Hari ini saya melihat 2 perkataan ini menjadi mainan di fb...sana sini orang menyebut dan memperkatakannya...Dan yang terbaru 2 perkataan ini mula muncul dalam hidup saya apabila SHAKLEE menjadi 'popular' di kalangan pengguna setianya mahupun mereka yang 'setia ingin menjatuhkannya'...
Isu terhebat sekarang adalah SUDAH TIBAKAH MASANYA UNTUK SHAKLEE DI BOIKOT???
Soalan ini bukan sahaja di tanya oleh sahabat2 seislam saya malahan turut di 'per ejek dan di momok2kan' oleh segelintir saudara mara dan rakan taulan saya...Apakah pendirian saya sebagai PENGEDAR SAH SHAKLEE DENGAN MENGGUNAKAN ID NO 830027???
Sebelum saya menjawab persoalan ini, terlebih dahulu saya nyatakan...saya bukanlah seorang doktor...malah jauh sekali saya ini seorang ustazah atau alim ulama yang pandangan saya ini wajar di terima umum...Ini hanyalah pandangan dan penelitian saya seorang hamba Allah yang banyak kekurangan dan hanya mengharapkan segala apa rezeki yang saya perolehi di redhai dan di terima oleh Yang Maha Esa...
Persoalan Utama yang timbul adalah ADAKAH DENGAN MEMBELI PRODUK SHAKLEE, MAKA SECARA AUTOMATIKNYA KITA DI KATAKAN TURUT MENYUMBANG KEPADA KEKEJAMAN ISRAEL???
1) Adakah Syarikat Shaklee menyalurkan hasil jualan produk shaklee kepada Israel???
Ini adalah kenyataan dari pihak syarikat...
Secara terang, Syarikat Shaklee menafikan kaitan pihak Shaklee dengan Israel...Setiap hasil penjualan shaklee bersih dari penyaluran kepada Israel...
Ini dua kenyataan yang di keluarkan oleh pihak Shaklee tentang isu ini...
Timbul lagi viral ini pula...
Soalan yang saya ingin timbulkan di sini, DAPATKAN ANDA MEMBEZAKAN ANTARA 'SEBUAH SYARIKAT' DENGAN 'PEMEGANG SAHAM SYARIKAT'???
Ia sama sekali tidak sama!!!Keuntungan yang di perolehi serta apa yang di belanjakan oleh pemegang saham tidak boleh di kaitkan sama sekali dengan syarikat tetapi jika Syarikat yang melaburkan saham2 pemegang saham ke atas sesuatu yang tidak betul BARULAH DI KATAKAN BERKAITAN!!! Anda faham kah maksud saya di sini???
Saya terfikir sesuatu di sini...katakanlah satu keadaan berlaku....anak anda bersekolah di sebuah sekolah ..milik pihak kerajaan...ceo atau guru besarnya adalah seorang yahudi...kita membayar yuran sekolah dan sebagainya dan wang tersebut di salurkan ke kerajaan dan tidak mustahil ia menjadi salah satu punca utama gaji guru tersebut...
Maka, di luar sana, guru tersebut membuat amal kebajikan mengikut agamanya dengan menyalurkan wang tersebut untuk kegunaan fahaman agamanya...
SOALAN SAYA...ADAKAH KITA PATUT BERHENTIKAN SERTA MERTA ANAK KITA DARI BERSEKOLAH DI SITU SEDANGKAN SEKOLAH ATAU KERAJAAN YANG MEMPELOPORINYA (SYARIKAT) ITU TIADA KENA MENGENA DENGAN APA YANG DI SALURKAN OLEH GURU TERSEBUT DI LUAR SANA???
DAN YANG PALING UTAMA, ADAKAH DENGAN MEMBAYAR 'YURAN PERSEKOLAHAN' TADI KITA DI KATAKAN TURUT MENYUMBANG KEPADA FAHAMAN AGAMA BUKAN ISLAM YANG DI ANUTI OLEH GURU TERSEBUT???
2) Adakah produk Shaklee itu sendiri halal??? Bukankah ia datangnya dari luar negara dan tidak melalui HALAL JAKIM???
Sebenarnya, saya pernah menulis dalam blog ini tentang isu HALAL SHAKLEE...anda boleh baca semula di sini...==>KLIK
Ini pula sijil Halal Shaklee yang di keluarkan oleh ISA (Islamic Service Of America) iaitu satu pertubuhan halal yang mengeluarkan sijil halal tersebut.
Dan ini pula adalah pengiktirafan JAKIM ke atas ISA (Islamic Service Of America)...
Baikk...soalan saya di sini...
ADAKAH JAKIM TELAH MENGIKTIRAF PERTUBUHAN HALAL YANG SALAH DAN ADAKAH KERAJAAN ADA MENGELUARKAN SEBARANG PERNYATAAN TENTANG PERKARA TERSEBUT???
BUKANKAH JAKIM ADALAH SATU BADAN YANG SANGAT BOLEH DI PERCAYAI DAN SALAH SATU UNIT ATAU BAHAGIANNYA TERDIRI DARI BAHAGIAN HALAL TERSEBUT???
CUKUP CUKUP SUDAHHH...CUKUP SAMPAI DI SINI SAJA...
Saya rasa pendirian saya sudah jelas...Pendirian anda terpulang pada diri anda sekelian...'SELEPAS INI, SAYA MINTA TIADA LAGI TOHMAHAN ATAU SINDIRAN PADA DIRI SAYA SEBAGAI PENGEDAR SAH SHAKLEE'..
Saya di ajar oleh upline saya iaitu Master Norita Idris...
Nak zakat besar, kena ada DUIT BANYAK
Nak Sedekah banyakkkk2, pun kena ada DUIT BANYAK
Nak bagi kesenangan pada ibu bapa yang melahir dan membesarkan kita, juga perlukan DUIT YANG BANYAK
Malah, untuk tunaikan Haji di Mekah, sudah pastinya perlukan DUIT YANG BANYAK!!!!
Memang benar, menunaikan haji di Mekah hanya untuk mereka yang berkemampuan...TETAPI SAMPAI BILA ANDA NAK JADI 'ORANG YANG TAK MAMPU'...
Cukup ker hanya dengan sibuk 'melihat kejatuhan' orang lain, maka anda sudah boleh mendabik dada bahawa anda HAMBANYA YANG SOLEH ATAU SOLEHAH???
Kata upline saya lagi...'HIKMAH ITU ADALAH BARANG TERCICIR ORANG MUKMIN'...Fikir2kan lah...
PALING UTAMA, TAHUKAH ANDA APA NIAT YANG TERKANDUNG DALAM HATI SEORANG PENGEDAR SHAKLEE??? Mungkin niat utamanya 'BUKAN BERSANDARKAN WANG SEMATA2 tapi ada niat yang LEBIH MURNI berada di sebaliknya...
Cukup cukup sudah...cukup sampai di sini sajaaaa....
Ini adalah penjelasan saya...buat yang pertama kali dan yang terakhir...selepas ini saya memang tak ambil peduli jika perkara sebegini timbul lagi...saya lebih fokus untuk membantu lebih ramai orang di luar sana kebaikan produk dan bagaimana membantu lebih ramai orang di luar sana untuk sihat dan menjana income hebat!!!
PILIHAN SAYA SUDAH JELAS...PILIHAN ANDA, ANDA YANG TENTUKAN...CUMA SAYA BERDOA DAN BERHARAP SEMOGA ANDA BUKANLAH GOLONGAN YANG HANYA TAHU COPY PASTE DAN BERKONGSI DI FB ANDA TANPA ANDA MENGKAJI, MENELITI DAN MOHON PETUNJUK DAN ISTIKHARAH DR ALLAH TENTANG SESUATU YANG DI RAGUI.
ANDA ADA PILIHAN UNTUK JADI ORANG MUKMIN YANG CERDIK DAN SOLEH ATAU MENJADI SANG KAKAK TUA YANG HANYA TAHU BERKATA2 TETAPI TIDAK TAHU DAN TIDAK FAHAM LANGSUNG TENTANG APA YANG DI PERKATAKANNYA!!!
Salam teramat sayang dari pengedar shaklee 'favourite' anda,
Nadia Khamis
Pengedar Sah Shaklee (0123975808)
Bergerak aktif di kawasan Sg Petani dan Pulau Pinang
Serta penghantaran ke seluruh Malaysia, Brunei dan Indonesia.
Jom viral kan post kak nadia lak...hehehehe....
BalasPadamhahahahaha:-)
BalasPadam