Buat putri - putri kesayanganku....

Blog ini adalah khusus mengenai sharing saya dan customer2 saya yang menggunakan produk Shaklee, kisah penyusuan saya sebagai EP MOM selama 2 tahun setengah, semua memori hidupku,semua kegembiraanku, kedukaanku,obsess ku dalam menghayati erti penyusuan,kebanggaan ku mengenai anak2 ku tersayang (Syasya Dan Qistyna) dan buat semua insan-insan di luar sana yang ingin berkongsi pengalamanku...Semoga setitik dakwat mampu membuat sejuta manusia berfikir tentangnya...


Sahabat2 kesayangan ummi

Doa (Ya Allah...Kabulkan Doa Kami)..

Bismillahirahmanirrahim...Ya Rahman Ya Rahim Ya Allah..Kurniakan rahmat dan kasih sayangMu ke atas kami..Berikan faedah dan kebaikan ke atas semua sahabat yang mengunjungi blog ini, kuatkan ikatan persahabatan dan ukhuwah kami dalam keberkatan Mu, murahkan rezeki kami, permudahkan lah semua urusan kami, kabulkan lah semua permohonan kami, panjangkan usia kami agar kami dapat beribadat kepada Mu dan hidupkanlah dan matikan lah kami dalam cahaya keimanan dan keredhaan Mu...amin...ya rabbalalamin...

Montage Group Intifada

Sabtu, 28 Ogos 2010

Breastfeeding is my mission...

Salam...maaf sejak kebelakangan ini ummi tak tertulis entry di blog ummi...maklum...bulan ramadhan...agak bz menguruskan anak2 dan waktu 'berkahlwat' dengan Yang Maha Esa..kebetulan ummi menerima satu email dr salah seorang adik yang ummi kenali di alam siber ini...bertanya tentang journey breastfeeding ummi...apa yg ummi makan, apa yang ummi buat dan kebaikan2 supplement yang ummi amalkan..so, let's sharing k...


Sedikit tentang journey berastfeeding ummi..


1) Ummi seorang pengepam tegar (Sejak lahir gagal menyusukan anak melalui kaedah direct feeding) atas alasan inverted nipple dan maybe ummi semasa itu tidak sabar dan kesian melihat si kecil ummi menangis2 tak cukup susu so, ummi ambil jalan untuk memberikan susu ibu melalui kaedah pumping...


2) Ummi juga seorang pengamal supplement sr shaklee iaitu :-


a) ESP - Ianya adalah protien dan protein sangat penting untuk pembentukan sel.ESP sangat membantu dalam melancarkan penghasilan susu, penting untuk kelenjar dan tumbesaran, mencantikkan kulit si ibu dan anak, dan membantu kawal paras kolesterol. ESP turut mengandungi kalsium yang turut menyumbangkan kepada pembentukan sel darah. di samping memberikan tenaga kepada ibu ia juga dapat memberikan rasa kenyang...... Apa bezanya soya Shaklee ini dengan soya lain yang berada di pasaran? Soya Shaklee ada non GMO soy iaitu soya yang dibasuh bukan menggunakan alkohol. Diproses dengan suhu yang sangat sederhana agar enzim didalamnya tidak musnah dan kualitinya sangat tinggi .




b) Vitalea @ Multivitamin - Dilengkapi dengan 12 vitamin, 7 galian dan zat besi. Kebiasaannya, sekitar usia anak mencecah 6 bulan, kita di syorkan untuk memperbanyakkan sumber zat besi ke dalam makanan anak..Bagi ibu menyusu multivitamin atau nama lain vitalea telah di lengkapi dengan iron bagi membantu pembesaran anak ..Ada sesetengah doktor menasihatkan agar ibu yang menyusu perlu memastikan pengambilan zat besi dalam menu harian agar si ibu tidak mudah pitam atau pening selepas memerah mahupun menyusukan anak. Zat besi sangat penting dalam pembentukan sel darah merah. Walaubagaimanapun multivitamin beserta formula zat besi ini tidak disarankan diambil dengan minuman susu kerana ianya akan mengurangkan efisiensi penyerapan zat besi oleh badan.




c) Vitamin C- Sangat penting untuk menjaga salur darah, sebagai antioksidan dan membantu meningkatkan antibodi ibu dan pengambilan Vitamin C membantu meningkatkan kandungan antibodi di dalam susuibu untuk anak yang sedang menyusu. So, sekiranya anda atau baby demam, cuma tingkatkan pengambilan vit c ke 2 biji sehari ...dan bagi ibu2 yg menghadapi puting melecet/luka/berdarah,insya allah akan mudah sembuh...satu lg kesannya kulit makin bersih, cerah & cantik kerana Vitamin C membantu pembentukan kolagen dengan lebih baik.




d) B Compleks - Sangat penting dalam membantu memetabolismekan karbohidrat, lemak & protein, Anti stress (sebagai penenang), Membantu meninggikan sistem pertahanan badan, menukarkan makanan(glukos) kepada tenaga dan membantu ibu2 berfikiran positif sentiasa(mood baik..)...so, bila kurangnya stress dan mood happy, secara automatik penghasilan susu akan lebih lancar. Pengambilan pil perancang memusnahkan zat vitamin B yang sedia ada di dalam badan si ibu. Vitamin B juga dapat melahirkan wajah ibu yang cantikberseri dan tidak kusam.




e) Alfalfa - Merupakan supplement penting utk boost penghasilan susu kerana mempunyai 1001 khasiat. Turut membantu dalam memekatkan susu dan menjadikan susu ibu lebih lemak berkrim.Namun pengambilan dan keberkesanan pada setiap ibu adalah berbeza. Ada yang hanya mengambil 2 biji sehari telah mempercepatkan proses penghasilan susu sehingga mengalami bengkak susu namun tidak kurang juga yang memerlukan 4 atau 6 biji sehari bagi membantu badan stimulate untuk menghasilkan susu dengan lebih cepat.Turut membantu perkumuhan (lebih lawas)dan membuang angin dalam badan...secara automatik kesan baik pd baby..susah nak kena kembung.Bagi yang tidak menyusukan bayi, Alfalfa yang dikenali sebagai raja tumbuh2an ini mempunyai banyak khasiat kesihatan. Ianya dikatakan banyak membantu meningkatkan kelancaran proses perkumuhan dan bagus untuk buah pinggang. Ianya juga adalah dalam kategori fiber dan mengenyangkan.




f) Performance Drink - Minuman elektrolit yang mengawal keseimbangan bendalir badan agar tidak kekeringan atau mencegah dehidrasi, Mengandungi formula 3 jenis karbohidrat iaitu matodextrin, fructose & glucose yang penting untuk tenaga dan stamina, Mengandungi formula unik Shaklee iaitu Opticarb yang membekalkan tenaga serta-merta dan berterusan tanpa mengganggu kestabilan gula dalam darah.


g) Ostematrix @ Kalsium - membina tulang dan gigi yang kuat,  membaiki ransangan urat saraf, mengelakkan kekejangan otot dan untuk menstabilkan denyutan jantung dan tekanan darah)
 
h) Zinc- penting untuk sistem pertahanan badan- imune system, bertindak sebagai anti oksidan, membantu penyerapan zat/mineral yang lain seperti magnesium, kalsium dan beberapa garam mineral yang lain, mempercepatkan pembaikan tisu yang luka, membantu penghantaran oksigen dan pengambilan karbon dioksida dari tisu, membantu pertumbuhan tulang yang sihat, mengawal rasa,bau dan selera dan terlibat secara langsung dengan sistem reproduktif manusia- kesuburan. (Ummi turut amalkan untuk kurangkan masalah rambut gugur)..
 


Energizing Soy Protein, Vitamin C, B Compleks, Vitalea @ multivitamin Dan Alfalfa...
 
 
 
Performance Drink
 
 
 
 
 

 
 
Ostematrix @ Kalsium
 
 
 
 
 
 

 
Zinc
 
 
 
 
 


 
3) Cara- cara ummi maintainkan susu
 
a) Pengamalan Supplement2 di atas secara konsisten
b) Minum air masak at least 3 liter sehari
c) Sessi pengepaman mengikut jadual ( 3-4 jam sekali)
d) Keinginan , Niat Dan Semangat Yang Kuat
e) Jauhkan stress
f) Tidak mudah Putus Asa
g) Buat power pumping at least 2 kali seminggu (kalau sempat buat bila kelapangan)
h) Paling Penting!!!Mohon kepada Yang Maha Esa...
 
4) Hasil nya :-
 
a) Susu yang maintain mencukupi buat anak ummi (8-9 oz persession)...alhamdulillah!!
   
 
Kebiasaannya 8 - 9 oz persession..
 
 
 


 
b) Anak yang sihat dan gebuss..
 
Ni gambar masa anak ummi umur 8 bulan lebih...nanti ummi up date gambar baru...(tak sempat)...
 
 
 
 

 
So, harap2 adik2 yang bertanya tentang journey breastfeeding ummi berpuas hati ye...
 
Salam sayang dan ukhuwah,
Kak Nadia..
19 Ramadhan...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jom friend dgn kami di Facebook!!

Menyokong Penyusuan Susu Ibu

Menyokong Penyusuan Susu Ibu

Terima kasih kerana singgah....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails