Buat putri - putri kesayanganku....

Blog ini adalah khusus mengenai sharing saya dan customer2 saya yang menggunakan produk Shaklee, kisah penyusuan saya sebagai EP MOM selama 2 tahun setengah, semua memori hidupku,semua kegembiraanku, kedukaanku,obsess ku dalam menghayati erti penyusuan,kebanggaan ku mengenai anak2 ku tersayang (Syasya Dan Qistyna) dan buat semua insan-insan di luar sana yang ingin berkongsi pengalamanku...Semoga setitik dakwat mampu membuat sejuta manusia berfikir tentangnya...


Sahabat2 kesayangan ummi

Doa (Ya Allah...Kabulkan Doa Kami)..

Bismillahirahmanirrahim...Ya Rahman Ya Rahim Ya Allah..Kurniakan rahmat dan kasih sayangMu ke atas kami..Berikan faedah dan kebaikan ke atas semua sahabat yang mengunjungi blog ini, kuatkan ikatan persahabatan dan ukhuwah kami dalam keberkatan Mu, murahkan rezeki kami, permudahkan lah semua urusan kami, kabulkan lah semua permohonan kami, panjangkan usia kami agar kami dapat beribadat kepada Mu dan hidupkanlah dan matikan lah kami dalam cahaya keimanan dan keredhaan Mu...amin...ya rabbalalamin...

Montage Group Intifada

Sabtu, 14 Ogos 2010

Keberkesanan Trial Pack SET B + ESP

Salam..hari ini ummi ingin berkongsi dengan kalian tentang komen2 dan keberkesanan trial pack set b + ESP dalam memperbanyakkan susu...actually, ummi cuba membantu salah seorang adik ummi, noorul yang sedang mengalami masalah susu yang tidak mencukpi buat anak kesayangannya...(ini ummi copy paste dr blog noorul bulat2...
--------------------------------------------------------------------------------
Arini baby Adam dah sebulan seminggu, cepat benar masa berlalu. Badan dah semangat, pipi dah melayut (haha..) tapi aku sedih, seawal tempoh alam keibuanku, aku dah gagal.. Gagal memberikan susu badan secara eksklusif. Aku menghadapi masalah inverted nipples. 3 hari pertama Adam lahir, dia masih mampu menyusu. Sebaik sahaja bengkak susu, masalah inverted nipple mula mengganggu. Adam langsung tak dapat menghisap, melalak2 kelaparan.. dan jalan penyelesaian.. susu formula. sedih sangat masa tu. Sedangkan dari awal aku berniat nk breastfeeding.

Hubby belikan pump manual Pureen, dapatla bantu nak kurangkan bengkak dan keluarkan susu. Bila balik berpantang di Melaka, ada hamba Allah yang baik hati pinjamkan pump Spectra 3. Sekarang aku pakai Medela Swing, beli second hand dengan harga RM350. Dalam masa yang sama, aku cuba menyusu badan menggunakan nipple shield, juga kurang berjaya. hushhh, sapa kata senang nak susukan anak?


Sampai hari ini, Adam menyusu botol dengan expressed breastmilk dan susu formula. Aku masih berusaha nak menambahkan susu badan supaya dia tak bergantung pada susu formula.


Langkah pertama, nak tambahkan susu badan. Macam2 cara dah buat, air longan kering dengan kurma hitam, horlicks, oat tapi hasil tak seberapa. Sekarang ni tgh cuba buat power pumping ikut saranan kak Nadiah.

Langkah kedua, nak buat stok EBM. yang sedihnya, jauh lagi cita2 ni selagi langkah pertama belum tercapai.

So, kalau mcm ni.. mcmana aku tak risau? Sapa boleh bantu? Ada tak sesapa kenal Lactation Consultant or Peer Councellor dekat JB or Pasir Gudang ni? Helpppp!!!
------------------------------------------------------------------------------
So, sebenarnya kebanyakkan mereka yang mengamalkan SET B + ESP memberikan reaksi atau komen yang sgt positif...Cuma dengan kedatangan Ramadhan pada bulan ini kebanyakkan daripada mereka ini menambahkan Performance Drink bagi melengkapkan penyusuan mereka di bulan ramadhan ini...Berikut ummi paparkan secara visual contoh hasil perahan susu yang ummi sendiri alami dan adik ummi, Ina hasil pengamalan SET B + ESP...

1) Diri ummi sendiri...(Anak berusia 9 bulan)..

Inilah hasil satu session pengepaman ummi (8-9 oz)...hasil pengamalan SET B + ESP + PERFORMANCE DRINK..dan masih kekal sehingga kini...dan ummi pernah memperolehi 12 oz dalam satu sessi dan masih boleh mencapai jumlah tersebut jika makan cukup, mood happy dan minum air yg banyak...

2) Kisah adik ummi, Norwina (credit to Ina)...(Mempunyai anak kembar berusia 1 tahun 4 bulan)..

Bagaimana saya begitu percaya dengan Shaklee?


Bermula pada thn 2009 Sewaktu kandungan saya berusia 5 bulan saya saja-saja mencuba 1 tin ESP sebelum ditukarkan kepada canister)kerana kesian pada seorang kwn bersungguh-sungguh bercerita tentang ESP sehinggalah saya melahirkan Amna &Anis.Alhamdulillah kesan ESP 1 tin itu kulit mereka cukup bersih dan gebu..saya mula terfikir bagimanalah rupanya jika bertin-tin ESP masih diteruskan pengambilannya semasa saya menyusu pulak.mesti orang akan bertanya Amna&Anis ikut siapa yer sebab saya tidak segebu mereka...hehe

Bagaimana Set B dan ESP membantu penyusuan saya?

Setelah melahirkan Amna&Anis saya tidak tahu rupanya ESP yang saya pernah minum dapat membantu memperbanyakkan dan memekatkan susu ibu hinngalah apabila Amna&Anis berusia 16 bulan susu saya makan berkurang sehingga 2 0z setiap sesi perahan.Saya takut dan risau kerana ramai ibu yang tidak dapat meneruskan penyusuan apabila anak sudah mula makan.

Bagaimana saya menemui harapan untuk dapatkan semula 9 oz setiap sesi?

Saya berusaha mencari Info bagaimana untuk menambahan susu perahan saya.Saya masih mengepam secara konsisten,tapi apa yang berlaku saya cepat panik bila saya hanya mampu bawa pulang 3-4oz setiap hari untuk keperluan amna&anis.Saya jadi seorang yang cepat stress bila seminggu susu saya drop.Alhamdulillah bertemu kak N bercerita tentang Shaklee apa vitamin yang boleh kurangkan stress dan tambahkan susu,berkenalan pulak dengan kak Nadia berkongsi cerita dan Tips bagaimana kak Nadia berjaya.Terima Kasih Kak N dan Nadia..semoga ada ganjaran dari Allah SWT dan setiap usaha dan perkara baik yang kalian lakukan diberkati Allah SWT...

Apa hasilnya selepas seminggu mencuba Set B dan ESP?


Saya akui memang saya mengharapkan kesan serta merta setelah saya mencuba Shaklee.Tapi Allah SWT ingin melihat saya bagaimana perlu dan pentingnya sifat sabar.Saya belum nampak sebarang peningkatan.Siapa yang saya cari?Saya sms kak N "Salam Kn dah 8 hari makan Set B cuma susu masih belum nampak perubahan".Saya sms pula kak Nadiah.Salam kak.saya nak tanya camna cara kak ambil vitamin dah 8 hari makan set B tapi tak nampak perubahan .Jawapan kak N,Ina ada orang makan 2 weeks baru ada kesan yang ketara,jadi kena istiqamah ya.Akak doakan ina berjaya dapatkan amount yang dihajati.Kak Nadiah pula emailkan saya penerangan yang cukup panjang lebar(.Nanti saya kongsikan yer..boleh ke kak Nadiah? )Kesimpulannya sabar,istiqamah dan banyakkan doa

Selepas 12 hari....


  Susu Perahan 10am = 4oz


 Susu Perahan 3pm = 9oz

  Susu Perahan 11.10pm = 10oz

Sungguhpun begitu, perkara - perkara berikut juga perlu di ambil perhatian bagi memastikan susu terhasil seperti yang diingini...

Sebelum mengambil supplement, pastikan:


1. Minum air banyak-banyak, lebih banyak dari yang biasa ambil.sebabnya, bila kita makan vitamin, badan kita akan nyahtoksin dan perlu menyalurkan khasiat vitamin tu ke seluruh sel tubuh. Air amat2 diperlukan dalam proses2 ini. Indicator untuk memastikan cukup atau tidak air dalam badan kita ialah dengan melihat pada warna urine. Sekiranya urine sangat kuning dan keruh, maka minumlah lagi.

2. Jaga pemakanan. Jangan ingat bila dah makan supplement semua keperluan dah cukup. Makan tetap kena makan.

3. Pengetahuan tentang healing krisis (krisis penyembuhan). Ini berlaku apabila badan kita banyak toksid atau berpenyakit (yg kita tak sedar) atau banyak radikal bebas. Vitamin ni akan membuang toksid dan menyembuhkan sel2 badan kita, dan itu mungkin menyebabkan badan kita 'bekerja keras' untuk mengubati sel2 badan yang rosak. Ini boleh terjadi sekiranya kita memang sakit, tidak pernah ambil supplement dan banyak mengambil ubat yang mengandungi dadah (prescribed medicine).

Apa yang terjadi semasa healing crisis:

Mungkin rasa pening, loya, memgantuk, lesu, haus, panas.... ia adalah proses biasa badan nak biasakan diri dengan keadaan baru. Umpama baru mendapat anak kecil, pasti perlukan masa untuk menyesuaikan diri.

Apa yang kena buat jika mengalami healing crisis?

Banyakkan minum air kosong,berdoa dan bersabar.

4. Tempoh tubuh badan seseorang bertindakbalas dengan vitamin adalah berbeza2. Ada yang sehari, seminggu, malah sebulan. Jadi berikan tubuh kita masa dan jangan tertekan sekiranya masih belum nampak hasil. Yakinlah dengan ikhtiar kita untuk sesuatu yang lebih baik.

So, sekiranya berminat untuk mencuba...sila sms atau call ummi di 0123975808...Semoga kalian juga berhasil memperolehi hasil yang sama dengan kami yang telah mengamalkannya...
# Sekarang Trial Pack sudah tidak di jual. Harap maklum.

Salam sayang dan ukhuwah,
Kak Nadia...
4 Ramadhan...





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jom friend dgn kami di Facebook!!

Menyokong Penyusuan Susu Ibu

Menyokong Penyusuan Susu Ibu

Terima kasih kerana singgah....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails