Buat putri - putri kesayanganku....

Blog ini adalah khusus mengenai sharing saya dan customer2 saya yang menggunakan produk Shaklee, kisah penyusuan saya sebagai EP MOM selama 2 tahun setengah, semua memori hidupku,semua kegembiraanku, kedukaanku,obsess ku dalam menghayati erti penyusuan,kebanggaan ku mengenai anak2 ku tersayang (Syasya Dan Qistyna) dan buat semua insan-insan di luar sana yang ingin berkongsi pengalamanku...Semoga setitik dakwat mampu membuat sejuta manusia berfikir tentangnya...


Sahabat2 kesayangan ummi

Doa (Ya Allah...Kabulkan Doa Kami)..

Bismillahirahmanirrahim...Ya Rahman Ya Rahim Ya Allah..Kurniakan rahmat dan kasih sayangMu ke atas kami..Berikan faedah dan kebaikan ke atas semua sahabat yang mengunjungi blog ini, kuatkan ikatan persahabatan dan ukhuwah kami dalam keberkatan Mu, murahkan rezeki kami, permudahkan lah semua urusan kami, kabulkan lah semua permohonan kami, panjangkan usia kami agar kami dapat beribadat kepada Mu dan hidupkanlah dan matikan lah kami dalam cahaya keimanan dan keredhaan Mu...amin...ya rabbalalamin...

Montage Group Intifada

Khamis, 24 Jun 2010

Mengatasi masalah bengkak susu

Salam...hari ini sekali lagi kita bersua di alam maya...tersenyum ummi bila menaip tajuk di atas niii...

Sebenarnya begini kisahnya...petang semalam seorang sahabat lama ummi datang menziarahi ummi...lama jugak kami berbual...maklum...hampir 3 tahun tak berjumpa...dan sempat juga kami keluar makan bersama...

Nak di jadikan cerita slps makan seperti biasa ummi keluarkan gadget2 vitamin ummi untk ummi makan...dengan mata yang agak terbuntang dia berkata "wahhh...hang sakit apa ni...banyaknya ubat!!!"...hanpir tergelak ummi..ummi tunjukkan botol shaklee tersebut kepadanya..."Inilah 'magic' aku"...hairan sahabat ummi tu...Tambah hairan kerana sebaik tiba di opis semula ummi minta izin untuk menjalan sessi mengepam...

"Anak hang bukan dah hampir 8 bulan ke"...tergeleng2 kepala beliau melihat hasil susu ummi iaitu 9 oz...ummi tak jwb apa cuma tunjukkan sekali lagi vitamin shaklee kpdnya...sahabat ummi tanpa berlengah ambil dlm 10 biji alfalfa untuk cuba (sahabat ummi ada anak berusia lbh kurang anak ummi tetapi susunya kurang sebaik sahaja anaknya mencapai 6 bulan)...Oleh kerana terlalu excited,tak sempat ummi pesan supaya pastikan susu di pam sekiranya breast terasa berat...

Tengah malam itu, sahabat ummi hubungi ummi semula..nadanya lemah mcm demam...antara kata2nya "wehhh...hang niaya kat aku...breast aku jadik bengkak ni...last aku rasa masa pantang dulu...nak wat camna ni...." Tergelak ummi...suka bangattt...makna berkesan la kan...

So,di sini ummi copy paste email yang ummi hantar pada mentor ummi N (masa tu ummi tak pandai lg berblog)...ini adalah petua bagaimana sekiranya terkena bengkak susu...

Sebelum ni memang ummi dpt info kalau bengkak susu just letak kobis yang agak2 sejuk sket kat breast kan...tapi rupanya bagi ibu2 yang berhasrat nak menyusukan terus baby amalan meletakkan kobis ini memberikan impak besar tanpa sedar iaitu susu akan mengering secara perlahan2...so, disini ummi turunkan satu petua yang ummi dpt dr kakak ipar ummi yang mula2 memang nampak pelik tapi sungguh berkesan untuk diri ummi...

Masa kena bengkak susu of course tak leh perahkan...so, kakak ipar ummi ambil daun betik (batangnya yang halus tu)...potong kecil2 dan sepanjang lbh kurang 2-3 cm dan buat mcm kalung...maksud ummi batang @ urat daun betik tu bila dah potong kecik2...kmdn buat mcm kalung (tak kisah ikat dgn tali apa pun..kalau takde sgt tali rafia pun boleh)...kmdn pakai mcm rantai kat leher(masa pakai mmg nampak mcm lawak sket)...tak perlu panjang sampai kena breast pun...mula2 mmg ummi heran...mcmana breast nak hilang bengkak kalau tak kena breast pun dan apa functionnya...so, base pd pengalaman ummi...(ummi pakai mlm)...besok pg masa terjaga mmg mula2 mcm nak marah sbb pegang bwh ketiak masih ada benjol bengkak tu tp sebaik ummi bangun duduk...masya allah...mencurah2 air susu keluar dengan sendirinya...sampai tak tertampung2..bengkak tu surut sendiri dan terus hilang rasa demam tu...ummi dah cuba untuk kedua2 kali kelahiran..hasil yang sama...

So, moral of the story...siapa2 yang ambil alfalfa atau esp tu,bila rasa je breast mcm dah berat...ummi galakkan cepat2 pam...bagus jika jadual pam di ikut secara konsisten...better jgn tunggu breast dah berat baru nak pam...takut2 perkara yang sama berlaku mcm sahabat ummi tu...dan ummi hadiahkan petua ini untuk di cuba bagi yang memerlukannya...mudah2an juga turut berkesan kepada diri kalian...Insya allah...

Salam sayang dan ukhuwah,
Kak Nadia...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jom friend dgn kami di Facebook!!

Menyokong Penyusuan Susu Ibu

Menyokong Penyusuan Susu Ibu

Terima kasih kerana singgah....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails