Buat putri - putri kesayanganku....

Blog ini adalah khusus mengenai sharing saya dan customer2 saya yang menggunakan produk Shaklee, kisah penyusuan saya sebagai EP MOM selama 2 tahun setengah, semua memori hidupku,semua kegembiraanku, kedukaanku,obsess ku dalam menghayati erti penyusuan,kebanggaan ku mengenai anak2 ku tersayang (Syasya Dan Qistyna) dan buat semua insan-insan di luar sana yang ingin berkongsi pengalamanku...Semoga setitik dakwat mampu membuat sejuta manusia berfikir tentangnya...


Sahabat2 kesayangan ummi

Doa (Ya Allah...Kabulkan Doa Kami)..

Bismillahirahmanirrahim...Ya Rahman Ya Rahim Ya Allah..Kurniakan rahmat dan kasih sayangMu ke atas kami..Berikan faedah dan kebaikan ke atas semua sahabat yang mengunjungi blog ini, kuatkan ikatan persahabatan dan ukhuwah kami dalam keberkatan Mu, murahkan rezeki kami, permudahkan lah semua urusan kami, kabulkan lah semua permohonan kami, panjangkan usia kami agar kami dapat beribadat kepada Mu dan hidupkanlah dan matikan lah kami dalam cahaya keimanan dan keredhaan Mu...amin...ya rabbalalamin...

Montage Group Intifada

Ahad, 15 Ogos 2010

Persediaan proses pengepaman semasa dalam pantang...

Salam...syukur ummi terus panjatkan ke hadrat allah kerana ummi terus diberikan kesempatan untuk berkongsi sedikit ilmu dan pengalaman ummi sendiri dalam menyusukan anak...actually, hari ini ummi ingin tuliskan entry tentang mengepam semasa pantang berikutan ummi menerima email dari sahabat ummi yang baru sahaja melahirkan anak dan bimbang bagaimana untuk menjadi seorang ibu bekerjaya yang terus menyusukan anak sepenuhnya...katanya...mmg semasa mengandung ada cermah diberikan oleh klinik2 kerajaan ttg kebaikan breastfeeding tetapi bg ibu yang baru pertama kali menyusukan,pasti masih 'blur' ttg persediaan untuk mengepam sebelum memulakan kerjaya masing- masing...so, let's sharing k...


Menurut ummi, pentingnya mengepam dalam tempoh berpantang ada 2 sebab :-

a) Breast akan bengkak berikutan banyaknya pengaliran air susu (normally semasa pantang air susu sgt2 meriah)...dan adakalanya baby yg baru lahir lbh banyak tidur,so cara bagi mengelakkan dari ianya keras dan membengkak adalah dengan mengepam...


b) Untuk persediaan stok EBM - ini penting untuk persediaan sebelum kita bekerja atau semasa susu merudum..

Cara- cara pengepaman semasa berpantang :-


a) Jika anda boleh menyusukan baby secara direct, amalkan cara TANDEM PUMPING...Tandem Pumping ialah menyusukan sebelah payudara secara direct dan sebelah lagi secara pump...


b) Mengepam sebelum menyusukan bayi atau selepas menyusukan bayi...Jangan bimbang ya...jika anda mengepam sebelum menyusukan bayi, maka baby akan kurang susu..Insya allah allah menciptakan susu ibu itu sangat istimewa dan ianya sentiasa di hasilkan tambahan pula jika di hisap oleh baby (stimulate baby lbh baik dr mengepam sebenarnya)...


Begitu juga jika anda menyusukan bayi terlebih dahulu dan di ikuti dengan mengepam...walaupun ianya hanya angin atau titik2 kecil sahaja...yang penting sekali adalah ransangan (stimulate) dan kekerapan kita mengosongkan breast sgt penting bagi memberikan signal kepada otak untuk kelenjar susu menghasilkan lebih banyak susu...


So, semasa berpantang, oleh kerana ummi seorang expressing pumping mother so, mmg ummi tetapkan ummi mesti mengepam setiap 3 atau 4 jam sekali dan untuk menghasilkan stok, ummi lihat kepada keperluan anak ummi terlebih dahulu...so, ummi akan asingkan siap2 untuk baby minum dan untuk buat stok...dan sebenarnya bagi ibu yang menyusukan anak secara direct, boleh sahaja pilih waktu yang sesuai untuk memulakan pengepaman..tapi ummi sngat suka buat stok pd tgh malam (sbb susu ummi sgt meriah pd waktu tgh malam)..so, kalian boleh pilih waktu yang sesuai dan jgn stress sekiranya susu tidak sebanyak yang di harapkan...


Dan harus diingat ye...walaupun amaun hasil pengepaman kita sangat sedikit..tak kiralah walaupun sekadar 0.5 oz sahaja ianya dikiranya NORMAL..kerana bagi mereka yg direct feed, baby telah minum dengan banyaknya so, saki baki itulah yang terhasil...so, don't panic k...


Dan semakin mendekati waktu akan bekerja, sila buat jadual pengepaman tersendiri..setiap 3 jam atau 4 jam k...rasionalnya dan pentingnya jadual ini kerana otak kita telah memorize waktu2 yang kebiasaannya susu di perlukan..so, waktu2 tersebut susu akan terhasil dengan banyaknya...


So, ini secara asas sahaja ye...nanti ummi akan kongsikan lagi tips2 yang lain pulak sbb anak kecil ummi dah bangun untuk menyusu...so, good luck...


Salam sayang dan ukhuwah,
Kak  Nadia...
5 Ramadhan...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jom friend dgn kami di Facebook!!

Menyokong Penyusuan Susu Ibu

Menyokong Penyusuan Susu Ibu

Terima kasih kerana singgah....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails