Buat putri - putri kesayanganku....

Blog ini adalah khusus mengenai sharing saya dan customer2 saya yang menggunakan produk Shaklee, kisah penyusuan saya sebagai EP MOM selama 2 tahun setengah, semua memori hidupku,semua kegembiraanku, kedukaanku,obsess ku dalam menghayati erti penyusuan,kebanggaan ku mengenai anak2 ku tersayang (Syasya Dan Qistyna) dan buat semua insan-insan di luar sana yang ingin berkongsi pengalamanku...Semoga setitik dakwat mampu membuat sejuta manusia berfikir tentangnya...


Sahabat2 kesayangan ummi

Doa (Ya Allah...Kabulkan Doa Kami)..

Bismillahirahmanirrahim...Ya Rahman Ya Rahim Ya Allah..Kurniakan rahmat dan kasih sayangMu ke atas kami..Berikan faedah dan kebaikan ke atas semua sahabat yang mengunjungi blog ini, kuatkan ikatan persahabatan dan ukhuwah kami dalam keberkatan Mu, murahkan rezeki kami, permudahkan lah semua urusan kami, kabulkan lah semua permohonan kami, panjangkan usia kami agar kami dapat beribadat kepada Mu dan hidupkanlah dan matikan lah kami dalam cahaya keimanan dan keredhaan Mu...amin...ya rabbalalamin...

Montage Group Intifada

Rabu, 30 Jun 2010

PLEASE HELP!!! SAYA NAK ANAK!!!!

Salam...sekali lagi bersua kita di alam maya...syukur allah memberikan kesihatan yang baik kepada ummi untuk terus menulis...entry kali ini ummi tulis khusus untuk teman ummi nun jauh di terengganu...teman ummi ini ada bertanyakan tentang vitamin yang sesuai untuk dia yang sudah berkahwin selama hampir 3 tahun..dan soalan2 mengenai anak sering mengganggu emosi teman ummi ini...

Tersentuh hati ummi melihat anak2 yang di buang di tepi2 jalan,dalam tandas dan sebagainya...saban hari berita2 ini macam menjadi satu berita wajib dan alangkah kejinya mereka yang tergamak melakukannya...sedangkan dalam masa yang sama ramai di luar sana yang sangat menginginkan anak tetapi belum rezeki mereka...

Berbalik kepada masalah teman ummi tersebut...jawapan ummi ada 4 jenis vitamin yang sgt sesuai untuk mereka yang menghadapi masalah kesuburan...tapi harus ummi ingatkan vitamin ini bukan di makan oleh sebelah pihak sahaja tetapi perlukan kedua2 belah pihak...di samping menambahkan kesuburan ia juga mengekalkan daya ketahanan badan sehari2...so, ibaratnya buy 1 free 1...

4 jenis vitamin yang ummi maksudkan tersebut ialah b compleks, multivitamin, vitamin e dan zinc...apakah relevennya ummi mengesyorkan vitamin2 ini...di sini ummi huraikan satu persatu secara ringkas dan jelas :-

1) Zinc - Zinc memberi kesan terhadap berbagai hormon termasuklah hormone sex, hormone thyroid, kemandulan bagi lelaki dan perempuan, prostate, thyroid yang tidak aktif . Kekurangan zinc juga dikatakan antara sebab kemandulan – Istilah yang di gunakan adalah “Below the level of technical sterility” bermaksud di bawah paras kesuburan. Ia mempengaruhi bilangan sperm (sperm count) dan pergerakannya (sperm motility). So, zinc ni mmg penting untuk kesuburan...

2) multivitamin - untuk memastikan keperluan 12 vitamin dan 7 galian dipenuhi. Rata2 pengambilan makanan seharian kita tidak dapat memenuhi keperluan ini atas banyak sebab dan kekangan.Dan uniknya multivitamin shaklee kerana ianya mengandungi iron formula yang sangat penting bagi tubuh.

3) B Compleks - paling penting untuk elak kemurungan (anti-stress) & menstabilkan hormon. Uniknya vitamin b shaklee kerana ianya turut mengandungi Folic acid dan Biotin yang sangat penting untuk pembentukan darah dan kestabilan hormon.

4) Vit E - membantu meningkatkan hormon seks baik lelaki mahupun wanita..Uniknya vitamin E shaklee kerana turut mengandungi silenium manakala vitamin E kebanyakkan di pasaran adalah dijual berasingan dengan silenium. Ia juga sangat bagus untuk jantung tetapi waktu yang sama ia boleh meningkatkan pengeluaran hormon seks testosteron.

Apa yang ummi huraikan di atas hanya lah bersifat umum sahaj...sebenarnya setiap vitamin itu sangat banyak kesan positif apabila di amalkan...terpulang kepada diri sendiri memilih hanya yang terbaik untuk diri kita...

Dan, ummi pernah di tanya mengapa ummi tidak sediakan vitamin2 dia atas dalam bentuk trial pack???Ini kerana faktor kurang subur bg setiap manusia itu berbeza..dan masalah kesuburan juga mempunyai banyak sebab yang sukar di huraikan secara terperinci...Sekiranya anda terdiri daripada golongan yang memang normal(tiada masalah dari segi kesuburan-stlh check dgn pakar) dan ingin mencuba vitamin2 yg ummi syorkan silakan...ummi sedia membantu...dan nasihat ummi yang paling penting selain daripada makan vitamin jangan sesekali kita lupa untuk memohon kpd yang maha esa...kerana hanya dia sahaja yang berhak mengabulkan doa kita kerana dia telah menciptakan setiap sesuatu kejadian itu dengan sebaik2nya...

Salam sayang dan ukhuwah,
Kak Nadia....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jom friend dgn kami di Facebook!!

Menyokong Penyusuan Susu Ibu

Menyokong Penyusuan Susu Ibu

Terima kasih kerana singgah....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails