Buat putri - putri kesayanganku....

Blog ini adalah khusus mengenai sharing saya dan customer2 saya yang menggunakan produk Shaklee, kisah penyusuan saya sebagai EP MOM selama 2 tahun setengah, semua memori hidupku,semua kegembiraanku, kedukaanku,obsess ku dalam menghayati erti penyusuan,kebanggaan ku mengenai anak2 ku tersayang (Syasya Dan Qistyna) dan buat semua insan-insan di luar sana yang ingin berkongsi pengalamanku...Semoga setitik dakwat mampu membuat sejuta manusia berfikir tentangnya...


Sahabat2 kesayangan ummi

Doa (Ya Allah...Kabulkan Doa Kami)..

Bismillahirahmanirrahim...Ya Rahman Ya Rahim Ya Allah..Kurniakan rahmat dan kasih sayangMu ke atas kami..Berikan faedah dan kebaikan ke atas semua sahabat yang mengunjungi blog ini, kuatkan ikatan persahabatan dan ukhuwah kami dalam keberkatan Mu, murahkan rezeki kami, permudahkan lah semua urusan kami, kabulkan lah semua permohonan kami, panjangkan usia kami agar kami dapat beribadat kepada Mu dan hidupkanlah dan matikan lah kami dalam cahaya keimanan dan keredhaan Mu...amin...ya rabbalalamin...

Montage Group Intifada

Isnin, 28 November 2011

Azam tahun baru anda BUNUH DIRI???

Salam sayang semua..Ummi harap masih belum terlambat untuk ummi ucapkan SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU HIJRAH...apakah agaknya anjakan paradigma yang ingin kita buat tahun baru ini...seperti biasa, azam tahun baru pastilah mahu menjadi yang lebih baik dr yg lepaskan...sungguhpun begitu, tanpa kita sedari, tabiat kita yang lama masih belum kita perbaiki terutamanya TABIAT RAKYAT MALAYSIA YANG SUKA 'MEMBUNUH DIRI'..Haaa???Bunuh diri???Mungkin anda tidak sedar...

Pada hari ini sahaja, rata2 tak kira kaum adam atau hawa dengan 'BANGGA' menghisap rokok di khalayak ramai...sedangkan sana sini tertera iklan "Merokok Boleh Membunuh", " Merokok boleh merosakkan kesihatan" dan pelbagai lagi kata2 serta gambar2 yg menakutkan bagi seorang perokok tegar..tetapi semua tu bagaikan mencurah air di daun keladi...masuk telinga kanan keluar telinga kiri...malahan ummi percaya ramai yang tahu bahawa asap rokok yg di hidu oleh orang ramai turut memberikan kesan negatif kepada si penghidunya...maka, samalah juga seperti "Membunuh orang lain secara perlahan2"...

So, bila difikirkan secara logik, apakah hukum membunuh diri dan membunuh orang lain????Tepuk dada tanya iman...malahan wang yang di bazirkan tersebut secara jelas terkandung dlm ayat "Membazir itu adalah amalan syaitan"...Nahhh, agaknya 'amalan syaitan' inikah yang anda ingin kekalkan di awal tahun baru ini???

Selain dr itu, anda pernah dengar kenyataan bahawa 'asap adalah makanan jin"...siapakah itu jin??? Pernah dengar lg ayat..."Sebaik2 jin adalah sejahat2 manusia"...wahhh..bayangkan manusia yang paling jahat itu adalah jin yang paling baik...mak iahhh...

Jom kita tgk kesan buruk merokok kepada keluarga kita...


Mode : SAYANGILAH KELUARGA ANDA!!!
Kesan Asap Rokok terhadap isteri dan anak

Kesan Asap Rokok Terhadap Isteri:-

1. Melahirkan bayi yang kurang berat badan
2. Melahirkan bayi yang tidak cukup bulan
3. Lebih terdedah kepada kanser
4. Mengurangkan kesuburan dan putus haid awal
5. Kesan Asap Rokok Terhadap Anak Perokok :

Kesan Asap Rokok Terhadap Anak:-

1. Lebih mudah mendapat lelah
2. Mendapat jangkitan paru-paru
3. Pertumbuhan paru-paru kanak-kanak terganggu
4. Mudah menjadi perokok apabila dewasa kelak
5. Statistik Kematian Akibat Tabiat Merokok

Di Malaysia, merokok menyumbang kepada lebih 10,000 kematian setahun; 30 peratus daripadanya disebabkan 10 jenis kanser, iaitu paru-paru, mulut, esofagus, tekak, pankreas, pundi kencing, buah pinggang, serviks, kolon dan perut, 50 peratus kematian berpunca daripada sakit jantung dan strok dengan pecahan 25 peratus masing-masing.

Menurut Dr Sallehudin, lebih 100,000 perokok dimasukkan ke hospital kerajaan di seluruh negara akibat sakit jantung, kanser dan penyakit sekatan pulmonari kronik (COPD) dan lebih penting, negara mengalami kerugian kira-kira RM20 bilion setahun bagi menanggung kos rawatan dan kehilangan produktiviti.
Source:
smoking2u

Berikut juga ummi lampirkan merokok dr pandangan islam yg ummi source dr Portal Rasmi Fatwa Malaysia:-


Merokok Dari Pandangan Islam

Keputusan:

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-37 yang bersidang pada 23 Mac 1995 telah membincangkan Hukum Merokok Dari Pandangan Islam. Muzakarah telah memutuskan bahawa merokok adalah haram dari pandangan Islam kerana padanya terdapat kemudharatan.


Keputusan (English):


Smoking From The Perspective Of Islam


Decision:


The 37th Muzakarah (Conference) of the Fatwa Committee National Council of Islamic Religious Affairs Malaysia held on 23rd March 1995 has discussed on smoking from the perspective of Islam. The Committee has decided that smoking is prohibited in Islam because it is harmful.


Keterangan/Hujah:


1. Keputusan yang telah diputuskan oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia tersebut adalah bersandarkan kepada hujah-hujah berikut:

 

i. Rokok mengandungi pelbagai jenis racun. Fakta daripada kajian-kajian perubatan telah membuktikan bahawa setiap batang rokok mengandungi 6-8 mg. nikotian dan pelbagai bahan kimia lain. Setiap sedutan asap rokok sebenarnya kita telah menghidu sebanyak 4,000 jenis bahan kimia yang boleh memudharatkan badan.

ii. Ketagihan tembakau bukan hanya menimbulkan masalah kepada perokok, malah ia berada di tempat keempat dalam senarai faktor risiko bagi penyakit serius yang menular di seluruh dunia. Tabiat merokok dikaitkan dengan risiko barah, penyakit jantung dan masalah pernafasan. Terdapat beberapa jenis penyakit yang berpunca dari merokok, antaranya ialah kanser kerongkong, kanser mulut, katarak (sejenis kerosakan mata yang menyebabkan kanta mata berselaput dan rabun), ulser perut, penyakit jantung, strok, penyakit paru-paru, emfisema paru-paru dan banyak lagi.


iii. Pada masa kini jumlah perokok sama ada dinegara maju atau negara membangun masih begitu besar, walaupun berbagai usaha telah dibuat oleh Kerajaan serta badan-badan sukarela bagi menyedarkan orang ramai tentang bahayanya merokok kepada orang ramai. Di Malaysia, merokok menyumbang kepada lebih 10,000 kematian setahun; 30% daripadanya disebabkan 10 jenis kanser, iaitu paru-paru, mulut, esophagus, tekak, pankreas, pundi kencing, buah pinggang, serviks, kolon dan perut. Sebanyak 50% kematian berpunca daripada sakit jantung dan strok. Kerajaan telah membelanjakan banyak wang untuk merawat berbagai jenis penyakit yang dikaitkan dengan tabiat merokok dan negara juga mengalami kerugian kira-kira RM 20 billion setahun bagi menanggung kos rawatan dan kehilangan produktiviti.


iv. Imam al-Syafi’e telah mengeluarkan fatwa dalam kitabnya yang masyhur al-Umm iaitu:” Jika mereka mengambil (sesuatu makanan, minuman atau sesuatu yang dihisap, dihidu dan disedut) yang boleh memabukkan, maka perbuatan itu adalah jelas haram. (Termasuklah) yang mengandungi racun yang menyebabkan kematian. Aku tetap menganggap (menfatwakan) ia adalah haram. Allah swt mengharamkan (apapun jenis) pembunuhan kerana pembunuh bermakna membunuh diri sendiri”.


v. Para ulama’ sepakat menyatakan bahawa merokok hukumnya haram kerana ianya jelas memudharatkan kesihatan, membazir dan mensia-siakan harta serta dikategorikan sebagai satu perkara keji, berdasarkan nas-nas berikut:

 

a. Firman Allah swt dalam Surah al-Baqarah, ayat 195 yang bermaksud: “Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan”.

b. Firman Allah swt dalam Surah al-A’raf ayat 157 yang bermaksud; “ Dan ia menghalalkan bagi mereka segala benda yang baik dan mengharamkan kepada mereka segala benda yang buruk”.


c. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “ Tidak boleh memberi mudharat dan membalas dengan kemudharatan”. (Hadith riwayat Ahmad, Malik, Ibn Majah dan al-Daraqutni)


d. Kaedah Usul Fiqh: درء المفاسد مقدم على جلب المصالح yang bermaksud “ menolak kerosakan adalah didahulukan daripada mencari kemaslahatan”


e. Imam Ibn. Hazm dalam kitabnya al-Muhalla, jilid 7, halaman 503 (masalah no. 1027) menegaskan bahawa : “Pemborosan adalah haram”. Yang dimaksudkan dengan pemborosan di sini ialah:


i. Membelanjakan wang untuk perkara yang diharamkan oleh Allah swt, samada banyak atau sedikit, walaupun sebesar sayap nyamuk sekalipun.


ii. Pembaziran yang tidak ada keperluannya.

 

iii. Membuang wang, betapa kecilpun jumlahnya kerana dengan membuang tanpa tujuan itu menjadikannya sia-sia.

vi. Beberapa negara Islam dan beberapa ulama’ muktabar telah mengeluarkan fatwa tentang amalan merokok.


Antaranya seperti berikut:


a. Kerajaan Arab Saudi mengeluarkan fatwa bahawa merokok, menanam tembakau dan memperniagakannya adalah hukumnya haram kerana daripadanya terdapat kemudharatan.


b. Ulama’-ulama’ semasa Mesir seperti Dr. Abdul Jalil Shalaby mengatakan merokok adalah haram kerana ia boleh mendatangkan kemudharatan kepada kesihatan masyarakat.


c. Al Imam Abdul Halim Mahmud dalam kitabnya “Fatawa al-Imam Abdul Halim Mahmud” telah memberi fatwa merokok hukumnya makruh jika ia tidak mendatangkan kemudharatan kepada kesihatan. Sebaliknya adalah haram jika ia mendatangkan kemudharatan kepada kesihatan.


2. Hukum pengharaman arak dan khinzir tidak boleh disamakan dengan hukum haram merokok kerana hukum pengharaman terhadap arak dan khinzir telah dinyatakan secara jelas dan qat’ie oleh Allah swt dalam kitab suci al-Quran. Manakala hukum pengharaman terhadap perbuatan merokok telah diistinbatkan oleh para jumhur ulama’ terdahulu dan masa kini bersandarkan hujah-hujah kepada nas-nas syarak yang jelas dinyatakan seperti al-Quran, al-Hadith, Ijma’ Ulama’, Qaedah-qaedah Fiqhiyah dan sebagainya. Ayat-ayat al-Quran dan hadith seperti yang dinyatakan di atas jelas telah memperincikan isu ini.


3. Al-Syeikh Hasanain Muhammad Makhluf, bekas Mufti Mesir dalam Kitabnya Fatawa Syariyyah Wa Buhuth Islamiyah menyatakan:


“ Sesungguhnya tumbuhan (tembakau) ini dahulunya belum dikenali. Apabila ia diperkenal dan digunakan oleh manusia untuk merokok, maka ulama’-ulama’ fiqh daripada pelbagai mazhab Islam telah membincangkannya untuk menetapkan hukumnya berdasarkan prinsip (qaedah fiqhiyyah) yang telah ditetapkan.”


“Sesungguhnya berdasarkan hukum asal sesuatu itu harus. Tidak akan terkeluar daripada prinsip asal melainkan adanya perkara-perkara yang mengubah hukumnya menjadi haram atau sebagainya.”


Dalam isu merokok ini, sebab yang menjadikannya haram ialah kesan mudharat dan bahayanya sehingga meruntuhkan lima asas utama (al-Kulliyatul Khams) yang wajib dipelihara oleh setiap manusia iaitu agama, jiwa, maruah keturunan, akal dan juga harta.

So, fikir2kanlah dan renung2kan...SELAMAT BERAMAL!!!


Salam sayang dan ukhuwah,
Kak Nadia...














Jumaat, 25 November 2011

3 Jenis "First Aid" yang sgt berguna!!!!

Salam sayang semua...hari ni ummi nak share dgn kalian satu lg kisah benar yang berlaku dalam keluarga ummi...alkisahnya, jumaat yang lepas, suami ummi demam teruk...sampai menggigil2...dan yang lebih merungsingkan ummi kerana demamnya mcm tak nak kebah2...bila makan ubat (pergi klinik), kejap2 demamnya baik sampai berpeluh2 tapi kejap lagi conditionnya akan kembali worse..kesian sungguh ummi melihat suami ummi yang menggigil2 kesejukan tetapi apabila ummi pegang dahinya masya allah panasnya...


Semasa itu. entah kenapa otak ummi jammed...langsung tidak teringat adakah maybe supplement2 yang ummi amalkan selama ini boleh membantu atau tidak...apa yg ummi tahu, ummi nak suami ummi kembali sihat dan ceria seperti sediakala...


Apabila memasuki hr ketiga..hati ummi mula bimbang...terdetik di hati ummi...ishh takkan denggi kot...tapi simptom2 mcm sama...demam berlarutan, sakit kat sendi...bila ummi ajak suami ummi ke hospital utk check lbh lanjut, beliau menolak (hmmm..susahnya nak ajak lelaki pegi hospitallll)...


Basic H
So, sebagai ikhtiar terakhir, ummi paksa suami ummi mandi dgn sebaldi air yang ummi campurkan beberapa titik Basic H...dan apabila suhunya meningkat, ummi demah seluruh badan dan dahi suami ummi dengan air basic H juga dan syukurlah 20 minit ummi lap2 badan suami ummi dengan air Basic H tersebut, panas badannya mula berkurangan...


Nutriferon
Selain itu, selepas suami ummi makan bubur (makanan sinonim org sakit-tak lalu makan la katakan)...ummi turut berikan Nutriferon sebanyak 3 kali sehari sebagai penggalak imunisasi...Dan tidak lupa ummi bancuhkan satu tumbler besar air Performance Drink sebagai membantu masalah dehidrasi akibat demam panas dan mencergaskan badan suami ummi semula...(Performance Drink berfungsi seperti air isotonik ex. 100 Plus tetapi tidak mengandungi gas dan gula berlebihan)


Performance Drink
Syukur lah, gabungan 3 'First Aid' ummi ni...keesokkan harinya, suami ummi beransur sembuh,,,selera makannya turut meningkat semula dan he's back to normal...Terima kasih ya allah atas bantuan mu...(Serius ummi sgt2 risau dgn demam yang suami alami baru2 ni)..


Hmmm...Jika anda ingin mencuba,sila sms ummi di 012-3975808 atau email ummi di nadeeyya_kk@yahoo.com atau add ummi di FB (Nadia Khamis)...


Salam sayang dan ukhuwah,
Kak Nadia...

Isnin, 21 November 2011

Sekadar satu perkongsian...Mudah2an ada manfaatnya...

Salam sayang semua...berikut ummi share dengan kalian satu email yang ummi terima daripada sahabat ummi...mudah2an ada manfaatnya buat kita...

Assalam Mu'alaikum Wbrth! Dan Salam Sejahtera! Sahabat2 semua yang Islam dan juga yang Bukan Islam... bacalah Email ini dari sahabat yg menetap di US:

"Seorang doktor di Amerika Syarikat telah memeluk Islam kerana beberapa keajaiban yang ditemuinya dalam penyelidikannya.  Dia amat kagum dengan penemuan tersebut, sehingga tidak dapat diterima oleh akal fikiran.
Dia adalah seorang Doktor Neurologi .
Setelah memeluk Islam, dia amat yakin akan perubatan secara Islam dan dengan itu telah membuka sebuah klinik yang bertemakan "Perubatan Melalui Al-Qur'an" .
Kajian perubatan melalui Al-Qur'an membuatkan ubat-ubatannya berteraskan apa yang terdapat di dalam Al-Qur'an.  Di antara kaedah-kaedah yang digunakan termasuklah berpuasa, madu lebah, biji hitam (black seed) dan sebagainy a.
Apabila ditanya bagaimana dia tertarik untuk memeluk Islam,
maka doktor tersebut memberitahu bahawa semasa beliau melakukan kajian urat saraf, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki oleh darah .  Padahal setiap inci otak manusia  memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal.
Setelah membuat kajian yang memakan masa, akhirnya beliau mendapati Bahawa darah tidak akan memasuki urat saraf di dalam otak manusia melainkan pada ketika seseorang itu sedang sujud semasa mengerjakan Sembahyang!!!

Urat tersebut memerlukan darah hanya untuk Beberapa sukatan yang tertentu sahaja.  Ini bermaksud bahawa darah hanya akan memasuki urat tersebut mengikut kadar sembahyang waktu yang diwajibkan oleh Islam......Begitulah keagungan ciptaan Allah!!!
tidak menunaikan sembahyang , akan otaknya tidak Akan dapat menerima darah yang secukupnya untuk berfungsi secara normal!!!
Oleh yang demikian, kejadian manusia ini sebenarnya adalah untuk menganuti agama Islam 'sepenuhnya' kerana sifat fitrah kejadiannya memang telah dikaitkan oleh Allah dengan agama-Nya yang indah ini."


PETUA IMAM SYAFIE

4 PERKARA UNTUK SIHAT

Empat perkara menguatkan badan:- 
1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas


Empat perkara melemahkan badan:-
1. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam

Empat perkara menajamkan mata:- 

1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih

Empat perkara merosakkan mata:-
1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat

Empat perkara menajamkan fikiran:-
1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama

4 CARA TIDUR

1. TIDUR PARA NABI 
Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan
bumi.

2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH
Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat
malam.

3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA
Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak
dimakan.

4. TIDUR SYAITAN 
Menelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka. 

So, renung2kan dan selamat beramal...
Salam sayang dan ukhuwah,
Kak Nadia..

Khamis, 17 November 2011

Testimoni Set D - Set Khas Untuk Wanita...

Salam sayang semua...beberapa hari senyap tanpa berita...ummi agak busy sepanjang minggu ini kerana menggantikan sahabat2 di court!!!Tambahan pula dengan program yang di anjurkan oleh jabatan ummi...:-)

So, hari ni ummi nak ceritakan satu kisah yang berlaku petang tadi....ummi sampai di rumah sekitar jam 6.45 petang...tiba2 handphone ummi berdering....Rupa2nya abah kesayangan ummi yang menelefon...seperti biasa bertanyakan khabar beritanya di kampung dan berbual2 pelbagai perkara bersama...sebelum meletakkan telefon sempat abah ummi berpesan..

"Dieya jangan lupa pos kat makcik supplement ye...makcik kata sejak dia makan ada perbezaan...Ni dah seminggu habis, dia rasa badan lesu, tak cergas dan tak mcm masa makan supplement ni..."

Tersenyum ummi mendengarnya...tahu apa kesan yang di rasai oleh Makcik ummi ni???Jom share...Ini antara perubahan yang di rasai sendiri olehnya:-

1) Makcik ummi penderita 'senggugut'...setiap kali cik 'p' datang, mesti senggugut menyerang hingga makcik ummi tak larat berbuat apa2 melainkan berbaring dan menelan ubat tahan sakit...dan senggugut ini hilang selepas beberapa bulan mengamalkan supplement

2) Hubungan suami isteri lebih baik

3) Kulit wajah terasa lebih 'glow'

4) Masalah keputihan beransur hilang

5) Badan rasa lebih cergas dan bertenaga

6) Putaran haid menjadi lebih teratur

Bestkan???Apakah yang makcik ummi amalkan???


Vitamin E

Vitamin E adalah vitamin yang sgt terkenal kerana berupaya menghasilkan kulit yang anjal, cantik dan halus, ia juga membantu meningkatkan hormon seks, baik lelaki mahupun wanita...malahan pengambilan secara konsisten turut membantu dalam meningkatkan pengeluaran hormon seks testosteron...


Alfalfa

Selain daripada Alfalfa terkenal sebagai milk booster, banyak lagi kelebihan alfalfa yang berkait rapat dengan kewanitaan...antara lain merawat masalah keputihan pada wanita. Sifatnya yang mengandungi phytoestrogens juga menyebabkan ia mempunyai fungsi seperti Kacip Fatimah, maka ia membantu dalam "hubungan" suami isteri (enhance libido). Malah, ada juga yang mengaitkannya dengan membantu pembesaran payudara. Memang sangat bagus diambil oleh wanita dan para isteri.

Ingin mencuba???Sms atau call ummi di 0123975808 atau email ummi di nadeeyya_kk@yahoo.com atau add ummi di fb (Nadia Khamis)..


Salam sayang dan ukhuwah,


Kak Nadia
ID Shaklee : 830027

Jumaat, 11 November 2011

SELAMAT HARI JADI KE 2 QISTYNA...

 (5 hari)
Masih terbayang2 di mata ummi saat2 melahirkan mu sayang...Nyawa ummi seakan berada di hujung tanduk...Masih segar di ingatan ummi, tanggal 11hb November 2009, Ummi di masukkan ke dalam wad hospital Sultan Abdul Halim Shah, Sg Petani Kedah untuk persediaan melahirkan mu sayang...sekali lagi ummi harus menjalani saat pembedahan kerana doktor mendapati kedudukan adik songsang dan hasil imbasan yang dibuat ternyata adik sedang membesar dgn hebat sekali dengan kata lain ; big baby..Ummi pasrah sayang demi melihat adik selamat di lahirkan ke dunia...apapun ummi akan tempuh demi kamu, anakku sayang...


(3 bulan)
Tepat jam 10 pagi, 12hb November 2009, ummi di sorong ke wad pembedahan, setelah 'line' di tangan ummi di masukkan dan tiub air kencing di pasang (memang kedua2 proses ini sakit tapi ummi tabahkan hati demi melihat kelahiranmu sayang)...


Setibanya ummi di dewan bedah yang sgt2 sejuk, ummi di dudukkan ke atas katil pembedahan, dan satu bius di cucuk ke tulang belakang ummi...perlahan2 bius mula berjalan dan kaki ummi kebas dan tidak terasa apa2...malang sekali lagi buat ummi kerana doktor yang sepatutnya membedah ummi masih belum sampai...ummi hanya mampu mendengar keadaan menjadi agak kelam kabut kerana bius telah berjalan dan ummi tahu sesuatu yang tidak biasa berlaku terjadi...hampir setengah jam kemudian barulah doktor bedah sampai dan terus menjalankan prosedur pembedahan...tiba2 ummi terdengar sekali lagi kekecohan...doktor kelam kabut meminta nurse memanggil doktor pakar membantu...


(5 bulan)
Di fikiran ummi hanya mampu berdoa tidak berhenti2 agar allah menyelamatkan nayawa mu sayang...apakah sebenarnya yang berlaku???serasa ingin ummi bangun dan melihat...tetapi apalah daya ummi tidak mampu bergerak...ummi tadahkan tangan memohon agar adik selamat walaupun nyawa ummi adalah galang gantinya...betapa ummi sgt2 menyayangimu sayang...tiba2 ummi terasa satu tekanan yang agak kuat hingga nafas ummi tercungap2...dan selang beberapa minit, ummi mendengar tangisanmu sayang...syukur alhamdulillah...pertama kali ummi mencium pipimu, menyentuh kulit halus mu, berderai2 air mata ummi seakan tidak boleh di tahan2...dan ummi tahu, adik di bawa ke hadapan abah pula utk di azan dan di qamatkan...semasa itu,ummi merasa senang hati kerana ummi tahu adik selamat sedangkan pada masa yang sama kulit perut ummi baru mula di jahit semula...

(9 bulan)
Selang beberapa minit, secara perlahan2 ummi merasa pedih dan terasa seolah2 kulit perut ummi di tusuk2 dengan sesuatu yang tajam...apakah gerangan yang terjadi???Ummi memejamkan mata menahan sakit dan menggapai tangan doktor bius yang kebetulan berada berhampiran...melihat wajah ummi yang berkerut menahan kesakitan fahamlah doktor tersebut bahawa BIUS TERSEBUT TELAH HABIS...Masya allah...ini semua kerana pembedahan hanya berlaku setelah setengah jam bius berjalan...serta merta ummi di suntik semula dengan ubat bius lain di lengan dan ummi terasa terawang2 tetapi secara asasnya kesakitan itu tetap ummi rasakan...ya allah berikan aku kekuatan ya allah...ummi pejamkan mata kuat2 agar kesakitan itu dpt berkurangan tetapi...sakitnya allah sahaja yang tahu!!!


(1 Tahun)
Selesai semua prosedur pembedahan, sebaik mendapati condition ummi agak baik, ummi di sorong kembali ke dalam wad dan ummi cuba menyusukan adik...malangnya akibat masalah inverted nipple dan kesakitan yang masih ummi alami akibat pembedahan, ummi gagal menyusukan adik...tetapi ummi berkeras utk memberikan susu buat adik...ummi naikkan katil perlahan2 dan cuba pam susu menggunakan pam susu yang memang ummi bawa dr rumah...mulut ummi tak henti2 berselawat 'Ya Matin' dengan harapan susu akan keluar...5 minit berlalu ummi lihat kolostrum yg berwarna kekuningan memenuhi dasar botol dan ummi tahu itu pun sudah lbh dr cukup buat mu sayang...ummi gagahkan diri memeluk mu sayang dan menyuapkan kolostrum tersebut menggunakan sudu ke mulut kecilmu sayang...sehingga adik lena semula...alhamdulillah ya allah...dan dr itulah ummi membuat keputusan akan menyusukanmu dengan susu ibu sahaja walaupun ummi memberikannya melalui hasil pengepaman semata2...dan kerana itulah terciptanya blog ini yang ummi ambil kerana azam dan pengalaman ummi sebagai exclusively pumping mother buat adik...


(Kakak & Adik
Aidiladha 2011)
Dan, hari ini, ummi bersykur kerana mission ummi utk menyusukan adik hingga 2 tahun penuh tercapai...Dan ummi sentiasa berdoa semoga adik akan membesar menjadi putri ummi yang solehah, bijak, menghormati orang tua dan kekalkan lah peribadi mu sebagai wanita muslimah, sayang...Dan sesuangguhnya ummi ingin sangat adik tahu bahawa, TIADA YANG LEBIH INDAH BUAT UMMI SELAIN UMMI DI KURNIAKAN ANAK2 SEPERTI MU SAYANG...Selamat Menyambut Hari Lahir Mu yang kedua anakku sayang, Nursyaheera Qistyna...


Birthday Girl-2 Years Old..



Salam sayang dan ukhuwah,
Kak Nadia...
12.11.2011

Khamis, 10 November 2011

Vitamin "CINTA"????

Salam sayang semua...terasa lamanya ummi tak menulis di blog kesayangan ummi ni...Teruja dengan tajuk di atas???Kenapa ummi panggil Vitamin ni Vitamin Cinta????Dan apakah vitamin tersebut agaknya???Guessss...Tadaaaaa...


Haaaa...inilah vitamin yang ummi maksudkan...VITAMIN E ni sebenarnya sangat penting kepada Lelaki mahupun Wanita...


Sekilas Fakta: Vitamin E ialah salah satu antioksidan yang penting dalam pencegahan kanser dan penyakit kardiovaskular. Berdasarkan kajian,vitamin E telah menunjukkan kesan pencegahan kepada lebih kurang 80 jenis penyakit. Ianya larut lemak yang disimpan di dalam organ tubuh seperti hati, jantung, kelenjar pituitari, testis, uterus, darah dan otot. 


Namun, yang menariknya vitamin E ini ialah, 60-70% darinya akan disingkirkan dari tubuh setiap hari (tidak semua disimpan dalam badan) dan ia tidak menjadi toksik seperti vitamin A.Vitamin E dikira dalam unit IU (international units) yakni 1 IU bersamaan 1mg. Vitamin E terdiri dari 8 komponen dalam 2 kelas utama : tocopherols dan tocotrinols yang terdiri dari komponen2, alpha, beta, gamma dan delta. Vitamin E yang lengkap sepatutnya mengandungi kesemua 8 komponen tersebut. Alpha tocopherols adalah komponen yang paling aktif, malah IU dikira berdasarla alpha-tocopherols.

Satu kajian yang dijalankan oleh National Cancer Institute pada tahun 1998 mendapati bahawa pengambilan vitamin E dalam jangka masa panjang dapat mengurangkan risiko kanser prostat di kalangan penghisap rokok.(Haaa...sape isap rokok...meh try!!!)

Khasiat Vitamin E :
 

1) Menjadikan anda tampak lebih muda dengan membantutkan penuaan sel yang disebabkan oleh radikal bebas.

2) Memperbaiki peredaran darah,utk memperbaiki tisu, dan sangat berguna dalam rawatan "premenstrual syndrome" dan penyakit fibrocystic payudara
 

3) Melindungi paru2 dari pencemaran udara.
 

4) Ia memelihara pembekuan darah yang normal dan penyembuhan, mengurangkan parut, mengurangkan tekanan darah, membantu dalam pencegahan penyakit katarak, meningkatkan prestasi atlit, dan mengendurkan otot kaki dari kekejangan.
 

5) Mengekalkan kesihatan saraf dan otot dan di masa yang sama menguatkan dinding kapilari.
 

6) Vitamin E menggalakkan kulit dan rambut menjadi sihat, dan membantu mencegah anemia dan "retrolental fibroplasia", sejenis gejala mata yang boleh menjangkiti bayi pramatang.
 

7) Mengurangkan risiko Alzheimer (nyanyuk).
 

8) Mengurangkan risiko keguguran bagi wanita hamil.
 

9) Merendahkan kadar kolesterol.
 

10) Membantu mencegah kanser.
 

11) Vitamin E boleh meningkatkan pengeluaran air mani pada sesetengah lelaki. 



So, kenapa Vitamin E ni ummi katakan Vitamin "Cinta"???


Vitamin E juga dikenali sebagai ‘vitamin cinta’ kerana ia boleh membantu dalam perhubungan suami isteri. Malah wanita hamil, menyusukan anak, mengambil sebarang pil hormon dan melalui fasa menopous memerlukan vitamin E. 



Sumber makanan Vitamin E: 

minyak sayuran, sayuran berdaun hijau gelap, kacang, biji-bijian , dan semua bijirin. Beras perang, makanan daripada jagung, telur, rumpai laut, hati yang dikeringkan, susu, oat, daging organ , kacang soya, ubi kentang, selada air, dan gandum

Kekurangan vitamin E boleh menyebabkan: Mudah radang,penuaan kulit sebelum masa,rambut gugur dan anemia.


Source : Blog Chery


Malahan, baru2 ini, anak ummi, Syasya terhantuk di bucu kerusi dan bibirnya pecah...banyak sgt darah yang keluar dan ummi PANIKK...nasib baik otak cepat mengingatkan keistimewaan Vitamin E dan ummi cepat2 sapukan ke bibir yang terkoyak sedikit tu...selang beberapa jam, darah berhenti dan luka tersebut nampak mula kering...dan ummi tanya pada Syasya..."Kakak, bibir kakak sakit lagi tak"..."Dah baik dah ummi, kan ummi dah sapu ubat.." Ish ish ish...ubat katanya...Dan yang paling penting, luka tu tak menyebabkan syasya takut nak makan (iyelah kan takut pedih)...Sayangnya ummi terlupa nak ambil gambar...so, tak leh nak tunjukkan...


Kebetulan tgh merayau2 blog kwn2 satu group Euphoria, ternampak pulak testimoni Si Laila ni ttg anaknya yang hampir serupa dgn kisah syasya...Dan ianya bergambar...so, ini ummi copy dari Blog Laila...



...................semasa check out nak ke Kaki gunung, si kecil aktif Iman Iqbal terjatuh tersembam dilantai - bibirnya luka terkoyak sedikit. Kesian, masa tu darah keluar agak byk... Alhamdulillah tak panik, lepas lap, saya amik 1 capsul Vitamin E - pecahkan dan letakkan ditempat luka. kalau sebelum ni saya dengar cerita kawan2 je, letak ditempat luka anak2 - terhantuk kepala bucu, ter hantuk mata, ketuat kering, dll. Alhamdulillah memang nampak kesan Vitamin E.

_____________________________________________________

Bibir luka - lepas lap darah


selepas 24 jam


Selepas 2 hari.
 

Vitamin E membantu mempercepat proses baik luka - lepas ni insyaAllah ibu akan pastikan antara barang yang MESTi ada dalam handbeg ketika berjalan dengan anak2.


Bestkan Vitamin E ni...sape2 berminat boleh sms ummi di 0123975808 atau email ummi di nadeeyya_kk@yahoo.com atau add ummi di face book (Nadia Khamis)...


Salam sayang dan ukhuwah,
Kak Nadia
ID No Shaklee 830027

Sabtu, 5 November 2011

SALAM AIDILADHA...





Syasya & Qistyna potong kek pagi Aidiladha

Dengan segala hormatnya, Ummi sekeluarga ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha, Maaf Zahir Dan Batin kepada  pelanggan dari Blog Ummi (exclusivelypumpingmother.blogspot.com) dan pembaca blog ummi...ummi ingin memohon maaf andai ada kekasaran bahasa, terkurang layanan (bagi customer ummi), dan apa2 jua salah dan silap sama ada yang ummi sedari atau tidak...mudah2an ukhuwah sesama kita akan terus berpanjangan...dan semoga berjumpa lagi kita dengan Aidiladha yang akan datang...dan SELAMAT BERKORBAN!!!


Salam sayang dan ukhuwah,
Kak Nadia
Sukri Bin Ahmad
Nursyasya Shahidah Binti Sukri
Nursyaheera Qistyna Binti Sukri

Jom friend dgn kami di Facebook!!

Menyokong Penyusuan Susu Ibu

Menyokong Penyusuan Susu Ibu

Terima kasih kerana singgah....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails