Buat putri - putri kesayanganku....

Blog ini adalah khusus mengenai sharing saya dan customer2 saya yang menggunakan produk Shaklee, kisah penyusuan saya sebagai EP MOM selama 2 tahun setengah, semua memori hidupku,semua kegembiraanku, kedukaanku,obsess ku dalam menghayati erti penyusuan,kebanggaan ku mengenai anak2 ku tersayang (Syasya Dan Qistyna) dan buat semua insan-insan di luar sana yang ingin berkongsi pengalamanku...Semoga setitik dakwat mampu membuat sejuta manusia berfikir tentangnya...


Sahabat2 kesayangan ummi

Doa (Ya Allah...Kabulkan Doa Kami)..

Bismillahirahmanirrahim...Ya Rahman Ya Rahim Ya Allah..Kurniakan rahmat dan kasih sayangMu ke atas kami..Berikan faedah dan kebaikan ke atas semua sahabat yang mengunjungi blog ini, kuatkan ikatan persahabatan dan ukhuwah kami dalam keberkatan Mu, murahkan rezeki kami, permudahkan lah semua urusan kami, kabulkan lah semua permohonan kami, panjangkan usia kami agar kami dapat beribadat kepada Mu dan hidupkanlah dan matikan lah kami dalam cahaya keimanan dan keredhaan Mu...amin...ya rabbalalamin...

Montage Group Intifada

Sabtu, 11 Februari 2012

Adakah anda benar2 tahu apa yg tubuh anda perlukan???

Salam sayang semua...pernahkah kalian terfikir apakah agaknya makanan dan minuman yang kita ambil setiap hari???Apakah kita ambil semata2 kerana memikirkan ianya sedap semata2 atau kita turut menghitung setiap zat galian dan mineral yang terkandung di dalamnya???Percayakah kalian jika ummi katakan bahawa setiap hari pola pemakanan kita tidak lengkap dan tidak memenuhi keseimbangan diet pemakanan yang di perlukan???

Mari kita renungkan contoh ini...Contoh terbaik yang paling dekat dengan kita adalah kenderaan...bayangkan kalian memiliki sebuah kereta...pasti setiap hari kita akan mengisi minyak kereta dan memastikan air kenderaan berada pada tahap yang mencukupi bagi memastikan ia dapat bergerak ke sana ke mari dengan baik. Inilah yang kita lakukan setiap hari tanpa jemu kerana tanpa kedua2nya iaitu minyak kereta dan juga air, pastikan kenderaan kita tidak akan dapat bergerak.

Cukupkah hanya dengan mengisi minyak dan air sahaja setiap hari???Ummi pasti kita semua akan menggelengkan kepala...Yang pastinya setiap 2 atau 3 bulan sekali, kenderaan kita ini akan di hantar ke bengkel untuk 'di servis'...dan ummi percaya, semakin kita malas untuk 'servis' atau menyelenggara kenderaan kita, maka semakin banyaklah kerosakan yang akan di tanggung...malahan jika peralatan yang di ganti tukar tersebut adalah 'original' ummi pasti harganya lebih mahal dr 'yang tiruan'....sedangkan jika kita menyelenggara kenderaan kita secara konsisten setiap hari, kerosakan yang berlaku kebiasaannya di tahap minima dan kosnya akan menjadi lebih murah...


Apakah agaknya kaitan antara cerita ummi tentang diri kita di atas dengan kenderaan yang kita gunakan setiap hari???Jom sama2 kita renungkan...

" Kenderaan " ummi ibaratkan seperti " Tubuh Badan Kita"...
Minyak kereta & Air ibarat Makanan Dan Minuman kita...
Service kenderaan ibarat Supplement yang kita makan
Alat Ganti Original ibarat Supplement Natural (Asli)


Clear tak???Cerita mengenai kereta tadi walaupun 2 kisah yg berbeza tetapi kondisinya hampir sama...Tubuh badan atau diri kita memang boleh berfungsi dengan baik setiap hari hanya dengan memastikan kita makan dan minum, samalah dengan kereta yg perlu diisi minyak dan air setiap hari untuk bergerak dengan baik...Memang benar, tubuh badan kita tetap akan 'sakit' satu hari nanti, samalah juga sebuah kereta tetap akan melalui kerosakan, tetapi, jika kita memastikan tubuh badan kita di lengkapi dengan segala zat galian dan mineral yg di perlukan, maka 'sakit' yang kita akan hadapi mungkin tidak terlalu 'parah' dan memerlukan kos yang tinggi untuk mengubatinya...samalah juga dengan kereta, semakin rajin kita service atau menyelenggara kereta kita dengan baik, kebiasaannya kerosakannya akan berkurangan dan kosnya akan lebih murah dr kerosakan yg teruk dan hampir di kesemua bahagian...Dan bagi memastikan ianya lebih baik lg, alat ganti original akan di gunakan dan harga lbh mahal dr yg tiruan. Samalah juga dengan supplement yg asli dan semulajadi adalah lbh baik dr supplement yang 'menyerupai' vitamin atau sintetik...Nampak tak perkaitannya???

So, mana yg kalian lbh sayang????Diri kita atau kenderaan kita???

Bagi ummi kereta boleh di beli lain tetapi tubuh badan kita tidak mungkin di beli di mana2 sekali pun...SEDANGKAN KERETA PUN KITA BOLEH SERVICE DAN JAGA DENGAN BAIK SETIAP HARI, APATAH LAGI DIRI DAN TUBUH BADAN KITA...TEPUKLAH DADA DAN TANYALAH DIRI SENDIRI...

Kerana itu, buat diri ummi dan seluruh keluarga ummi, akan ummi pastikan SEKURANG2NYA 4 jenis vitamin ini harus di ambil setiap hari supaya tubuh badan kita seolah2 di service dan di selenggara dengan baik setiap hari...

Vitamin yang ummi maksudkan ialah VITALEA @ MULTIVITAMIN, B COMPLEKS, VITAMIN C DAN OSTEMATRIX@KALSIUM MAGNESIUM...

Mengapa ummi katakan ke empat2 vitamin ini sangat2 penting???


1) Kalsium Magnesium @ Ostematrix
Kalsium antara mineral yang sangat penting dan perlu dipastikan ianya sentiasa mencukupi dalam memenuhi keperluan badan kita. Kalsium hadir dalam setiap sel dalam tubuh kita. Namun perlu kita ketahui 98% Kalsium tersimpan pada tulang. Tulang diperbuat daripada protien "scaffolding" yang digelar "collagen impregnated" dengan kalsium dan fosforus. Sewaktu mdua dan mmebesar dan terus membesar dengan padat (density) sehingga mencapai umur 30 tahun. Selepas itu, sekiranya tidak dijaga pengambilan makanan kita dan tidak mementingkan keperluan ini untuk tubuh maka tulang akan perlahan-lahan hilang 'density '
serta kekuatannya. 1% Kalsium ada pada gigi manakala 1% kalsium berada dalam darah. Nampak sangat kecil jumlahnya NAMUN PERANANNYA teramat penting. Ia membolehkan otot , urat saraf berfungsi dengan lancar dan smooth. Ia bertanggungjawab dalam nerve transmission , pergerakan otot-otot (muscle contraction), pengawalan denyutan jantung (maintenance of heart beat)
serta 'cell division'.

Sebenarnya apa fungsi kalsium?

Kalsium diperlukan untuk membina tulang dan gigi yang kuat dan ini kita belajar sejak dari bangku sekolah lagi. Kalsium mengeluarkan hormon dan enzim badan selain mengawal "muscle contraction". Kalsium juga dikataka n menstabilkan dan membantu dalam proses penyerapan oleh sel serta membantu pengeluaran tenaga.

Bagaimana badan mendapatkan kalsium?

Pertama dari dalam darah. Kedua dari pengambilan makanan harian kita. Ketiga daripada tulang. Jika ini berlaku secara berterusan tanpa gantian yang mencukupi maka kemungkinan untuk mendapat risiko osteoporosis sangat tinggi.

Apa yang terjadi apabila kurang kalsium?

Bagi seorang kanak-kanak, sekiranya kurang mendapat kalsium yang sepatutnya maka risiko untuk mendapat penyakit tulang sangat tinggi (Ricket)
Manakala bagi seorang dewasa, kekurangan kalsium boleh menyebabkan tulang menjadi lembut dan rapuh.

2) Vitalea @ Multivitamin


Dilengkapi dengan kesemua vitamin beserta zat besi. Zat besi sangat penting dalam pembentukan sel darah merah. Walaubagaimanapun multivitamin beserta formula zat besi ini tidak disarankan diambil dengan minuman susu kerana ianya akan mengurangkan efisiensi penyerapan zat besi oleh badan.

3) B Compleks


Sangat penting dalam membantu memetabolismekan karbohidrat, lemak & protein, Anti stress (sebagai penenang), Membantu meninggikan sistem pertahanan badan, menukarkan makanan(glukos) kepada tenaga dan membantu kita berfikiran positif sentiasa(mood baik..)


4) Vitamin C


Sangat penting untuk menjaga salur darah, sebagai antioksidan dan membantu meningkatkan antibodi badan. Vitamin C membantu pembentukan kolagen dengan lebih baik dan bertindak sebagai imunisasi booster.


So, mana yang anda pilih...bagi ummi, kesihatan kami sekeluarga adalah sgt penting bagi memastikan kami dapat menjalankan ibadah dengan sempurna serta menjalani kehidupan kami dengan lebih baik lagi...malahan ummi juga berpegang dengan kata2 ' Mencegah itu lbh baik dr mengubati"...Pilihan di tangan anda dan andalah yang lebih berhak menentukannya...

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.


Untuk maklumat lanjut sila berhubung dengan ummi melalui


Email : nadeeyya_kk@yahoo.com

Call/sms : 012-3975808

Salam sayang dan ukhuwah,

Kak Nadia...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jom friend dgn kami di Facebook!!

Menyokong Penyusuan Susu Ibu

Menyokong Penyusuan Susu Ibu

Terima kasih kerana singgah....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails