Buat putri - putri kesayanganku....

Blog ini adalah khusus mengenai sharing saya dan customer2 saya yang menggunakan produk Shaklee, kisah penyusuan saya sebagai EP MOM selama 2 tahun setengah, semua memori hidupku,semua kegembiraanku, kedukaanku,obsess ku dalam menghayati erti penyusuan,kebanggaan ku mengenai anak2 ku tersayang (Syasya Dan Qistyna) dan buat semua insan-insan di luar sana yang ingin berkongsi pengalamanku...Semoga setitik dakwat mampu membuat sejuta manusia berfikir tentangnya...


Sahabat2 kesayangan ummi

Doa (Ya Allah...Kabulkan Doa Kami)..

Bismillahirahmanirrahim...Ya Rahman Ya Rahim Ya Allah..Kurniakan rahmat dan kasih sayangMu ke atas kami..Berikan faedah dan kebaikan ke atas semua sahabat yang mengunjungi blog ini, kuatkan ikatan persahabatan dan ukhuwah kami dalam keberkatan Mu, murahkan rezeki kami, permudahkan lah semua urusan kami, kabulkan lah semua permohonan kami, panjangkan usia kami agar kami dapat beribadat kepada Mu dan hidupkanlah dan matikan lah kami dalam cahaya keimanan dan keredhaan Mu...amin...ya rabbalalamin...

Montage Group Intifada

Rabu, 11 Ogos 2010

Relaktasi??? Boleh kah????

Salam...syukur ke hadrat allah kerana ummi dapat menyempurnakan ramadhan hari pertama ini dengan baik dan bertenaga...doa yang tak putus2 dan pengambilan supplement yang tepat banyak membantu ummi dalam memastikan susu ummi kekal pada kuantiti yang sama semasa tidak berpuasa dan yang paling penting kekal pekat dan bernutrisi...alhamdulillah ya allah...atas nikmatMu yang tidak terhingga ini..ummi percaya atas permohonan ummi yang tidak putus2 demi keazaman ummi untuk cuba menyusukan anak ummi sehingga 2 tahun penuh, maka Allah menggerakkan hati ummi untuk mencuba shaklee...dan alhamdulillah susu ummi masih maintain seperti dahulu dan mencukupi buat putri kesayangan ummi...dan ummi yakin, sifat allah itu Maha Pengasih dan Penyayang...maka kerana itu, setelah ummi mencuba supplement shaklee ini dan mendapat hasil yang baik, kini dengan izinNya juga ummi turut cuba membantu dan berkongsi dengan kalian akan kebaikan supplement shaklee ini....


So, berbalik dengan entry yang ingin ummi catatkan hari ini, ianya berikutan pagi td salah seorang sahabat ummi bertanyakan kepada ummi tentang set B yang ummi syorkan bagi breastfeeding mother...sahabat ummi ini mempunyai anak yang baru berusia 2 bulan setengah tetapi sayangnya, berikutan beberapa faktor sampingan, sahabat ummi gagal menyusukan anaknya...dan alangkah belasnya hati ummi mengenangkan betapa baby yg masih mentah dan mempunyai sistem penghadaman yang masih rapuh ini terpaksa menelan susu tepung bg mencukupkan keperluannya...dan sahabat ummi ini sering rungsing kerana babynya kerap mengalami demam, selsema dan batuk...mungkin sistem imunisasi nya yang masih rapuh dan sepatutnya protection yang wajar di perolehinya dari susu ibu tidak di berikan, maka inilah yang terjadi...sesungguhnya kerana itu ummi sgt percaya bahawa Allah telah menciptakan susu ibu itu adalah yang terbaik buat anak kita dan sangatlah rugi bagi ibu2 yang mensia2kannya...(terutama bg ibu2 yg tiada masalah susu)...


Sahabat ummi ini, ingin cuba menyusukan anaknya semula dalam condition beliau telah berhenti memberikan susunya yang menitik2 dlm tempoh pantang (sayangnya...)..dan sebaik shj beliau kembali bekerja dan kini susunya hampir kering sepenuhnya, cuma lately apabila nenen di suakan kpd anaknya, nyata anak sahabat ummi ini masih ingin menyusu badan...bersungguh2 baby beliau menghisap nenen mamanya dan kerana itulah sahabat ummi ini terdetik untuk cuba menyusukan anaknya kembali...Dan inilah yang di panggil RELAKTASI...


Sayangnya, ada juga antara ibu2 yang 'terdesak' dan memerlukan hasil yang segera...Kerana itu jalan ringkas dengan mengamalkan ubat seperti Motilium atau mexolon memberi kesan yang cepat untuk peningkatan hasil susu namun perlu kita tahu ianya adalah kesan sampingan dari ubat tersebut dimana sebenarnya ubat tersebut adalah untuk menahan muntah dan yang berkaitan dengan masalah perut dan usus . Memang penghasilan susu akan meningkat dengan kadar segera TETAPI kesan jangka panjang yang perlu kita ketahui ialah dimana ubat2 ini akan mengganggu sistem pertahanan badan. Memang ada yang tidak banyak membaca, akan menganggap...alah bukan selalu amik sekali sekala jek, namun ubat ini memberi kesan negatif dalam jangka panjang terutama yang memberi kesan segera. Antara kesannya ialah tekanan mental, sakit jiwa, gangguan hormon seperti menstrual , gangguan usus dan kidney dan banyak lagi.



So, Secara asasnya, proses relaktasi ini insya allah boleh berjaya dengan syarat :-


a) Keinginan , Niat Dan Semangat  yang kuat dalam diri si ibu untuk memulakan semula penyusuan susu ibu(bukan hangat2 taik ayam ye)...


b) Jauhi stress dan tenangkan diri semaksimum mungkin kerana STRESS atau TEKANAN merupakan penyumbang terbesar untuk menggagalkan penyempurnaan susu ibu...


c) Kerap susukan baby directly..sebab baby perangsang terbaik utk penghasilan susu. Sebaik2nya kalau waktu malam atau cuti..fully breastfeed baby directly. Kalau kat opis..perah susu sekerap mungkin..jangan biarkan breast tidak dipam lebih drp 2 jam. Lagi kerap baby hisap/kita pam lagi banyak susu akan terhasil dan bagi mereka yang gagal menyusukan secara direct (mcm ummi), pastikan jadual mengepam di buat secara teratur.


d) Jangan sesekali meletakkan sasaran yang terlalu tinggi bg satu2 sessi pengepaman...maksud ummi target nak pam mesti dpt 6 oz, so, bila kita tak dpt jumlah tersebut, secara automatik kita akan stress. So set kat fikiran..berapa yang dapat..jadilah..alhamdulillah..fikiran pun tenang..




e) Minum air suam yang banyak...sehari sekitar 3 liter kerana selain supplement air membantu kita tenang dan menghasilkan susu yang banyak.


f) Jangan putus asa..iringi usaha dengan doa kepada Allah agar niat murni kita utk memberi anak susu ibu terlaksana..dan dipermudahkan..insya allah...

**Untuk lebih jelas, dapatkan kosultasi daripada LC(lactation counselor) atau Pakar Laktasi yang berhampiran.


Dan bagi mereka yang ingin mencuba proses relaktasi ini, antara supplement yang ummi cadangkan ialah :-


a) Set B add on Alfalfa 120 biji - RM 100.00 (termasuk postage) (si ibu perlu meningkatkan pengambilan alfalfa kpd 6 bj sehari bg memastikan proses merangsang semula susu ibu lebih berkesan.)


b) Energizing Soya Protein - RM 131.00 (termasuk postage)- Ramai yang mencuba ESP mengakui bahawa susu bertambah secara perlahan2 dan semakin pekat serta mengenyangkan.


c) Performance Drink - RM 76.00 (termasuk postage)- penting dlm bulan ramadhan terutamanya kerana kita kurang minum air dan senang terhydrate.


Namun, sekiranya anda mengambil ketiga2nya sekali= RM 100.00 + RM 121.00 + RM 66.00 + RM 10.00 (Postage) - Totalnya RM 297.00 sahaja (save RM 10.00)..


Harus juga ummi ingatkan...makanan tambahan ini adalah VITAMIN dan bukannya UBAT. Yang mana VITAMIN bertindak dengan lembut dengan sistem badan dan tidak memberi kesan yang negatif...berbanding ubat. Dan, pilihan di tangan kalian...kalian yang lebih berhak menentukan apakah yang terbaik buat anak kesayangan kalian...Dan ummi turut doakan...Semoga setiap wang, masa dan pengorbanan yang kalian lakukan demi kemaslahatan anak kesayangan kalian ini, insya allah akan membuahkan hasil yang cukup manis di kemudian hari dengan terhasilnya anak yang SOLEH DAN SOLEHAH serta membalas jasa2 yang ibu mereka taburkan buat mereka selama ini...Aminnnn!!!!


Salam sayang dan ukhuwah,
Kak Nadia..
"1 Ramadhan..."

2 ulasan:

  1. salam perkenalan slm Ramadhan! menarik blog ni, sudikan2 jgk blog sy yg tak seberapa!

    BalasPadam
  2. salam ummi..menarik blog ni...nk tanye ummi. boleh tak kiranya sy ingin menyusu kn smula susu badan kpd ank sy yg kini berusia 8 bulan. sedang dia berhenti minum susu badan ketika usia 3bln. skrg sy telah pun mjd suri rumah sepenuh masa krn kesihatan ank sy x mengizin kan sy tok bkerja. tlg ummi beri peyelesaian pd msalah sy. ummi boleh email sy di mialestary86@gmail.com. tq ummi

    BalasPadam

Jom friend dgn kami di Facebook!!

Menyokong Penyusuan Susu Ibu

Menyokong Penyusuan Susu Ibu

Terima kasih kerana singgah....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails