Buat putri - putri kesayanganku....

Blog ini adalah khusus mengenai sharing saya dan customer2 saya yang menggunakan produk Shaklee, kisah penyusuan saya sebagai EP MOM selama 2 tahun setengah, semua memori hidupku,semua kegembiraanku, kedukaanku,obsess ku dalam menghayati erti penyusuan,kebanggaan ku mengenai anak2 ku tersayang (Syasya Dan Qistyna) dan buat semua insan-insan di luar sana yang ingin berkongsi pengalamanku...Semoga setitik dakwat mampu membuat sejuta manusia berfikir tentangnya...


Sahabat2 kesayangan ummi

Doa (Ya Allah...Kabulkan Doa Kami)..

Bismillahirahmanirrahim...Ya Rahman Ya Rahim Ya Allah..Kurniakan rahmat dan kasih sayangMu ke atas kami..Berikan faedah dan kebaikan ke atas semua sahabat yang mengunjungi blog ini, kuatkan ikatan persahabatan dan ukhuwah kami dalam keberkatan Mu, murahkan rezeki kami, permudahkan lah semua urusan kami, kabulkan lah semua permohonan kami, panjangkan usia kami agar kami dapat beribadat kepada Mu dan hidupkanlah dan matikan lah kami dalam cahaya keimanan dan keredhaan Mu...amin...ya rabbalalamin...

Montage Group Intifada

Rabu, 15 Februari 2012

Bagaimana nak manage susu waktu tengah malam????

Salam sayang semua...again ummi nak share sedikit pengalaman ummi tentang bagaimana ummi manage susu perahan buat anak pada waktu malam...rata2 anak yang terjaga pada waktu malam akan merengek2 dan apabila susu lambat di berikan suara yang pada mulanya perlahan akan mula menjadi satu tangisan...




So, bagaimana nak memastikan susu sentiasa ada sebaik sahaja anak bangun pada waktu malam???


Ummi tidak nafikan, waktu malam adalah cabaran paling besar yang akan di hadapi...bila mata dah mengantuk, bila waktu nak mengepam, tertekan dgn mata yang nak terlelap, anak pulak tak sabar2 nak minum susu...mungkin ada yang merasakan...alaaa...bagi je stok susu yang sedia ada...tapi, bagi ummi cara tu agak leceh dan lambat...


So, terlebih dahulu kenali dahulu waktu tidur dan waktu lazim anak akan terjaga...walaupun mungkin tidak sama, tetapi kebiasaannya rutin itu tidak akan terlalu jauh jaraknya...so, ini adalah cara yang ummi akan lakukan base on kekerapan waktu anak ummi menyusu...


Kebiasaannya Qistyna akan mula tidur pada jam 9.30 hingga 10 malam...biasanya Qistyna akan minum dahulu dalam sekitar 2-3 oz just utk melelapkan matanya...so, selepas Qistyna minum, ummi akan mula mengepam sambil2 tengok tv...hehehe...purata hasil pengepaman 6-7 oz akan ummi pastikan hasil gabungan foremilk (susu cair) dan hindmilk (susu pekat)...susu pekat ini hanya akan terhasil di akhir production dan kerana itu, ummi akan make sure payudara akan di kosongkan secara total...


So, susu perahan akan bertahan selama 4-5 jam dan kebiasaannya suhu pada waktu malam agak sejuk di tambah pulak dgn aircond yg terpasang, jangka hayatnya akan lbh lama lagi...susu jam 10 itu, ummi akan bahagikan 2 iaitu 3 oz dan 3@4 oz...so, apabila Qistyna bangun jam 1.30 atau 2 pagi, susu inilah yang akan ummi suapkan...dan kerana susu pada sebelah malam lbh pekat, purata kadar qistyna minum hanya sekitar 2-3 oz sahaja...kadang2 4 oz...it's depends...so, jika susu yang ummi asingkan satu lg tidak digunakan, ummi akan masukkan dlm peti ais utk stok esok hari...dan ummi akan kembali bangun mengepam apabila qistyna selesai minum....dan sepertimana tadi, susu tersebut akan ummi bahagikan dua, dan apabila qistyna terjaga sekali lg sekitar jam 4 @ 5 pagi, ummi boleh terus bagikan susu yang telah tersedia di pam...mudahkan???


Oleh itu, condition ummi hampir sama dengan ibu yang direct feeding...sepanjang anak berada dengan ummi, hampir keseluruhan susu yang ummi berikan adalah susu yang baru di perah melainkan terpaksa (ada waktu anak minum lebih kan???)...so, ummi lebih suka memberikan susu freash ini berbanding menggunakan susu EBM kerana bagi ummi, di samping ianya lbh mudah, anak kita juga mendapat khasiat yg lebih lagi kerana rata2 mengetahui susu perahan dan EBM kualiti agak berbeza walaupun adalah di akui frozen EBM ADALAH LEBIH BAIK DR SUSU TEPUNG DI LUAR SANA...


So, inilah cara ummi handle susu perahan hampir setiap malam...so, untuk make sure ummi bangun tepat pada masanya, jam loceng atau jam handphone sgt2 membantu di samping niat atau set minda sebelum tidur...tetapi jika ummi terjaga hanya selepas qistyna menangis sekali pun...susu yg ummi pam atau standby sebelum melelapkan mata insya allah dapat menampung keperluannya...


Semoga sharing ini membantu kalian...HAPPY BREASTFEEDING...


Salam sayang dan ukhuwah,
Kak Nadia....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jom friend dgn kami di Facebook!!

Menyokong Penyusuan Susu Ibu

Menyokong Penyusuan Susu Ibu

Terima kasih kerana singgah....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails