Buat putri - putri kesayanganku....

Blog ini adalah khusus mengenai sharing saya dan customer2 saya yang menggunakan produk Shaklee, kisah penyusuan saya sebagai EP MOM selama 2 tahun setengah, semua memori hidupku,semua kegembiraanku, kedukaanku,obsess ku dalam menghayati erti penyusuan,kebanggaan ku mengenai anak2 ku tersayang (Syasya Dan Qistyna) dan buat semua insan-insan di luar sana yang ingin berkongsi pengalamanku...Semoga setitik dakwat mampu membuat sejuta manusia berfikir tentangnya...


Sahabat2 kesayangan ummi

Doa (Ya Allah...Kabulkan Doa Kami)..

Bismillahirahmanirrahim...Ya Rahman Ya Rahim Ya Allah..Kurniakan rahmat dan kasih sayangMu ke atas kami..Berikan faedah dan kebaikan ke atas semua sahabat yang mengunjungi blog ini, kuatkan ikatan persahabatan dan ukhuwah kami dalam keberkatan Mu, murahkan rezeki kami, permudahkan lah semua urusan kami, kabulkan lah semua permohonan kami, panjangkan usia kami agar kami dapat beribadat kepada Mu dan hidupkanlah dan matikan lah kami dalam cahaya keimanan dan keredhaan Mu...amin...ya rabbalalamin...

Montage Group Intifada

Sabtu, 4 Februari 2012

Protein soya penting dalam kehidupan kita tetapi adakah anda memilih protein soya yang terbaik???

Salam sayang semua...soya adalah salah satu minuman lazim pada zaman ini...baik ianya di dalam tin atau di jual di gerai2 atau mana2 stall, ramai dari kita yang menyukainya...tetapi tahukah kita apakah kebaikan yang terkandung dalam protein soya dan adakah soya yang kita minum atau amalkan tersebut adalah potein soya yang terbaik???


Kacang soya juga dikenali sebagai Glycine max merupakan salah satu daripada 7 “super foods” di dunia.

Penduduk di benua Timur terutamanya masyarakat Cina mula menggunakan kacang soya sebagai makanan kesihatan sejak 5000 tahun yang lalu yang mana tauhu dan susu kacang soya merupakan barangan soya popular di kalangan masyarakat Cina.

Kacang soya merupakan “Makanan Berfungsi” yang paling banyak dikaji di antara tahun 80-an dan 90-an. Banyak penemuan saintifik yang positif membuktikan bahawa kacang soya dan protein soya boleh mempertingkatkan kualiti kehidupan tanpa mendatangkan kesan yang sampingan yang memudaratkan. Di antara kebaikan yang disumbangkan oleh kacang soya dan protein soya adalah seperti berikut:-

I. Mengurangkan risiko penyakit koronari jantung melalui pengawalan paras kolesterol dalam badan oleh peptid soya 7s dan 11s di mana tindakannya seperti ubat “statins” tetapi tanpa kesan sampingan ubat.

II. Isoflavin soya dipercayai dapat mempertingkatkan kesihatan payudara serta mencegah penyakit barah payudara dan rahim, memperkuatkan tulang lalu mencegah osteoporosis dengan mekanisme mengurangkan kehilangan kalsium dalam tulang, mengatasi masalah simptom mati-haid.


III. Lesitin soya dapat mempercepatkan peredaran darah, menyahtoksin bahan buangan dalam sel-sel, mengemusi lemak dalam makanan, mempertingkatkan fungsi ginjal, jantung dan hati serta mampu mengawet penuaan dan mencegah pigmentasi kulit.


IV. Kandungan asid amino perlu, asid lemak omega-3, asid folik, zat besi dan kalsium sesuai bagi semua wanita sebagai makanan tambahan protein utama untuk mencegah anemia dan mengurangkan masalah kesihatan. Selain itu, proses penuaan dapat diperlahankan.


V. Gula kompleks dan “oligosaccaride” dalam kacang soya memperbaiki masalah sembelit dan juga sebagai makanan utama probiotik di dalam usus besar demi kesihatan kolon serta mencegah kita daripada barah kolon.
 

** Walaupun kacang soya memiliki pelbagai ciri yang merangsang kesihatan badan optimum, anda mesti berhati-hati semasa membuat pilihan jenama di pasaran.


Bagaimanakah memilih makanan tambahan kacang soya yang terbaik di pasaran?

Mesti memastikan barangan tersebut bebas daripada toksin dan “heavy metals”, bakteria, kulat dan aflatoksin serta racun serangga.


# Barangan soya sensitif terhadap kontaminasi, jadi mesti diproses di kilang yang diiktiraf HACCP(RvA) dan ISO9001:2000(UKAS), barulah dikatakan selamat dimakan.
# Pastikan kacang soya adalah bebas daripadaUrinase Enzyme supaya tidak mendatangkan masalah gout.
# Pastikan nisbah protein kapada karbohidrat adalah di dalam lingkungan 0.6-1.0 supaya tidak menjadikan anda gemuk atau menghasilkan bebanan kepada fungsi ginjal.
# Pastikan barangan tersebut adalah “wholesome” dan bukan hanya protein soya isolate sahaja.
# Pastikan ia kaya dengan asid amino perlu, asid lemak omega-3, dan zat kalium.
# Pastikan ia bebas daripada bahan “thickener” dan perasa tiruan.


Kesimpulannya, kebaikan kacang soya demi kesihatan memang memberangsangkan. Akan tetapi, anda mesti memastikan ciri-ciri keselamatan barangan sebelum ia digunakan untuk jangka panjang.



Nota : Pengambilan susu soya buatan sendiri adalah tidak digalakkan kerana kemungkinan besar anda akan terdedah kepada kesan negatif kacang soya yang tidak diingini.

Source :  (Kim, Lin-Keong (2005) , Kacang soya & Kesihatan wanita. Majalah Rapi, edisi 1 Oktober 2005, bilangan 29) 



Protein soya pilihan ummi ialah :-


Mengapa ummi memilih Energizing Soy Protein dari Shaklee???


1) Mengandungi 14 gram protein soya 'semulajadi' yang baik pada setiap hidangan.-untuk kesihatan jantung.


2) Di proses dengan air (bukan dengan bahan kimia) bagi mengekalkan sumber semulajadi isoflavones seperti genestein dan daidzein.


3) Tidak mengandungi kolestrol dan laktosa.


4) Mengandungi semua asid2 amino yang di perlukan oleh tubuh anda bagi mengekalkan tisu2 yang sihat termasuk 9 asid amino penting yang tidak dapat di hasilkan oleh tubuh secara sendirinya.


5) Mengandungi sumber2 kalsium dan zat besi yang baik.


6) Tidak mengandungi perasa tiruan, pemanis, pewarna dan bahan pengawet.


7) Protein soya yang tidak diubah genetiknya iaitu Non - GMO (Non Genetically Modified Organism) dan ia di sahkan melalui Identity Preservation Program.


8) Di pantau dengan ketat dan di kawal sejak mula di tanam, di tuai sehingga di proses.


9) Mengandungi kandungan fitoestrogen untuk kesihatan prostat, payudara dan menepous.


10) Kadar indeks glisemik yang rendah dapat membantu mengekalkan paras gula dalam darah.


Tahukah anda????


Walaupun sumber protein boleh di dapati dari makanan harian kita cthnya ikan, ayam, dagung, kekacang dan lain2 tetapi, protein juga mudah musnah apabila berada dalam suhu yang tinggi. Ini bermakna apabila sumber2 protein di atas di masak dalam suhu yang tinggi, tubuh kita akan menyerap saki baki protein yg ada dan selebihnya adalah minyak yang di gunakan untuk menggoreng tadi...Bayangkan, soya di masak dalam suhu yang tinggi, apakah agaknya protein yang terhasil atau ia di ibaratkan seperti minum air kosong berperisa soya yang mana kandungan proteinnya telahpun termusnah akibat cara memasak dengan menggunakan suhu yang tinggi???


Risiko kekurangan protein secara umum

1) Anemia (Kurang Darah atau kurang oksigen dalam darah)
2) Penyakit Buah Pinggang
3) Penyakit Hati
4) Kolestrol Tinggi
5) Tekanan Darah Rendah
6) Kandungan Gula Darah Rendah
7) Fungsi saraf tidak stabil
8) Ulser perut + Usus
9) Luka lambat sembuh
10) Pengaliran darah tidak lancar
11) Penglihatan kurang baik
12) Badan menggeletar
13) Letih lesu
14) Lemah
15) Tinggi kandungan air dalam tisu badan
16) Terencat akal
17) Ketahanan darah rendah terhadap jangkitan)

Cara pengamalan Energizing Soy Protein


Tidak boleh di bancuh dengan air panas mendidih...Untuk resepi rahsia untuk consume ESP...boleh rujuk di sini.===> KLIK SINI..

**These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Salam sayang dan ukhuwah,
Kak Nadia..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jom friend dgn kami di Facebook!!

Menyokong Penyusuan Susu Ibu

Menyokong Penyusuan Susu Ibu

Terima kasih kerana singgah....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails