
Kek Hari Jadi Syasya

Syasya (Baju Pink)...sekitar Majlis
Sambutan Hari Jadi Syasya pada 25hb Jun 2010
Salam...hari ini merupakan antara hari yang melelahkan ummi..mahukan tidak berkejar ke sana ke mari menguruskan keperluan untuk Majlis Hari Jadi anak sulung ummi, syasya...pejam celik pejam celik dahhhh 3 tahun usia putri kesayangan ummi ni...rasanya baru semalam ummi bersusah payah melahirkannya di dunia...Ummi sayangggg sangat, syasya....semoga jadi anak yang baik ye...sayangg...maafkan ummi kerana kegagalan ummi menyusukan syasya sehingga syasya 2 tahun...ummi hanya mampu bg susu ummi pada syasya hanya sehingga 7 bulan sahaja...(sedih ni...huwaaaa)...sbb itu adakalanya tanpa syasya sedar ummi masukkan juga susu ummi ni kedalam botol syasya walaupun ianya bukanlah susu fresh dan hanya stok yang ummi bekukan yang mungkin khasiatnya tidak sebaik susu fresh...maafkan ummi sekali lagi kerana bukan niat ummi untuk membeza2kan syasya dan adik...ummi sayang kamu berdua...kamu berdua lah harta ummi di dunia dan akhirat...
Syasya sayang...ummi selalu berdoa mudah2an sedikit susu yang ummi masukkan utk syasya minum itu terus mengalir menjadi darah daging mu dan itu sahaja yang mampu ummi berikan pada syasya sebagai menebus kejahilan ummi dahulu ttg susu ibu dan tidak mempertahankan perjuangan ummi untuk menyusukan mu sehingga 2 tahun...andai masa boleh ummi putar semula pasti usaha ummi sekarang akan juga ummi lakukan semasa kelahiranmu,sayang...ummi benar2 minta maaf kerana menafikan hak mu untuk mendapat susu yang terbaik dari ummi...
Sungguhpun begitu, ummi sentiasa berdoa kepada allah mudah2an dengan sedikit susu yang ummi bekalkan juga untuk syasya sedikit sebanyak dapat menjadikan syasya anak yang baik dan sempurna...ummi pekakkan telinga saat ummi menerima kritikan dr ahli keluarga yang mengatakan bahwa cara ummi memberikan mu susu secara tandem nursing akan menyebabkan syasya menjadi lemah akal(tidak bijak)dan susu ummi sekarang di katakan hak adik seorang...alangkah...sedihnya hati ummi...tuduhan yang tak berasas itu ummi biarkan dan yang pasti ummi sentiasa bangga dengan kebijaksanaan syasya...
Buat akhirnya, ummi berjanji sayang...selagi ummi mampu walaupun secara tandem nursing dan tidak sepenuh masa,ummi akan terus memberikan hanya yang terbaik untuk anak - anak ummi...maafkan ummi sekali lagi...dan ummi doakan syasya menjadi anak yang solehah, penyejuk hati ummi dan abah...selamat hari jadi yang ke tiga sayangg...ummi sayangkan mu sejak hari pertama syasya berada dalam perut ummi lagi dan kerana itu ummi memasang niat untuk menjadi salah seorang yang memperjuangkan susu ibu dengan membantu sesiapa yang memerlukannya...
Buat akhirnya, ...Selamat Hari Lahir yang ketiga...Nursyasya Shahidah Binti Sukri...Ummi sayangggg syasya...
Nota kaki: Aktiviti memberikan susu ibu kepada anak yang lebih besar semasa kelahiran anak berikutnya di namakan Tandem Nursing dan ianya tidak berlawanan dengan kaedah islam...
Salam sayang dan ukhuwah,
Kak Nadia..
Semoga menjadi anak yang solehah.
BalasPadamaminnnn...
BalasPadam