada jalan keluar yang lebih natural...So, inilah supplement yang ummi rasakan sangat2 sesuai bagi mereka yang menghadapi masalah sendi :-
Gambar ihsan dr :
 
1) Ostematrix - Sekilas fakta mengenai ostematrix:-

a) Membantu mengekalkan tekanan darah yang normal*
b) Membantu dalam pengecutan otot dan pelancaran saraf*
c) Menolong mengurangkan simptom-simptom senggugut seperti  

perut kembung, kekejangan, retensi air, mudah meradang dan kemurungan.*
d) Membina tulang dan gigi yang kuat
e) Mengurangkan risiko osteoporosis



2) Omega Guard - Sekilas fakta mengenai Omega (Minyak Ikan):-


Orang Eskimo jarang mengalami artritis reumatoid kerana mereka banyak makan ikan. Orang Jepun juga mengamalkan diet yang mengutamakan ikan. Itu sebabnya kes artritis (sakit sendi) di dua negara itu jauh lebih rendah berbanding negara lain.

Kajian menunjukkan bagi pesakit yang mengalami artritis reumatoid ringan, pengambilan minyak ikan kod boleh mengurangkan keperluan ubat anti-keradangan bukan steroid (NSAIDs).


Minyak ikan kod yang kaya dengan asid lemak Omega-3 penting untuk orang dewasa yang mengalami artritis dan masalah lain yang berkaitan tulang. Penggunaan asid lemak Omega-3 boleh mengurangkan pengeluaran bahan kimia yang menyebabkan keradangan sendi.


Bagi pesakit arthritis, keradangan adalah seperti pisau bercerancang kerana enzim boleh menyebabkan masalah serius. Keadaan ini berbeza pada orang sihat kerana enzim tidak aktif. Di samping mengurangkan pengeluaran bahan kimia yang menyebabkan keradangan, asid lemak Omega-3 boleh merendahkan risiko kerosakan rawan.



Artritis reumatoid adalah penyakit sistem imun yang menyakitkan, menyebabkan pesakit berasa tidak selesa dan mengalami bengkak pada sendi, saraf, otot, tendon, pembuluh darah dan tisu perantara di dalam badan.

Artritis reumatoid boleh menyerang individu tanpa mengira peringkat umur, tetapi kebanyakannya membabitkan kumpulan usia antara 25 hingga 40 tahun. Ratusan ribu penduduk di United Kingdom, termasuk kanak-kanak, mengalami masalah ini.


 3) Performance Drink - Sekilas fakta mengenai PD:-


Pesakit sendi atau radang sendi seharusnya mengamalkan pengambilan air yang banyak bagi memastikan cecair dan bendalir dalam badan sentiasa seimbang. Oleh itu, PD yang di datangkan dengan formula opticarb sangat2 membantu dalam memastikan kandungan gula dalam darah seimbang dan cecair dalam badan sentiasa mencukupi.


Dan bagi kalian yang memang agak sukar nak mengamalkan air pada tahap yang di kehendaki oleh tubuh badan, PD adalah jalan penyelesaiannya!!!


Anda ada masalah yang sama???Atau ibu bapa atau saudara mara yang menderita sakit sendi seperti ini???Ingin mencuba???Sila sms ummi di 0123975808 atau email ummi di nadeeyya_kk@yahoo.com...


Salam sayang dan ukhuwah,
Kak Nadia...

Sabtu, 17 Disember 2011

Kalsium Magnesium penting dlm kehidupan kita seharian!!!

Salam sayang semua...ummi masih ingat, semasa ummi mengandungkan anak sulung dan kedua ummi, ummi sering tertanya2 mengapa dlm banyak2 supplement, kalsium tidak dibekalkan kepada wanita hamil...sebagai jalan keluar, ummi cuba amalkan pengambilan susu an*u* sepanjang kehamilan, tetapi malangnya akibat pengamalan tersebut, di akhir kehamilan ummi di sahkan menghidap diabetes pula (diabetes semasa hamil)...hmmm...apa yg ummi di beritahu oleh pakar pemakanan susu tersebut turut mengandungi kandungan gula yang berlebihan(patut lah sedap!!)...


Malahan, akibat masalah kekurangan kalsium tersebut, ummi kerap mengalami kekejangan di bahagian betis dan yang lebih parah apabila sakit di bahagian pinggang semakin terasa...sebaik sahaja ummi menemukan kalsium magnesium dr shaklee, setelah mengamalkannya selama beberapa bulan, ummi baru perasan sakit belakang yang ummi alami selama ini beransur kurang...selain itu, ummi turut perasan ummi sudah jarang sgt mengalami bengkak gusi dan bonus tambahannya hasil pengamalan kalsium magnesium ini, ummi mudah untuk bangun awal pagi!!!(Mcm ada jam loceng je dlm minda...i likeeee)...


Bagi mereka yang sedang hamil, pastikan kalian mengambil kalsium yang mencukupi terutamanya sekiranya kalian menghampiri Trimester yang ketiga!!!Mengapa ummi katakan begitu???Ini kerana di peringkat akhir kehamilan ini, adalah fasa penting di mana tulang dan gigi bayi sedang membentuk.Kerana itulah terdapat kajian yang menyatakan bahawa fetus mengambil 13mg kalsium per jam dari darah si ibu...ianya adalah lebih kurang 230mg - 300mg sehari!!!!Lalu, sekiranya kalsium yang di ambil oleh si ibu kurang,di manakah agaknya kalsium ini di ambil...tentunya dr tulang si ibu sendiri...kerana itu, wanita adalah golongan yang paling mudah mengalami tulang rapuh dan kebanyakan mereka yg mengalami osteporosis terdiri daripada WANITA!!!!


Oleh itu, jika anda adalah wanita, elakkan diri anda dr masalah osteoporosis dengan pengamalan kalsium dr sekarang....dan jika anda adalah lelaki, walaupun anda tidak melahirkan anak dan menyusukan anak, ini tidak bermakna anda tidak memerlukannya kerana kalsium amat penting dalam memastikan otot dapat bekerja dengan baik manakala magnesium yang terdapat di dalam kalsium berfungsi untuk merehatkan otot2 di samping mengawal insulin dan gula dalam darah selain fungsinya yg paling kita tahu iaitu dalam menghasilkan tulang dan gigi yang kuat dan sihat...


So, ummi ingin share kan dgn kalian ttg pengalaman rakan ummi sendiri iaitu Maimun (Ibu hamil 32 minggu)...

"sekarang mmg ambil juga ostematrix. mmg sangat bagus kalau compare dengan yang sebelum ni ambil kalsium yg beli dari farmasi je. sekarang sejak amalkan ostematrix ni sy dah tak cramp kaki lg. dulu time ambil kalsium dari farmasi mmg tetap akan cramp kaki malam2 time tdo. tulang belakang tu mmg sakit jugakla (biasala time pregnant) tp kurang sikit dah sejak amal kan oste. alhamdulillah syukur sgt2. sy takleh minum susu sbb ada lactose intolerance. tiap kali minum susu mmg akan jd pengunjung toilet yg setia. hehe. mujur jumpa produk ni."


Inilah kalsium magnesium yang ummi sekeluarga amalkan selama ini iaitu Ostematrix...
Ingin mencuba???Sila hubungi ummi di 012-3975808 atau email ummi di nadeeyya_kk@yahoo.com atau pm ummi di fb (Nadia Khamis)...


Salam sayang dan ukhuwah,
Kak Nadia..

Sabtu, 10 Disember 2011

Nak awet muda dan sihat???Ini jawapannya....

Salam sayang semua...maaf sbb agak lama menyepikan diri...bebanan kerja yang bertambah dan adik ipar yang baru sahaja melansungkan pertunangan dengan pilihan hatinya Jumaat lepas membuatkan asyik2 tertangguh entry2 yang nak di tulis di blog ummi ni...


So, hari ini, ummi nak berkongsi dengan kalian satu lagi produk terbaru dan terhebat dari shaklee...sejujurnya, ummi masih belum mencuba produk ini kerana produk ini tidak boleh di amalkan oleh ibu yang menyusukan anak...insya allah, sedikit masa lagi apabila qistyna benar2 wean off, ummi pun sgt2 teringin nak mencubanya...so, apa yang ummi share ini adalah hasil dr pengalaman mereka yang telah mencuba produk ini...apakah produk yang ummi maksudkan itu????

Ya, inilah vivix...ia adalah produk terlaris dengan jualan sejuta botol sejak tahun pertama diperkenalkan di Amerika Syarikat (AS) dan Kanada.


Vivix kini menjadi perhatian pengguna di seluruh dunia disebabkan kebaikan kandungan selain melawan pelbagai jenis penyakit. Ia adalah sejenis cecair pekat berwarna merah yang terhasil daripada kandungan anggur muskat dan tumbuh-tumbuhan lain. Dengan hanya minum sesudu sehari, pengguna akan merasai perbezaannya. Minuman yang sesuai untuk lelaki dan wanita berusia 18 tahun ke atas itu juga boleh dijadikan masker pada wajah iaitu caranya dengan menyapu dan biarkan beberapa minit untuk dilihat hasilnya.

Jom kita tengok apa kata pengguna xixiv (testimonial dr Emak kepada Norita)


Mak saya mengidap kencing manis dan bila makanan tidak terkawal, bacaan kandungan gula dalam darahnya mula naik mendadak. Apabila perkara ini berlarutan, penglihatan mak menjadi kabur dan makin kabur. Mak  kata, apa yang beliau rasa adalah...matanya menjadi makin kembang dan berair. Apabila hal ini berlaku, maka mak tak boleh melihat dengan baik bertambah buruk lagi mak tidak dapat memandu.
Mak saya tak boleh makan sebarang supplement kerana ia akan menambah burukkan keadaan yang dia lalui. Mungkin disebabkan fungsi buah pinggangnya yang sedikit terjejas akibat kencing manis.
Oleh kerana itu saya hanya berikan mak saya vivix sahaja. Pada mulanya mak makan setengah sudu teh sehari tetapi kerana mak saya selesa dengan vivix, beliau mengambil 2 sudu besar sehari. Kini saya bekalkan mak saya 2 botol vivix untuk sebulan consume.Dalam masa tak sampai sebulan, penglihatan mak menjadi lebih baik. Mak rasa kedudukan matanya semakin elok dan tidak seperti sebelumnya yang mana ianya mengembang dan berair.
Alhamdulillah, mak saya boleh melihat semula ....tak perlu duduk dekat dengan tv untuk menonton seperti sebelum ini disebabkan matanya yang kabur. Penglihatan mak dah kembali sedia kala. Syukur pada ALLAH atas izinNYA jua. Pengambilan vivix banyak memberi kesan positif pada paras gula dalam darah mak saya serta penglihatannya yang kabur dulu telah pulih sedia kala.
Tiada apa yang lebih menggembirakan saya selain kesihatan mak yang baik. Duit boleh dicari...selagi ada daya usaha.



Lagi testimonial dr negara luar :



Haaa...nampak tu...teruja kan...owhhh...tak sabar2 ummi nak mencubanya lepas wean off ini...maklumlah, sekarang kan kakitangan kerajaan boleh bekerja sampai 60 tahun...haaa...at least, kalau dah sampai umo tu tapi org still panggil 'kakak' ehem ehem...kira ok la tu kan...hihihihi...


Kebetulan, bulan ini adalah bulan vivix...maksudnya ada offer yang sgt2 best ttg vivix ni...dan kebetulan pula, akhir bulan ni kan kakitangan awam dpt bonus pada 19hb Disember...dan sape2 yang nak bagi special present utk mak dan ayah kita, inilah masanya...(maklumlah org tua mmg tak nak telan pil banyak2)..so, pengambilan xivix hanya perlukan sesudu teh sehari sahaja...mudahkan...(pssstt...inilah masa anda menunjukkan keprihatinan dan tanda kasih syg anda pada ibu bapa anda...well duit boleh cari tapi mak bapa tak leh nak beli lagi...kan kan kan)


So, kalau anda berminat dan nak tau apa offer yang ummi tawarkan bulan ini, sila sms atau contact ummi di 0123975808 atau email ummi di nadeeyya_kk@yahoo.com atau pm ummi di FB ummi (Nadia Khamis)...

P/S : Vivix sesuai utk mereka yg berumur 18 tahun ke atas. Tidak sesuai bagi ibu hamil, ibu yang menyusukan anak dan kanak2 bwh umur 18 tahun. 


Salam sayang dan ukhuwah,
Kak Nadia

Selasa, 6 Disember 2011

Yang mana satu sesuai utk saya???

Salam sayang semua...actually, entry kali ini ummi tulis utk memudahkan kalian yang berhasrat memilih set brestfeeding manakah yang sesuai buat anda (sesuai dr segi keperluan, masalah penyusuan anda also sesuai dgn budget anda)...sbb hr ni ummi terima beberapa email, sms dan pm ke fb ummi bertanyakan perkara yang sama...so,adik2 ku tersayang ini ummi huraikan secara langsung set2 penyusuan yang ada dan kalian boleh pilih ikut pilihan yang sesuai ye...


ostematrix

Terlebih dahulu jika di tanya pada ummi, tentulah ummi sendiri memilih set yang paling optimum bg keperluan penyusuan ummi...Apakah set yang paling optimum bagi ibu yang menyusukan anak???
SET B + Energizing Soy Protein

Benarrr...Inilah set optimum yang ummi amalkan sepanjang menjayakan penyusuan selama 2 tahun ini sebagai Exclusive Pumping Mother (EP Mom)...dan ummi sgt2 bersyukur kerana serba sedikit set2 ini banyak membantu ummi melengkapkan pola pemakanan ummi yang kucar kacir serta memberikan tenaga tambahan buat ummi serta kesihatan yang memuaskan.

So, berbalik pada set2 penyusuan yang ummi tawarkan pada kalian, jom kita tengok...
Secara umum terdapat 4 jenis set penyusuan iaitu :-
a) SET B
b) 3 M
c) SET E
d) Eu Four Pack (Terbaru!!!)

SET B - adalah set penyusuan yang paling asas dan terdiri daripada 4 jenis vitamin asas iaitu vitalea, b compleks, vitamin c dan alfalfa.

SET E (SET B + Ostematrix) -Medium set yang terdiri drpd gabungan 4 jenis vitamin di dalam set b bersama sebotol ostematrix.

SET 3 M (SET E + ESP) - Set yang paling optimum seperti yang ummi amalkan di atas dan antara set yang paling popular di kalangan ibu menyusu.

EU FOUR PACK - Set alternatif bagi ibu2 atau baby yang alah kepada Alfalfa.

Set Yang Manakah Sesuai Buat Anda????

SET B ialah untuk ibu2 yang tidak mempunyai masalah penyusuan. Ianya lebih kepada demi memastikan badan si ibu lebih cergas dan bertenaga serta mood yang ceria bg memastikan susu yang di hasilkan lebih lancar. Juga untuk memperkayakan susu ibu dengan zat dan nutrien yang mencukupi.

Siapa yang memerlukan SET B?
Vitamin B Compleks berperanan sebagai memenuhi keperluan pertumbuhan otak dan emosi. Vitamin C di anggap sebagai Pagar Penyakit atau imunisasi booster, Vitalea pula berperanan dlm memastikan pertumbuhan dan pembesaran secara lengkap dan sempurna manakala Alfalfa bertindak seakan2 booster bagi membantu mempercepatkan penghasilan susu di samping turut membantu merawat masalah eczema sekiranya baby menghadapi masalah tersebut.

SET E pula adalah khusus buat ibu2 yang tidak dapat memastikan keperluan kalsium mencukupi dalam diet seharian mereka. Set ini adalah gabungan daripada SET B dan Ostematrix @ Kalsium Magnesium.

Siapa yang memerlukan SET E?
 Sangat2 di perlukan bagi ibu2 yang di datangi menstrual. Malahan set ini sgt2 membantu si ibu lebih cergas dan kekal bertenaga walaupun si ibu kurang tidur dan rehat. Ia juga di perlukan dalam pembentukan tulang dan gigi si kecil anda. 

SET 3 M pula adalah set yang paling lengkap bagi ibu yang menyusukan anak malahan inilah set yang paling popular di kalangan bfeeding mum. Set ini adalah gabungan SET B, Ostematrix dan ESP.

Siapa yang memerlukan SET 3 M?
 Set ini sebenarnya adalah set lengkap bg semua ibu yang menyusukan anak. Set ini sgt2 sesuai bagi ibu menghadapi masalah penyusuan, ibu yang ingin menyimpan stok susu, ibu yang mahu anaknya mudah lena waktu malam dan juga bagi ibu2 yang memulakan proses relaktasi atau induce lactation.

EUFOUR PACK ialah set yang terdiri daripada gabungan 4 jenis vitamin juga iaitu B Compleks, Vitamin C, Vitalea dan Ostematrix sebagai alternatif.

Siapa yang memerlukan EUFOUR PACK?
Set ini adalah set alternatif bagi ibu2 dan baby yang mengalami alahan kepada alfalfa seperti naik ruam, cirit birit dll masalah.

* Sila dapatkan khidmat konsultasi sebelum anda membeli mana2 set di atas. Pastikan anda benar2 faham dan mendapat maklumat yang sewajarnya sebelum membuat sebarang pembelian.

Ingin mencuba atau konsultasi? Sila sms ummi di 0123975808 atau email ummi di nadeeyya_kk@yahoo.com atau add ummi di FB (Nadia Khamis)...

Salam sayang dan ukhuwah,
Kak Nadia... 
























 



Ahad, 4 Disember 2011

Ada ke ubat kutu yang tak merbahaya pada kanak2 ???Owhhh...ummi dah jumpaaa!!!

Salam sayang semua...Hari ni ummi nak share dgn kalian satu lagi kebaikan produk shaklee...Jom baca....


Beberapa hari lepas, ummi terperasan putri sulung ummi, Syasya asyik tergaru2 kepala...bila ummi tanya, jawabnya semut gigit kepala dia...sebab tu gatal...haishhh...takkan semut kot...ummi dah agak dah...mesti kutu nihhh...berjangkit dengan sape la gamaknya...


Apalagi, ummi sikat rambut si syasya...hambikk...2 ekor kutu yang 'sihat' ummi jumpa...tanpa berlengah, ummi suruh syasya masuk bilik air sebab ummi nak kerjakan sarang kutu tu dr bermaharajalela...


Di bilik air, ummi buka box yang dlm bilik air, ummi terjumpa satu botol ubat kutu yang belum di buka...kalau tak salah adik ummi yang beli untuk anaknya tapi kenapa agaknya tak guna ek(pastu bagi kat ummi lak,huhuhu)....tengok tarikh expired ok lagi nih...ummi try tuang kat tapak tangan...bila ummi try nak bau dekat2 tiba2 ummi terasa mata ummi pedih...ishhh...baunya pun agak kuat (mcm bau ubat2an yang bau chemicalnya kuat tu)...ummi belek lagi panduan penggunaannya...terang2 dia tulis "Jauhkan dari kanak2. Jangan gunakan pada kanak2 di bawah umur 2 tahun, ibu mengandung, kulit yang pecah atau dekat mata"...hmmm...patut lah...yang lebih menakutkan...siap ada gejala yang mungkin di alami...mual, kekeliruan fikiran, kejang, peluh sejuk dan boleh membawa kepada koma...what????Koma????


Hmmm...apa nak buat nih...tak berani pulak ummi nak apply ubat ni kat anak ummi...sah2 banyak toksin...ummi yang terhidu baunya pun rasa pening...tetiba ternampak pulak botol Basic H yang memang ada kat dalam bilik air...haaaa...ideaaa...


Apa lagi, ummi basahkan rambut anak ummi, titikkan dalam 9-10 titik Basic H dan sapu rata2 ke seluruh rambut...kemudian ummi balut kepalanya dengan tuala bersih...Selang 10 minit, ummi bilas semula rambut anak ummi dan biarkan ia kering...


Esoknya, ummi sikat lagi rambut anak ummi dan tau apa jd????Ummi jumpa juga kutu2 yang terlekat pada sikat kutu tu tapi semuanya dah kering...tak bernyawa...huhuhu...lega...wahhh...berkesan juga Basic H ni untuk merawat kutu rupanya...dan yang lebih menyenangkan hati ummi sebab Basic H ni insya allah selamat, Tiada toksin, tiada peluntur, tiada enzim, tiada fosfat, dan lain2...so, secara basically, ianya juga selamat untuk kanak2...


So inilah Basic H yang ummi katakan tadi...


Basic H


Actually, banyak lagi kegunaan Basic H ni...nanti la ummi akan share kan lagi ye...Berminat???Sila sms/call ummi di 0123975808 atau email ummi di nadeeyya_kk@yahoo.com atau jom jd rakan ummi di fb (Nadia Khamis)...

Salam sayang dan ukhuwah,
Kak Nadia....

Jom friend dgn kami di Facebook!!

Menyokong Penyusuan Susu Ibu

Menyokong Penyusuan Susu Ibu

Terima kasih kerana singgah....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails