Buat putri - putri kesayanganku....

Blog ini adalah khusus mengenai sharing saya dan customer2 saya yang menggunakan produk Shaklee, kisah penyusuan saya sebagai EP MOM selama 2 tahun setengah, semua memori hidupku,semua kegembiraanku, kedukaanku,obsess ku dalam menghayati erti penyusuan,kebanggaan ku mengenai anak2 ku tersayang (Syasya Dan Qistyna) dan buat semua insan-insan di luar sana yang ingin berkongsi pengalamanku...Semoga setitik dakwat mampu membuat sejuta manusia berfikir tentangnya...


Sahabat2 kesayangan ummi

Doa (Ya Allah...Kabulkan Doa Kami)..

Bismillahirahmanirrahim...Ya Rahman Ya Rahim Ya Allah..Kurniakan rahmat dan kasih sayangMu ke atas kami..Berikan faedah dan kebaikan ke atas semua sahabat yang mengunjungi blog ini, kuatkan ikatan persahabatan dan ukhuwah kami dalam keberkatan Mu, murahkan rezeki kami, permudahkan lah semua urusan kami, kabulkan lah semua permohonan kami, panjangkan usia kami agar kami dapat beribadat kepada Mu dan hidupkanlah dan matikan lah kami dalam cahaya keimanan dan keredhaan Mu...amin...ya rabbalalamin...

Montage Group Intifada

Selasa, 13 November 2012

BAGAIMANA ANDA MEREALISASIKAN RASA SAYANG ANDA PADA KELUARGA ANDA????

Salam sayang semua...Hmmm...sebenarnya ummi ingat nak update blog semalam, tapi semalam agak kepenatan melayan adik beradik yang datang ke rumah meraikan Harijadi anak ke dua ummi, Nursyaheera Qistyna yang lebih mesra ummi panggil adik...so, dek penat sangat, lepas semua tetamu balik,langsung terlelap...hehehe...SELAMAT HARI LAHIR SAYANG...Inilah anak kecil ummi yang ummi susukan selama 2 tahun lebih dengan susu ibu....




ADIK BERSAMA KAKAK DAN SEPUPU2NYA

Kebetulan, semasa majlis hari jadi tu, ada yang ternampak vitamin2 shaklee yang tersusun rapi di satu bahagian rumah ummi...langsung ummi di ajukan pertanyaan...

"Eh, kata qistyna (adik) dah stop menyusu dah, sape lak yang ambil vitamin2 shaklee ni lagi???"

Hehehehe...Sejujurnya jawapan pertama sekali, as a distributor shaklee, tentulah ummi perlukan stok2 barangan shaklee di rumah, sebab bukan semua customer ummi yang ummi poslaju pesanan2 mereka tetapi ada juga yang lbh suka membuat temujanji dengan ummi untuk mengambil sendiri stok2 vitamin ini...Dan walaupun memang benar, ummi mengenali shaklee dan menjadi pengguna vitamin2 shaklee secara konsisten semasa ummi menyusukan anak dahulu, tetapi siapa kata Shaklee hanya untuk ibu yang menyusu? Shaklee sebenarnya mempunyai pelbagai deretan vitamin yang boleh diambil oleh mereka yang  sentiasa ingin mengekalkan kesihatan mereka , mereka yang dalam proses pemulihan dan mereka yang sedang sakit....

Kehidupan hari ini yang memaksa rata-rata pasangan yang berkahwin bekerja untuk sama-sama menyara keluarga demi untuk memenuhi segala keperluan dan kehendak semasa membuatkan adakala pengambilan makanan menjadi tidak seimbang. Ummi sendiri, adakalanya kerana terlalu sibuk, terpaksa menyatukan waktu makan pagi dengan waktu makan tengahari dalam satu waktu...

Bagi yang menyedari hakikat ini, memang telah siap sedia menyediakan ruang kewangan atau budget untuk membeli makanan tambahan sebagai makanan pencegah kepada kebarangkalian sakit yang boleh di dapati kerana tekanan kerja , cara hidup dan pengambilan makanan yang adakalanya tidak lengkap dalam sehari.

Alhamdulillah ramai ibu yang berkongsi vitamin even hanya trial pack untuk dimakan bersama suami tersayang. Benarkah suami juga perlu vitamin? Hanya seorang isteri sahaja tahu keadaan dan keperluan si suami. Jika asyik melihat suami pulang dan merungut keletihan, tiada mood bersama untuk keintiman, balik terus tidur...tiada masa kualiti bersama isteri dan anak.....maka kita dah tahu suami perlukan sesuatu. Namun jika si isteri perasan si suami jatuh sakit sehingga terlantar ke hospital baru membuka mata tentang keperluan suami....waktu itu si isteri perlu berusaha dengan lebih keras demi memastikan suaminya sihat semula.

Memang tidak dinafikan rata-rata suami tak suka makan vitamin. Atau kata lain perlu dipaksa.....tak salah, kita hidangkan beberapa biji vitamin untuk diambil selepas makan malam. Mula2 memang amik masa untuk minta suami makan....nanti lama kelamaan si suami akan dapat bezakan bila dia perlu makan dengan tidak. Percayalah......

Malahan, apabila ummi menyedari perubahan baik yang ummi dapati hasil pengambilan vitamin2 ini, ummi share kan pula dengan seluruh keluarga ummi...baik adik, abang, abah dan sepupu2 serta adik ipar ummi, turut menjadi pengguna supplement ini..kerana pengambilan pemakanan tambahan atau supplement dapat meningkatkan tahap kesihatan mereka...

Malahan ramai juga pelanggan2 yang turut berkongsi kebaikan vitamin2 ini dengan keluarga mereka...bukan sahaja lebih jimat, malahan rasa sangat puas kerana berkongsi kebaikan semua vitamin2 ini...Jom kita tengok testimoni mereka:-
 

Testimoni  1

Cepat betul vitamin saya abeh..satu family kongsi..mula2 saya paksa hubby makan skali. Dia reject tp skrg dia akui mkn vitamin badan dia rasa cergas dari biasa, mood pn makin ok..hehe pastu mama saya pn join sbb dia ngadu letih jaga anak saya. Mama try vitalea, b-complex, ostematrix dgn alfalfa..alhamdulillah dh kurang letih..adik pulak ada masalah buang air besar, dah mcm2 produk guna tak berkesan. saya suggest alfalfa, seronok dia skrg hari2 dh ble buang banding dulu seminggu 2x jer.hehe...
ps: Insya Allah ptg nnt saya transfer payment ke akaun akak.
Terima kasih yea kak..

 

Testimoni 2 

Ini pula pengakuan Hadha......
Sumber asal : Blog yoursupermom

Jalan-jalan Melbourne : Antibodi Tinggi Dengan Vitamin Shaklee

Alhamdulillah. Sudah hampir 9 bulan saya bersama Shaklee. Memang mengagumkan terutama dari aspek kesihatan saya dan Icha.

Terkini saya nak share, pengalaman baru balik bercuti di Melbourne. Perubahan cuaca dan suhu yang dialami oleh kami tiga keluarga menyebabkan 9 daripada 13 orang yang join the trip demam-demam, bermula daripada hari terakhir di sana, membawa kepada hampir seminggu di Malaysia (setelah pulang)

Cuba teka siapa yang tak demam?

Saya, hubby, Icha dan ibu saudara hubby.

Rahsianya? Pastilah Shaklee. Sebelum berangkat, saya memastikan kami sekeluarga (saya, hubby dan Icha) telah mendapat perlindungan secukupnya. Segelas Nutriferon dibancuh untuk minuman saya dan hubby. Pillbox Shaklee penuh saya isi dengan B Complex, Vitamin C, Vitalea, Zinc Complex, Alfalfa dan Ostematrix. Saya 'extra'kan B Complex dan Vitamin C sebab kedua-dua vitamin wajib.

Ibu mertua ada bertanya sebab risau pillbox saya kena tahan dengan imigresen, tapi saya buat tak tahu sebab saya tahu vitamin bukan bahan larangan (just kena declare je). Mujurlah, bekalan vitamin saya sangat membantu, malah mak sendiri tumpang makan bekalan vitamin saya sebab dia dah mula demam. Hehe. Nasib baik saya bawak extra, kalau tak mesti tak cukup vitamin-vitamin tu.

Setiba di Malaysia, cuma saya, hubby dan Icha aje yang steady. Yang lain semua dah sohseh-sohseh. Itupun hubby dah ada tanda-tanda demam (sebab masa kat Melbourne saya sorang yang konsisten makan vitamin ~ benefits Icha sekaligus!). Balik ke Teluk Intan, mak ada tanya samada kami semua sihat, kata hubby cuma saya dan Icha aje yang masih sihat. Kata emak, mereka semua kurang sihat. Hubby sendiri dah start batuk-batuk.

Yang penting, kena konsisten makan vitamin. Saya sangat bersyukur sebab Icha tak pernah demam teruk-teruk lebih daripada sehari setakat ni. Demam pun tak meragam. Antibodi Icha sekuat lengannya yang berulas-ulas tu. Saya pula terakhir demam masa bulan Ramadhan baru ni sebab main habuk di stor. Lepas tu, saya tak pernah demam.

So, jangan ngelat makan vitamin ye kawan-kawan. Bukan saja untuk sihat dan bertenaga, tapi untuk awet muda. Tudung saya mahal-mahal, so vitamin saya pun kenalah mahal-mahal juga kan? ;)



Sumber asal : Blog anakku wiraku...
 
* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Untuk maklumat lanjut sila berhubung dengan saya melalui
Email Yahoo : nadeeyya_kk@yahoo.com
Call/Whatsapp : 012-3975808


Salam sayang dan ukhuwah,
Kak Nadia 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jom friend dgn kami di Facebook!!

Menyokong Penyusuan Susu Ibu

Menyokong Penyusuan Susu Ibu

Terima kasih kerana singgah....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails