Buat putri - putri kesayanganku....

Blog ini adalah khusus mengenai sharing saya dan customer2 saya yang menggunakan produk Shaklee, kisah penyusuan saya sebagai EP MOM selama 2 tahun setengah, semua memori hidupku,semua kegembiraanku, kedukaanku,obsess ku dalam menghayati erti penyusuan,kebanggaan ku mengenai anak2 ku tersayang (Syasya Dan Qistyna) dan buat semua insan-insan di luar sana yang ingin berkongsi pengalamanku...Semoga setitik dakwat mampu membuat sejuta manusia berfikir tentangnya...


Sahabat2 kesayangan ummi

Doa (Ya Allah...Kabulkan Doa Kami)..

Bismillahirahmanirrahim...Ya Rahman Ya Rahim Ya Allah..Kurniakan rahmat dan kasih sayangMu ke atas kami..Berikan faedah dan kebaikan ke atas semua sahabat yang mengunjungi blog ini, kuatkan ikatan persahabatan dan ukhuwah kami dalam keberkatan Mu, murahkan rezeki kami, permudahkan lah semua urusan kami, kabulkan lah semua permohonan kami, panjangkan usia kami agar kami dapat beribadat kepada Mu dan hidupkanlah dan matikan lah kami dalam cahaya keimanan dan keredhaan Mu...amin...ya rabbalalamin...

Montage Group Intifada

Jumaat, 13 Ogos 2010

Healing Krisis Dan Sabar...

Salam...syukur kerana hari ini selesai lah hari ketiga kita berada di bulan ramadhan...hmmm...sejuknya...hari ni sebelah utara dr sebelah petang td lagi hujan turun...syukur ya allah...hujan rahmat di hari jumaat dan bulan ramadhan ini...


Sebenarnya entry kali ini ummi tuliskan kerana ummi menerima sms daripada salah seorang pengguna shaklee yang mengadu setelah beliau mengambil shaklee, badannya merasa letih, pening dan hampir demam...soal pertama yang ummi tanyakan padanya..."pernah tak makan supplement???"...jawapannya "tak pernah"....


So, mengapa healing krisis atau krisis pemulihan ini terjadi...(credit to N)

Apakah yang menyebabkan krisis pemulihan?



1. Krisis pemulihan adalah petanda yang baik kerana ia menunjukkan tubuh badan anda bertindak ke atas vitamin yang anda ambil.


2. Krisis pemulihan adalah tanda sel badan dan organ dalaman anda sedang dirawat.


3. Ia adalah proses di mana badan kita menyahtoksin atau mengeluarkan toksin dan benda2 yang berbahaya dari dalam tubuh.(Jika perlu customer disarankan mengambil herb-Lax untuk penyingkiran toksik)


4. Badan sedang menjalani proses pembiasaan dengan vitamin tersebut.


Biasanya yang mengalami krisis pemulihan adalah mereka yang tidak pernah mengambil sebarang vitamin sebelumnya, terdedah kepada pencemaran, kurang rehat, badan terlalu penat/lemah, stress dan mempunyai penyakit.


Usah dirisaukan sekiranya anda mengalami krisis pemulihan kerana ia adalah sementara dan satu petanda yang amat bagus.(maksudnya badan mula memberikan tindakbalas untuk repair sel2 badan). Cara untuk mengatasinya ialah dengan menambah kuantiti air yang diambil, dah berdoa sebanyak-banyaknya.


Sabar???Perkataan biasa yang kita akan dengar terutamanya apabila kita di landa musibah...dan adakalanya bg mereka yang sedang dlm stress yang keterlaluan perkataan sabar itu bukannya menjadi penenang malahan menimbulkan satu kemarahan pula...mengapa???Kerana adanya istilah "Bahu yang memikul lebih berat dari yang melihat"...Tetapi mengapa  adanya pula mafhum yang berbunyi "Sabar itu separuh daripada iman dan iman itu berada di dalam syurga"...so, ummi percaya sesungguhnya setiap ujian daripada allah itu, sekiranya diiringi dengan sifat SABAR pasti ada sesuatu yang lebih baik bakal Allah janjikan untuk kita kerana "Sesungguhnya Allah itu sentiasa bersama orang2 yang BERSABAR"...

Mengapa pengambilan vitamin atau supplement perlukan kesabaran???


1) Tindakbalas yang berlaku dalam badan untuk proses penyembuhan adalah secara semulajadi oleh sistem antibodi badan yang secara perlahan2 dibentuk dari pemakanan dan yang dilengkapi melalui makanan tambahan.


2) Penyerapan vitamin oleh sel akan menjadikan sel itu perlu masa untuk stimulate dan menghasilkan sel yang kuat dan membentuk antibodi.


3) Supplement berperanan dalam  mengisi ruang kekosongan yang tidak dapat dipenuhi melalui pengambilan makanan seharian kita.


4) Tubuh badan kita mengandungi banyak toksik dan ianya perlu disingkirkan agar sel dalam tubuh kita dapat menyerap semua vitamin dengan mudah dan lancar dan oleh kerana vitamin BERTINDAK dengan lembut kepada sistem badan, it will takes times to control all that the body needs...


Sungguhpun begitu, sekiranya anda termasuk golongan yang inginkan kesan yang cepat..terpulang...mungkin anda sewajarnya memilih ubat doktor sebagai langkah pencegahan atau memperbanyakkan susu anda..tapi sejujurnya, setiap ubat yang mengandungi chemical ummi tidak nafikan kesannya bertindak serta merta...TETAPI apakah kesan atau kelemahan pengambilan ubat2an yang mengandungi chemical ini???


1) Dalam jangka panjang, antibodi dan saraf kita akan mula lali dengan ubat tersebut (lali- mcm istilah alah bisa tegal biasa) maka dos yang lebih tinggi diperlukan oleh memastikan penyembuhan dapat berlaku dengan cepat.Ini bermaksud sistem imunisasi badan kita yang sepatutnya berperanan untuk melawan penyakit menjadi lemah kerana kerap di berikan ubat sebelum ianya bertindak secara semulajadi.


2) Secara perlahan - lahan sistem saraf akan menjadi lemah kerana terlalu bergantung dengan ubat.


3) Secara perlahan - lahan juga ianya akan  memberi kesan dan impak yang besar kepada buah pinggang serta hati.


4) Proses penyembuhan berlaku adalah secara paksaan melalui suntikan ubat ke dalam sistem antibodi tubuh badan kita.


So, nasihat ummi pastikan anda membezakan antara healing crisis dan kesan sampingan..kerana sekiranya kita bersabar untuk sementara waktu dalam menghadapi healing krisis tersebut, hasil tindakbalas vitamin secara lembut ke dalam badan kita, secara perlahan - lahan ianya akan menghasilkan kesihatan berpanjangan hasil peningkatan sistem imun tubuh untuk menjadi sel yang sihat dan kuat.


Dan bagi mengurangkan healing krisis tersebut, ummi galakkan anda mencuci usus  terlebih dahulu agar penyingkiran toksik dapat dilakukan dengan lebih mudah. Bagaimana? Disarankan pengambilan herb-lax sebanyak 5 biji pada Sabtu malam dan Ahad malam.


Ummi harap jgn cepat berputus asa sekiranya anda mengalami kesan yang sebaliknya apabila mengambil shaklee sbg pemakanan tambahan kerana ummi selalu tekankan bahawa supplement bukan lah ubat yang mana ubat memang di cipta untuk merawat sedangkan supplement di cipta untuk mencegah...dan ummi percaya berkat kesabaran kalian, insya allah akan membuahkan hasil yang manis sedikit masa lg...


Buat akhirnya, ummi ingin kongsikan cerita salah seorang sahabat ummi yang kini pengguna sepenuhnya set kesihatan optimum demi memastikan kesihatannya berada dalam kawalan sentiasa..insya allah...sebenarnya, mengapa sahabat ummi ini memilih untuk mengambil supplement secara berterusan..masih terngiang2 di telinga ummi kata2nya.."aku dah putus asa nak percaya dengan insurans, aku harapkan kalau aku sakit ada yang akan recover..tapi hampeh..daripada aku bayar tiap2 bulan kat situ baik aku maintain kesihatan aku sentiasa melainkan tuhan nak uji aku dgn penyakit"..terkedu ummi mendengarnya..mengapa agaknya sahabat ummi berkata sedemikian???kerana selama ini ayah kesayangannya yang telah join satu insurans selama hampir 12 tahun dan terpaksa menjalani pemotongan anggota badan hasil kencing manis yg di alaminya tetapi bila rujuk d insuran..apa jwpnnya...maaf encik..sekarang kita tak cover sakit kencing manis..melainkan penyakit yg benar2 parah...tepuk dahi sahabat ummi mendengarnya dan terpaksa bergolok gadai demi menyelamatkan nyawa ayah kesayangannya...dan yang lebih menyedihkannya kerana dengan pengambilan ubat tahan sakit kepada ayahnya, kini ayahnya terpaksa menghadapi risiko sakit buah pinggang pula...simpati ummi dengan nasibnya dan semoga keluarga sahabat ummi ini akan dikurniakan kesabaran dan kecekalan menghadapi situasi getir seperti ini...


So, pilihan di tgn anda...dan banyakkan bersabar jika kita ingin di bayar dengan sesuatu yang baik di masa akan datang dan setelah berusaha, pastikan kita sujud merendahkan diri memohon kebaikan yang kita ingini...


Salam sayang dan ukhuwah,
Kak Nadia...
3 Ramadhan.

1 ulasan:

Jom friend dgn kami di Facebook!!

Menyokong Penyusuan Susu Ibu

Menyokong Penyusuan Susu Ibu

Terima kasih kerana singgah....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails