Salam...maaf terlebih dahulu ummi mohon kerana hampir seminggu ummi tidak menulis di blog ummi...seminggu ini ummi menghadiri kursus di putrajaya...(along rina, sori taksempat jumpa)...dan sbb ayah ummi teringin nak jumpa cucu2nya...so, ummi berulang alik dr melaka ke putrajaya setiap hari kerana anak kecil ummi masih menyusu sepenuhnya dr ummi...
So, email ummi memang dah full sebab ummi tak sempat nak balas...maklum sedikit terkejar2 dengan jadual kursus dan berulang alik hampir 2 jam lbh dr putrajaya ke melaka (tapi ummi puas sbb dpt gembirakan hati orang tua)...so, banyak email2 yang ummi terima bertanyakan tentang cara2 pengambilan set b (breastfeeding) secara teratur dan betul bg mendapatkan hasil yang diingini...so, berikut ummi ingin share base pd tunjuk ajar adik ummi, N(thanks N for ur consult) dan pengalaman ummi sendiri sepanjang pengambilan supplement tersebut...
Actually ummi akan bahagikan kepada 2 keadaan iaitu:-
a) Pengamal supplement Type A (Mengamalkan alfalfa 2 bji sahaja sehari)
b) Pengamal supplement Type B ( Mengamalkan alfalfa 6 biji sehari) - ummi tergolong dlm golongan ini..
Selepas sarapan pagi ( sekitar jam 8.00 pagi hingga 12.30 tengahari)
a) Pengamal Supplement Type A
b) Pengamal Supplement Type B
Pastikan kalian ambil alfalfa 2 biji bersama dengan Vitalea sebiji.(untuk melengkapkan vitamin dan zat galian yang lengkap)..
Tambahan:
1) Minum air dlm tempoh ini (bukan sekaligus tetapi kerap) sekitar 1 liter.
2) Pam breast sekurang2nya sekali @ 2 kali(jika boleh) dalam waktu 3@ 4 jam sekali session.
3) Sambil2 buat kerja di opis amalkan membaca zikir "Ya Matin"..
4) Jika mampu, amalkan solat dhuha dan mohon rezeki anak untuk memperbanyakkan rezeki susu dan rezeki kalian juga...insya allah...
5) Jika kalian turut mengambil ESP, sila bancuhkan sesudu atau 2 sudu ESP ke dalam segelas air sejuk atau air suam (boleh juga bancuh dengan sebarang minuman kegemaran anda)..
6) Dan sekiranya kalian juga mengambil Performance Drink, lbh baik jika bancuhan ESP di buat bersekali dengan Performance drink @ boleh sahaja bancuh secara berasingan...
Selepas Makan Tengahari (sekitar jam 1.00 petang hingga 6.30 petang)
a) Pengamal Supplement Type A
Amalkan ambil Vitamin B Compleks..(Bertindak selaku anti stress dan menukarkan makanan kepada tenaga, membantu proses metabolisma badan)..
b) Pengamal Supplement Type B
Amalkan ambil Alfalfa 2 biji bersama B Compleks.
Tambahan :
1) Minum air dlm tempoh ini (bukan sekaligus tetapi kerap) sekitar 1 liter.
2) Pam breast sekurang2nya sekali @ 2 kali(jika boleh) dalam waktu 3@ 4 jam sekali session.
3) Sambil2 buat kerja di opis amalkan membaca zikir "Ya Matin"..
4) Jika kalian turut mengambil ESP, sila bancuhkan sesudu atau 2 sudu ESP ke dalam segelas air sejuk atau air suam (boleh juga bancuh dengan sebarang minuman kegemaran anda)..
Selepas Makan Malam(sekitar jam 7.00 malam sehingga 10.00 malam)
a) Pengamal Supplement Type A
Amalkan ambil Vitamin C..(Bertindak selaku imunisasi booster)..
b) Pengamal Supplement Type B
Amalkan ambil Alfalfa 2 biji bersama Vitamin C.
Tambahan :
1) Minum air dlm tempoh ini (bukan sekaligus tetapi kerap) sekitar 1 liter.
2) Pam breast sekurang2nya sekali @ 2 kali(jika boleh) dalam waktu 3@ 4 jam sekali session.
3) Jika kalian turut mengambil ESP, sila bancuhkan sesudu atau 2 sudu ESP ke dalam segelas air sejuk atau air suam (boleh juga bancuh dengan sebarang minuman kegemaran anda)..
Di samping itu, antara lain ummi juga ingin sarankan bagi mempercepatkan proses susu terhasil untuk sessi pengepaman :-
1) Gentel nipple (sehingga rasa tegang) bagi menghasilkan keadaan let dowm refleks.
2) Sebelum meletakkan corong ke breast, bacakan surah al kauthar ( 3 ayat sahaja)..dan doa dengan tuhan semoga allah memperbanyakkan pengaliran susu seperti mana banyaknya pengaliran air dalam sungai al kauthar...
3) Sambil mengepam bacakan zikir "Ya Matin" dengan doa semoga air susu melimpah ruah untuk anak kita..
4) Selesai proses mengepam urut secara lembut payudara dan kelilingnya agar saki baki susu yang mungkin masih ada dapat di keluarkan sepenuhnya...
Dan bagi bulan ramadhan ini, cara pengamalannya seperti ini:-
Waktu sahur:
Pengamal supplement Type A
1)Selepas makan nasi atau apa jua juadah bersahur serta kurma , makan 2 biji Alfalfa .
2)Sebelum waktu sahur berakhir, minum air suam segelas dan bacakan surah al kauthar dan mohon pd allah untuk memperbanyakkan air susu pada hari tersebut.
3) Setkan dalam minda bahawa susu akan kekal pekat dan banyak seperti hari2 biasa.
Pengamal supplement Type B
1)Selepas makan nasi atau apa jua juadah bersahur serta kurma , makan 3 biji Alfalfa .
2)Sebelum waktu sahur berakhir, minum air suam segelas dan bacakan surah al kauthar dan mohon pd allah untuk memperbanyakkan air susu pada hari tersebut.
3) Setkan dalam minda bahawa susu akan kekal pekat dan banyak seperti hari2 biasa.
Tambahan :-
Sekiranya kalian pengamal ESP dan Performance Drink, Bancuhkan dalam satu gelas dan tutup dengan air suam.
Waktu Berbuka:
Pengamal Supplement Type A.Berbukalah dengan juadah berbuka seperti biasa disertai kurma.
Pengamal Supplement Type B.
Berbukalah dengan juadah berbuka seperti biasa di sertai kurma, kemudian ambil alfalfa 3 biji.
Tambahan :-
Sekiranya kalian pengamal ESP dan Performance Drink, Bancuhkan dalam satu gelas dan tutup dengan air suam.
Sebelum tidur:
Pengamal Supplement Type A Dan B.
Amalkan vitamin lain iaitu Vitalea@multivitamin, B complex dan Vitamin C.
Tambahan :-
Sekiranya kalian pengamal ESP, Bancuhkan segelas ESP dengan air sejuk atau suam dan boleh juga di tambah ke dlm minuman kegemaran kalian.
Oh ya, sepanjang berpuasa ini juga, ummi harap kalian kekalkan sessi mengepam sepertimana jadual biasa kerana stimulate ttp penting untuk maintain kuantiti susu...
So, ummi harap cara2 yang ummi beri ini dpt sedikit sebanyak membantu kalian dalam pengambilan set B.Harus juga ummi tekankan bahawa supplement ini hanya sebagai pemakanan tambahan dan bukanlah ubat, jadi keberkesanannya bergantung juga kepada badan masing2...Dan dalam bulan puasa ini, ummi harap berpada2 lah pengambilan air berais kerana ianya akan membuatkan badan lebih letih dan penat...so, sempena bulan baik ini, ummi harap samalah2 kita kejar kebaikan dan fadilat yang terdapat dlm bulan ramadhan yang bakal tiba ini...
Happy Ramadhan!!!
Salam sayang dan ukhuwah,
Kak Nadia...
Buat putri - putri kesayanganku....
Blog ini adalah khusus mengenai sharing saya dan customer2 saya yang menggunakan produk Shaklee, kisah penyusuan saya sebagai EP MOM selama 2 tahun setengah, semua memori hidupku,semua kegembiraanku, kedukaanku,obsess ku dalam menghayati erti penyusuan,kebanggaan ku mengenai anak2 ku tersayang (Syasya Dan Qistyna) dan buat semua insan-insan di luar sana yang ingin berkongsi pengalamanku...Semoga setitik dakwat mampu membuat sejuta manusia berfikir tentangnya...
Sahabat2 kesayangan ummi
Doa (Ya Allah...Kabulkan Doa Kami)..
Bismillahirahmanirrahim...Ya Rahman Ya Rahim Ya Allah..Kurniakan rahmat dan kasih sayangMu ke atas kami..Berikan faedah dan kebaikan ke atas semua sahabat yang mengunjungi blog ini, kuatkan ikatan persahabatan dan ukhuwah kami dalam keberkatan Mu, murahkan rezeki kami, permudahkan lah semua urusan kami, kabulkan lah semua permohonan kami, panjangkan usia kami agar kami dapat beribadat kepada Mu dan hidupkanlah dan matikan lah kami dalam cahaya keimanan dan keredhaan Mu...amin...ya rabbalalamin...
Montage Group Intifada
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan