Buat putri - putri kesayanganku....

Blog ini adalah khusus mengenai sharing saya dan customer2 saya yang menggunakan produk Shaklee, kisah penyusuan saya sebagai EP MOM selama 2 tahun setengah, semua memori hidupku,semua kegembiraanku, kedukaanku,obsess ku dalam menghayati erti penyusuan,kebanggaan ku mengenai anak2 ku tersayang (Syasya Dan Qistyna) dan buat semua insan-insan di luar sana yang ingin berkongsi pengalamanku...Semoga setitik dakwat mampu membuat sejuta manusia berfikir tentangnya...


Sahabat2 kesayangan ummi

Doa (Ya Allah...Kabulkan Doa Kami)..

Bismillahirahmanirrahim...Ya Rahman Ya Rahim Ya Allah..Kurniakan rahmat dan kasih sayangMu ke atas kami..Berikan faedah dan kebaikan ke atas semua sahabat yang mengunjungi blog ini, kuatkan ikatan persahabatan dan ukhuwah kami dalam keberkatan Mu, murahkan rezeki kami, permudahkan lah semua urusan kami, kabulkan lah semua permohonan kami, panjangkan usia kami agar kami dapat beribadat kepada Mu dan hidupkanlah dan matikan lah kami dalam cahaya keimanan dan keredhaan Mu...amin...ya rabbalalamin...

Montage Group Intifada

Rabu, 1 Februari 2012

Bagaimana untuk menjadi seorang EP MOM yang berjaya???

Salam sayang semua...i'm back!!Agak lama ummi menyepikan diri dari berblogging rentetan kesibukan tugas2 utama ummi sebagai hamba allah, isteri, ibu dan juga pekerja...so, kebetulan hari ini tidak terlalu sibuk seperti biasa...so, ummi ambil kesempatan untuk berkongsi lagi dengan kalian cebisan detik2 indah yang ummi lalui sepanjang menyusukan anak2 ummi..Bagi yang baru pertama kali datang, selamat datang ummi ucapkan dan semoga blog ummi ini membantu ibu2 mahupun suami2 prihatin di luar sana atau siapapun jua yang memerlukannya...

Kebelakangan ini, kerap kali email ummi di terjah oleh ibu2 baru terutamanya yang memilih untuk menyusukan anak...syukur alhamdulillah nampak allah membuka mata hati lebih ramai ibu2 di luar sana untuk memilih memberikan kurniaan allah yang paling berharga buat setiap ibu iaitu SUSU IBU...malahan, ramai juga yang ingin menjadi ep mom seperti ummi...welcome buat ep mom2 di luar sana...

Kebetulan ramai juga yang bertanya kepada ummi...susahkah menjadi ep mom???Bagaimana nak menjadi ep mom yang berjaya menyusukan anak sehingga 2 tahun penuh???Apakah cabaran2 yang di lalui apabila memilih menjadi ep mom???Bagaimana nak make sure susu sentiasa tersedia cukup apabila anak memerlukannya???Hmmm...banyak sungguh soalan2 yang timbulkan...agaknya kalau ummi bukukan, mungkin boleh buat novel kan...:-)

Sejujurnya ummi harus katakan, menjadi seorang ep mom BUKAN MUDAH DAN TIDAK HARUS DI PANDANG RINGAN...TETAPI ADALAH JUGA BUKAN MUSTAHIL UNTUK SEORANG EP MOM BERJAYA SEPERTI MANA2 IBU LAIN YANG MAMPU MENYUSUKAN ANAK SELAMA 2 TAHUN PENUH...ini keyword yang harus ada apabila anda memilih untuk menjadi seorang ep mom...

Dahulu, ketika ummi membuat keputusan untuk menyusukan anak kedua ummi sepenuhnya, ummi sedar ummi akan berdepan dengan cabaran yang bukan sedikit. Malahan, bukan juga satu waktu yang singkat untuk membuat keputusan yang sangat besar ini...berkali2 juga ummi baca firman allah dalam surah al baqarah ayat 233 yang bermaksud :-

Tafsirnya: "Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap, iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu."


Berlegar2 dalam fikiran ummi, apakah intipati yang terkandung dalam ayat ini...malahan ummi lihat pula dengan nikmat yang allah berikan pada ummi dengan susu yang melimpah ruah...Haruskah ummi berhenti setakat ini sahaja hanya kerana masalah inverted nipple yang ummi hadapi????Yaaa, mungkin inilah yang allah tunjukkan...allah akan menguji keupayaan dan kesabaran hambanya setakat kemampuan kita...berkali2 juga ummi berdialog dengan diri sendiri, MAMPUKAH UMMI MENJADI PENGEPAM TEGAR dalam keadaan kerjaya ummi yang kerap turun naik mahkamah???Malahan ramai orang2 di sekeliling ummi yang kurang yakin ummi mampu menyusukan anak hanya melalui perahan semata2 apatah lagi untuk meneruskannya sehingga 2 tahun penuh...


Berbekalkan azam dan kemahuan yang sangat tinggi, ummi cuba mencabar diri sendiri dan ummi mulakan dengan mengatur satu jadual pengepaman yang harus ummi ikut..no excuse...ummi tahu, walaupun stimulate dr baby adalah cara pengosongan payudara yang paling efektif tetapi konsep asas breastfeeding itu sendiri menekankan prinsip pengosongan payudara di tahap total mampu memastikan agar susu yang di hasilkan kekal bertahan...ummi sangat percaya ttg fakta ini...malahan untuk memuaskan hati ummi, ummi google pula ke laman2 yang berkaitan penyusuan dalam dan luar negara, hampir keseluruhannya memperkatakan perkara yang sama...so, keyakinan ummi bertambah tinggi..


Oleh itu, bermula seawal 2 bulan pertama ummi mula mempraktiskan diri dengan mengepam setiap 2-3 jam...buat permulaan hasilnya hanya sekitar 3-4 oz sekali perahan...malahan, setiap kali anak ummi menghabiskan susu yang di perah, ummi akan mula memerah semula...ini bermakna sekiranya dalam sehari anak ummi minum sehingga lebih 15 kali sehari, maka 15 kali jugalah ummi akan mengepam...kadang2 lebih dr itu...penat???hmmm...lebih dr penat...tapi puas rasa hati bila melihat anak dapat menikmati hasil susu yang terbaik...

Dari situ, ummi mula sedar bahawa jika kita mengepam secara tetap dan berkala, susu yang di hasilkan akan mula meningkat perlahan2 seiring dengan pembesaran dan keperluan anak kita...ini ummi dapat lihat, dengan kadar sessi pengepaman yang teratur dan berdisiplin seperti jadual yang ummi bina untuk memastikan ummi lebih berdisiplin, hasilnya susu yang ummi hasilkan mencecah ke 8-9 oz bagi satu sessi perahan...sedarlah ummi, kebenaran prinsip asas penyusuan iaitu supply base on demand itu sangat bertepatan...ini bermakna semakin kerap kita mengosongkan payudara, semakin banyak susu akan di hasilkan...

Sungguhpun begitu, apabila ummi mula bekerja semula, dengan condition diri ummi yang mula tidak menjaga makanan dengan baik (kadang2 breakfast dan lunch di satukan)..-masa pantang ada mak mertua dgn en suami tolong jaga...hehehe, pastu, kerjaya yang sentiasa sibuk dan selalu ada di luar ofis di tambah lagi rumah ummi dan ofis sgt jauh (perlu drive sekitar 1 jam), ummi mula perasan bila suami menegur...setiap kali balik ofis, ummi akan benar2 letih...adakalanya terus tertidur atas sofa...malahan kerja2 rumah banyak yg terbengkalai...layan anak2???jauh sekali apatah lg layan keperluan suami...masa tu ummi berfikir semula...takkan la sebab aku memilih untuk breastfeed anak, so aku harus korbankan masa dengan family...masa ini lah ummi merasakan ada sesuatu yang harus ' di repair'...Ini tidak boleh di biarkan berterusan...

Dari situlah ummi mula mengenali shaklee...satu supplement yg natural...sangat2 semulajadi...malahan di dalam setiap botol tiada langsung silica gel kerana bg ummi vitamin yg memerlukan silica gel adalah vitamin sintetik...unsur2 semulajadi biasanya boleh berdiri sendiri tanpa memerlukan tambahan lain2 unsur..

Di sinilah ummi berkenalan dengan vitalea, b compleks, vitamin c, ostematrix, alfalfa dan ESP...dan ummi terus jatuh cinta!!!Setiap vitamin2 ini berfungsi melengkapi antara satu sama lain sehingga selepas sebulan ummi mengamalkan nya secara konsisten, ummi dapat rasakan kelainan pada tahap kecergasan ummi seharian...ala2 bionic women gitu...balik dr ofis ummi masih mampu menguruskan rumah malahan melaksanakan tugasan sebagai ibu dan isteri sepertimana dahulu...i'm back, abanggg...hehehe...alhamdulillah...

Mengapa ummi katakan vitamin2 ini saling melengkapi antara satu sama lain?? Manakan tidak...vitalea yang ummi makan boleh di ibaratkan seperti ummi makan 40 jenis lauk, semua 12 jenis mineral dan zat besi serta 7 jenis galian is complete in there...malahan ianya di lengkapi pula dengan iron yang sgt penting dlm pembinaan sel darah merah...b compleks pula ummi ibaratkan sebagai agen anti stress manakala vitamin c pula bertindak selaku imunisasi booster yang mana peranannya dalam menjaga salur darah, meninggikan tahap antibodi badan dan sumber terbaik antioksidan...alfalfa yang membantu ummi dalam menyelesaikan banyak masalah dalaman seperti masalah keputihan dll...ianya kaya dengan klorofil, mempunyai 15 mineral, 10 vitamin, 8 enzim dan juga fiber...ostematrix pula membantu dalam memastikan kalsium magnesium ummi di penuhi dalam diet seharian ummi selain fungsinya dalam menjaga tulang dan gusi...manakala esp pula membantu ummi mengekalkan kandungan protein yang di perlukan oleh tubuh kerana protein di ibaratkan seperti batu bata yang di gunakan dlm penghasilan sebuah bangunan...jadi, jika tiada batu bata bagaimana mungkin bangunan dapat di bina dengan kukuh...begitulah juga pentingnya protein dalam membentuk sel2 dan tisu2 baru dalam diri kita..

See???Gabungan semua vitamin2 di atas sgt2 membantu ummi dalam memastikan badan ummi aktif, cergas dan ceria melalui fungsi setiap satunya...Oleh itu, gabungan kedua2nya iaitu usaha ummi mengekalkan jadual pengepaman di tambah dengan 'suntikan' vitamin2 ini ke dalam tubuh badan, syukurlah, akhirnya matlamat asal ummi untuk terus menyusukan anak melalui kaedah pumping semata2 berhasil malahan bonusnya, tubuh badan lbh segar dan cergas berbanding dahulu dan setiap detik bersama keluarga dapat ummi nikmati kembali...

Malahan, bersama keindahan detik2 menyusukan anak ini membuatkan ummi sgt2 appreciate kerana tggjwb ummi sebagai seorang ibu berjaya di laksanakan...malahan, ummi juga dapat kenalan yg ramai terdiri dr kaum2 ibu yang turut menyusukan anak. ..Setiap detik berharga ini ummi akan kenang sampai bila2 kerana detik2 ini tidak akan dapat ummi beli atau bayar dengan nilaian apapun di dunia ini...

Anda memilih untuk menjadi ep mom???Pastikan anda benar2 cekal dan tabah kerana jalan yang anda pilih ini mungkin tidak semudah yang di sangka tetapi jika anda memerlukan bahu sebagai sokongan, ummi sentiasa sudi untuk meminjamkan bahu ummi untuk anda mencurahkan rasa malahan ummi sudi meminjamkan telinga dan mulut untuk mendengar serta berkongsi pendapat dengan kalian...pengalaman adalah sesuatu yang berharga tetapi ianya akan menjadi sebaliknya jika dibiarkan tanpa di kongsi...Walaupun ummi bukan seorang peer counselor laktasi atau orang penting dlm penyusuan susu ibu, tetapi bg ummi, fakta sahaja tanpa pengalaman ibarat sepohon pokok yg subur dengan daun tetapi tiada hasil atau buah untuk di tuai...

HAPPY BREASTFEEDING!!!Dan jika anda memerlukan sebarang perkongsian rasa atau pengalaman, bolehlah sms ummi di 012-3975808 atau email di nadeeyya_kk@yahoo.com...Insya allah ummi akan bantu semampu ummi...
 


**These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Salam sayang dan ukhuwah,
Kak Nadia...

3 ulasan:

  1. wa..bestla ummi...insyaAllah smpi masa yan nak cuba jgk Shaklee ni...sbb skrg ni wpn lum keja lg..tp mmg slalu letih layan baby yg hpperactive ni...xble duk diam..memanjat2 dan begolek2..br 7m+ tu..hehe..xtau la bila da smbg study nnti...

    BalasPadam
  2. Wah.. seronok baca ni.. bg motivasi sesangat..

    BalasPadam
  3. bestnya..saya pun EP mom juga..dah 9 bulan ..harap boleh smp 2 tahun..walaupun skg susu mkn kurang.br nak try trial pax set brestfeeeding...

    BalasPadam

Jom friend dgn kami di Facebook!!

Menyokong Penyusuan Susu Ibu

Menyokong Penyusuan Susu Ibu

Terima kasih kerana singgah....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails