Buat putri - putri kesayanganku....

Blog ini adalah khusus mengenai sharing saya dan customer2 saya yang menggunakan produk Shaklee, kisah penyusuan saya sebagai EP MOM selama 2 tahun setengah, semua memori hidupku,semua kegembiraanku, kedukaanku,obsess ku dalam menghayati erti penyusuan,kebanggaan ku mengenai anak2 ku tersayang (Syasya Dan Qistyna) dan buat semua insan-insan di luar sana yang ingin berkongsi pengalamanku...Semoga setitik dakwat mampu membuat sejuta manusia berfikir tentangnya...


Sahabat2 kesayangan ummi

Doa (Ya Allah...Kabulkan Doa Kami)..

Bismillahirahmanirrahim...Ya Rahman Ya Rahim Ya Allah..Kurniakan rahmat dan kasih sayangMu ke atas kami..Berikan faedah dan kebaikan ke atas semua sahabat yang mengunjungi blog ini, kuatkan ikatan persahabatan dan ukhuwah kami dalam keberkatan Mu, murahkan rezeki kami, permudahkan lah semua urusan kami, kabulkan lah semua permohonan kami, panjangkan usia kami agar kami dapat beribadat kepada Mu dan hidupkanlah dan matikan lah kami dalam cahaya keimanan dan keredhaan Mu...amin...ya rabbalalamin...

Montage Group Intifada

Rabu, 23 Jun 2010

Salahkah Ummi....???

Salam...hari ini sekali lagi ummi ingin berkongsi cerita dengan kalian...harap2 kisah ini menjadi iktibar dan menguatkan lagi keazaman ummi untuk terus memperjuangkan susu badan sepenuhnya...

Petang tadi ummi melawat sahabat ummi yang baru sahaja melahirkan anak..seorang anak lelaki yg comel seberat 2.9 kg...ummi turut bergembira krn ini merupakan anak sulung sahabat ummi setelah menunggu hampir 5 tahun...

Sedang ummi bersembang2 (ummi dtg melawat dengan beberapa org sahabat)...anak kecil ini menangis...tanpa berlengah sahabat ummi ini terus memberikan anaknya sebotol susu...tanpa niat apa2, ummi bertanya "susu badan hang ka???"...serta merta tanpa rasa bersalah sahabat ummi menjawab.."takkk...susu 'mahal' ni...susu aku takde...anak aku pun tak nak minum susu aku"...alangkah...sebak rasa hati ummi kerana terbayang bgmana perut si kecil itu menampung kepekatan susu tersebut dan alangkah kesiannya perut si kecil untuk menghadamkannya...tanpa ummi sengaja terkeluar kata2 dr mulut ummi..."kesian anak hang"...sahabat ummi seperti tersentap dan katanya "awatnya???susu ni pak dia beli yang paling mahai...susu mahai tentulah khasiatnya banyakkan"...

Ummi pun jwb dgn lemah lembut kot2 dia nak cuba susu badan..."dak la...aku tak kata susu pak dia beli ni tak elok cuma tuhan jadikan susu yang sedia ada tu tentu itulah yang terbaikkan...kalau hang tak reti mai aku cuba ajaq hang camna nak bg anak hang mau isap susu hang...maybe cara hang bg tak betui kot"...serta merta berubah air muka sahabat ummi tu..langsung di jwb.."hmm...tak yah la...hang pun bukan pakar kan...yang aku tau hang pun bukan bg anak hang minum direct kan...tak pa la...terima kasih je...senang lagi tinggai bancuh ja...tak yah aku susah2 mcm hang...nak usung pam sana sini...nak kena perah susu kat opis...ishh...lecehhhh"...terdiam ummi dengar kata2 sahabat ummi tu...tp apakan daya,ummi senyapkan sahaja...

Yang lebih menyedihkan ummi,semasa ummi dukung baby tu...mulut dia tercari2 puting ibunya...sedih sangat ummi...so, kata2 dia yang kata anak tak mau susu aku...salah...

Apa yang ummi tau setiap baby yang di lahirkan tiada yang tidak mahu kepada susu badan kerana allah telah menciptakan semua ibu itu mempunyai susu...alasan tiada susu sebenarnya bg ummi satu alasan yg direka2 semata2...semua ibu yg mengandung dan melahirkan mampu menyusukan anaknya... dan percayalah SETIAP APA YG ALLAH BERIKAN DAN CIPTA ITU ADALAH YG TERBAIK DAN SANGAT LAH RUGI KEPADA SESIAPA YG MENSIA - SIAKANNYA...

Di sini ummi turut kongsikan email dr cousin ummi mengenai kisah penyusuannya...cousin ummi ni juga full breast feed mother...walaupun bekerja...bekerja bukan alasan utk nafikan HAK anak untuk dpt susu terbaikkan...dan cousin ummi pernah hantar email pd ummi lbih kurang mcm ni bunyinya(meluahkan rasa hati ttg anak yg dia full breast feed-anak lain mnm susu lembu sbb masa tu dia cetek ilmu)...

" anak inilah yang menyapu airmataku tatkala semua abang dan kakaknya membuatku sedih,
anak inilah yang memelukku dan memujuk lara hatiku tatkala anak2 yang lain melawan kata2 ku,
anak inilah juga yang memicit2 badanku tatkala aku keletihan sedangkan anak2 lain sanggup melemparkan kata2 ...ah..penat la ibu ni...,
anak inilah juga yang sanggup bersengkang mata menjaga aku di wad tatkala aku di jangkiti demam denggi sedangkan anakku yg lain memberikan alasan busy,
dan yang paling menyedihkan ku inilah satu2nya anakku yg tidak jijik atau geli untuk membasuh air kencing dan hadas besarku...sedangkan anak lain lebih tega menyuruh jururawat yg melakukannya dengan alasan geli dan kotor...sedangkan tangan inilah yg mencebok mereka tatkala kecil...
alangkah...bodohnya dan jahilnya aku saat itu...dan ku salahkan diriku atas segala kesalahan ini kerana aku sndiri yang menyuapkan susu lembu ke mulut mereka sbg makanan pertama mereka dengan alsan susah dan malas...dan kiranya masa boleh ku putar semula...takkan ku ulangi kesalahan yg sama dan menyusukan mereka dgn susu aku sndiri...tp apakan daya...dan kerana itu,aku akan pastikan selagi terdaya akan aku canangkan seluruh dunia agar cuba menyusukan anak walau sesusah mana pun...kerana hr ini ramai anak2 diluar sana semakin banyak ingin menjadi "si tanggang"...kerana apa???kerana makanan pertama yg diberi adalah SUSU LEMBU...wahai ibu2 diluar sana...janganlah ulangi kesilapan sama yg aku lakukan kerana terlajak perahu boleh di undur terlajak perbuatan sesal sudahnya..."

*thanks to my dear cousin sbb benarkan aku copy paste hangnya email...*

So...tepuk dada tanya kehendak diri sendiri...jika kita berkira2 dan bersusah payah semasa mengandung mengumpul duit sebanyak mungkin untuk membeli baju dan barang2 keperluan anak kita dengan alasan ingin menyediakan kelengkapan yang terbaik untuknya,apa salahnya kita juga memasukkan dlm kotak fikiran kita ingin memberikan susu yang terbaik untuk anak kita...iaitu susu badan...

Untuk akhir kata renungilah kata2 ini...TIDAKLAH TUHAN ITU MENCIPTAKAN SESUATU ITU DENGAN SIA - SIA...SESUNGGUHNYA SETIAP SESUATU YANG DI CIPTAKAN ITU ADALAH 'YANG TERBAIK' UNTUK HAMBA- HAMBANYA 'YANG TAHU BERSYUKUR ATAS PEMBERIANNYA'...

Salam sayang dan ukhuwah,
Kak Nadia...

2 ulasan:

  1. assalamualaikum wbt..
    ummi...(krieya)..heheh.imah di sini..m.com.
    wah....blog yg amat bagus..imah skrg dah pegnen.. memang plan nak bagi BF kat baby...tapi mampukah imah??/insyallah..nanti leh mintak tjuk ajar pada ummi krieya..heheheh..tq.

    BalasPadam
  2. w'salammm...hai imahhh...insya allah imah mampu berikan yang terbaik untuk anak imah...akak antara org yang paling gembira bila tau imah dah pregnant..terbayang cerita2 mu,dik betapa susahnya usaha imah untuk mengandung...dan hasil susah payah itu hasilnya???syukur alhamdulillah..begitu juga menyusukan badan ni,dik...akak yakin imah kuat semangat untuk meneruskannya dan akak insya allah bersedia membantu imah sedaya yang mungkin...chaiyok chaiyok

    BalasPadam

Jom friend dgn kami di Facebook!!

Menyokong Penyusuan Susu Ibu

Menyokong Penyusuan Susu Ibu

Terima kasih kerana singgah....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails