Buat putri - putri kesayanganku....

Blog ini adalah khusus mengenai sharing saya dan customer2 saya yang menggunakan produk Shaklee, kisah penyusuan saya sebagai EP MOM selama 2 tahun setengah, semua memori hidupku,semua kegembiraanku, kedukaanku,obsess ku dalam menghayati erti penyusuan,kebanggaan ku mengenai anak2 ku tersayang (Syasya Dan Qistyna) dan buat semua insan-insan di luar sana yang ingin berkongsi pengalamanku...Semoga setitik dakwat mampu membuat sejuta manusia berfikir tentangnya...


Sahabat2 kesayangan ummi

Doa (Ya Allah...Kabulkan Doa Kami)..

Bismillahirahmanirrahim...Ya Rahman Ya Rahim Ya Allah..Kurniakan rahmat dan kasih sayangMu ke atas kami..Berikan faedah dan kebaikan ke atas semua sahabat yang mengunjungi blog ini, kuatkan ikatan persahabatan dan ukhuwah kami dalam keberkatan Mu, murahkan rezeki kami, permudahkan lah semua urusan kami, kabulkan lah semua permohonan kami, panjangkan usia kami agar kami dapat beribadat kepada Mu dan hidupkanlah dan matikan lah kami dalam cahaya keimanan dan keredhaan Mu...amin...ya rabbalalamin...

Montage Group Intifada

Khamis, 24 Jun 2010

Kelebihan Energizing Soy Protein (ESP)

Salam...maaf sekali lagi sepatutnya ummi tulis tentang entry bagaimana sekiranya kita terskip waktu mengepam yang boleh menyebabkan susu akan merudum jika di biarkan berterusan...Entry itu insya allah akan ummi tuliskan malam ini jika tiada halangan...

So, entry kali ini adalah mengenai salah satu makanan atau supplement yang ummi ambil dalam membantu susu ummi lebih pekat, berkualiti dan sedap...(anak ummi syasya yang cakap)hehehe...Entry ini ummi dahulukan kerana ummi terima email daripada salah seorang pembaca blog...




Pertama sekali apa itu ESP ?

ESP ialah singkatan bagi Energizing Soy Protin. Ia adalah protein soya yang sangat berkualiti. Ia didatangkan dalam bentuk serbuk. Boleh diminum begitu sahaja atau pengambilan bersama minuman lain seperti susu, milo atau jus dengan suhu air tidak terlalu panas agar tidak merosakkan enzim protin itu sendiri.

Ok...bagaimana ESP membantu ummi dalam penyusuan?

Setiap hari  ummi mengambil supplement secara konsisten iaitu selepas sarapan pagi ummi akan makan apa yg ada dlm set breastfeeding (vitalea @ multivitamin,B complex, Vitamin C dan Alfalfa)...semuanya ummi ambil sebiji setiap hari melainkan alfalfa...alfalfa ummi akan makan 2 biji dan tambah dengan bancuhan sesudu esp...selepas makan tengahari ummi ambil lagi 2 biji alfalfa dan bancuhan sesudu esp dan sebelah malam juga ummi akan ambil 2 biji alfalfa beserta bancuhan sesudu esp...

Bagaimana ummi minum ESP?

Ummi ni tersangat suka dengan ribena...selalu berebut dengan anak ummi syasya...so, ummi selalu bancuh ribena dan tambah sesudu esp kedalam bancuhan tersebut...rasanya sangat sedap...seakan2 vitagen...

Apakah hasil cara pengambilan supplement ini ke atas diri ummi?

Syukur alhamdulillah...setelah hampir sebulan ummi amalkan secara KONSISTEN ummi dapati susu ummi menjadi lebih pekat,berwarna seakan2 yellowish dan sangat sedap(putri sulung ummi yang cakap)...dan hasil pengepaman ummi turut meningkat dari sekitar 6-7 oz sekali perahan kepada 8-9 oz...ummi percaya peningkatan jumlah kuantiti susu ummi datangnya dari pengamalan supplement secara konsisten,mood ummi yang seronok dan happy(sbb qistyna minum 1-2 oz dah brppp..kenyang hasil susu ummi yg pekat) dan ummi tidak putus2 berdoa pada yang maha esa untuk di permudahkan...syukur...susu ummi masih maintance hingga kini (7 bulan setengah usia qistyna)...

Pengalaman ummi dalam pengambilan supplement Shaklee...


a) Hasil perahan susu ummi meningkat
b) Susu menjadi lbh pekat dan berwarna yellowish
c) stok lbh banyak terhasil(dah tak muat peti aisku)sbb qistyna hanya minum sikit dan cepat kenyang
d) Pertambahan mendadak pada berat qistyna dari 6.5 kg kepada 7.6 kg dalam masa kurang sebulan
e) Mood ummi sentiasa baik...alhamdulillah(kesan B Com.)
f) Susu perahan ummi pernah mencapai 12 oz satu sessi pengepaman (lbh2 lagi berlaku semasa ummi di datangi menstrual)

Dannn...yang paling utama badan ummi terasa segar dan bertenaga berbanding dahulu kerana dgn kerja yang menimbun2 di opis dan driving pergi balik anggaran sejam setiap perjalanan memang memenatkan...Sekarang ummi masih bertenaga apabila sampai di rumah dan boleh memasak lagi di rumah..Abah (suami ummi) juga salute sbb hasil pengambilan alfalfa hubungan suami isteri lebih mantopp...

So, kerana ummi sendiri telah melaluinya dan mendapat kesan yang baik so, hari ini ummi secara rasminya telah menjadi ahli Shaklee..dan insya allah ummi akan juga membantu adik2 yang ummi sayang sekiranya berminat untuk memastikan kalian mendapat hasil yang sama...niat ummi untuk memperjuangkan susu badan dan membantu adik2 yang mempunyai masalah dlm penyusuan adalah misi no 1 ummi...

So, cukup la dulu buat masa ini...harap2 apa yg ummi catatkan ini secara tidak langsung telah menjawab soalan yang di utarakan oleh mereka yang sudi menghantar email dan sms dan sebagai panduan dan tatapan adik2 lain yang sudi membaca blog ummi ini...insya allah ummi akan sambung nanti malam...

Salam sayang dan ukhuwah,
Kak Nadia...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jom friend dgn kami di Facebook!!

Menyokong Penyusuan Susu Ibu

Menyokong Penyusuan Susu Ibu

Terima kasih kerana singgah....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails