Salam ukhuwah...pejam celik pejam celik..hari ni dah masuk hari keenam kita berpuasa...tak terasa masa begitu cepat berlalu...kalau lah bulan ramadhan ini dpt di tahan agar tidak begitu cepat berlalu...kemanisan bulan ramadhan masih belum dapat di capai sepenuhnya tetapi semakin ianya menjauh meninggalkan kita....
Bemacam- macam email dan sms yang ummi terima sebenarnya berkaitan penyusuan dalam bulan ramadhan...dari masalah susu yg semakin berkurangan dalam bulan ramadhan ini sehinggalah ttg rukhsah (keringanan) bagi ibu menyusukan untuk berpuasa...(alamak...sayang oii..ummi bukan ustazah..ummi takut tersilap ttg hukum hakam ni...kalau cakap ttg undang2 tahu la ummi...tapi,demi tidak menghampakan kalian yang bertanya terutamanya...ummi telah merujuk kpd beberapa ustaz dan ustazah yg ummi yakini pengetahuannya dan ummi turut google beberapa tajukyg berkaitan dan semalam ummi pilih beberapa buku yang berkaitan yang mungkin berkaitan dengan persoalan ini...so, let's sharing...
1) Rukhsah ibu yang menyusukan anak dalam bulan ramadhan
Dibenarkan oleh islam dengan syarat ianya hanya kerana si ibu benar2 bimbang akan mendatangkan kemudharatan ke atas diri dan juga anaknya...TETAPI harus diingat ye kawan2..rukhsah diberikan hanya kepada mereka yang benar2 memerlukannya...bukannya menjadikan sebab menyusukan itu sebagai alasan untuk tidak berpuasa...dalam erti kata lain, sekiranya seorang ibu itu telah berusaha menjaga makan minumnya dengan sempurna(cukup segala zat dan nutrien yg diperlukan) sepanjang ramadhan (ketika sahur dan berbuka), rehat yang cukup...minum air yang mencukupi untuk keperluan sepanjang ramadhan...dan si ibu masih tidak mampu dan khuatir tentang diri dan anaknya, maka ketika itulah rukhsah ini di benarkan...
2) Mengapa susu menjadi berkurangan semasa berpuasa?
a) Masalah kekeringan atau dehidrasiIni adalah masalah terbesar yang di hadapi oleh kebanyakan ibu2 yang menyusukan anak..antara keadaan2 yang mempamerkan seorang ibu itu dehidrasi adalah rasa dahaga yang melampau, menggigil, letih yang melampau, terasa ingin pitam, pening kepala dan mungkin sedikit loya...Dalam keadaan ini, sebenarnya kebanyakan ibu akan mendapati susunya berkurangan dan semakin menjelang petang masalah ini semakin teruk...
Cadangan : Pengambilan ESP dan performance drink adalah the best way yang ummi sedang lakukan bagi mengelakkan masalah dehidrasi terutamanya dalam bulan ramadhan...
b) Masalah "MIND SET"
Ini satu lagi yang menjadi masalah terbesar dalam menyusukan anak di bulan ramadhan ini...Si ibu mungkin secara sedar atau tidak sedar telah menyimpan satu maklumat di dalam mindanya bahawa 'SEMASA BERPUASA, SUSU AKAN MERUDUM'...inilah masalahnya...oleh kerana minda kita adalah perkara atau tunjang utama yang memberikan isyarat kepada badan untuk menghasilkan susu, secara kita tidak sedar, otak telah memanupulasi badan untuk mengurangkan penghasilan susu dan di sinilah ibu2 akan mendapati susunya akan berkurangan...dan harus diingat ye..mungkin apa yg kita fikir atau katakan itu, menjadi satu doa pula nanti...dan akibatnya si ibu akan menjadi stress dan bingung dan ini akan menjadikan susu semakin berkurangan..
Cadangan : Pengambilan B Compleks membantu dalam mengurangkan stress dan tekanan serta menjadikan minda kita lebih releks...
c) Pengambilan makanan dan minuman yang tidak seimbang
Ini satu lagi masalah yang timbul, di mana semasa bersahur dan berbuka, kita sering mengikut nafsu dan perasaan serta mengenepikan MAKANAN YANG SIHAT...harus di ingat bahawa setiap apa yg kita makan akan mengalir melalui susu badan dan tidak mustahil dengan pengambilan makanan yang banyak menggunakan ajinomoto, kebersihan makanan itu sendiri dan makanan yang tidak memenuhi gizi pemakanan yang seimbang, sedikit sebanyak ianya mempengaruhi penghasilan susu dan kualiti susu itu sendiri...
Cadangan : Pengambilan Multivitamin, Vitamin C dan alfalfa will enrich ur breast milk...
d) Takut mengepam di siang hari kerana takut lapar dan dahaga.
Tahukah kita bahawa konsep asas penyusuan adalah demand and supply. Lagi banyak demand, lagi banyak supply yg dihasilkan. Jadi, bagi memastikan penyusuan ini berterusan dan menghasilkan kuantiti yang sama dan tidak terjejas, pastikan aktiviti mengepam di teruskan seperti biasa. Selain daripada hormon prolaktin yang berfungsi dalam menghasilkan susu dan hormon oksitosin yang berfungsi dalam mengeluarkan susu dari breast, substance lain yang turut ada ialah FIL ( Feedback Inhibitor of Lactation ) iaitu sejenis protein yg terdapat di dalam susu yg berkumpul di breast. Sepatutnya FIL harus ada minima bagi memastikan susu dapat terus di hasilkan tetapi sekiranya aktiviti mengepam di kurangkan, maka FIL akan terkumpul dengan banyak di breast dan ini memberi isyarat bahawa susu perlu di kurangkan penghasilannya...so, pastikan aktiviti mengepam di teruskan ye, kawan2...
Cadangan : Pastikan jadual pengepaman sebelum ini di patuhi...
e) Pandangan masyarakat dan mitos..
Inilah masalah terbesar kebanyakan ibu2 yang menyusukan...kita akan mudah lemah dengan kata2 orang di sekeliling kita..contohnya "Eh..kesian anak u kan..apa zat yang dia dapat sbb u kan tak makan apa hari ni"...atau " Ishh..cukup ke susu u masa puasa ni???Kesian anak u"...mudahnya kita ter pengaruh dengan kata2 sebegini sedangkan dengan memastikan pengambilan makan dan minum yang seimbang, rehat yang cukup dan air yang banyak, pasti akan mencukupi untuk kita terus mengekalkan penyusuan kita sepnjang berpuasa...
Cadangan : Ambil makan dan minum yang seimbang + kurangkan ais dan pengambilan supplement yg sesuai...(SET B + ESP + Performance Drink)...
Sepatutnya, bulan ramadhan yang mulia ini bukanlah menjadikan satu alasan kepada kita untuk memberhentikan penyusuan..jangan la kita terpengaruh dan bimbang dengan kemudharatan kepada diri dan anak kita, kerana sesungguhnya setiap suruhan yang allah tetapkan ke atas kita pasti ada hikmah dan keistimewaan yang tersirat di samping yang tersurat dengan apa yang Allah telah tentukan buat hambaNya yang bergelar wanita dan ibu.
Dan ummi percaya, satu keistimewaan yang dikurniakan kepada kita adalah PAHALA PUASA DAN PAHALA MENYUSUKAN ANAK...dan yang lebih manis lagi ianya dalam bulan ramadhan..pasti ada bonus besar yang allah janjikan buat kita dan satu yang harus kita yakini adalah sesungguhnya Allah itu Maha Pengasih dan Penyayang...di samping di kurniakan extra bonus, turut di sediakan kemudahan dan keringanan buat para ibu yang menyusukan anak dengan Rukhsah berbuka sekiranya tidak mampu...alangkah indahnya ciptaan allah dalam sesuatu kejadian itu dan ALANGKAH RUGINYA BAGI MEREKA YANG TIDAK TAHU BERSYUKUR DAN MENSIA - SIAKANNYA...SELAMAT BERPUASA YE...
Salam sayang dan ukhuwah,
Kak Nadia..
6 Ramadhan...
Buat putri - putri kesayanganku....
Blog ini adalah khusus mengenai sharing saya dan customer2 saya yang menggunakan produk Shaklee, kisah penyusuan saya sebagai EP MOM selama 2 tahun setengah, semua memori hidupku,semua kegembiraanku, kedukaanku,obsess ku dalam menghayati erti penyusuan,kebanggaan ku mengenai anak2 ku tersayang (Syasya Dan Qistyna) dan buat semua insan-insan di luar sana yang ingin berkongsi pengalamanku...Semoga setitik dakwat mampu membuat sejuta manusia berfikir tentangnya...
Sahabat2 kesayangan ummi
Doa (Ya Allah...Kabulkan Doa Kami)..
Bismillahirahmanirrahim...Ya Rahman Ya Rahim Ya Allah..Kurniakan rahmat dan kasih sayangMu ke atas kami..Berikan faedah dan kebaikan ke atas semua sahabat yang mengunjungi blog ini, kuatkan ikatan persahabatan dan ukhuwah kami dalam keberkatan Mu, murahkan rezeki kami, permudahkan lah semua urusan kami, kabulkan lah semua permohonan kami, panjangkan usia kami agar kami dapat beribadat kepada Mu dan hidupkanlah dan matikan lah kami dalam cahaya keimanan dan keredhaan Mu...amin...ya rabbalalamin...
Montage Group Intifada
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan