Buat putri - putri kesayanganku....

Blog ini adalah khusus mengenai sharing saya dan customer2 saya yang menggunakan produk Shaklee, kisah penyusuan saya sebagai EP MOM selama 2 tahun setengah, semua memori hidupku,semua kegembiraanku, kedukaanku,obsess ku dalam menghayati erti penyusuan,kebanggaan ku mengenai anak2 ku tersayang (Syasya Dan Qistyna) dan buat semua insan-insan di luar sana yang ingin berkongsi pengalamanku...Semoga setitik dakwat mampu membuat sejuta manusia berfikir tentangnya...


Sahabat2 kesayangan ummi

Doa (Ya Allah...Kabulkan Doa Kami)..

Bismillahirahmanirrahim...Ya Rahman Ya Rahim Ya Allah..Kurniakan rahmat dan kasih sayangMu ke atas kami..Berikan faedah dan kebaikan ke atas semua sahabat yang mengunjungi blog ini, kuatkan ikatan persahabatan dan ukhuwah kami dalam keberkatan Mu, murahkan rezeki kami, permudahkan lah semua urusan kami, kabulkan lah semua permohonan kami, panjangkan usia kami agar kami dapat beribadat kepada Mu dan hidupkanlah dan matikan lah kami dalam cahaya keimanan dan keredhaan Mu...amin...ya rabbalalamin...

Montage Group Intifada

Selasa, 31 Ogos 2010

Penerangan secara jelas ttg RELAKTASI..

Salam...21 Ramadhan...semalam ummi menerima 2 email dr adik2 ummi berhubung proses RELAKTASI...berikut email2 tersebut :-
----------------------------------------------------------------------------
Email (1)
assalamualaikum akak.

saya ada surf i web akak yang akak aa jual sepplement to increase breastmilk kan.

tapi kisah saya begini...

saya ada 2 org anak kembar berusia 6bulan.Sejak 2 minggu ni, saya kuang beri mereka susu ibu kerana keletiahn bekerja. Akibatnya, sekarang mereka tak mahu bila saya nak direct breastfeed mereka. Saya sedih sangat akak. Untuk pengetahuan akak, anak saya minum susu isomil + susu ibu. Susu saya tka banyak.Hingga umur anak 4 bulan je saya perah.


Akak, sekarang saya nak perah lagi.Saya nak bagi susu ibu saya pada anak saya.Bagaimana supplement yang bagus untuk saya.harap akak apat tolong saya.terima kasih :)
-------------------------------------------------------------------------------
Email (2)
 
Salam kak nadia,

mas skang on relactation.dh seminggu pump every 2hours.lebih kurang 8x-lebih 1 ari. tp susu ade dlm setitik 2 jer yang kua. bleh x kak nadia tolong mas.ape yang patut mas buat lg. mas nk susukan aufa balik...

sekarang dier dh dekat 5 bulam.stop bf ms umur dier dekat 3 bulan. pas tu dier xnak direct bf lg sbb lambat n susu xbyk.mas kena pam, masuk botol then br dier isap. tp pas umur dia 3bln..susu low sgt.sampai setiap kali pam dpt 1/2 oz n kdang2 xsampai.. breast pn sampai lebam2. pas tu terus stop pam n aufa fully formula milk. mas mmg nk sangat susukan dier sampai umur dia 2 thn n more if possible.
------------------------------------------------------------------------------
Belas ummi mendengar nukilan2 adik2 ummi ini yang masih tertanam di sudut hati mereka untuk tetap ingin menyusukan anak mereka...Sesungguhnya alangkah bahagia dan bangganya ummi kerana rupanya masih ramai ibu2 di luar sana yang sanggup dan ingin berusaha demi merealisasikan penyusuan ibu di teruskan sehingga 2 tahun walaupun beribu kepayahan dan ujian yang datang...


Berikut ummi paparkan sedikit sebagai pengetahuan mengenai proses RELAKTASI (sama keadaan dengan kedua - dua adik ummi di atas)...(credit to Along Azrinna)


Maksud relaktasi ialah proses penyambungan semula penyusuan susu ibu selepas susu berkurangan atau kering berikutan kurangnya atau tiada langsung penyusuan langsung selama beberapa minggu atau bulan.


Relaktasi biasanya melibatkan 2 inisiatif:


1. Membawa bayi supaya mahu semula minum daripada payudara ibu.


2. Meningkatkan semula produksi susu ibu supaya ibu berupaya menyusukan anaknya secara eksklusif tanpa suplemen lain (terutamanya susu formula)


Secara keseluruhannya, artikel ini ditulis bagi menjelaskan kedua dua inisiatif di atas.

Kenapa Mahu Relaktasi


Relaktasi tidak mudah.Walaubagaimanapun hampir 75% peratus ibu yang mencuba relaktasi mendapati ianyanya adalah pengalaman yang positif (samada berjaya eksklusif ataupun tidak). Secara keseluruhannya, relaktasi lebih mudah dijayakan sekiranya fokus ibu ialah kepuasan menyusukan anak sendiri dan mengetahui yang anaknya menerima khasiat susu ibu berbanding kemahuan ibu untuk menghasilkan susu yang banyak.

Umur Bayi


Semakin muda bayi itu, semakin mudah proses relaktasi berlaku. Ini adalah kerana bayi perlu menghisap secara terus daripada payudara ibu sebagai syarat utama untuk penghasilan susu.


• Bayi di bawah 3 bulan lebih mudah untuk dipujuk untuk menyambung penyusuan


• Bayi di atas 6 bulan agak sukar untuk dipujuk


• Bayi yang pernah menyusu susu ibu sebelum ini lebih mudah dipujuk berikutan applikasi penyusuan daripada susu ibu dan botol adalah berbeza

Berapa Lama Ianya Akan Berhasil?


Sebaik baiknya luangkan masa 2 minggu bersama bayi sepanjang proses relaktasi. Sebagai anggaran, jumlah masa yang akan diambil untuk memulakan semula penyusuan secara eksklusif ialah sama dengan masa yang telah diambil semasa penyusuan terhenti. Ramai daripada ibu yang relaktasi mengambil masa kurang daripada sebulan untuk mengembalikan bekalan susu mereka.


Dalam kes saya, saya mengambil masa 2 minggu untuk memastikan saya menyediakan susu yang cukup untuk bekal bayi selama saya bekerja(18 oz untuk 10 jam) tanpa perlu ‘backup’ dengan susu formula.

Bagaimana Harus Saya Memulakannya?


Dapatkan panduan daripada Kaunselor Laktasi yang bertauliah untuk sebarang konsultasi samada ibu dan bayi mengalami masalah lain (seperti keliru puting) bagi membantu proses relaktasi yang lancar


• Dapatkan pam elektrik yang berstandard hospital yang membolehkan pengepaman serentak untuk ibu mengepam 8 ke 12 kali sehari. Ianya penting untuk mengelakkan kes seperti puting luka.


• Banyakkan sentuhan kulit ke kulit antara ibu dan bayi


• Tawarkan (offer) payudara dengan cara menggeselkan puting di pipi bayi selang 2 jam sekali


• Beri bayi menghisap secara terus selama 20 minit atau lebih pada satu payudara


Tawarkan (offer)payudara sebelah lagi sekiranya bayi masih mahu menyusu


• Pam kedua dua belah payudara selama 20 minit selepas menyusukan bayi


(Nota: Prinsip penyusuan susu ibu ialah susu akan makin bertambah sekiranya payudara dikosongkan dengan berkesan)


• Ibu digalakkan mengepam 20 minit pada waktu malam (12 pagi – 6 pagi) selepas menyusukan bayi dimana produksi susu agak tinggi pada waktu itu


Sekiranya bayi terlalu marah dengan pengeluaran susu yang lambat, berikannya 1 oz susu formula di dalam cawan kecil (untuk alas perut), dan cuba sambung dengan menawarkan payudara semula.


• Elakkan penggunaan puting palsu(pacifier) mahupun botol. Kerana payudara ibu memerlukan stimulasi yang secukupnya daripada bayi.


• Panduan : Sepanjang 2 minggu bersama bayi, susukannya secara terus di samping mengepam dimana susu yang dipam akan dibekukan sebagai stok semasa ibu memulakan bekerja nanti.


• Anggaran susu perahan yang perlu ditinggalkan : 10 jam = 12 oz – 18 oz (kuantiti mungkin berubah mengikut usia bayi dan masa meninggalkan bayi)

Pengamalan Kangaroo Care semasa proses relaktasi


Bayi hanya dipakaikan lampin untuk memperbanyakkan sentuhan kulit ke kulit dengan ibu di mana ibu juga berkeadaan bare chest


• Ibu mendukung bayi sebanyak mungkin (semasa menonton televisyen, membaca majalah mahupun tidur)


• Bagi membantu, bayi boleh dibawa didalam sehelai kain seperti pouch atau kain batik


• Tiada had waktu maksima untuk kangaroo care


• Selain daripada kebaikan kangaroo care seperti menstabilkan pernafasan, denyutan jantung dan suhu bayi, cara ini juga dapat menserasikan bayi dengan bau ibunya.


Kangaroo care adalah ‘easy-access’ bayi kepada susu ibu dimana secara tidak langsung akan meningkatkan produksi susu ibu.

Bagaimana Ibu Mengekalkan Produksi Susu Selepas Mula Bekerja?


Pam 3 jam sekali (20 minit setiap sesi) semasa di ofis
• Sentiasa bertenang
• Mengamalkan cara pemakanan yang sihat
• Minum 8 gelas air sehari (Nota : Jika mengamalkan SET B sila amalkan minum 3 liter air sehari)

Indikasi Cukupkah Susu Ibu?


Susu yang terhasil akan bergantung kepada :


• Keberkesanan penyusuan bayi tersebut seperti lekapan (latch-on) yang betul, masa yang diluangkan untuk setiap sesi, dan adakah bayi menolak mana mana sesi penyusuan


• Kekerapan stimulasi terhadap payudara ibu. Stimulasi dari pam membantu dalam peningkatan penghasilan susu walaubagaimanapun penyusuan terus daripada bayi lebih berkesan.


• Respon fizikal ibu terhadap stimulasi. Setiap ibu mempunyai kadar respon penghasilan susu yang berbeza beza walaubagaimanapun prinsip penghasilan susu tetap sama iaitu ‘supply and demand’


• Simpan rekod susu formula dan susu ibu yang diberikan sepanjang minggu dimana pemberian susu formula dikurangkan sedikit demi sedikit hari demi hari.


• Bayi yang mendapat cukup susu akan mempunyai sekurang kurangnya 6 lampin basah sehari.


• Najis bayi akan semakin cair, berwarna kuning cair dan semakin kurang berbau berkadaran dengan pertambahan jumlah susu ibu yang diminumnya.


• Berat dan panjang bayi stabil pada setiap kali lawatan klinik.

Alternatif lain?


Terdapat beberapa cara yang dipercayai boleh menambahkan produksi susu ibu. Walaubagaimanapun, suplemen suplemen ini hanya berkesan dengan penyusuan secara langsung dan pengepaman yang berkesan.


• Makanan penambah susu seperti pegaga, jantung pisang, lobak putih, oat, minuman horlicks.


• Suplemen herba seperti halba (try n error dulu ye sbb semasa ummi cuba dulu anak ummi kerap berpeluh2 dan sering mcm sakit perut sbb halba memang bagus untuk boost pengeluaran susu tetapi ianya tidak sesuai untuk susu ummi sbb PANAS)


• Perubatan moden seperti pil Domperidone dan Mortilium dibawah preskripsi doktor (Pls rujuk doktor ye..jgn beli sendiri sbb ada sahabat ummi yg amalkan pil2 di atas mengalami kesan sampingan)


Penggunaan supplement nursing system (SNS) dimana susu formula dimasukkan dan tiub dilekatkan pada payudara ibu.




Oh Ya...jika di tanya menurut ummi, bagi menjayakan proses RELAKTASI ini sebenarnya dalam kondisi untuk mendapatkan di samping mengembalikan semula susu badan, secara tidak langsung juga turut memberikan faedah sampingan dengan menambahkan tenaga si ibu, kesihatan ibu dan anak dan juga tidak mendatangkan kesan tidak baik kepada ibu dan anak...berikut supplement WAJIB bagi ibu2 yang berhasrat untuk mencuba proses RELAKTASI :-


                Energizing Soy Protein - RM121 tidak termasuk postage




Ia adalah soya rendah lemak yang tidak bersifat GMO(bukan organisma yang diubah secara genetik) dan merupakan sumber protein biologi yg lengkap untuk seisi keluarga yang kandungannya kesemua 9 asid amino.


~ protein membantu membina dan perbaiki tisu-tisu badan


~ ESP menyediakan 14 gram protein kacang soya dlm setiap hidangan untuk sihatkan jantung


~ kandungan fitoestrogen untuk kesihatan prostat, payudara dan menopaus


~ hidangan serba lengkap-sumber protein dan lain-lain khasiat utama yang ideal


~ indeks glisemik yang rendah untuk membantu kekalkan paras gula dalam darah


~ tidak mengandungi kolestrol dan laktosa


Sesetengah protein soya diproses dengan alkohol. Cara pemprosen bukan saya menghilangkan isoflavon yang bermanfaat, malah membentuk kontiminasi bersilang dengan bahan-bahan kimia. ESP dicuci dengan air untuk kekalkan isoflavon genistin dan daidzin yang kritikal demi membekalkan seluruh manfaat soya.

Bagaimana cara minum ESP?


Ia didatangkan dalam bentuk serbuk. Boleh diminum begitu sahaja atau diminum bersama-sama dengan milo, susu, horlick atau jus dan dibancuh dengan air suam agar tidak merosakkan protein itu sendiri.Setakat ini, paling sedap bila dibancuh bersama gabungan oren sunquick atau oren twister..(Nota : Jangan sekali2 di bancuh dengan air panas).



   SET B


SET B (Terdiri daripada Multivitamin @ Vitalea, Vitamin C, Vitamin B Compleks Dan Alfalfa)


1) Vita-Lea Iron Formula/multivitamin




Dilengkapi dengan 12 vitamin, 7 galian dan zat besi. Kebiasaannya, sekitar usia anak mencecah 6 bulan, kita di syorkan untuk memperbanyakkan sumber zat besi ke dalam makanan anak, contoh terbaik ialah ikan bilis dan bagi ibu menyusu multivitamin atau nama lain vitalea telah di lengkapi dengan iron bagi membantu pembesaran anak dengan lebih baik lg...Ada sesetengah doktor menasihatkan agar ibu yang menyusu perlu memastikan pengambilan zat besi dalam menu harian agar si ibu tidak mudah pitam atau pening selepas memerah mahupun menyusukan anak. Zat besi sangat penting dalam pembentukan sel darah merah. Walaubagaimanapun multivitamin beserta formula zat besi ini tidak disarankan diambil dengan minuman susu kerana ianya akan mengurangkan efisiensi penyerapan zat besi oleh badan.


2) B Complex


Sangat penting dalam membantu memetabolismekan karbohidrat, lemak & protein, Anti stress (sebagai penenang), Membantu meninggikan sistem pertahanan badan, menukarkan makanan(glukos) kepada tenaga dan membantu ibu2 berfikiran positif sentiasa(mood baik..)...so, bila kurangnya stress dan mood happy, secara automatik penghasilan susu akan lebih lancar. Pengambilan pil perancang memerlukan pengambilan b complex yang konsisten kerana pengambilan pil perancang memusnahkan zat vitamin B yang sedia ada di dalam badan si ibu. Vitamin B juga dapat melahirkan wajah ibu yang cantikberseri dan tidak kusam.


3) Vitamin C


Sangat penting untuk menjaga salur darah, sebagai antioksidan dan membantu meningkatkan antibodi ibu dan pengambilan Vitamin C membantu meningkatkan kandungan antibodi di dalam susuibu untuk anak yang sedang menyusu. So, sekiranya anda atau baby demam, cuma tingkatkan pengambilan vit c ke 2 biji sehari ...dan bagi ibu2 yg menghadapi puting melecet/luka/berdarah,insya allah akan mudah sembuh...satu lg kesannya kulit makin bersih, cerah & cantik. Vitamin C membantu pembentukan kolagen dengan lebih baik.


4) Alfalfa


Merupakan supplement penting utk boost penghasilan susu kerana mempunyai 1001 khasiat. Turut membantu dalam memekatkan susu dan menjadikan susu ibu lebih lemak berkrim. Namun pengambilan dan keberkesanan pada setiap ibu adalah berbeza. Ada yang hanya mengambil 2 biji sehari telah mempercepatkan proses penghasilan susu sehingga mengalami bengkak susu namun tidak kurang juga yang memerlukan 4 atau 6 biji sehari bagi membantu badan stimulate untuk menghasilkan susu dengan lebih cepat.Turut membantu perkumuhan (lebih lawas)dan membuang angin dalam badan...secara automatik kesan baik pd bby..susah nak kena kembung. Bagi yang tidak menyusukan bayi, Alfalfa yang dikenali sebagai raja tumbuh2an ini mempunyai banyak khasiat kesihatan. Ianya dikatakan banyak membantu meningkatkan kelancaran proses perkumuhan dan bagus untuk buah pinggang. Ianya juga adalah dalam kategori fiber dan mengenyangkan. Pengambilan Alfalfa memerlukan pengambilan air yang seimbang dengan pengambilan kuantiti alfalfa. The more we take the more we have to drink.


Salam sayang dan ukhuwah,
Kak Nadia...
21 Ramadhan...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jom friend dgn kami di Facebook!!

Menyokong Penyusuan Susu Ibu

Menyokong Penyusuan Susu Ibu

Terima kasih kerana singgah....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails